Thursday, May 24, 2012

Pregnancy & Flying

Salam

Seminggu je lagi nak balik semenanjung. Hip hip horey! 


Nak makan macam-macam, nak pegi kenduri kawan, nak pegi expo baby dekat PWTC, nak scan 3D/4D baby, banyak woo nak dibuat. Tapi tujuan utama balik sebenarnya nak menghantar mertua menunaikan umrah 30 Mei ni. : ). MIL dah cakap nak belikan kurma nabi utk kina sbb hari tu cakap kat dia teringin nak kurma nabi yang basah-basah. 

Ok la, cakap pasal nak balik ni. Mesti la naik flight, kalau naik kapal pun boleh tapi seminggu 2 baru sampai. Hahaha. So nak share sikit tentang pregnant & naik flight ni. Since kina selalu naik Air Asia & kadang-kadang MAS (tu pun kalau company support) ulang alik dari Bintulu ke KL, KL ke Kuantan jadi tahu term & condition untuk 2 jenis company ni jela.

Air Asia
*Perempuan hamil dari awal kehamilan sehingga 27minggu (termasuk 27minggu) kena sign liability statement yang mana ada 3 copy, satu masa nak boarding, satu bagi dekat flight attendant & satu lagi copy kita pegang. Bila masa nak sign? Masa tengah check in @ masa tunggu nak boarding. Tapi kalau perut kecik, pakai plak seluar jeans, boleh la terlepas tanpa disoal atau kena sign apa-apa. hahaha.

*Perempuan hamil dari 28 minggu sehingga 34 minggu (termasuk 34minggu) kena bawak surat dari doktor yang menyatakan anda hamil berapa minggu & anda tiada complication serta boleh dibawak terbang ke mana-mana. Yang ni pun kena sign liability statement seperti di atas.

*Perempuan hamil dari 35minggu ke atas tidak dibenarkan menaiki flight. Tapi doktor Clarence yang check up kina sekarang cakap Air Asia 32 minggu dah tak boleh sebenarnya. Confuse part ni je la. Kalau ikut policy Air Asia sampai 34minggu boleh naik lagi.

Malaysia Airlines
*Tidak dibenarkan/tidak digalakkan untuk menaiki flight. 

  • Selepas 32 minggu bagi multiple pregnancy (kembar)
  • Selepas 35 minggu bagi penerbangan international.
  • Selepas 36 minggu bagi penerbangan domestik (dalam Malaysia).
  • 7 hari selepas bersalin
* Tak berapa clear dalam policy MAS. Disebabkan kina nak bersalin dekat Kuantan, Pahang jadi kina dah call MAS untuk confirmkan bila last boleh naik flight. Customer service MAS tu cakap minggu ke 35 last boleh naik. Masa tu insyaAllah tengah bulan Ramadhan. huhu. Tak dapat la puasa & terawih sepenuh masa dengan suami. Takpe la, demi nak dapatkan baby kelahiran Pahang. Anak jati pahang..hehe..Baby, jangan keluar awal sangat tau..nanti tak dapat IC -06- macam mama & papa.


So, untuk minggu depan nak balik ni kitorang cakap dekat Dr. Clarence lepas tu Dr. Clarence terus buatkan surat pengesahan doctor walaupun belum 28 minggu masa naik flight tu tapi takpe la Dr nak bagi surat, kami terima je. Tapi memang sempoi je surat dia, tak bertaip pun.
Ke hadapan Air Asia

Macam ni la rupa surat pengesahan dari Dr Clarence. Sempoi je.


Dr. Clarence cakap surat ni untuk tunjukkan sahaja bukan bagi dekat flight attendant. Kitorang pun ''Oooooooooooooooo'' serentak. (Patut la 1 je suratnya)


# Korang mesti tanya dulu dengan doktor korang sebelum nak naik flight samada korang dalam semester first ke second ke third sebab lain orang lain condition kesihatan. Tapi sebenarnya memang tak menjadi masalah & selamat sebenarnya untuk naik flight semasa pregnant, biasa airlines ni takut kalau terberanak dalam flight je @ ada complication, nanti dorang rugi la kena bagi free kalau selamat beranak dalam tu. kihkih. 



Wednesday, May 16, 2012

Baca komik & novel penyiasatan dari kecil

Salam

Cuma nak mengimbas zaman kanak-kanak ribena dulu. Ada 2 orang insan yang menjadi penyumbang kepada minat membaca komik dan novel penyiasatan masa kecik2 dulu. Tentunya Ayah & Ibu!

Ayah- Tiap minggu akan beli komik Pedang Setiawan & Alam Perwira. Dari harga RM2.80 hingga ke RM3.50. Sekarang rasanya ada lagi komik Pedang Setiawan tu tapi maybe heronya dah ada anak. haha. Pedang setiawan ni lah terhasilnya cerita Storm Rider yang ekin cheng & aaron kwok yang handsome berlakon tu. Sebab komik ni la diri ini mengenal pepatah & peribahasa dan seterusnya ku applykan dalam menjawab exam karangan BM masa sekolah rendah. *Cikgu mesti ingat hasil bacaan buku peribahasa tapi tidak cikgu..dari komik hong kong ni ha..hahaha. Selamat hari guru buat semua cikgu cikgi!
Salah seorang hero dalam komik Pedang setiawan. Penjejak badai. Suka sebab handsome,sopan & cool gila!
pic credit to lankapo79   

Ibu- Belikan buku Siri Salma, Siri Penyiasat 5 orang tu.. Ah, tak ingat tajuk tapi tiap buku ada kesnya, ada yang kes hantu tipu2 la, jenayah macam-macam la. Yang pasti tukang penjenayahnya mesti orang yang tak disangka-sangka gitu. Macam-macam tapi rasanya buku novel bersiri ni berjaya merangsang otakku sehingga la bila dah besar minat sangat CSI. Tak kisah si Horatio yang suka act cool & hero tua2 tapi suka gak tengok dari awal hingga habis & tolong jangan disturb masa tengok CSI nanti tak faham cerita..hahaha.
Camni rupa novel penyiasatan tu. Sangat classic ok. pic crdt to myowntoys4sale

Bila dah nak jadi mak orang lagi 3 bulan ni..tabiat dari kecil ni tetap tak boleh dibuang..Kalau Astro channel wajib kina adalah AXN 701 & ANIMAX 715..Kalau komik plak tak beli dah yang RM3.50 dulu tu, sekarang kan dunia canggih. Online sahaja! Komik dari Jepun kita panggil Manga, kalau kartun dari Jepun kita panggil anime. Antara pilihan nak baca dekat mangafox, mangareader. Naruto?Bleach?Fairy Tail?Vampire Knight? Semua ada lah. Siap subscribe masuk email bila chapter baru nak keluar baru tak ketinggalan. Tapi kena baca dalam English so takde dah la peribahasa melayu tu kan, tapi bagus la untuk improvekan english yang berterabur ni. hahaha.

Since didikan dari kecil memang memberi impak besar kepada anak-anak. Jadi, papanya akan mengajar mengaji Al-Quran (sebab papanya mengaji sedap sangat sampai mama tertido atas pangku..hahaha..) Pastu papa ajar bahasa Arab. (mamanya tak boleh harap bahasa Arab dulu fail, siap kena berdiri dalam kelas, nasib baik papa tak ingat pun kisah ni dulu..hahaha). Mamanya ajar baca novel penyiasatan & komik boleh la..hihi..early education sangat penting..melentur buluh biar dari rebungnya..sekian..

p/s: masa zaman sekolah asrama dulu dok tengok Sailormoon, Dragon Ball Z, Cardcaptor Sakura dalam common room. zaman sailormoon aku  selalu cakap kan best kalau ada pakwe handsome macam Momoru. hahaha. Takpe, suami aku pun handsome gak! Haa..kembang la tu baca..

Monday, May 14, 2012

The baby bump!

Salam

Tak pernah lagi reveal dekat mana-mana gambar dengan perut. Hee. Sebab tak nampak sangat. Lepas tu rasa diri sangat selekeh, sememeh, selenge dan seangkatan dengannya. Tapi lagi 6 hari nak masuk 6 bulan ni, the bump is getting bigger and bigger. Yeay! All photos amik dari instagram. (orang lain dah lama pakai,diriku baru terhegeh-hegeh install kemarin!) 


I love my Ophelia dress from Poplook! 

The bump dari side tepi

Focus dekat the bump :)
Pudin pulak dok tegur muka nampak cerah. Cewah. Berbunga hati bila suami tegur bukan sekali tapi tiga kali woo kalau tak 'Wek, muka byk jerawat!'. Confuse jugak, masa pregnant ni mana la ada nak pakai apa-apa kat muka. Ingat nak capture gambar perut je, tapi tepek jugak 1 gambar penuh sikit demi adik pempuan kina & puan puteri. Tak tahu kenapa sejak pregnant tak suka amik gambar. Tengok la muka garang nak mampus kena amik gambar. hahaha. 
I'm Not Fat. I'm Just Pregnant. : ) 
Suka pakai baju ophelia dress dari poplook ni bila malas nak iron, pastu sarung tudung awning yang bila pakai memang bolat. Hahaha. Rasanya orang pasaraya Sing Kwong dah kenal dah kina sebab asyik pakai baju ni je bila beli barang. Tapi wajib pakai seluar nipis lain (petikot kot) kat dalam kalau tak nampak la kesan & bentuk yang tak sepatutnya. Huhu. Bahaya. Warna purple poplook ni pun nampak impak kurus kan2? HAHAHA. Perut dah ke depan, dagu dah ada 2 lagi nak perasan kurus. 

Berat sekarang berdasarkan penimbang dekat rumah masih 55.5kg masih sama dengan last check up 2 minggu lepas. Berat sebelum pregnant 50-51kg gitu la. Tak pasti sangat. Yang pasti dekat belakang buku merah jangan lupa bawa tu tertulis begini:-

* Pertambahan berat badan sihat 
- bagi jangkamasa kandungan 5 bulan pertama  : 0.5kg/sebulan
- bagi jangkamasa kandungan seterusnya: 0.5kg/ seminggu 
So, bersedia dengan pertambahan berat untuk bulan ke6 & seterusnya. Rasa cepat la plak masa berlalu . Masa awal-awal dulu punya la rasa lambatnya nak masuk 20 minggu.

Sekarang kalau saja letak remote TV atas perut, bergerak-gerak remote dek tendangan baby. hehe. Comel betul, kacau mama tengok tv ye. Apa yang penting harapnya baby sihat dalam perut mama ye.  Alhamdulillah,syukur Ya Allah atas kurniaanMu. Semoga kami dapat menjaga amanat yang dipinjamkan sementara ini. Ingatlah semua adalah pinjaman sahaja dari Allah. 



Wednesday, May 9, 2012

Simple Dimple Shield 2 in 1 Diaper Bag Untuk Papa

Salam

Akhirnya ada barang untuk papa. haha. Sebenarnya barang baby jugak tapi papa yang akan bawak & guna,  so kira barang papa la. Actually, dah beli sebulan yang lepas masa dekat Melaka jugak. Tak plan pun nak beli terus Simple Dimple Shield Diaper Bag ni tapi memang dah target sejak baca post blog aty fared ni. 

Simple Dimple Shield Diaper Bag ni ada cengkerang yang keras kat depan. (Memandai je panggil cengkerang kan). Ada banyak jenis Simple Dimple Shield Diaper Bag ni, yang comel lote ada, yang stylo milo ada. Range harga plak RM39.00-RM89.00 ikut jenis & size based on survey sikit-sikit dekat online, rasanya kalau rajin survey lagi ada yang lagi murah.


Ini yang versi comel-comel. Yang panda tu RM39.00 jumpa kat online.
Ini yang versi stylo. Ada 6 warna tak silap. + Putih, grey & hitam.
Bag ni namanya siap ada 'Papa'. Yang petak tu changing mat mmg included dalam bag.
Sekali tengok memang tak budget macam diaper bag kan. Masa tengok-tengok dekat Jusco Melaka tu sebab nak habiskan voucher Jusco RM40 yang papanya menang main futsal. Ada mini baby fair plak time tu dalam Jusco tu. Apa lagi, rembat la 1 bag Simple Dimple Shield Diaper Bag sebab ada sales. Dekat Bintulu mana ada Jusco ma. Sing Kwong ada la. Haha. Kitorang punya macam bawah ni sebijik.
Simple Dimple Shield 2 in 1 Diaper Bag with Motives. (Large)
Normal price RM89.00 dekat Jusco tu, tapi sebab ada sales RM69.90 (tolak dengan voucher RM40 dapat la RM29.90). Rasanya online aritu nampak paling murah yang ni RM68.00. Kitorang beli yang color grey, sebab biru dia kina tak berkenan sangat. hihi. 


Kegunaan/ kelebihan bag simple dimple shield 2 in 1 diaper bag ni:

  • Bahagian compartment dalam dia extra luas.
  • Dalam dia juga fully padded & insulated.
  • Ada divider & organizer dalam tu yang boleh ditarik ke atas.
  • Ada tempat khas untuk letak botol susu/botol air supaya kekal sejuk/panas.
  • Bag ni boleh bukak sehingga 45 darjah untuk senang nak selongkar.
  • Special stroller strap untuk gantung pada stroller baby.
  • Boleh jadi back pack atau sling bag. Sebab tu kot panggil 2 in 1.
  • Multipurpose changing mat ada terlipat elok kat dalam bag.
  • Water resistance.
  • Moden, tahan lasak & ringan.
  • Boleh jadi bag laptop, bag untuk trekking,biking,travelling & suka hati nak jadi bag apa.
  • Size: 35L x 16.5W x 37.5H cm
  • --semua ni dari website simple-dimple.com. cuma translate sikit2 ja. hee..
Contoh kalau dah letak macam-macam dalam tu.
Model pun seorang ayah kot. hee. Yang ni smart jugak . Medium size.
Jadi untuk bakal ibu-ibu, jom la kita bagi bag ni untuk bakal ayah-ayah eyh. Beg ni sangat sesuai untuk travelling ke nak gi shopping ke. No doubt. hehe. Pudin semangat nak guna beg ni sebab nak letak laptop die. Guna la sebelum letak barang baby dalam tu ye. Papa stylo, mama pun happy. : p


Monday, May 7, 2012

Resepi Sagu Gula Melaka

Salam

Bulan lepas ikut suami pergi kursus kat Melaka, stay dekat Hotel Pantai Puteri. Hotel under Majlis Agama Melaka. Islamik punya hotel, sebab bila masuk ada orang bagi salam & receptionist semua pakai tudung. Kagum sat. 

Ok taknak cite pasal hotel tu cuma nak cakap pasal Sagu Gula Melaka kat situ. Order hotel service RM8.00. Sumpah sedap siap order kali kedua esoknya. haha. I'm glad the taste is still the same. Normal la hotel punya service kot walaupun hotel biasa-biasa.
Sagu Gula Melaka yang sedap & nyaman. Hiasan hotel harus la lawa.

Bila dekat Bintulu ni, jangan harap la nak jumpa orang jual Sagu Gula Melaka kan. Pernah try Sagu Gula Sarawak (ada gak?) dekat hotel Harbour View, Kuching harga RM8.00 gak tapi tak sedap. Lain beno rasanya.

Rasa nak makan sagu gula melaka lagi minggu lepas, harus la kena buat sendiri. Tak pernah buat so google resepi. Semua resepi lebih kurang sama cuma kuantiti tak sama. Kina refer resepi dekat myresipi & ceeramoon punya blog. Setelah buat 2x weekend ni rasanya tetap sedap so nak share dekat sini plak. Senang sangat, just masakkan pastu campurkan. Dekat bawah ni kina estimate kuantiti yang kina guna sebab selalu main campak & alter ikut suka.

Resepi Sagu Gula Melaka

Bahagian 1
100gm Sagu
3 Cawan Air

Bahagian 2
1 Cawan Santan
1 Cawan Air
Daun Pandan
Garam secukup rasa

Bahagian 3
1/2 Gula Melaka (Bentuk macam silinder tu)
1 1/2 Cawan Air 
Daun Pandan

Cara-cara
1. Rendam sagu dalam 5 minit. 
2. Panaskan 1 cawan air sehingga mendidih & masukkan sagu. Kacau sentiasa & tambahkan air sedikit demi sedikit lagi sehingga masak jernih.
3. Masukkan dalam bekas, biarkan seketika & sejukkan dalam peti.
4. Masakkan santan, air, daun pandan & garam selama 5 minit dalam api perlahan. Sejukkan dalam peti.
5. Masakkan gula melaka, air & daun pandan sehingga gula melaka larut dalam api perlahan. Sejukkan dalam peti.
6. Hidang dengan masukkan santan dahulu ke atas sagu. Kemudian masukkan gula melaka. Maka jadilah lapisan sagu, gula melaka & santan! Siap untuk dimakan.

Cara memasak mengikut bahagian (Versi gambar) 
Bahagian 1: masak sagu sehingga jernih
Bahagian 2: Masak santan selama 5 minit
Bahagian 3: Masak sehingga gula melaka larut
Bila makan sagu gula melaka ni rasa nyaman je sebab sejuk. Kina memang asingkan setiap bahagian dalam peti & bila nak makan je campurkan sebab nak adjust rasa manis gula melaka. Kalau ikut kuantiti santan tu banyakkan dari gula melaka. Kalau santan 5 sudu gula melaka 2 setengah sudu. Itu citarasa kina la yang tak suka manis sangat, korang boleh adjust suka-suka ye. Hari ni rasa nak buat lagi sebab asyik tak cukup je bila buat sekali. 

Makan bersama suami sambil menonton super spontan. Not bad utk 1st timer kan? hee
Selamat Mencuba!Makan lepas berbuka puasa mesti sedap. 
Ah, tiap masa sedap la yang penting makan masa sejuk.


Thursday, May 3, 2012

50% papa 50% mama

Salam

Just a short simple post.

Tadi chat dengan ex-collegemate UM. (kusya2 third2 la)

Dia bilang ''kalau anak ko ikut macam cik abang ko mesti hensem/cantik''

Kina "kalau ikut aku?''

Dia jawab ''kalau ikut ko 50-50..haha''

Hampeh punya kawan. Cakap kawan sampai mati. hahaha. Tapi kina tak tersinggung sikit pun. Biasa la orang bergurau tapi kina pun harap baby akan ikut macam papa dia dari segi rupa, akhlak, perangai & ulat buku (mama dia selalu tido je dalam kelas dulu.hahaha). He is waaaaaay a lot better than me.
Abg, i love u so much. Baby, i love u too! Adil2. hee

mesti cari 1 baju macam ni..adil & saksama..hehe..
p/s: tak sabar nak tengok macam mana muka anak sendiri. orang cakap anak perempuan DNA banyak ikut maknya, tapi kalau ikut bapaknya sejuk.




Breast pump yang mana bagus?

Kina: ''Ibu, ibu dulu ada pakai breast pump tak? 
Macam akak yang tak keje ni kena beli ke tak?''
Ibu: ''Ada la, ibu pakai yang pam biasa picit-picit. 
Kena beli sebab takut nanti breast bengkak bila tak menyusukan.''

Ok, kesimpulannya breast pump ni kina perlu beli walaupun surirumah sepenuh masa. Ingatkan boleh direct feeding je kan. Tapi fikir-fikir kalau baby kecik takkan sepenuh masa nak bagi susu. Perut dia pun kecik je. 

Mula-mula nak survey pasal breast pump ni, soalan yang paling banyak berkumandang dalam kepala ialah breast pump mana yang paling bagus? atau soalan yang sepatutnya, breast pump mana yang paling sesuai dengan diri? Actually, kita takkan tahu breast pump mana yang bagus & sesuai dengan kita selagi belum cuba. Ada kedai yang bagi peluang kita cuba dulu tapi kalau 5 bulan pregnant camno nak try deh susu pun nan ado lagi. hihi. Tak semestinya si A sesuai dengan Brand A akan sesuai dengan kita. Mungkin yang tak sesuai dengan orang lain, yang tu yang berkesan kan kita. So it is subjective, but then kita boleh cari ikut keperluan & kesesuaian kita berdasarkan kriteria breast pump tu & review2 dari orang lain walaupun mungkin tak sama tapi at least ada la point dari blur langsung pasal breast pump.

Antara point-point & kriteria penting kita perlu tahu tentang breast pump:

1) Range harga
Breast pump boleh dibeli dari range harga RM20 sehingga la RM2000. Tepuk poket tanya duit. hihi.

2) Jenis breast pump
Ada banyak jenis breast pump. Tapi secara generalnya ada 4 iaitu manual, battery-operated, electric & battery+electric operated.
Manual: Kita pump sendiri guna kederat tenaga fizikal & mental. Agak meletihkan tapi harga murah dari yang lain. Kalau elektric source takde pun kita masih boleh mengepam. Sesuai untuk yang pam kadang-kadang, jarang-jarang. Biasanya ada single pumping sahaja. Contoh manual breast pump: Medela Harmony, Avent Manual, Unimom Mezzo, Pureen, Anakku & etc. 

Battery-operated:  Breast pump yang menggunakan battery yang rechargeable. Kena pastikan jangka hayat untuk battery berapa lama dia mampu bertahan. Contoh battery-operated breast pump: Pureen battery operated breast pump & etc.

Electric: Pump yang menggunakan electric. Mudah & tidak memenatkan. Perlu ada electric source. Kemudian plug in & pam la sambil tengok tv ke buat keje ke. Tapi boleh tak kina pernah terfikir macam mana kalau terkena kejutan elektrik? haha. Sungguh la kuno pemikiranku kan. Contoh electric breast pump: Medela Mini Electric, Spectra 3 Electric & etc.

Battery+electric operated: Pump yang ada dual function, boleh pakai electric & boleh pakai battery yang rechargeable. Ini mungkin breast pump yang menjadi idaman ramai ibu-ibu. Contoh dual function breast pump : Medela Freestyle, Ameda Lactaline Dual Breast Pump & etc.

3) Single atau Double pumping
Single pumping maksudnya breast pump tu hanya boleh pam salah satu dari breast dalam satu masa. Kiranya kena gilir-gilir la ye. Manual biasanya adalah single pumping mana kala ada juga single pumping dalam jenis battery-operated, electric & battery+electric operated. Ada juga single pumping yang boleh diupgrade menjadi double pumping.

Left to right: Avent Manual, Medela Swing, Spectra 3 Single Pumping


Double pumping maksudnya breast pump tu mampu pam serentak kedua-duanya. Double pumping biasanya adalah dari jenis breast pump electric & battery operated.
Left to right: Medela Freestyle, Ameda Dual Electric, Modu Dual Electric


4) Brand breast pump
Ada berlambak-lambak brand breast pump di pasaran. Sebab berlambak tu la jadi pening mana satu nak pilih ni kan. Antaranya Medela, Avent, Spectra, Modu, Nuby, Tommi Tippee, Ameda, Unimom, Anakku, Pureen. Antara yang famous & selalu kita baca review blogger2 kat Malaysia tentulah Medela, Avent & Spectra. 

5) Jenis sedutan
Jenis sedutan atau suction ni penting. Ada breast pump yang boleh mimic seperti baby, ada yang suction agak kuat, ada yang senyap semasa mengepam & ada juga yang krok krok krok (boleh tak buat bunyi gini?) bising bila dipam. Di sini kita boleh baca review & pengalaman orang lain. Breast pump electric biasanya mampu selaraskan atau oter kelajuan sedutan mengikut keselesaan kita. Meanwhile manual breast pump juga ada yang boleh mimic baby atau dilihat contohnya seperti Medela Harmony yang mempunyai 2 phase expression di mana first expression adalah untuk rapid expression bertujuan untuk merangsang & second expression adalah slower expression yang membuatkan sedutan lebih selesa.

6) Bilangan parts
Ada breast pump yang mempunyai banyak parts & ada juga yang sedikit.  Make sure all the parts are BPA free sebab kita pump susu untuk diminum baby. Pastikan spare part mudah untuk dicari supaya senang untuk menggantikan jika ada part yang hilang atau rosak. Breast pump jenis manual kebiasaanya mempunyai parts yang sedikit berbanding breast pump jenis lain. Breast pump jenis electric & battery operated juga perlu dihantar service, macam kereta pulak ye. Di sini adalah penting adanya warranty dalam membeli sesebuah breast pump electric. Manual biasa xd warranty pun.

7) Size & Berat 
Size & berat sesebuah breast pump juga berbeza. Macam biasa, ada yang ringan, ada yang berat, ada yang kecik, ada yang gedabak besar masuk handbag confirm tak muat. Bagi yang selalu travel & membawa ke hulu hilir breast pump ni lebih-lebih lagi ibu bekerja, haruslah consider breast pump yang ringan, kecil & mudah untuk dibawa. 

Itu sahaja kot apa yang perlu kita tahu. Kalau ada point yang tertinggal do let me know so I can update & topup my knowledge. hihi. Lepas dah tahu serba serbi tentang breast pump, boleh la kita pilih breast pump berdasarkan keperluan kita.

Kina pun dah pilih & beli breast pump. I choose you pikachu Medela Harmony! Why?
Medela harmony pilihan saya, anda bagaimana?

- Sebab kina full-time housewife, jadi mungkin tak selalu menggunakan breast pump jadi kina pilih manual. Walaupun hati ini teringin nak ada Medela Freestyle tapi mengenangkan poket. Nanti lah. hehe. Kalau lah kina berkerja mungkin kina akan pilih Medela Swing @ Freestyle.
- Mudah & ringan nak bawak pergi mana-mana since akan travel dari Sarawak ke Semenanjung. Kalau takde electric pun boleh guna. Contohnya dalam flight ke.
- Tak banyak part. Bila tak banyak part senang nak pasang & tak banyak nak kena basuh. Haha. Malas nak basuh banyak-banyak.
- Harganya yang mampu milik. Kina dapat harga termurah tu.Alhamdulillah.
- Ada 2-phase expression yang boleh mimic macam baby.
- Orang cakap sedutan lembut & tak bising. (Orang la cakap, kina belum try)
- Hopefully breast pump ni akan sesuai dengan kina nanti. Amin.
**Jadi, kesimpulannya..
1) Pastikan kita tahu keperluan & kemampuan kita dalam membeli breast pump.
2) Bandingkan brand breast pump jenis yang sama yang ikut keperluan & kemampuan kita di atas. Contohnya Avent Manual Vs Medela Harmony. Pilih yang mana anda nak.
3) Bandingkan harga breast pump yang kita dah aim nak beli. Setiap kedai harga berbeza ditawarkan, jadi kalau anda pentingkan budget pilih yang termurah ok. 
Kalau terus tengok dekat kedai online mesti pening sebab ada macam2 harga & brand. hihi. All the best! Hee..

#UPDATE
Untuk membaca review setelah menggunakan Medela Harmony & Medela Harmony Sealed boleh klik SINI. Kina dah jual Medela Harmony kina & sekarang pakai Medela harmony Sealed. Kina pun ada jual Medela Harmony Sealed dgn harga sangat berbaloi.




 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork