Wednesday, October 31, 2012

Review shampoo pureen

Salam
Just a short review tentang shampoo baby..Rambut shahadah chinta sangat lebat walaupun baru 2 bulan setengah..tapi masih tercacak..haha..tak macam selepas die lahir,jatuh cantik je lembut plak tu..

Lepas habis pantang otw balik kg tertinggallah toiletries baby kat kuantan. Singgah la kedai gi beli yang travel punya. Pudin yang gi beli.

Kina: eh, nape abg beli pureen bukan johnson&johnson?(sebab pakai yg tu)
Pudin: yang ni macam best je. Shahadah chinta kan gadis pureen. (eh?oooo..ok je.xkisah asal ada toiletries)

Lepas dah pakai. For sure la wangi kan..seme toiletries baby pon wangi..tapi yang kina perasan lepas beberapa kali pakai rambut die makin lembut xkejung sangat..bila belek botol die ade tulis buat rambut lg lembut & bersinar & ada vitamin E..botol colour jernih tp shampoo colour oren..pasni nak sambung pakai pureen je utk toiletries die..daaa..

Gambar budak yang suka dishampoo!

Tuesday, October 30, 2012

Stroller emergency

Salam
Dah nama pn emergency tak sempat nak survey betul-betul..tak suke kalau pakai rembat je mesti ada yang tak kena..huhu..tapi ok la dari takde,berguna juga kan..

Lepas pantang adik kina konvo,nak tak nak pegi la kan..pastu shopping kat mid valley (bukan shopping sangat..xsempat sebab baby asyik nak susu..hihi)..nak beli baby carrier tp rasa baby terlalu kecik utk letak dalam tu..nak dukung mmg xlarat la..baby carrier tunggu tulang die kuat sikit kot..sekarang 5 min pun dah lenguh..kunun dulu pudin cakap die sanggup dukung je xyah beli stroller..haha..sekarang tengok,kejap je dah main passing2..

Sempat la tanya-tanya dekat group tentang stroller yg sesuai tapi bila da set dalam kepala,pegi kedai xd plak la kan yang kita nak tu..sebab tu i love online shopping! Kalau esok nak guna memang takde makna la shopping online. Kalau beli online tak hampa kalau takde stock,cari kat website lain plak kan tapi tak best jugak kalau takde depan mata tak dapat nak check it out betul-betul ye tak..Penyelesaian? Pegi kedai tengok2 yang berkenan pastu cari online. hahaha. Alhamdulillah..It works! Berkenan sangat dgn stroller yang kina beli online. Haa..yang tu tunggu review nanti na.

Ingatkan lipat kecik macam ni rupanye belum dipasang lagi
Last-last beli stroller jenama sweet cherry yang biasa & murah punya..bukan model SCR123456789 tu..ni yg awal2 dl kot harga RM169, beli kat manjaku, kalau beli dekat tempat lain mesti lagi murah!..jenis umbrella fold,warna grey,boleh recline sampai 170..berat jugak,kina memang angkat pakai 2 tangan tapi SCR lagi berat kot..(tapi memang tak angkat pun, adik lelaki je angkatkan)..Since naik kereta ibu so xkisah sangat size die yang memenuhkan ruang tapi masih bearable.. Nak pinjam yang saudara semua cakap jenis masuk muzium dah..ibu cakap amek je yang tu dulu,xpayah amek yang mahal lagi..esok nak guna baru nak beli..tak patut..jangan buat begini ok..:p

muat2 kereta ibu kina
So far pakai baby tak meragam dalam tu. Kecik lagi kot. Tunggu besar sikit ntah nak ke x die dok dalam stroller kan..Cuma kalau die dah jaga tu memang nak susu je..kalau die tido memang aman je dalam stroller.

Apa yang kina xberkenan sebab tak boleh facing baby..puas la kina dok jalan laju ke depan nak tengok shahadah chinta sambil adik kina yang bawak stroller..jenuh la..yela,kang die terbalik dalam tu kita tak sedar..memang tak tenang rasa..Lepas pakai 4-5x tayar die buat hal..Nak tahu tak? Kina langgar kaki adik kina dengan stroller tu..hahaha..nasib baik adik sendiri!:p
Papa & shahadah chinta
Ayah cu yang selalu mengangkut stroller
Entry ini bukan lah untuk meng'kondem' barang yang murah ye..erm..100lebih tu duit jugak..mula ingat takkan beli stroller baru tapi setelah berpengalaman menggunakannya kami memang decide nak beli yang lain..Walaupun dapat berkhidmat selama sebulan je tapi we will miss u stroller sweet cherry! Nak jual memang tak la kan. RM50 pn belum tentu org nak. Kina bagi dekat pakcik kina yang ada 6 orang anak & anak kecik die baru 4 bulan..hopefully berguna la utk baby rifqi..Dari jadi tukun baik bagi je dekat orang. Bak kata pudin kalau selagi pakcik guna stroller tu, nanti kita akan dapat pahala berpanjangan..InsyaAllah..




Wednesday, October 24, 2012

Excitednya!

Salam
Asal balik semenanjung mcd adalah tempat yang wajib pegi..tapi lepas ni tak perlu lagi..

^______^

Tuesday, October 23, 2012

Review Carrier Carseat SCR 7

Salam
Hari ni nak review tentang carseat our little honey pie shahadah chinta..antara benda awal yang dibeli..Safety first la katakan..Lepas tu takde sedara mara yg nak bagi turun termurun punya carseat, so beli lah..Dengan harapan baby akan duduk dalam tu bila dalam kereta..

Jenama: Sweet Cherry
Model: SCR7
Kedai: Kedai Yong Fong,Bachang,Melaka (dutanya etty..hahaha)
Harga: RM190 (normal price RM200-239)
Warna: Gray & Black
Berat: 3kg lebih kot.

Kina beli carrier carseat SCR7 ni dulu sebab ingat nak beli sekali dgn stroller SCR5 @ mana2 SCR yg boleh attachkan dengan SCR7 ni. Kalau carseat boleh pasang pada stroller dipanggil travel system. Mudah kalau baby tido dalam carseat kite just angkat je carseat letak dlm stroller tak perlu angkat baby (kang terjaga plak die). Namun,masa tu xd warna yang kina nak utk stroller. Alhamdulillah,ada hikmahnya..sebab stroller SCR sgt bulky & xmuat viva la diva kina tu..so tak jadi beli stroller SCR..

Walaupun SCR7 xdpt berkhidmat sebagai travel system sebab tak beli stroller couple die. Tapi SCR7 sangat-sangat berguna. Tak sia-sia belanja RM190, Shahadah chinta suka duduk dalam tu..

Ini rupa SCR7. Cover @ hood die boleh cabut & pasang dengan senang. Dalam rumah & kereta memang tak pasang la cover die tu. Kalau terik matahari kat luo baru pasang.

Cover dah cabut masa ni.
Ini rupa SCR7 kalau kita nak jadikan die as rocker. Padding die not bad tebal gak. Jadi kalau bergegar @ tersentak ke selamat sikit rasa.

Tarik yang tu pastu letak bantal bagi tinggi
Yup,boleh jadi rocker jugak. Just terbalikkan pad kepala die ke bawah. Then alas dengan bantal & napkin. Wallaaaah..da siap rocker..kadang2 kina tarik tali bawah tu utk goyang2kan die tapi kalau malas aku pakai kaki je sambil tgk tv..hahaha..Bila jadi rocker dalam rumah letak baby masa mamai2 tu memang sedap la die tido dalam tu..

tak suke kena bedung
Kalau nak makan plak,kedai depan kereta je. Angkut je die dengan SCR7 ni letak atas meja makan @ kerusi sebab die ade carrier. Carrier ni boleh laras 3 position, utk pegang,utk jadi rocker, utk tahan carseat dari bergerak (kot)..

SCR7 ni sesuai untuk newborn sampai 4 tahun. Tapi kina tengok shahadah chinta dah nak sama panjang dah dengan carseat ni.

Cuma 1 je,kalau pasang carseat mesti la pasang kat seat belakang. Jadi kina pun duduk belakang. Dulu kan duduk sebelah driver,sekarang jadi bos. Kesian papa die duduk depan sorang2. Nak tengok baby dengan mama tengok ikut mirror je..haha. Bila baby besar sikit boleh la biar je dalam car seat kot.
Ni masa nak buat balik rumah tok kat tembangau,carseat tu tonggengkan jadi baby baring
Alhamdulillah, we love SCR7..:)

Masa 2 bulan. Dah xnmpk carseat sebab tertutup dgn stroller pad. Shopping dekat so xpki beriya.

Wednesday, October 17, 2012

Sebelum & selepas jaundice

Salam
Dia sudah 2 bulan & harap2 dah bebas jaundice dah..aamiiin..lihatlah perbezaan warna kulit..hahaha..dulu merah gelap..umpama pakai fair & lovely tak?hihihi



Tuesday, October 16, 2012

Lampin mickey mouse

Salam
Ok, tak sangka akan buat review tentang lampin..hehe..sebab ramai yg tanya pasal lampin ni jd kina buat post la senang..Hee

Lampin mickey mouse ni kina beli dekat kedai manjaku. 1 pack ada 8 helai. Harga die RM28.90. Agak pricey maybe sebab printed & jenama disney. Seminggu kemudian kina minta pudin belikn lagi tapi yg lain plak. Die beli yang pureen punye, printed jugak tapi xsecomel & xsekualiti yg mickey mouse.

Dulu kina igt sekarang ni tak perlu la kain napkin/lampin ni sebab dah ada diapers @ cloth diapers (CD) segala. Rupanya sangat perlu & sangat berguna.

1. Boleh jadi bedung. Tapi budak sekarang bukan suke kena bedung.
2. Boleh jadi blanket.
3. Boleh jadi alas tilam. Bukan tilam je, alas stroller bleh, carseat bleh, rocker bleh.
4. Boleh jadi towel. Lampin ni lagi menyerap air dari towel biasa kadang2 tu.
5. Boleh jadi pelindung matahari kapit kat tingkap kereta.
6. Boleh jadi bib. Kadang2 baby menyusu mengada-ngada, bukan nak sangat susu,hisap pastu mengalir keluar kat hujung mulut. Bila tak jumpa bib lampin pun jadi.
7. Boleh jadi nursing cover. Sabtu hari tu 1st time nursing in public (NIP). Sekali dekat KPJ sekali dekat Giant. Biasa kalau keluar kina akan pam masuk botol tapi aritu tak sempat & agak malas. Hihi. Kina just ikat lampin kat leher, pudin plak cover dari depan. Rasanya takkan keluar sorang dgn baby sebab kelam kabut lagi nak NIP. Nanti buat tiger show plak. Nak dapat pahala menyusu tapi dapat dosa tunjuk aurat. Tak boleh la gitu kan. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Ok la..tu je cerita pasal lampin baby..macam best plak dok review2..next nak review car seat shahadah chinta..:)

Monday, October 15, 2012

Minyak untuk mengelakkan stretch marks

Salam
Di awal-awal blog ni dibuat..masa tu baru je pregnant..kina ada menulis post tentang cocoa butter cream yg kina beli. Boleh baca di [post ini]. Kina sempat pakai sekejap je until pregnant 4 bulan. Sebabnya ada pengganti yang baru. Jadi tak boleh la nak review cocoa butter. Review yang pakai lama la ye.

Since dekat bintulu kina monthly check up dekat columbia asia (panel ING). Memang nak menggunakan insuran sebanyak mungkin. Ramai yang tanya tentang insuran ING yang cover semua aritu kan. Actually ni insuran tempat keje suami memang dapat unlimited coverage tapi sekarang sape yang baru kerja dengan tempat keje die dah tak dapat dah benefit unlimited tu. Nak cerita banyak pasal insuran tak tahu sangat . Sebagai isteri haruslah menggunakan juga insuran tu sepenuh hati. Alhamdulillah, shahadah chinta pun dicover dengan ING.

Tiap kali lepas check up bawak balik ubat macam baru lepas shopping
Ok..Kembali kepada topik asal.  Doctornya sukeeee sangat bagi ubat banyak2. Antaranya termasuk minyak yang super best ni. Nama die Belli Oil. Comel kan nama die. Bau lavender. Kena pakai 3x setiap hari utk area-area bermasalah yang bakal berstretchmark bagi mengelakkan stretch mark. Belli oil ni die menambahkan elasticity pada kulit so bila mengembang membesar dan seangkatan dgnnya die tak pecah kulit menjadi stretchmark.

Kina pakai takde la 3x setiap hari. Tapi consistent jugak. Lebih kurang 4 bulan kina berjaya habiskan 2 botol! Cepat habis sebab bukan sapu pada perut je tau,pada paha,breast,bumper. Terima kasih encik husband kerana menjayakan misi mengelakkan strechmark..hahaha..bila tiba masa nak sapu kina @ pudin akan cakap 'jom belli' @ 'belli time'. Rasanya kl diri sendiri yg sapu 1 botol pn belum tentu habis..Tapi ada masa pudin malas nak layan isterinya yang malas nak sapu sendiri..harusla memujuk utk sapu kalau tak buruk tau ada strechmark siap ku tunjuk2 gambar dari hasil googlean..hehehe..

Bila belli oil dah habis..kina gantikan pula dengan minyak VCO dari Tanamera. Kini tidak berbau lavender lagi tapi bau kelapa daa. Tapi still best.

Hasilnya? Alhamdulillah..stretchmark kurang. Ada 1 hari tu ibu kina kan tolong bengkungkan die tengok perut kina & cakap:

'eh..xpecah perut akak..takde pun yang tanda putih mcm ibu.emm tapi ibu da anak 3.' (nk jugak puas hati die.hehe)

Yup,just ada strechmark yang warna hitam tapi sangat-sangat sikit pada perut. Kawasan lain licin gebu. Cewah. Over plak. Ibu kina cakap yang stretch mark sikit2 tu lama-lama akan hilang. Nak cepat hilang just sapu minyak vco @ bio oil. Tapi sampai la ni tak sapu2. Tggu balik bintulu ah. Hehe.

Makna kulit perut pecah tu macam gambar google image kat bawah ni.
Pecah yang warna putih-putih tu. 
Tak tahu la antara belli oil @ minyak vco yang mana telah menyumbangkan tapi i think both of them kot sama2 membantu. Kina tak pernah jumpa belli oil ada jual kat mana sebab dapat free dari doktor tapi kalau korang nak cari boleh google je kot ada la tu jual online mana2.Dekat bawah ni rupa minyak VCO & bawah sekali tu my favorite Belli Oil. Itu la sahaja. 


Tinggal sikit je minyak vco tanamera ni
Camni la rupa belli oil
Tak kisah apa-apa minyak janji boleh membantu meminimakan gejala stretch mark, ..Prevent is better than cure. Gituu. Jumpa lagi di lain review.


Tuesday, October 9, 2012

Ni nenek & atuk atau parentnya?

Salam


OK..nak update laju-laju sebab shahadah chinta tengah tido..sekarang die suke beno tido atas badan mama die..susah nak buat keje 2 3 hari ni..hehe..inilah masanya update blogs..bukan 1 tapi 3..Susah tu nak jaga 3 blog..terpaksa la sebab taknak campur aduk sebab ada business dekat 2 blog lagi tu..

Kina tahu kalau letak gambar ni dekat blog mesti korang akan cakap mudanya parent kina. Dah biasa. Kalau cakap shahadah chinta tu anak dorang & kina ni adik dorang mesti orang percaya jugak. Ini la parent kina. I guess muka kina campuran dorang. Macam adik kedua ikut ayah, adik bongsu ikut ibu tapi warna kulit mat bangla..hahaha..
Apasal tangan aku lagi putih dari muka?! Geram mama dgn shahadah chinta ni seksi sangat..hahaha

Before shahadah chinta comes in


Ibu kina tahun ni dah 47 tahun & ayah kina 49. Dorang kawen masa 1986 di mana umur ibu 21 & ayah 23..Nak cakap kawen muda takde la sangat kalau ikut zaman dulu kan. Sekarang kalau 21 kawen kira muda la jugak. 

Ibu bahasakan wan mi = wan mummy. (tak jadi plak granny)
Ayah bahasakan aki.

Wan mi walaupun dah pangkat nenek tapi kusyuk lagi main game angry bird, temple run, zuma & macam-macam lagi la dekat S2 die tu. Aki plak selalu pegi CC (cyber cafe) lepas wan mi dah memotong broadband adik kina. Hahaha. Kina cakap dekat ayah kina mesti die orang paling tua dok melepak dalam CC tu. Yela, die suke tengok MalaysiaKini, pastu dekat facebook dok share2 je keje. Tak gaye betul dah ade sorang cucu kan?

Tapi ape yang best, kina & parent kina macam kawan. Sempoi je. Harap dapat jadi macam kawan dengan Shahadah Chinta bila dia dah besar nanti.
 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork