Thursday, June 7, 2012

Expo baby PWTC yang mengecewakan

Salam


As mentioned in previous post, nak story sikit pasal expo baby & mom di PWTC yang berlangsung 1-3 Jun 2012 lepas. Nasib baik kebetulan turun KL sebab 3hb subuh tu nak terbang ke Bintulu semula dah jadi 2hb sempat la singgah ke PWTC lepas pergi kenduri kawan sekolah di Temerloh. Memang pack gila aktiviti bila turun semenanjung. Seronok dapat jumpa kawan-kawan sekolah. 
Wedding kawan sekolah. Ada 2 pasang suami isteri 1 sekolah, 2 2 pasang pakai merah. haha.

First time ni pegi expo baby kununnya besar-besaran la kan. Hmmm..
Indah khabar dari rupa. Sangat kecewa. Kina dah buat list barang yang nak dibeli kat expo lebih kurang 12 barang nak digrab. Dengan harapan dapat harga paling murah la kan untuk penjimatan berganda. Hampa seribu kali hampa. Tapi takde la balik tangan kosong, kina grab 5 barang jugak la kat sana.

Apa yang tak best di Expo baby & mom PWTC tempoh hari.
1) Lokasi yang sangat tak strategik untuk ibu mengandung. Bapak jauh nun hujung dunia dalam PWTC tu. Kalau dulu pernah la pergi sana masa PC Fair tapi masa tu tak berbadan 2 jadi tak kisah la kan jauh mana pun. Lepas tu kena merentasi Expo Renovation, memang best cuci mata tengok perabot mahal-mahal yang cun yang tak mungkin dapat dimiliki. Heh. Pastu memang obvious yang ibu2 mengandung dok cari hall 1 untuk expo baby yang terceruk sikit. 
2) Booth tak sebanyak yang dihebahkan. Hall besar & selesa tapi tak banyak pilihan booth. Yang paling kina tak boleh blah, tengok dekat pamplet untuk booth Autumnz, 1 hall pusing tak nampak pun rupa-rupanya Autumnz tu under One Baby World which is booth pertama yang kitorang mula-mula singgah. Pudin gelak je. haha. Ingatkan ada la booth Autumnz sendiri. 
3) Harga yang tak berapa nak murah. Harga tak banyak sangat beza dengan online bahkan ada online yang lagi murah. Ada la yang murah sikit tapi kena betul-betul pandai cari. Ikutkan hati macam taknak je grab tapi bila fikir nanti beli online postage ke Bintulu sama je harganya. 

Rasanya bulan 12 nanti akan ada expo baby ni dekat PWTC by the same organizer. Please belajar dari kesilapan. Kalau tak, takde orang nak datang expo. 

Antara barang yang kina grab dekat expo yang memang dah ditarget. Beli pun bukan sebab harga termurah tapi dah alang-alang datang jauh dari Bintulu kununnya. Kalau tak memang datang buat penat je.

Gambar dari hasil Google.

1) Autumnz Electric Steam Sterilizer + Home & Car Combo - RM165 
Normal price online RM175. Memang target nak yang Autumnz sebab warna biru & boleh muat botol Tommie Tippee. Ada lagi harga yang murah kalau pandai survey online tapi takpela, save cost postage.
Jimat RM10 + postage. Beli dekat booth One Baby World.

2) Barut baby jenis cotton flannel berwarna warni - 4pcs RM25
Normal price dekat booth tu tulis RM8 sehelai. Mahal ok.
Yang ni ada 2 jenis, kina amik yang tali die lebih kukuh katanya tu mahal sikit. Harga so-so je tapi puas hati boleh pegang & pilih warna yang disukai. Beli 4 helai je sebab dah ada 6 helai barut putih. Cukup la 10 barut. 
pudin tak puas hati ada i love mommy je. : p

3) Romper 5 in 1 carters - RM35
Kina beli dekat booth One Baby World & 1 lagi booth tak ingat nama apa. Lebih kurang je harga online kan? Tapi takpela, amik untuk jimatkan postage & sedapkan hati sebab tak pernah beli romper lagi. 2 romper lagi yang beli asing-asing sehelai, ada tulisan cute-cute macam 'You think I'm cute? You should see my Mom' & Angry bird RM15 sehelai. Cukup la romper 7 helai tu. 

4) Legging.Tak silap sehelai RM15.
Beli 2 helai satu warna hitam satu warna pink. 
bib untuk elakkan baju baby kotor masa breastfeed @ makan nanti

5) Bib. Sehelai RM5, beli 3 helai RM15. 
Normal price RM7-RM10 sehelai. Cukup la bib banyak tu. 

Kebiasaan kina kalau bershopping tak kisah la expo ke pasar malam ke, kina akan pusing 1 round dulu tengok harga pastu 2nd round baru start beli. Hahaha. Sanggup tu sebab taknak gigit jari tengok ada harga lagi murah. Hahaha. Tapi hari tu kina nak cepat sebab lepas tu nak terus ke Tune Hotel dekat LCCT, kesian dekat adik pempuan kina nak hantar lewat malam plak. Memang tak syok la shopping tergesa-gesa. 

Paling syok bila terserempak dengan kawan 1 universiti Basyirah. Dapat jugak jumpa baby basyi! Basyi cakap tak naik sangat badan kina. Bukan basyi je dekat expo tu cakap. 
Jumpa basyi & iman zulfa dekat booth yang tak ingat nama tu

Ada booth mana ntah cakap 'Bape bulan ni? Tak nampak perut pun'. Nasib baik kina nak cepat, tak sempat nak cakap 6 setengah 6 setengah macam iklan. haha. Satu lagi masa pegi rumah makcik biras kina, biras kina pun pregnant lebih seminggu je dari kina. Makcik tu tanya 'Kina dah ber'isi'?'. Tersengih-sengih je. Kina pun jawab la 'Dah, kurang seminggu je dari kak namie'. Makcik tu pun 'Wah, tak nampak macam pregnant pun eh'. Kina memang tak ambil hati, bila orang cakap perut kecik i take that as compliment. hehe. Bukan senang pregnant tak nampak pregnant. : p. Kalau orang cakap dah nampak perut pun kina suka jugak. Tak kisah la, janji baby sihat.




23 comments:

Nurul Aziz on June 7, 2012 at 1:39 PM said...

Hi..
Aah memang tak best la expo tuh. Konon terbesar, pastu banyak je banner kat tepi2 jalan.. last2 hampeh~ Adeh..

Shakina Farhan on June 7, 2012 at 1:41 PM said...

nurul: kan? sian gila tgk ibu2 mengandung yg mcm xlarat nak jalan jauh..

safurara on June 7, 2012 at 1:47 PM said...

mmg pon mengecewakan.aduuuh..jalan jauh tu xkesah sgt.tp bila msuk.mmg kecewa gila.

Shakina Farhan on June 7, 2012 at 1:49 PM said...

rara: hopefully next time dorang improve la yek..

INNANIE ARIFFIN on June 7, 2012 at 1:55 PM said...

yang dekat mid valley punya best!

Shakina Farhan on June 7, 2012 at 2:12 PM said...

innanie: itu la..tp kina xd plak dekat semenanjung time expo kat mid valley..

Hidayati Farhan on June 7, 2012 at 2:27 PM said...

kina ni lps bersalin balik ke bentuk asal terus. xyah ssh2 turunkan berat bdn. hehe.

nsb lah x pi. rs yg kat MV tu gak yg best agaknya. nnt ada lagi. hehe. sila turun semenanjung

puteriraifana on June 7, 2012 at 2:34 PM said...

Put pun beli bib jgk! biarpun lambat lagi baby dpt pakai tu..hihi. comel2..geram.. haah, jauh.. penat sungguh...dah lah awal2 blur je nak kena lalu kat mana. nanti kat mid boleh pesan barang kalau nak.hehe

Shakina Farhan on June 7, 2012 at 2:37 PM said...

yati: amin2..hahaha..raya ni dah plan nak makan semua benda sebelum berpantang..

put: tu la..comel kan..yeay..nanti nak kirim kat put je la..hee..

ctmah on June 7, 2012 at 2:41 PM said...

nasib baiklah ct x pegi..uuuuuu
tp xpelah, janji ada beli sket2 kn kina

Hazz on June 7, 2012 at 3:09 PM said...

diorg suka letak kat ad kunun2 expo terbesar laa tp kekdg indah kabar dr rupa kan. next time kalau ada rezki better you pi MV lg best kot. Autumnz Combo tuh normally RM150 kat MV expo. ;-)

N.M. Noor on June 7, 2012 at 4:14 PM said...

agaknya carrying bby girl mmg perot tak obvious kot.. akak ni sama la mcm kina. masa MIL buat kenduri doa selamat, akan 8 bulan dah masa tu. makcik2 yg dtg rewang sume cakap mcm baru 4,5 bulan..huhu. and, masa akak 6bln lbih mcm kina, akak still pkai bju kurung n org tak tau pn akak pregnant.naik LRT slalu kene berdiri.. huhu

Liyana on June 7, 2012 at 4:24 PM said...

ramai giler review expo ni x best..hihi
sy dulu 8 bulan pun still pakai baju kurung lg, n ade pulak org tegur dah kawen ke? bahahaha
janji bby sihat kan... :)

Unknown on June 7, 2012 at 4:38 PM said...

wah dapat jumpe basyi..syaz smpai sekarang x jumpe2 basyi utk tgk iman zulfa..huhu

Syima Syaz on June 7, 2012 at 7:48 PM said...

tak kisah sgt kan pasal perut kecik...

tp kisah bila org compare2.compare dgn orang yang COMEL laks tu...sabar je lah.eh nanti 7bln dah nampak..jgn risau.janji baby ikut weight dia

Unknown on June 7, 2012 at 8:23 PM said...

Tak best pun dapat jugak barang..tp mmg tak patut dia buat kt pwtc..sb parking kan susah...sian bakal2 mommies..

Shakina Farhan on June 7, 2012 at 9:32 PM said...

ctmah: berbaloi2 ctmah xpegi..hee..

hazz: itu la pasal..ad je lebih kan..
nanti nak kirim je kat org utk mid valley punye expo..

liyana: hehe..itu tandanye awet muda jugak tu..:P

syaz: tu la..xsangka2 dapat jumpa..

syima: tu la..skg sdp berusaha makan dgn lebih byk..hee..

cheyan: mmg la tak best pun dpt barang..dah alang2 dtg jauh dari bintulu kalau tak beli ape2 mmg rugi teruk la byr parking + jln je..

Asz Miza on June 8, 2012 at 12:37 AM said...

Kina...serious memang tak nampak cm preggy..jeles okeh..hahaha..:D maintain je..slalu org kata bby girl akan melebar badan..tp Kina tak pun..terbaikk!

Super Ummi on June 8, 2012 at 6:35 AM said...

Kina.. memang tak nmpak mcm preggy pun..
Kita masuk 6 bulan lebih ni dah nampak dah melainkan kalau pakai baju kurung, mmg tak nampak lagi.
Kina, kita tak sempat pun nak pergi expo tu... Tapi, bila baca entri kina ni.. takdelah rasa ralat sangat sebab tak pergi..

leeza on June 8, 2012 at 8:51 AM said...

a'ah kina ramai ckp expo kt situ tak best, tak macam yg di war-warkan.. -.-"
takpe-takpe next month ade yg kat Mid valley tu lg :p best! tapi bulan puase la pulak.. huhu~

Basyirah Abd Rahman on June 8, 2012 at 7:48 PM said...

salam.. hihi.. baru baca entry puan kina kali ni.. huhu.. kat opis blogspot xleh bukak, kena block.. tu la setuju jugak, expo kali ni amat tak memberansangkan, huhu.. beli tight iman zulfa je. dengan pampers whopee.. haha..

tp plg best dpt jumpe shake.. lme gle x jumpe sjak kuar um kn! hahah

~YUN~ on June 11, 2012 at 12:25 AM said...

Kina,sedih gilet kan baby expo tu!da la jauh giler,then xder bende sgt.penat je..pas ni kene ingt kalau mom and baby expo organizer jgn pergi,kalau motherhood,parenthood expo best mcm kat midvalley..:(

mia-ina on June 12, 2012 at 5:59 AM said...

betul la..x nampak perut kina ni..mia ni dh ditegur sejak masuk 5 bulan lg..lani dh 7 bulan,org dh ckp mcm sarat..haha..

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork