Thursday, August 28, 2014

Susunatur : Lipat baju anak-anak

Salam
Sorry ye ade kina janji dekat ig nak share resepi cream puff patutnya arini tapi kena modified lagi la resepi tu..so kina share next week..hahaha..ntah pape ntah..bila mak kina buat banyak macam xjadi plak..nak bagi betul2 jadilah baru share..

Hari ni nak share susunatur baju anak2 yang terbaru..anak da ade 2 ni kena asingkan lah..dekat bintulu kina hang je seme baju shahadah..da jemur terus simpan..mmg malas..hahaha..tapi dekat kuantan ni pakai wardrobe masa kawen dulu..sedih tak dapat pakai betul2 lagi..nak pindah2 nak pindah..hahaha..wardrobeni share sebelah mak bapak, sebelah lagi baju anak2..tempat hang limited..so memang nak xnak kena lipat..

Dulu lipat macam biasa la lipat traditional..bila nak amek atau cari baju yg nak pakai mula2 ok lepas tu berterabur habis..lagi2 bila dah nak cepat kan..bolayan la nak susun2 balik..menyampah tengok..

Penyelesaian yang ditemui dari group kami suka susun atur. Cara lipatan macam ni..senang nak amek..kemas sentiasa.. (takde la sentiasa pon kalau ade anak kecik..hihi)..

Baju2 untuk keluar hang je. Senang nak belek2 kan. Lagipun baju jalan2 banyak skirt2 la ade ropol2 la renyah nak lipat.

Hanger putih baju belum muat, hanger biru sebab mak die kan hantu biru..abaikan alas secoet tu..dah habis dekat cosway..tak nampak da corak yang sama..pfffft..
Kina dari zaman asrama penuh dulu suka hanger nak kena sama warna..baju pun susun ikut sama tone colour..semangat kan..lepas tu jarak antara baju ke baju pun sama..rasa tenang sket..hahaha..tapi kina kalau mengemas memang amek masa..berjam2 sebab nak sama sangat la kononnya..tapi sekelip mata je serabut balik..hahaha..

Nak kemas itu mudah..nak maintain tu payah kan..

Nanti dekat bintulu nak try lipat mcm ni jugak la..potong2 chalkboard sticker lepas tu tulis dengan liquid chalk warna biru beli dekat Daiso..
Senang sangat nak amek2 baju sebab nampak semua..oh, I love organizing!
Pesanan penaja (dirisendiri) : Chalkboard tu boleh beli dengan theshopablog..tggl 7 kotak je lagi..

Monday, August 25, 2014

Review : Yves Rocher pure system clarifying toner & mask

Salam..

Dari tahun lepas pakai baru nak review. Hihi. 2 menda ni antara barang beli pakai voucher RM150 Zalora aritu. Masa tu telek2 ape yang orang review 5 bintang dan mampu dibeli dengan voucher tersebut. Tapi la ni tengok2 dah nan ado lah dekat zalora. Tapi boleh purchase dekat website yves rocher & nampak ade sale. Kalau korang nak beli la. Daku punya banyak lagi. Maybe tahun depan baru habis. Kekeke. (Dasar ikut mood)
2 benda alah yang best

Yves Rocher Pure System Clarifying Toner

Kina bukan rajin sangat nak pakai toner. Tapi nk habiskan free voucher tu pastu tengok orang review toner tu 5 bintang. Curious la. Lepas tu toner tu untuk kecilkan pori. Haa, memang sesuai la sebab lubang pari2 poriku nampak jelas kot. Agak berani ku mencuba tapi tak sia2 gitu. (free je kot..kekeke)

Tekstur die macam gel. Biasa toner kan macam air, ni gel. Mula2 fikir mesti macam belengaih ke atau berminyak kalau gel. Rupa2nya tak! Bila sapu rasa terus meresap & sejuk je. Die suh pakai tisu tapi nan ado & malas beli ku sapu je pakai tangan. Ni dah dekat setahun masih banyak lagi, lebih dari setengah (Jenis culas pakai pun ye gak). It is paraben freeeee. Harga RM31 boleh dapat ni. 

Dulu ingat toner semua dalam bentuk cecair
Repurchase? Yes. Sebab dapat rasa perubahan lepas pakai ni. Kulit jadi tegang tapi lembut. Paling penting lubang pori makin mengecil. Instant effect gitu. Seriously. 

Yves Rocher Pore Clearing Mask

Size agak kecil tapi harga lagi mahal dari toner tu. Tekstur macam mask tanah liat. Kina akan pakai bila rasa kulit muka berminyak, ade tumbuh jerawat & rasa banyak kotoran sebab bila pakai ni memang ultra clean rasa muka. Jerawat cepat mengecut maybe sebab ada salicylic acid. Muka pudin pun kina pakaikan dan die suke katanya kurang minyak muka & rasa cekang je kulit. Ini dalam empat puloh lebihan ringgit.

Repurchase? Yes. Suka sebab terasa bersih sangat muka lepas pakai. Weekend boleh la pakai memanjakan kulit. Cewah.
Offline kina pernah nampak dekat Watson. Kedai yves rocher ade dekat times square. Kina pakai 2 ni je dari set pure system. Pencuci muka masih setia dengan safi rania gold. Nak awet muda macam che ta kan? Hahahaha.

Saye bagi 5 bintang!☆☆☆☆☆ [ala2 nora danish]..Recommended! 




Friday, August 22, 2014

Ingatkan dah terwean off dah..

Untuk bacaan wanita sahaja..terima kasih..

Salam

Ok, dah lama berhutang cerita macam mana start shahadah minum susu formula (FM)..Alhamdulillah, dapat fully bf genap 1 tahun 6 bulan..Betul-betul lepas balik umrah..Masa tu preggy dah nak masuk 5 bulan. Oh ye, kalau pregnant tapi nak menyusukan memang takde masalah kalau previous pregnancy takde masalah. Kina tanya 3 orang doktor dan semua bagi sebab takde risk masa pregnantkan shahadah. Please consult dengan doctor, jangan ikut orang sebab setiap orang itu berbeda bukan. Cewah, berbeda. Kina memang berhasrat nak bf until bersalin tapi memang tak expect susu kering kontang start 4 bulan lebih tu. 

Memang takde la istilah demand ada, susu ada masa tu. Bayangkan shahadah lepas bf mintak air, air,air. Bangun pagi2 pegi amek botol air mineral. Teguk minum banyak gila. Hausnya dia. Kesian tengok. Dah la kurus gila lagi2 lepas balik umrah tu. Jadi masa tu rendahkan ego, redha, takpe tak fully sampai 2 tahun pun asal shahadah dapat jugak calcium & khasiat dari FM so kita terus campur dengan FM. Bersyukur bersyukur bersyukur.

Kurus sangat masa ni..
Budak fully bf,direct bf plak, mak 24jam depan mata. Memang susah la kan kalau dipikirkan. Tapi Alhamdulillah. Seminggu lebih macam tu die boleh accept botol. Kagum & sedikit jeles masa tu. Hahaha. Macam mana ajar die minum botol? sedangkan dulu die reject2 ebm dalam botol. Haa, macam-macam taktik buat. Meh nak story..

1. Kitorang mula-mula cari susu perisa coklat. Alah, budak. Mestila suka coklat2 ni kan. Susu sustagen coklat masa tu. Tett..Die taknak. Sob2, dah la 30 lebih 1tin ek. Sebelum ni susu free je. Hehehe. Bagi susu Dumex dugro yang fruit & vege tu (papa die dulu baby dumex tu yang die nak shahadah pun berdumex). Tapi taknak jugak. Ok takpe. Try pedisure yang mahal tu. Rasa sedap tau. Taknak jugak. Fine.

2. Kitorang berehat beberapa hari dari trying bagi die botol, still bf tapi start kurang. Bagi die banyak makan. Jangan dan2 tu terus nak berhenti BF, kena slow2 kayuh ye. 

3. Lepas tu ting! Idea mari. Kitorang bubuh air Koko Tamar dalam botol. Koko Tamar ni macam Milo tau, tapi die disertakan dengan makanan2 sunnah contoh macam kurma la kan. Price RM20 untuk 1 packet tu kalau tak silap. Haa..die suka la. Sebab manis kan. Boleh beli online jugak. 

4. Second session kitorang tambahkan sustagen coklat dengan Koko Tamar. Dalam nisbah 1:4. Eh. Die minum lah! Happy sket. Sebab takkan nak bagi die selamanya koko tamar kan. Dah la banyak gula. 3rd session kitorang buat nisbah 1 : 3. Menjadi!Tetap minum! 4th session buat half sustagen coklat & half koko tamar. Minum jugaaak. Last2 kitorang tak bubuh dah koko tamar. Full sustagen coklat. Alhamdulillah.minum jugak. Terus hi-5 mama & papa. Dulu kan die reject. Nasib tak buang or let go lagi. Namun begitu kegembiraan hanya seketika. Shahadah asyik berak je. Jadi susu sustagen tu tak sesuai. Pulak dah. Susu formula kena banyak try & error. Mencabar jugak.

5. Beli pulak susu dutch lady 1 2 3 coklat. Ok sket. Sambung dengan susu pedisure. Tak sesuai jugak.

6. Kitorang nak die minum susu plain. Takmau la coklat sepanjang masa. So, apa yang kitorang buat, buat macam nisbah2tu jugak. Campurkan susu coklat & susu plain dumex yang die reject dulu tu sampai la hanya susu dumex tu sahaja. Taktik penyamaran berhasil..Clap clap clap. Last-last die minum jugak susu dumex dugro fruit & vege tu sahaja. Poo pun ok. So kita continue je dengan dumex. Dutch lady 1 2 3 perisa madu pun die ok. Beli susu mahal tak ok. Bagus nak, tak high maintenance. Hahaha. Nak bagi susu wildan tapi tak beli2 sampai la ni. Hahaha. Susu kambing fresh yang kina minum untuk elakkan jaundice shafiyah pun die nak2 jugak, tapi kina bagi sket2 je sebab nanti dekat bintulu mana plak nak dapat susu kambing fresh.

Malam2 selalu jugak die tido sendiri lepas minum botol. Takyah nak letak kat bahu & tepuk2.
7. Tak sedar bila, shahadah langsung tak bf dah. Mintak pun tak. Kalau nak tido, buat susu bagi botol, jap lagi senyap dah tido. Macam berdikari sangat rasa tengok die masa tu. Kakak2 sangat la kononnya. Kina ingat lepas bersalin nak tandem. Sambung menyusu. Tapi die taknak bf. Kalau nampak shafiyah bf kadang2 die cakap nak tapi die tak hisap pun, main2 je. Masa bengkak susu ritu bukan die nak tolong mama. Hahaha. Nasib ada pam MHS. Takde la sakit macam dulu, nak angkat ketiak pun ya ampun. 

Minum susu lepas mandi pagi. Nak gak duduk sebelah adik baby.
SO..ingatkan shahadah dah wean off la sebab dah 5 bulan tak bf langsung. Tup tup, semalam di kala umur 2 tahun 5 hari die mintak. Ingatkan macam biasa la main2. Tak pun. die bf betul2 siap 2 2 belah lagi ko! Pastu shafiyah pun nak jugak. Tandem la serentak. 1st time rasa tandem. Boleh tak si shahadah tolak2 muka shafiyah. Aiyoo. Dah la sambil baring. Papa die gelakkan je. Happy pulak mama rasa. Sebab memang nak sambung at least 6 bulan ke. (Konon bayar balik..hahaha)..Hopefully cukup untuk 2 2. Tapi kalau 2 2 mintak dekat luar memang nanya la mama. Kihkih. Shahadah dah la bam2  sket sekarang ni. Nak nyorok pun tak muat. hahaha. Pengalaman baru utk mama. Semoga Allah permudahkan perjalanan bf utk kami & utk ibu2 di luar sana.

P/S: semoga cerita ni sedikit sebanyak dapat membantu ibu yang fully bf & nk introduce ke susu lain plak atas pelbagai sebab. Kalau susu ibu ada & takde halangan teruskan jela sebab susu ibu itu yang terbaik kan.








Monday, August 18, 2014

Review: Checklist apps yang membantu sangat

Salam..
Sejak tukar status jadi mak anak 2 ni time management kena lagi improvise. Lebih-lebih lagi ada bisnes online, 2 blog nak maintain, 2 fb page, 2 segram dan paling perlukan perhatian 2 anak kecil..hehe.. iklan bersiaran:Sape nak beli pregnancy test murah RM1 & Ovulation test RM1.20 boleh wassap 0132126952 ye. (Sempat lagi kan!)

Wajibulghunnah ada checklist. Kalau tak banyak la keje x buat. Sebab penyakit lupa yang makin menjadi2 & tentunya distractions yang dtg dari pelbagai arah. Hahaha. Dulu kina memang selalu tulis to do list & senarai nama customers dalam buku. Tapi tetap dalam 100 orang customers tu mesti ada sorang ke 2 orang tercicir nama nak pos. Lepas tu ada kerja tangguh sampai berminggu dan berbulan2 la. Stress gak. Now dah takde lagi yang tercicir (buat masa ni lah) sejak dah install 2 apps ni.

1) Checklist
Apps ni sangat2 simple. Sesuai utk buat to do list & senarai barang yang nak dibeli. Just tap & type. Kalau da buat atau beli tick & delete. Kita boleh drag ikut priority atau susun ikut suka suki.

interface checklist..mudah sgt digunakan..
2) Colornote
Yang ni pulak ade 2 function. Text & checklist. Kina pakai text utk tulis senarai nama customer ikut hari yang nak dipos. Checklist plak kina jarang pakai tp baru ni pakai untuk goodies masa bday shahadah tempoh hari untuk buat kira-kira.

Interface Colornote..boleh ubah ikut macam2 color..
Yg ni kalau guna text


Ni jenis checlist
Banyak lagi checklist yang keluar dalam playstore tu dan ade yang da cuba2 tapi yang serasi dan sesuai dgn kina 2 ni la. Alhamdulillah, rasa lagi teratur dan mudah. Phone kan almost 24jam bersama. Kalau buku plak, masa keluar confirm tak bawak. Lepas tu customer da bayar nanti lupa nak tulis dan asyik tangguh2 jadi a kejadian tercicir..now, dah bayar terus tulis dalam colornote tu. So get your phone installed with these now.

Semoga bermanfaat!




Wednesday, August 13, 2014

Kelebihan membeli barang preloved

Salam..
Korang pernah x beli barang preloved untuk baby? Kina banyak kali dah. Barang baby kan mahal2. Lagi2 yang menggoda mak2 ni. (Walaupun kadang2 tak de la wajib ade..hihi). Kina pun selalu jugak let go preloved. 

Kelebihan membeli barang preloved:
1) Jimat : takde preloved yang harganya lebih mahal dari harga beli. Kecuali barang tu new, harga jd sama sebab tak pernah pakai. Tapi kadang2 yang new pun orang let go lagi murah. Untung kat situ kan.

2) Silap - silap dapat freegift lagi : ada jugak yang offer kalau beli dapat freegift lagi. Contohnya kalau beli Medela Freestyle preloved RM900 ni dari Preloved for Less ni. Klik SINI untuk keterangan lanjut.
Preloved pam medela freestyle

3) Dreams come true : kadang ada yang luar kemampuan nak beli yang mahal2 kan. So preloved adalah langkahnya untuk merealisasikan impian murni maknya utk dapatkan barang yang diidamkan. Hahaha. Biasanya yg mahal la kan.

4) Membantu orang lain : Orang let go ni selalu xamek untung, just nak clearkan barang2 yang ada kan. Kalau untung pun ciput2 gitu. Kan baik tu kita membantu org dgn membeli barang tu dari dibuang kan. Eh. Hehe. Mana tau dgn duit korang tu org tu beli makanan utk anak ke, beli buku untuk anak ke. Dapat pahala. Jauh x pemikiranku? Hihi.
So cute kan..Yes! they grow up too fast!

Ada 1 blog yang menjual barang preloved yang menarik tau. Tapi semua barang baby! Nama blog ni Preloved for Less. Owner blog tu sorang mommy yang ade sorang doter yang cute. Die buat blog ni khas untuk let go barang-barang preloved atau new (die akan state dekat blog conditions tiap barang) dgn harga yang murah2. 

Setiap item ada gambar yang JELAS, keterangan tentang barang diterangkan dengan JELAS, dan macam mana nak contact untuk order pun die JELAS kan. Paling best die bagitau harga dengan JELAS. I'm kinda tak minat sangat nak beli kalau tak state harga. Rasa cuak nak tanya lepas tu cancel sebab tau harganya. Hahaha. Tapi ada lah sebabnya kot orang tak state harga. Maybe persaingan? 

Berbalik kepada blog Preloved for Less ni korang akan dpt brg sama mcm gambar. Takde la yg letak gambar iklan dari website. Bila dapat barang tengok2 conditions tak memuaskan hati. Ada jugak yang barang tak pernah pakai. Die jual jauh lagi murah dari pasaran. (Yang ni yang kite perlu cpt2 grab sebab untung!.hahaha). Kalau tengok barang Preloved for Less ni banyak yang baru & walaupun tak baru nampak macam baru. Pandai dia jaga. Antara barang yang kina rasa menarik  :

Portable baby bather ni boleh lipat2.
Siapa beli babycot should by this. Bumper ikea. 

Ok. Pegi lah browse dan tengok2 mana tau ada yang dicari selama ni. Boleh COD di kota damansara. 

P/S : Bukan kina yang jual tau. Jangan kang ade yang email nak beli. Hihi. Click dekat blog tu tau ataupun email admin@luvabelle.com or WA 011-3177 4230.

Friday, August 8, 2014

Air selusuh yang suami buatkan

Salam
Masa shahadah dulu kan mengejut sangat, konon ingat lambat lagi nak beranak..tak sempat pun nak buat air selusuh. Masa sampai hospital duduk dekat wad baru lah pudin baca-baca surah yang die tau dekat air mineral. Kuikui.

Masa shafiyah pulak 36 weeks start minum air zam-zam yang dibuat air selusuh. Pudin baca surah ikut dekat post ni sebijik sejibon. Masa first time minum tu berdebar lah jugak sebab orang cakap air selusuh boleh trigger sakit bersalin pastu sakit yang amat la. Mungkin air selusuh jenis lain kot. Kan ada orang buat air selusuh dengan akar fatimah dan lain-lain. Macam pudin die cakap die prefer & rasa better amalkan air zam-zam yang dibaca ayat suci Al-Quran dari air rendaman apa-apa.

Since pudin bukan ada dekat setiap masa, jadi kalau minum air selusuh tu mestilah habis kan. So solutionnya kina topup air zam-zam bila dah nak dekat habis. Pudin cakap saki baki tu meresap lah dekat air zam-zam yang baru tu. Hihihi. So, kina continue minum everyday. Tapi kadang-kadang lupa jugak. 2weeks + after baru lah nak bersalin. Cerita bersalin boleh baca previous post ye.


So, nilah botol air selusuhku. Bubuh sticker supaya mengelakkan dari orang lain minum. Kang sakit nak beranak pulak yek! Hahaha.



P/S: banyakkan zikir nabi yunus, mengaji dll. Pada Allah kita mohon pertolongan..InsyaAllah mudah..

Thursday, August 7, 2014

Review: Beli baju raya online dekat mana?

Salam..

Selamat hari raye semuaaaa..
Tinggal beberapa hari je lagi nak habis pantang..hip hip horray! So sebab masih dalam mood raya..nak share baju-baju raya yang beli online..Mak dalam pantang pun nak bergaya tau..tapi bengkung tetap ada dalam baju cantik..hahaha..bukan apa semua beli online sebab senang beli yang bffriendly..kalau dekat kedai selalunya nan ado hidden zip tu kan..sejak kawen tak pernah tempah baju raya..baju raya papa je yang beli dekat kedai..ala..lelaki senang kan..die lah last sekali sebab baju melayu banyak warna ada.

Semua ni boleh search dekat instagram.

1) Bella Ammara
Seyes suka jubah bella ammara ni..bought 2 jubah..bukan beli serentak sebab bellaammara ni die lebih banyak jual dekat butik dari online. Online kadang2 je tu pun kena standby la berebut. Huhu. Kina beli Tiara jubah beli size L & bella premium plak M. Both pun agak besar tapi takpe feeling2 princess sangat sebab die flowy gila2. Maybe next time boleh beli size S lah. Hahaha. Ni feeling2 kurus!Tak kurus pun tapi cutting jubah ni macam besar sket. Ibu & adik pun beli bella premium. Semua beli color2 lain. Harga RM180 termasuk postage. Setakat ni kalau beli baju tak pernah lagi over dari RM180. Ada je berkenan baju yang over 200 tapi bila nampak harga terus cancel sebab dah set mind cannot over RM200. Baju nikah jela yang lebih tu pun 400 lebih rasanya. 
Peace..saya mak anak 2 dah..hahaha..baju tiara jubah pakai raya pertama
Wan mi is donning bella premium..

2) Ruccimodish
Yang ni pun sama. Terbeli 2 jugak. Hahaha. Rasanya kena unfollow instagram kalau da selalu sangat ada jubah dress lawa2. Serious instagram boleh buat org asyik nak shopping je. Nasib la kina beli ni bukan utk pakai raya semata2. Memang pakai jubah je sekarang ni, senang sarung je. Kadang2 dekat dalam seluar tidoq lagi! Hahaha. Jubah ni sesuai utk ke mana2 kan. Kina beli jubah denim hawa premium black RM179 & jubah shakirah RM159 kalau tak silap. Masa awal2 keluar shakirah tu harga lagi murah rasanya tapi jual mahal konon taknak beli. Bila ruccimodish up cakap stock last sebelum raya & maybe tak restock da, terpacak la depan laptop pukul 12 malam. Hahaha. Nasib la anak2 tido ye. Berjaya grab warna yang paling ramai org idam2. He..he..he..sorry ladies..Suka cutting jubah RM ni sebab rasa tak nampak pendek walaupun kembang dekat bawah. Hahaha. 
Ni jubah shakirah, kain sangat ringan & sesuai cuaca kat malaysia ni
Jubah hawa premium black..muka sememeh sangat time ni..hihi

3) Nazkids
Ni bukan baju mamanya..tentunya anak2nya..masa tu nak tempah jubah sebenarnya tp nazkids tak dapat buatkan lg so opt to baju kurung moden. First time ukur badan shahadah. Masa tu shafiyah belum lahir lagi tapi die xpe size newborn je. Masa ukur si shahadah ni die takde la berselera sgt makan dan2 lepas dah tempah die pulun makan sampai banyak gila baju yang tak sendat. Masa dah sampai mmg sendat gaye artis kau. Bonjol depan belakang. Hahaha. Nasib la nak dekat raya tiba2 mood makan die ke laut. Muat la jugak akhirnya. Oh, kain tu beli sendiri. Kualiti kureng tapi nak warna tu amek jela lagipun pakai kejap je kot kan. Both baju less than rm50 sepasang, kalau harga ready stock pun RM70. Dapat discount. I like I like.
Susah sangat nak amek gambar die time raya ni. Berlari je. Tudung pun herot berot pakai sekejap panas cabut.

4) Petitplayground
Last year kina pernah blog pasal dorang ni tapi masa tu nama die lain. Sebab last year xdapat nak grab 1 pun untuk shahadah jadi memang ku follow dan siap buat alarm untuk order dekat website tu. Sukanya kaftan die. Super comel. Harga quite mahal RM95. Tapi baju budak sekarang memang mahal2 kan. Huhu. Tahun depan nak jahit sendiri baju budak2 ni. Tak pandai pun jahit tapi hentam jela untuk pengjimatan. Masa pregnant ritu malas nak menjahit. 
Quality tiptop tapi next year nak buat sendiri.
Ada lagi sebenarnya beli online tapi semua dah direturn & ada dah diletgo sebab color salah la, size salah la padahal da ikut ukuran yang dibagi. Zip utk bf takde la. So sorry. Tak dapat la nak tolong promotekan. Hihi. Malas nak disclose sebab maybe jadi kat diri sendiri je. Bestnya kalau dapat buka butik online kan. Boleh design sendiri. Bestnya..

Ok la..itu sahaja..last but not least..

Baby pun pakai baju kurung tapi sekejap je sebab zip belakang macam tak sesuai utk baby
Selamat hari raya dari kami sekeluarga! ;)


 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork