Showing posts with label beli abaya online. Show all posts
Showing posts with label beli abaya online. Show all posts

Monday, June 11, 2012

Rewarding myself with this abaya

Salam

Alhamdulillah, business theshopAblog mendapat sambutan. Rezeki baby mungkin. Nak simpan untuk baby & beli meja makan. Hehe. Sebelum ni memang makan atas lantai je alas surat khabar. Dah ada coffee table makan atas coffee table plak. Harap dapat beli meja makan before raya atau before tahun depan. At least tak segan kalau nak ajak orang datang rumah nanti.  

Simpan-simpan jugak, rewarding ourselves pun kena jugak kan. Dapat la belanja suami makan kat tempat special. Kat sini, tempat special tu adalah Secret Recipe lah. hehe. Tak banyak kedai makan halal. Lepas tu, diri sendiri nak beli baju yang boleh jadi multi-function lagi. Boleh buat raya, buat nursing, buat maternity wear, buat dinner (sebab minggu ni ada dinner gawai). Haa.,kat sini gawai tu kiranya macam raya la. Nasib baik suami kina yang handle so bab makan tu memang dijamin halal & no arak2 walaupun jamuan gawai.

Jadi, hajat dihati nak beli abaya. Tak pernah beli abaya online, dulu pernah la survey-survey tapi tak beli pun. Kali pertama ni beli abaya online & sangat-sangat puas hati. Jadi kina nak rekomen Miss Abaya Dazzling Abaya kepada sesiapa yang teringin nak beli abaya online. Mula-mula kina nak beli size M tapi sold out la plak, lepas tu Ayu -owner Miss Abaya Dazzling Abaya cakap kina boleh pakai size S sebab size abaya dari Saudi Arabia besar sikit. Alhamdulillah, 2 hari je dapat abaya pastu memang fits me well. Tak perlu nak oter dah. 

Walaupun ada kedai online abaya yang lagi murah tapi design die eksklusif, kualiti best, service pun pantas je. Memang worth it la beli dari sini. First time beli abaya, banyak jugak nak kena baya eyh..

Kina beli design yang ni. Tapi kina tengok design ni dah sold out dah. Banyak yang dah sold out.
Open front, straight cut abaya
Colorful tapi simple

--> baju ni boleh jadi baju raya tahun ni sebab mamanya akan memboyot 9 bulan masa tu.
--> baju ni boleh buat dinner sebab lip lap lip lap gitu. sopan tapi eksklusif gitew.
--> baju ni boleh buat nursing wear sebab dia open front. bila nak breasfeed nanti ha, bukak je.
--> baju ni boleh pakai dengan macam-macam warna tudung sebab beads die warna warni. so, minggu ni pakai dengan tudung kelabu, minggu depan pakai tudung pink plak. haa..umpama beli banyak abaya dengan hanya membeli 1 abaya. shayla dia pun cantik matching dengan abaya tu. Kalau dekat gambar tak nampak sangat beading shayla.

Sangat la multifunction kan. Berbaloi dengan harganya RM180 tapi design yang ni kira murah yang lain RM200 ke atas. Selain baju nikah ni baju yang paling mahal kina pernah spend. Huhu. Mungkin bagi orang lain biasa je harga tu. Last berbelanja RM180 untuk baju raya 2009 masa tu pakai duit gaji pertama lepas grad. Hihi.  

Antara design yang menarik perhatian kina dari Miss Abaya Dazzling Abaya, tapi beli 1 cukup la..huhu..mahei wey..
Design terbaru, princess cut lagi cun.
Cantik! Biru, sporty design.

Suka lagi.


So, raya tahun ni korang tema apa? Hehe.

P/S:Ops.. 2 hari lagi nak habiskan puasa ganti.. Jia You2!


 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork