Monday, July 23, 2012

Pitam semasa terawih

Salam

Stop kejap cerita pasal checklist baby. 
Mungkin post ini agak annoying & boring sebab xd gambar,sedih pilu, manja & mengade-mengade sikit. 

Tahun ni puasa dengan baby dalam perut. Hari ni dah 33minggu = 8 bulan 1 minggu.
Sudah tentu semua ibu mengandung nak berpuasa penuh kalau diberi kesempatan bukan?
Alhamdulillah takat ni bertahan lagi.

Hari pertama semayang terawih seronok! Biasa la first time.
Kami memilih utk berjemaah di rumah je sebab masjid jauh plus kina pun dah 8 bulan. 
Jadi semayang di rumah saja lebih mudah. 

Hari pertama puasa bersemangat! Sahur makan roti canai segera dengan sardin & kari. Siap pegi jalan sana sini. Pegi pejabat pos, tengok kedai perabot, cari wardrobe untuk baby tapi tak jumpa, pegi shopping barang basah, masak lauk untuk berbuka. Seronok berpuasa di Bintulu ni sebab masuk waktu berbuka awal. 6.42 petang dah ngap Yusof Taiyooooob (buat suara bisik2).

Hari kedua terawih pitam! Actually ni bukan first time kina pitam masa sembahyang masa pregnant ni. First time aritu tak silap nak dekat masuk 3rd trimester. Semayang maghrib, masa tu rakaat ke 2. Pudin pun terkejut sekali sampai keluar la dari jadi imam sebab kina terduduk. Yela, mesti la panik kot. Masa tu kina dah bagitau, kalau kina pitam lagi jangan keluar dari semayang dah, teruskan je tanpa kina.

And this time, die ikut nasihat kina. Masa tu witir terakhir, kina dah rasa dah potensi nak pitam sebab akan mula berdebar-debar, muka dah sejuk, pastu sekeliling akan mula rasa gelap. Dalam hati ' Bertahan la, ni rakaat last ni.Please bertahan, sebab rukuk & sujud rasa tu akan kurang sikit'. Masa pudin baca surah pendek yang last, lutut dah bergetar dah, lembik, tak sempat habis pudin baca dah terduduk. Terus mengalir air mata laju. Rasa sedih yang amat. Kenapa tak dapat bertahan. Sikit je lagi. Sedih gila. 

Satu, memikirkan last rakaat tu. Dua, memikirkan nanti balik semenanjung camne la. Sejak family ada business bazaar biskut raya depan Masjid Kuantan tu, memang kitorang akan semayang terawih kat masjid tu. Kalau semayang dengan pudin memang boleh je semayang duduk, tapi bila kat masjid nanti rasa taknak la semayang duduk sebab tak suka orang tengok-tengok. Tak kusyuk weh lain dari orang. Bila pudin dah siap, die pun tanya kenapa tak semayang duduk kalau tak larat sebab kina memang dah start semayang duduk bila tak larat. Kunun sampai ke witir nak semayang macam biasa sebab dah kebas kaki last-last pitam jugak. Sob sob sob..Nangis tanpa kata..Basah telekung. Haha. Pitam bukan masalah besar sangat kot tapi manja & emo terlebih dah makin hampir nak bersalin & berpisah dengan husband. Pastu pikir orang lain lagi lama berPJJ, sila bersyukur kina! Baik2!. 

Pudin pelik nape nangis beriya sangat. Sampai kina kata nak bersalin kat sini jela. Punya emo kan (diri sendiri pun rasa menyampah..hahaha). Tak nak la beraya kat sini. Nak beraya dengan siapa kan? Orang iban? Huhu. Sate, rendang, lemang kat rumah nenek tiada tandingan. Pastu kina pun luahkan la kenapa nangis.

Pudin : ''Takpe la, nanti syg semayang terawih dekat rumah. Duduk je dekat bazaar, takut nanti pitam kat masjid plak"
Kina : "Huhu..taknak semayang sorang-sorang..Tengok la cmne nanti..Tak suke gak dok kat bazaar smpi orang habis terawih..''

Kina memang ada tekanan darah rendah ikut ibu kina. Tapi pelik masa check dengan doctor tak pernah doctor cakap rendah which is rasa memang rendah (nanti doctor cakap siapa doctor ni sebenarnya? haha. jadi diam je.). 

Sejak dari darjah 6 pernah pitam masa perhimpunan. Kelakar masa tu Guru Besar tengah berucap. Tiba-tiba gelap gelita. Ingatkan kina jadi buta weh! Pastu cakap dekat kawan sebelah. "Weh, aku tak nampak ape-ape. Gelap". Die ingat kina main-main plak sebab memang jenis kuat main. Pastu tup-tup terjatuh la. Hahaha. Rasa nak pitam ni hilang bila kita dah duduk atau rehat minum sikit. Masa tu cikgu belanja air soya & roti sebab cikgu rasa kina pitam sebab tak breakfast, biasa la ibu kina kerja tak sempat nak masak breakfast bagai. 

Pitam masa terawih tu maybe sebab siang tu aktif sangat kot. Lepas tu sekarang semayang terawih duduk je. Kebas gak kaki & belakang. Seriously 3rd trimester ni sakit belakang tu mencucuk-cucuk, sakit pinggang, sakit kaki. 

Hari kedua puasa errkk..laki bini tak sedar bangun sahur. Hahaha..Bukan tak sedar, tapi kina pegi dismiss alarm bukan buat snooze macam biasa. Pudin punya alarm plak tak dengar. Last-last tak sahur la. Kalau masa tak pregnant tak sahur rasa rileks je, tapi masa mengandung kalau tak sahur fuhh, rasa macam budak darjah 2 puasa dok kira jam, tak larat rasa nak berbuka tapi kutahan Jebat. Hari ni terus awal gila pudin kejut sahur, siap die masakkan nugget & pau, risau die tak sahur macam semalam sebab kina memang lembik gile bila tak sahur masa pregnant ni. Masa puasa ganti dulu pun tak lepas sahur sebab takut baby lapar. 

Thank you Allah sebab bagi peluang pada diri ini untuk mengalami nikmat mengandung & berpuasa.
Thank you suamiku sebab sentiasa ada & rajin tolong melayan kerenah isterimu ini.
Thank you baby sebab memahami mama & behave dalam perut. 
Tapi memang masa berbuka dapat rasa baby happy gila berjoget dapat air sejuk & makanan ye. 

Lagi 4 hari nak balik semenanjung. Harap Allah permudahkan & kuatkan semangatku. Aja-aja fighting!




Thursday, July 19, 2012

Checklist baby : 2) Baby Gear

Salam
Episod kedua dalam checklist baby iaitu baby gear..Sambungan dari [entry] semalam..Dulu ingatkan baby gear ni macam untuk travel ke macam stroller tu jatuh dalam kategori ni..Rupanya pakaian baby da. LoL..Oh My English..Nampak sangat English teruk gile.. : p

Baby Gear @ Clothing- Barang-barang berkaitan baju & pakaian baby
Baby sangat banyak pakai baju. Kina beli hampir belas-belas pasang tapi berbeza-beza size. Untuk newborn rasanya dalam 3 ke 4 pasang je. Better beli yang size besar sikit sebab baby membesar dengan sepantas kilat. 
Kina: Ibu, berapa helai nak buat balik baju baby ni dok 2 bulan kat Kuantan?
Ibu: Akak ade berapa helai?
Kina: Ada dalam belas-belas. Ada macam-macam size.
Ibu: Bawak je semua balik. Tak payah tinggal. Tak sempat nanti baby nak pakai dah besar. 
Kina: Ok bos! Nanti kalau tak cukup neneknya belikan. Hahaha.
Ibu: Apa nenek2? Granny ok. Cakap je nak beli baju apa. Setakat baju granny boleh beli la. (Over tau nenek baby ni..hahaha)


Beli sikit je sebab memang plan nak mengepaw nenek granny baby! Lepas raya nenek granny baby kaya sebab tokey kuih raya.  Hahaha. Plus, orang kan ramai bagi hadiah baby set baju segala. So, wait & see. Ado ke nak bagi nanti? Hahaha.


Size baju untuk baby
0-3 = size baju newborn tapi biasa kejap je dah tak muat.
3-6 = size baby 3 bulan hingga 6 bulan
6-9 = size baby 6 bulan hingga 9 bulan
6-12 = size baby 6 bulan hingga 12 bulan 
Kadang-kadang lain brand lain sizenya. 
Macam Pureen contohnya, die pakai size macam ni plak. 
12 = size baby 0 hingga 6 bulan
14 = size baby 6 hingga 12 bulan
16 = size baby 12 hingga 18 bulan
18 = size baby 18 hingga 24 bulan
Kina banyak baju Pureen sebab kawan tolong berebut hari tu dekat Pureen Warehouse Sale. Berbaloi sangat-sangat sebab harga murah, kain die best, lembut & berkualiti. Baju baby tu nampak je kecik ok, tapi kalau tengok harga, kumpul-kumpul boleh tahan banyak. 


1) baju baby
Short sleeve, long sleeve, kain berlubang, kain tak berlubang, short pants, long pants, legging, rompers/bodysuit, jumper, dress, jeans macam-macam lagi. Nak cari baju baby yang ada wording-wording lagi.
Jeans belum beli lagi untuk baby, tunggu die besar sikit. Dress nak paw granny baby, tapi dah beli 1 helai RM39.00 kemarin dengan Aqeel Baby Shoppe sebab beli diaper bag kat situ. Tak suka beli online 1 benda je sebab rasa rugi. Hahaha. Jadi rembat gak la 1 dress yang cute ini. Biru takde kalau tak biru la ku rembat. Peach pun cantik gak. First dress untuk baby! 
2) Mittens & Booties
Sarung tangan & sarung kaki baby. Ada 3 set je. Memang tak cukup kot. Tunggu orang bagi hadiah. Hahaha. Orang cakap mittens & booties ni pakai sampai 3 bulan je. Lepas tu bagi baby pegang-pegang & explore dah. 


3)Barut
Ada 10 helai. 6 helai plain beli dekat Mydin, 4 helai colorful flannel beli dekat Expo Baby PWTC. Hari tu mintak granny baby buatkan. Kompem la tak dapat kan, granny busy like bee. Hahaha. Granny cakap beli jela yang warna warni lagi, nanti die bayo. Yes2. Keje mengepaw je. : p


4)Baby bib
Bib ni berguna so that baju baby tak cepat kotor, kalau kotor nanti kena tukar plak baju. So, beli la 3 helai dekat Expo Baby PWTC dengan harga RM5 sehelai jadi total RM15. Beli yang paling murah je. Material die macam depan kain, belakang macam material waterproof.
5)Boonet
Ada 1 je, tu pun orang bagi. Hehehe. 


6)Socks
Ni pun berguna menggantikan booties nanti. Ingat nak beli nanti. Yang ada pun orang nak bagi. Hee. Tq Azi! Azi ni penyewa veil nikah kina. Rezeki jangan ditolak, walaupun macam segan-segan nak terima. Hihi. 


7)Headband
Mula-mula ingat nak beli lepas pantang tapi tak tahan plak tengok comel sangat. Baby girl tanpa headband macam tak lengkap je. Geram tengok baby Sofia anak sis Liyana SCR pakai macam-macam headband. Harap-harap baby nak la pakai headband. Sebab ada yang jenis rimas kan pakai benda atas kepala. Mama die je yang semangat nak berheadband bagai. Kina beli 6 headband dekat Ohbabygirlboutiques, sekali beli 6 ko, sebab situ macam paling murah & cantik-cantik plak tu!Total untuk 6 headband berbagai bentuk & harga = RM37.40. Service pun  pantas je. Macam-macam color beli sebab nanti senang nak match dengan baju. Kalau kat kedai, ada harga 1 headband boleh cecah RM12 padahal tak comel mana.

Total perbelanjaan setakat ini untuk baby clothing
Akhir sekali, hadiah dari Mama untuk babynya. Harta pusaka ni je yang mama ada. Hahaha. Sweeter untuk baby! Walaupun gambar kartun tu macam dah tercabut, mama pun tak ingat gambar apa tu, yang penting mama ingat mama pakai ni pegi Genting masa kecik. Hahaha. Dulu bulu-bulu tu macam lebat sikit. Hehe. Baju lain semua dah bagi dekat orang. Ni je yang ado. 
Sweeter yang seusia dengan mama = 25 tahun sudah! 
~ To be continued dengan Checklist baby : Baby Nursery/Furniture


Wednesday, July 18, 2012

Checklist baby : 1) Baby Feeding

Salam


{Entry ini panjang}

Post ini adalah sambungan dari [entry] ni. 3 bulan baru nak bersambung. hahaha. Penting sangat kena ada checklist supaya tak terikut sangat nafsu membeli barang baby yang pastinya untuk first time mommy ni beli barang baby rasa macam beli handbag Coach. Excited tu lain macam! Yang belum download atau belum ada cari la 1 checklist excel yang boleh tunjuk total harga sekali macam yang kina dapat dari  Nana . 

Bermula hari ni nak story pasal checklist ikut turutan untuk panduan diri sendiri & first time mom to be yang seangkatan yang blur-blur bila tengok checklist. Ni semua barang baby yang kina beli & kina rasa perlu ikut keadaan kina seorang housewife yang bekerja dari rumah (cewah). Nanti baby dah besar boleh tengok mama die prepare cmne. Hahaha. Sebelum beli kina banyak rujuk dekat blog2 mommy yang best2 macam Nana, Safiyyah, Aty, Elly & ramai lagi la sebab dorang story details dengan harga sekali so boleh la tahu harga semasa barang-barang baby.

Baby Feeding - Barang-barang berkaitan dengan pemakanan & penyusuan baby
Kalau ikut list ada barang yang kina tak beli sebab rasa tak perlu (buat masa ni), kita kan belajar dari pengalaman. Bila dah ada baby nanti, rasa perlu ada, beli la plak. Kuantiti pun kina beli tak terlalu banyak sebab nanti masa pantang, boring-boring boleh shopping online kalau tak cukup. Hahaha. Dah plan tu! Kiranya ni barang-barang basic yang pada kina penting. Pada orang lain tak penting pasti ada justification tersendiri kan.

1) Feeding bottle 
Macam-macam jenama botol susu sekarang. Avent, Tommee Tippee, Pureen, Nuk, Nuby & macam-macam lagi la. Mula-mula dulu ingat nak beli Avent Newborn Starter PES yang color honey tu, tapi tak puas hati tak jumpa harga yang paling murah pastu katanya akan discontinue. PES ni jenis plastik die lebih durable, tahan panas, kira paling bagus la berbanding PP sebab tu die lagi mahal tapi tak paham kenapa die nak discontinue dengan yang lain.  Akhirnya beli yang PP je.
Tommee Tippee 5oz & 9oz

Tapi kina suka bentuk Tommee Tippee, comel walaupun bapak besar. Macam la mamanye yang gunakan. Beli online di mybbstore harga discount RM35.00 dapat 2 botol 5oz & 9oz, harga biasa mau cecah RM59 utk 2 botol ni. 5oz tu sesuai untuk newborn sebab puting die slow flow, harap-harap baby sesuai dengan puting tu, sebab banyak kes baby memilih puting & botol susu. Kasi chance la baby pun ada hak untuk memilih. Hahaha. 9oz punya besar sikit & bila baby besar sikit pakai yang tu plak. Beli 2 je la, jimat 1 hal, pastu tak tahu lagi baby mau ke tak TT tu, pastu kalau banyak sangat botol mula la nanti malas rasa nak basuh. 

2) Breast pump
Malas nak cakap banyak pasal breast pump sebab dah pernah story dekat [entry] ni. Dapat 1 storage bottle & 1 feeding bottle. Jadi 3 la botol susu. Kina beli breast pump Medela Harmony dengan harga RM160. Keberkesanannya mesti la belum tahu selagi belum cuba. Nanti dah cuba baru boleh buat review. Kina beli ni pun ibu kina dah bising cakap mahalnya sebab manual je pun dah harga ratus-ratus katanya, belum beli Medela Freestyle lagi. Hahaha. Alasan : sekarang semua benda mahal ibu, lagipun ni banyak review orang cakap bagus. 

3) Storage bottle
Dulu kina confuse ape la banyaknya bottle dalam checklist baby ni. Rupanya ni botol untuk simpan susu ibu buat stok untuk baby. Since kina housewife dan akan selalu direct breastfeed kot jadi kina tak beli banyak. Tak beli pun sebenarnya sebab dapat free 4 bottle Bumble Bee yang comel masa beli Cooler Bag & Medela Harmony. Total ada 6 storage bottle, muat la nak letak dalam cooler bag atau freezer atas. Orang cakap storage bottle ni tak boleh lama-lama sangat pakai, pas 6 bulan kena tukar. Bagi yang bekerja mungkin perlukan lebih banyak & deep freezer pun diperlukan kot untuk simpan stok. 

4) Storage bag/plastic
Haa..perkataan storage lagi. Ni pun sama fungsi die macam storage bottle cuma die dalam bentuk plastik. Lebih murah & menjimatkan ruang. Kina beli jugak 25pcs yang Autumnz yang ada lock tu dengan harga RM11.60 (kalau expo lagi murah tapi sebab nak jimat shipping Enjoybreastfeed jadi beli je), walaupun nanti selalu direct breastfeed, masa baby taknak menyusu tapi susu perlu dipam keluar so that tak bengkak & sakit, kena simpan gak. Nanti kalau rasa tak cukup, beli lagi. Harap-harap susu untuk baby banyak. Amin. Ada storage bag yang lagi murah tapi kena ikat sendiri, memikirkan diriku ni pemalas jugak jadi beli la yang Autumnz tu.

5) Bottle & Teat Brush
Ada banyak berus boleh je beli kat mana-mana. Tapi time ni alang-alang tengah shopping dekat mybbstore tu beli la terus berus jenama First Year ni RM13.41. Ada discount pastu jimat sikit shipping. 

6) Cooler bag
Perlu ke tak perlu ke benda alah ni. Tu ayat yang selalu terfikir-fikir. Akhirnya beli juga sebab nanti kot-kot selalu nak ikut pudin outstation, balik kampung, travel mana-mana rasanya perlu jugak ada. Beli yang murah je jenama Amazing Mom dekat Enjoybreastfeed RM54.90 dapat free ice pack 3pcs, 4 storage bottle Bumble bee & apa yang paling penting warna die Blue Mint. Haha. Kalau beli cooler bag sahaja RM29, RM24 tak silap untuk harga member. Ala, sign up je dengan Enjoybreastfeed tu dapat la harga member. Cooler bag ni muat letak 6 storage bottle tapi kalau dah letak ice pack rasa macam muat 4 bottle je. Ada 2 zip & penutup die boleh bukak 180 darjah sesuai untuk jenis tak penyabar macam kina, bukak terus habis. Hahaha. Plus die ade adjustable sling up to 30inch long. Berapa lama tahan simpan dalam cooler bag ni, tak dapat dipastikan selagi belum guna. Orang cakap 8 jam - 12 jam bergantung kepada jenis cooler bag gak. 
Ini la package cooler bag yang dibeli. Warna biruuu..

7) Reusable Ice Pack
Dapat free 3 pcs masa beli cooler bag. Nama die Advance Korea Durable Super Ice Pack. Ala-ala K-Pop gitu. Hahaha. Normal price RM8/pc utk member Enjoybreastfeed. Cara nak guna inject air max 750ml, ikut size yang kita nak. Nak ice pack tu kurus sikit letak sikit air tapi better letak banyak untuk tahan cool lebih lama. Pastu masukkan dalam freezer 8-12 jam sebelum nak digunakan. Nanti akan review lepas dah guna.

8) Sterilizer & Warmer
Ini barang baik macam dah jadi keperluan. Dulu-dulu orang pakai air panas je utk sterile & panaskan, skg pun ada orang pakai air panas lagi. Kina rasa perlu 2 2 untuk pastikan betul-betul sterile & jaga nutrien susu sebab tak pandai nak budget 40 darjah suhu air, kalau warmer memang die dah set jadi beli la jugak. Gunakan teknologi yang ada. Haha. Kalau ibu tahu ni mesti kena bising jugak. Hahaha. Kalau orang bekerja benda alah ni lagi penting utk bagi dekat nursery @ babysitter kan. Kina beli jenama Autumnz Steam Sterilizer, Home & Car Warmer Combo dekat expo baby PWTC RM165, normal price RM175. Yang ni boleh muat botol tommee tippee & yang paling penting warna Biru! Ada lagi yang lagi murah jenama macam little bean tapi bukan warna biru. Avent pun smart tapi mahal sikit.  Kina tak beli sterilizer yang masuk microwave sebab rumah ni takde microwave, oven ada. haha. Ni pun akan review nanti berguna ke tak. 

9) Nipple Cream
I choose you Medela Purelan! (Buat suara Ash Pokemon). Harga paling murah kina pernah jumpa RM26.00 untuk tube paling kecik. Tapi kina beli RM29.00 which is harga standard dekat mybbstore kalau tak silap sebab alang-alang dah beli feeding bottle seme tu sekalikan shipping cost. Takkan semata-mata nak beli 1 nipple cream murah RM3 kat kedai lain, tak pasal2 topup shipping cost RM8 ke Sarawak ni. Pernah baca review untuk Medela Purelan, katanya bagus sangat lagi-lagi masa awal-awal breastfeed nipple melecet & luka, sapu ni nipple cepat baik & tak payah cuci boleh breastfeed baby terus. 

10) Nursing Bra
Baru ada 2 nursing bra beli dekat Enjoybreastfeed & Manjaku kat Kuantan. 1 nursing bra Ambre yang ada hook kat depan & 1 lagi sleeping bra. Suka sangat sleeping bra tu sebab selesa sangat pakai, kalau baby nangis tengah malam just tarik belah mana yang korang suka. Jenama Autumnz.  Nursing bra kena beli tambah 1 size lebih besar untuk cup, ukur lilit tak banyak beza. Contohnya kalau biasa beli size 34C, sekarang time untuk beli 34D atau 36D. Any mommy ada info yang lebih tepat tentang ni harap boleh kongsi. Sekarang pun dah rasa sakit pakai yang wired bra, jadi nak kena cari yang well support tapi selesa. Nak kena tambah lagi sebab penting untuk mudahkan breastfeed. So ini masih belum setel lagi. 

11) Nursing Pad
Nursing pad ni plak macam pampers untuk breast. Hahaha. Ada 2 jenis iaitu washable yang boleh ulang pakai & disposable pakai buang. Kina beli jenama Pureen masa kirim dengan my bestfriend yang pergi Pureen Warehouse Sale tu boleh tengok [entry] ni. Tak tahu sesuai ke tak untuk diri sendiri, beli as preparation. Beli 2 pasang je yang washable sebab malas nak basuh. Disposable plak beli 2 kotak 24pcs punya = 48pcs, orang kata (semua orang kata kan) kena beli banyak lagi-lagi kalau susu mencurah-curah ke ladang gandum. Nanti kalau tak cukup beli lagi.

12) Nursing pillow
Baru beli minggu lepas nursing pillow Bumble Bee dari mybbstore sebab ada sale RM53.90 kalau tak harga die RM89. Ingat nak kirim dengan Put dekat MyDear Warehouse hari tu tapi harga dah naik so better beli kat mybbstore je.  Pos ke ibu, bila ibu call dah tau dah mesti nak kena bebel sebab barang dah sampai ke opis die. Alasan : Zaman moden sekarang, tak larat la nak pegang baby lama-lama. Hahaha. Dapat la ayat 'ntah apa-apa belinya'. Kina rasa sangat berguna la nursing pillow ni nanti sebab tulangku ini cepat lenguh. Hahaha. Gelak je aku bila kena bebel.
Kina beli yang ni. 
Bila dah beli semua, kina masukkan dalam checklist excel tu, baru nampak berapa dibelanja, apa yang takde lagi, berapa kuantiti. Sebab kite manusia, bukannya robot nak ingat semua benda. Lagipun senang nak tunjuk dekat suami ke mana hilangnya duit kite & berapa penjimatan. Hahaha. Kina pernah saja2 cakap kat pudin, abg la beli barang baby. Terus die ckp ala, susah la, nanti abg pakai beli je, xtau nak beli ape, syg beli ape yang syg rse perlu ok. Yeay, dapat green light! hahaha.
Total perbelanjaan untuk Baby Feeding setakat ini. 
Ok la..itu saja la barang yang dibeli untuk bahagian baby feeding.Total expenses boleh dikira medium kot, tak mahal sangat & tak murah sangat..antara barang yang tak dibeli lagi yang jatuh dalam kategori feeding baby: drying rack untuk bottle, pacifier, nursing cover..mungkin akan beli nanti atau mungkin takkan beli langsung di masa hadapan tak tahu lagi sebab tengok keperluan nanti..Harap-harap Allah memberi peluang utk menyusukan baby secara exclusive..Amin..

~To be continued esok dengan Checklist baby : 2) Baby Gear
p/s: utk download checklist mcm atas ni klik sini

Monday, July 16, 2012

Mendobi baju baby pakai tangan

Salam
Semalam semua baju baby termasuk bib, barut, receiving blanket, mitten & booties kecuali towel dah selamat dibasuh. Basuh dengan tangan ok! Taubat ni lah first & last basuh baju baby pakai tangan. Hahaha. Nampak je sikit baju si kenit ni, tak sampai 1 baldi penuh pun tapi masyaAllah penat jugak! 
Peralatan-peralatan mendobi. Semua nak biru. Hehe
Kunun-kunun nak mengenang zaman U, zaman matrik & zaman sekolah la kunun kan. Tiap hari basuh baju guna berus sampai satu tahap berus terbang dari tangan sebab kemain semangat ko memberus dengan kuat.  Nasib tak kena orang, kena kat dinding je. Masa tu form 3 kalau tak silap. Hahaha.  Masa zaman U bila malas menyerang basuh la guna mesin basuh yang masuk duit syiling tu kongsi dgn roomate. Duit syiling harus kumpul banyak-banyak. Hahaha. 

Tapi baju baby ni takde la pakai berus, just rendam dengan air sabun detergent A-B-D Pureen RM16.00 yang dibeli masa Pureen Waresale beberapa bulan yang lepas pastu gosok-gosok dengan tangan pastu bilas dalam bathtub baby. Seyesly detergent ni sangat wangi, pudin siap cakap ''Bau baby lah''..Iye, mesti lah bau baby, kalau bau mama die mesti ''Busuk-busuk wangi''..LoL..
Tugasan pudin. Nampak je sikit.
Tugasan kina. Perah secara gentle. Gittew.
Mama & Papanya bergotong royong mendobi bersama-sama. Pudin gonyoh-gonyoh dalam baldi, kina bilas dalam bathtub & perah pastu sama-sama jemur, sama-sama lipat. Short sleeves ada 6 pcs, long sleeves ada 7 pcs, long pants ada 9 pcs, short pants ada 2 pcs. Masa kira-kira Kina cakap la 'Sikit je short pants baby'. Pudin cakap 'Baby girl tak leh pakai banyak short pants'. Hahaha. Betul gak yek. Ibu cakap bawak je semua balik semenanjung, baby pakai banyak baju pastu kejap je dah tak muat.
Susun jemur ikut warna & jenis. Dress belum beli lagi. Tunggu besar sikit.
Time nak melipat. Alahai. Kecik betul.
Seronok bila buat bersama-sama walaupun letih + lenguh gak. Seyes tak reti nak lipat baju baby. Hahaha. Wardrobe untuk baby masih belum ada. Memang nak beli yang tak payah lipat, sangkut je senang macam intan buat kat almari die pun best gak. Next week boleh start packing barang baby & mama nak balik semenanjung. Huhuu. 2 minggu lagi nak balik semenanjung, tak sampai 1 minggu nak puasa.


Malam ni final Masterchef Selebriti Angah vs Dato Fazley. Naluri kuat mengatakan Dato Fazley menang. Tak kisah sape2, dua-dua pun best. Nasib baik juliza tak masuk final. Kihkih. :p

Tuesday, July 10, 2012

Bookbook for iphone4/4s

Salam

Disebabkan wallet dah rabak, siap boleh terjatuh kad. Tak senonoh betul pakai wallet padahal tak sampai 2 tahun lagi usia wallet tu. Kina suka wallet style lelaki.

Then, fikir nak wallet yang boleh letak iphone sebab almost all time check email & online FB (kihkih) lepastu nak letak kad yang penting saja. Kiranya keluarkan sekali jela. Sebab serabut gila rasa bila check in & boarding, tangan nak pegang handphone, pastu nak cari IC plak dalam wallet dalam bag yang sememangnya serabut. Hahaha. 

Ada banyak pilihan sekarang ni untuk wallet yang boleh simpan iphone sekali. Range harga dari RM20 - RMXXX.XX la kot. Akhirnya survey punya survey suka yang bookbook ni sebab beberapa kriteria die. Bookbook ni keluaran Twelvesouth. 

Kina beli dekat Lelong.com sebab yang tu paling murah malah lagi murah dari beli direct dari oversea, total + postage RM12 ke Sarawak ni = RM97.00. Harga bookbook ni boleh sampai USD59.99, kalau convert jadi berapa dah tu, almost RM200.00. 
Warna hitam yang baru kot, banyak yang jual vintage brown
Kalau open & close dari sisi. Both pics taken from google images

Packaging die bila sampai.

Kalau iphone dikeluarkan.
Setelah 2 minggu pakai kina rasa why not share review tentang bookbook ni bagi yang berminat nak cari.

Kelebihan bookbook
  1. Sekali pandang macam buku. Kalau tengah beronline pun orang ingat kita tengah baca buku. Hari tu kawan pudin siap tegur la, ingatkan tengah baca buku, cover iphone ke? Got Cha!
  2. Ada tempat transparent untuk gambar. Nak gak bukak2 tengok gambar kad nikah.
  3. Ada 4 compartment untuk letak kad yang penting-penting. IC,kad nikah & kad bank.
  4. Boleh letak duit kertas.
  5. Iphone akan menghala ke kita, jadi tak perlu keluarkan bila nak guna.
  6. Nak charge iphone tak perlu keluarkan iphone.
  7. Size yang tak gedabak, senang nak letak dalam poket atau pegang je.
  8. Kalau terjatuh, iphone masih selamat sebab leather die tebal.
  9. Dapat tipu pencuri kalau nak curi. hohoho
  10. Stylo

Kekurangan bookbook
  1. Kalau hilang, semua yang penting hilang. hohoho.
  2. Tade lubang untuk kamera iphone, kalau nak tangkap gambar kena keluarkan.hohoho
  3. Kalau orang call letak la kat telinga, boleh lipat gak tapi nanti orang nampak la gambar yang tak semengah. Pastu sayang nak lipat takut nanti die cepat rabak.
  4. Susah sikit nak simpan duit kertas.Duit syiling pun takde ruang. Kalau macam kina yang kurang keluarkan duit takpe la. Duit pun jarang ada dalam wallet. Hahaha. Bagi yang selalu keluarkan duit kina tak sarankan benda ni.
Rating untuk bookbook : 3.9 stars out of 5 stars. Purchase yang berbaloi bagi kina. 
(Macam reviewer gadget dah aku ni.haha)

Monday, July 9, 2012

Suami buatkan air selusuh untuk isteri

Salam

Bila masuk 3rd trimester ni dah kurang sikit nafsu membeli barang baby. Bukan takde tapi kurang. Hahaha. Sebabnya dah mula fikir pasal bersalin, tambah plak ramai rakan-rakan seangkatan blogger mommy share pengalaman bersalin dorang. Setiap orang lain pengalamannya tapi tak salah kita first time mommy nak baca at least tak terkejut beruk sangat nanti walaupun kadang-kadang seriau gak membacanya. hihihi

Amalan air zam-zam amat digalakkan untuk memudahkan bersalin. MIL dah bagi 1 botol air zam-zam tapi rasanya tak cukup sampai nak bersalin. Rasa balik Kuantan nanti kena beli lagi air zam-zam dari Tabung Haji. Tak silap 1 tong RM130 eyh? Hari tu ada gak pakcik bagi 1 botol untuk baby,dan-dan je ayah kina pegi teguk habis. Sabar jela atuk die ni. Hehe. Kat rumah tu memang kena labelkan kalau tak habis la. 

Kina ada baca dari blog ni. Air selusuh yang terbaik adalah disediakan oleh suami. Boleh start minum 30 minggu ke atas 2 kali sehari. (Bergantung kepada individu bila waktu terbaik utk minum). 
Jadi kina copy, paste & share jela dari blog http://doamommyutkmu.blogspot.com/ ye cara-cara penyediakan air selusuh untuk memudahkan bersalin melalui bacaan-bacaan al-quran. Caranya macam nak buat air yasin mengaji depan air.

Penyediaan air selusuh

1. Al-Fatihah
*bacaan bertajwid {link}


(1) Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
(3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(4) Yang menguasai hari pembalasan
(5) Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
(6) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
(7) (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


2. Selawat Syifa
*bacaan bertajwid {link}


Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberikan kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda.


3. Al-Hashr; ayat 21-24.




(21) Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.
(22) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia. Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
(23) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia, Maha Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang menjaga keamanan, pemelihara keselamatan, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa. Yang Memiliki segala keagungan. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
(24) Dialah Allah yang Menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, Dia memiliki nama-nama yang indah. Apa yangdi langit dan di bumi bertasbih kepada-Nya. Dan Dialah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.

4. Ayat selusuh


Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.


5. Al-Insyiqaq; ayat 4-5


(4) dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong
(5) dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh.


6. An-Nazi'at; ayat 46.


Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya hebat), mereka merasa seakan-akan hanya (sebentar saja) tinggal (di dunia) pada waktu petang atau pagi hari.


7. Ayat selusuh

Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.


8. Ayat permudah

Ya Allah, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan isteriku kerana engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu, ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatmu, ya arhamarrahimin.

Sharing is sexy!

#Jadi, suami-suami yang gentleman di luar sana boleh la sediakan air selusuh untuk isteri tercinta. Semoga Allah permudahkan semuanya. Kita hanya ikhtiar & berusaha, yang lain berserah pada Di Atas. : ) 

Pesanan dari Prof Muhaya : Setiap hari tanya suami berapa markah untuk hari itu. 11 per 10 atau 1 per 10? 
-Sama-sama kite berusaha utk menjadi isteri yang lebih baik setiap hari..


#Update 8/3/2013
Kina tak sempat pun minum air selusuh ikut bacaan seperti di atas sebab bersalin awal dari jangkaan tapi kina minum air zam2 yang suami doakan & baca ayat2 hafazan sebabnya masa tu dah dekat wad.. Alhamdulillah. 


Antenatal class & Balik kampung

Salam


Sebelum ni selalu baca dekat blog mommy to be yang lain tentang antenatal class akhirnya dapat gak join walaupun kejap je. Tak terfikir nak join sehingga la masa first time check up dekat Columbia Asia bulan 4 dulu pudin tunjuk 1 pamplet. 
Aturcara & pendaftaran. Kejap je, i like. haha.

Pudin: Jom kite pegi nak?
Kina: Haa..ni la kelas yang orang dok cakap tu..ok2..

Die memang suke pegi mana-mana baca segala bagai pamplet..Yang pastinya dia cepat je ajak sebab benda tu FREE siap ada makan & cabutan bertuah (tapi di hari kejadian cabutan bertuah takde pun)..hahaha..

Disebabkan kelas antenatal tu start pukul 12.30 - 4.30 petang, kejap je kan tapi takde waktu rehat utk solat. Maklum la kat sini dorang xkisah sangat sebab Islam bukan majoriti. Kitorang semayang Zuhur dulu kat rumah sebab masuk waktu dalam 12.40. Boleh plak tak terfikir nak semayang kat sana, jadinya kitorang sampai pukul 1.20petang gitu. Kelas dah start, lebih kurang ada 8 couple & ramai perempuan yang datang dengan adik ke mak ke tak pasti tapi ramai gak la perempuan. Total peserta dalam 30+ orang memang rasa macam kelas tutor.

Pengalaman masuk kelas ni rasa macam masuk kelas Biologi masa kat U dulu-dulu. Sebabnya semua dalam English, pakai slideshow pastu time ada mood amik la nota dengan tulisan cakar ayam. Hahaha. Ada banyak jugak yang dah tau sebab baca kat blog mommy2 lain, kira macam kelas pengukuhan la senang ket nak faham. Pudin la banyak blur-blur sampai doktor buat lawak pun dia tak faham. Hihi. Kesian.

Lepas dah habis kelas, dorang buat hospital tour. Walaupun tak plan nak beranak kat sini tapi mana lah tau kan tiba-tiba Allah nak baby ni jadi orang Sarawak, kena gak bersalin sini ke. Redha je. At least dapat tengok macam mana keadaannya Labour Room & wad die. First time tengok, fuh..dah terasa makin hampir nak bersalin plak. Dekat situ cuma ada 2 labour room, 1 wad single & 1 wad double. Kecik je hospital ni. Wad die smart la ada personal toilet, TV lcd tapi xd astro, katil boleh naik2, air cond. Hahaha. Price untuk wad single RM140 untuk 1 malam, wad double RM115 untuk 1 malam (macam hotel eyh). Ada gambar tapi malas nak amik dari kamera. -_-

Habis je tour terus solat Asar & memecut ke Airport nak balik semenanjung.
Ibu kina call :"Kat mana? Dah gerak ke?"
Kina: "Dah otw, baru habis kelas ibu2 mengandung..hahaha"
Ibu kina: "Kelas? Haha..Macam2 la aok ni..Ibu dulu takde pegi kelas pun"
Kina: "Ibu pegi hospital pun taknak apetah lagi kelas.hahaha. bla3 cerita apa ada kat kelas"

Ibu kina cakap murah gak rate bilik wad die tu tapi tu belum tanya plak kos untuk deliver kan. Tak pasti deliver kat situ berapa. Minggu ni last check up maybe bleh la tanya, lepas ni sambung check up dekat KPJ kuantan tanpa kehadiran pudin. Huhu. Ibu & adik kina la mangsa peneman. Tak hingin pergi sorang-sorang. Seriously lepas kawen rasa lagi kurang independent. Padahal sebelum kawen senang je nak drive sorang-sorang pegi KFC, pegi Mid Valley. Hahaha. Salahkan pudin yang selalu manjakan bini die. hahaha.

Balik semenanjung kali ni kina gain 1.2kg dalam masa 4 hari sebab check up hari yang sama dengan balik semenanjung, sampai dekat Kuching dalam hotel ada penimbang plak terus la kira. Dari 58.5kg jadi 59.7kg. Harap minggu ni  cecah berat 60kg. Yeay. Nampak sangat melahap habis-habisan kan kat semenanjung. Balik kali ni memang penat gila (walaupun bukan diri sendiri drive apetah lagi mengemas @ memasak.ahahah).

Sabtu- Tido Selayang rumah BIL (pinjam kereta SIL pudin)
Ahad- Tido Kuantan (hantar adik-adik pudin balik sekolah & maahad, singgah umah ibu, makan steambot!)
Isnin- Tido Tembangau (MIL masak macam2, tiap masa makan, petai padi best!)
Selasa- Tido Kuching (sebab pudin ada meeting plak, dpt makan Kenny Rogers!)
Jumaat- Baru balik Bintulu.

1 hari 1 tempat tu. Nak pegi warehouse mydear pun tak sempat. Tapi orang cakap warehouse kali ni lagi mahal dari sebelumnya kan. (Ahh, sekarang semua nak naik harga). Nak pegi kedai jahit pun tak sempat (Online la gamaknya). Tak jumpa kedai jahit kat Bintulu ni. Memang berkejar-kejar la tiap kali balik semenanjung tapi memang berbaloi-baloi balik penat pun. 

Tak boleh lupa kali ni mandi kolah bertiga berkain batik bagai dengan SIL 7 tahun (shafiqah)  & pudin. Biasa kalau balik Tembangau kina akan mandi dengan shafiqah tapi kali ni pudin pun join gak. Kacau ladies night betul. Hahaha. Memang rapat dengan shafiqah, kalau kina balik semua die akan report. Comel je, dah la nak jadi ustazah. Harap-harap baby dalam perut terkenan dengan maksu die si shafiqah comel & bijak. 
Candid: Adik bongsu kesayangan abang-abangnya.
31 weeks- time to finalize barang-barang baby & mamanya. Ada 13 barang lagi belum ada, separuh nak beli lepas berpantang, macam stroller & baby carrier (tapi dok belek-belek macam la nak beli). Next week plak nak start mendobi baju baby. hihi. Geram betul tengok baju baby.  

Ada 1 kejadian masa kat LCCT, pudin la yang menyaksikannya. Orang depan kitorang tengah nak check in Air-Asia. Lama kitorang tunggu rupanya pasal pregnancy orang tu 32 minggu tapi orang tu ada surat doktor tau. Siap bawak buku pink lagi. Pudin dengar orang Air Asia tu cakap dekat kawan die camni ''Dah 32minggu weh, takut aku nak bagi masuk''. Sebab malas nak banyak-banyak hal & lama-lama kat situ, kitorang pun tak tunjuk la surat doktor 30minggu kitorang. Kalau depa mintak je baru nak bagi lepas ni. Sekali lagi terlepas dari Air Asia & MASwing. Pudin cakap ''Dorang ingat sayang gemuk kot, bukan mengandung.hahaha''..Errrk..apa-apa jela..Last sekali naik flight sebelum bersalin 27 Julai ni. Sorry ye baby, mama kena selalu naik flight sebab papa kerja kat sini. Harap-harap baby suka la terbang tinggi-tinggi.. :p

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork