Showing posts with label minyak untuk stretchmarks. Show all posts
Showing posts with label minyak untuk stretchmarks. Show all posts

Monday, October 15, 2012

Minyak untuk mengelakkan stretch marks

Salam
Di awal-awal blog ni dibuat..masa tu baru je pregnant..kina ada menulis post tentang cocoa butter cream yg kina beli. Boleh baca di [post ini]. Kina sempat pakai sekejap je until pregnant 4 bulan. Sebabnya ada pengganti yang baru. Jadi tak boleh la nak review cocoa butter. Review yang pakai lama la ye.

Since dekat bintulu kina monthly check up dekat columbia asia (panel ING). Memang nak menggunakan insuran sebanyak mungkin. Ramai yang tanya tentang insuran ING yang cover semua aritu kan. Actually ni insuran tempat keje suami memang dapat unlimited coverage tapi sekarang sape yang baru kerja dengan tempat keje die dah tak dapat dah benefit unlimited tu. Nak cerita banyak pasal insuran tak tahu sangat . Sebagai isteri haruslah menggunakan juga insuran tu sepenuh hati. Alhamdulillah, shahadah chinta pun dicover dengan ING.

Tiap kali lepas check up bawak balik ubat macam baru lepas shopping
Ok..Kembali kepada topik asal.  Doctornya sukeeee sangat bagi ubat banyak2. Antaranya termasuk minyak yang super best ni. Nama die Belli Oil. Comel kan nama die. Bau lavender. Kena pakai 3x setiap hari utk area-area bermasalah yang bakal berstretchmark bagi mengelakkan stretch mark. Belli oil ni die menambahkan elasticity pada kulit so bila mengembang membesar dan seangkatan dgnnya die tak pecah kulit menjadi stretchmark.

Kina pakai takde la 3x setiap hari. Tapi consistent jugak. Lebih kurang 4 bulan kina berjaya habiskan 2 botol! Cepat habis sebab bukan sapu pada perut je tau,pada paha,breast,bumper. Terima kasih encik husband kerana menjayakan misi mengelakkan strechmark..hahaha..bila tiba masa nak sapu kina @ pudin akan cakap 'jom belli' @ 'belli time'. Rasanya kl diri sendiri yg sapu 1 botol pn belum tentu habis..Tapi ada masa pudin malas nak layan isterinya yang malas nak sapu sendiri..harusla memujuk utk sapu kalau tak buruk tau ada strechmark siap ku tunjuk2 gambar dari hasil googlean..hehehe..

Bila belli oil dah habis..kina gantikan pula dengan minyak VCO dari Tanamera. Kini tidak berbau lavender lagi tapi bau kelapa daa. Tapi still best.

Hasilnya? Alhamdulillah..stretchmark kurang. Ada 1 hari tu ibu kina kan tolong bengkungkan die tengok perut kina & cakap:

'eh..xpecah perut akak..takde pun yang tanda putih mcm ibu.emm tapi ibu da anak 3.' (nk jugak puas hati die.hehe)

Yup,just ada strechmark yang warna hitam tapi sangat-sangat sikit pada perut. Kawasan lain licin gebu. Cewah. Over plak. Ibu kina cakap yang stretch mark sikit2 tu lama-lama akan hilang. Nak cepat hilang just sapu minyak vco @ bio oil. Tapi sampai la ni tak sapu2. Tggu balik bintulu ah. Hehe.

Makna kulit perut pecah tu macam gambar google image kat bawah ni.
Pecah yang warna putih-putih tu. 
Tak tahu la antara belli oil @ minyak vco yang mana telah menyumbangkan tapi i think both of them kot sama2 membantu. Kina tak pernah jumpa belli oil ada jual kat mana sebab dapat free dari doktor tapi kalau korang nak cari boleh google je kot ada la tu jual online mana2.Dekat bawah ni rupa minyak VCO & bawah sekali tu my favorite Belli Oil. Itu la sahaja. 


Tinggal sikit je minyak vco tanamera ni
Camni la rupa belli oil
Tak kisah apa-apa minyak janji boleh membantu meminimakan gejala stretch mark, ..Prevent is better than cure. Gituu. Jumpa lagi di lain review.


 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork