Salam
Bercerita tentang check up semasa 7 bulan pregnant ni. Akhirnya kina kena jugak minum air gula. Hehe. Ingatkan tak kena minum dah sebab kenaikan berat normal la kununnya plus tade family history, rupanya kena jugak minum. Kuang-kuang-kuang. Berat sekarang 58kg, approx naik 7.5kg dalam masa 7 bulan. Berat baby plak 1.2kg. Wow. Dah masuk kg bukan gram dah. Patut rasa berat sikit. Namun, ayat Dr Clarence yang buat kami tersenyum ''I'm very happy with the baby, very healthy & average baby, not too small & not too fat''. Alhamdulillah, baby & mamanya sihat. Cuma after this dah start kena datang 2 minggu sekali instead of monthly.
Dr Clarence cakap start 28 minggu kena Sugar Challenge Test sebab apa ntah dia ada terang panjang lebar tapi kina macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri bulan lepas. Ingat pasal hormon apa ntah. Tujuan minum air gula tu tahu la untuk detect ada kencing manis tak masa pregnant kan. Hopefully resultnya ok-ok aje dong, kalau tak kena jumpa Dr Clarence lebih awal dari appoinment.
Pengalaman minum air gula dekat Columbia Asia Bintulu.
10.00 malam sebelum: Start puasa tak minum air pun. Tapi sebelum tu pulun agar-agar lumut habis-habisan. Hahaha. Tekak ni rasa kering la jugak bila bangun. Rasa lagi lapar dari puasa ganti. Maybe sebab takde baca niat ''Sahaja aku puasa sebab nak minum air gula....?'' huhuhu.
9.00 pagi: Amik darah dekat tangan kanan. Boleh tahan la sakit sebab dia tak jumpa urat. Next ambil sampel air kencing. Lepas tu dia bagi 1 botol air gula sejuk. Dia cakap minum air ni sampai habis kemudian sejam lagi datang balik. Wow, tade siapa yang nak tengok habis ke tak minum! Boleh tipu kalau tak habis. Hahaha. Tapi tak kuasa la nak mengelat takut nanti effect result kena minum lagi sekali lagi takmau. Pegi duduk sebelah pudin, minum togok depan orang lain.
![]() |
Bismillah..glupglupglup..nyum3 |
Hahaha. Rasanya? Sedap! Sebijik macam air sprite. Ada gas sikit, sejuk macam air peti. Nyum-nyum. Sebelum ni kubayangkan gula berkiub-kiub didilutekan dengan air suam rupanya kat sini air gula bercarbonated. Memang saja je bayangkan tak sedapnya air gula sebab bila kita over estimate tapi bila minum takde la seteruk yang disangka jadi tak rasa teruk pun. Reverse psychology. Malam tu mengidam salad bar pizza hut la plak, pudin order air asam kasturi ke apa, air tu lagi manis dari air gula yang kina minum untuk Sugar Test Challenge pagi tu.
![]() |
Haa..air ni lagi manis ok.. |
Sementara nak tunggu sejam, selamba je kitorang keluar pegi Pejabat Pos & makanan ringan untuk pudin makan.
10.00 pagi: Pegi tadah lengan untuk diambil darah lagi. Kali ni lengan kiri plak. Pastu kena ambil sampel air kencing lagi. Kali ni kena tunggu lagi sejam untuk next sampel darah & air kencing. Sampai 3x kena amik darah. Macam derma darah dah rasa. Tak tanya la plak kenapa sampai 3x, ada la ujian depa nak buat kot.
Sejam ni plak, kitorang xtau nak keluar pi mana dah. Kalau boleh makan memang pegi kedai makan dah. Nasib baik pudin bawak laptop die buat keje. Kina plak mengantuk yang amat tido je kat bahu die. Mana tak tertido ada muzik slow + air cond + lapar plak tu, terlena sampai pukul 11.
11.00 pagi: Akhirnya rintangan terakhir. Ambil darah dekat lengan kanan semula. Amoi tu cakap ''Eh, lebam ka?'' Yela. sakit tau tak dia cucuk tak jumpa urat awal tadi. hahaha. Setel amik darah kencing lagi pastu boleh balikkkkk. Dia cakap kalau tade dorang call dalam masa 2 minggu maksudnya tade apa2.
Balik, terus pegi kedai makan, pekena roti canai telur dengan air karot susu. Sampai rumah pudin sambung buat keje, kina plak sambung tido sampai pukul 3. Hahaha. Zuhur gajah berjemaah kitorang (Kat sini pukul 3 tu macam pukul 4 nak dekat asar dah). Pudin cakap tak sampai hati nak kejut pukul 1 tengok kepenatan sangat.
Alhamdulillah..pejam celik pejam celik dah 7 bulan usia kandungan..
Fuh, now baru rasa macam betul-betul pregnant..hehe..bukan la sebelum ni tak macam pregnant lalu..
Sekarang rasa obvious sikit perubahan.
Jalan pun dah lain. Pudin cakap jalan style mak2. Err..
Nak pakai seluar tido teddy bear pun susah. Kaki takleh nak angkat 90 darjah dah.
Mintak tolong pudin pakaikan stokin sebab rasa se'eh. Over kan macam permaisuri.
Nak pusing-pusing atau bangun dari baring rasa berat.
Tak boleh nak berlumba lari naik tangga ngan pudin dah.
Perut menegang & baby start mengeras kadang-kadang. Camni rupanya baby mengeras.
Seminggu lagi sebelum masuk 3rd trimester. :) Happy tapi dalam masa yang sama nervous.