Friday, April 27, 2012

Checklist baby & bajet kasar

Salam

This post was requested by hana @ miss sunshine yang bukan miss lagi dah. . hehehe.

Once masuk je second trimester, kina request checklist baby dengan nana si comel. Checklist sangat penting as guideline untuk mom-to-be yang first time ni. Boleh je nak tanya dengan ibu kita tapi tiap benda nak tanya mau kena side kick lagi2 bila ibu kita pun dah lupa. hehe. Masa 4 bulan start buat survey based on checklist. First time dapat checklist masih blur nak start dekat mana. 

Dalam checklist ada beberapa sub topik, mudah sikit nak survey ikut topik kan. Sebab sekarang pun kalau kita google banyak checklist in english, barang baby pun banyak dari oversea jadi kat sini kina tolong jelaskan dalam pemahaman kina la. Tak semua barang dalam checklist wajib ada, ikut keperluan masing-masing. Mana yang tak perlu boleh tolak, mana yang takde boleh topup.


Hospital Baby Checklist – Barang-barang baby yang penting untuk dibawa ke hospital sebelum bersalin
Hospital Mama Checklist- Barang-barang ibu yang penting untuk dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Mama Checklist – Barang-barang semasa pregnant & berpantang

Baby Checklist- Persediaan barang-barang untuk baby sejak lahir
Dalam setiap sub topik di bawah ni ada banyak lagi anak-anak dia tau.
  1. Baby Feeding – Barang-barang berkaitan dengan pemakanan & penyusuan baby
  2. Baby Clothing- Barang-barang berkaitan baju & pakaian baby
  3. Baby Bathing- Barang-barang berkaitan perihal memandikan & menggroomingkan baby
  4. Baby Diapering- Barang-barang berkaitan dengan baby membuang yak2 & cing2
  5. Baby Laundry- Barang-barang berkaitan mencuci barang-barang serta baju baby
  6. Baby Nursery- Barang-barang berkaitan dengan tempat tido, bermain & penyimpanan barang-barang baby
  7. Baby Travelling- Barang-barang berkaitan dengan melancong & berjalan-jalan dengan baby
Untuk download/save checklist dalam excel boleh klik bawah ni:

DOWNLOAD CHECKLIST & BUDGET FOR BABY

Atau download/save checklist dalam pdf boleh klik bawah ni:

DOWNLOAD CHECKLIST FOR BABY

Checklist dalam excel tu kina dapat dari nana. Best sebab bila kita isi-isi harga semua dia boleh totalkan terus. At least bila kita isi harga nampak budget untuk baby tu berapa. Macam kina lepas beli akan terus isi dalam excel ni, nampak perbelanjaan takde la shopping semata-mata. Kalau tak dapat download dekat megafire tu boleh email kina at shakina.farhan@yahoo.com tapi lambat la sikit dapatnye. hehe. Checklist dalam pdf tu dari online website. Simple & clear untuk ditick2. Lebih kepada to-do-list kan.

Macam kina, kina start survey untuk topik baby feeding tapi kadang-kadang termelencong jugak ke topik lain.hahaha. InsyaAllah, niat nak menyusukan baby sehingga 2 tahun, lebih-lebih lagi kina fulltime housewife. Semoga Allah permudahkan segalanya, sebab bukan semua orang dapat nikmat menyusukan anaknya sepenuhnya, banyak cabarannya.! 

Suka baca kisah breastfeeding mommy-mommy yang dapat exclusively breasfeeding. Namun begitu, walaupun kina pro-breastfeeding tidaklah menjadi alasan untuk tidak menghormati ibu yang menggunakan formula milk sebab kina sendiri masa kecik minum formula milk sejak 1 bulan lebih, begitu juga suami kina. Bab kata mak mertua kina 'Udin tu lasak,ligat & aktif sangat, jarang sakit sebab Dumex merah'..hahaha. 

Janganlah kita terlalu obsess dalam sesuatu perkara hingga 'ter'menghina orang lain. 
I'm totally agree dengan post mommy ni : Pro-breastfeeding, boob-nazi or just obsessed?
Harap-harap dalam kategori Pro-breastfeeding la. 

Last but not least, betul orang kata nak dapat baby umpama nak kawen lagi sekali sebab budgetnya boleh tahan banyaknya. Dekat bawah ni kina print screen budget untuk checklist barang-barang baby. Juga dapat dari nana. hehehe. Kina tolong share je. Ni merupakan rough budget dari segi paling murah, sedang-sedang & termahal ikut kemampuan.

Banyak tak banyak? belum detail lagi. tapi boleh nampak bajet kasarnya.

Bagus kan ada orang tolong buatkan rough budget macam ni, baru la kita terprepare sikit-sikit. hehe. Rough budget ni tak semestinya tepat harganya. Tapi boleh membantu kita survey. Itu sahaja. Nanti sambung lagi. Kalau nak cerita pasal baby checklist memang tak cukup 1 hari. Semoga dapat manfaat.Nanti kina share apa yang kina survey & beli ikut kategori topik plak ye. See ya! :)


Monday, April 23, 2012

Hasil kiriman di Pureen Warehouse Sale

Salam

Macam-macam tekaan & macam-macam sebab jawapan ye. Hehe. Kena baca & tengok betul-betul entry ni untuk jawapannya. hihi. 2 kali scan dengan 2 doc berlainan, sorang doctor Suraya KPJ Kuantan, sorang doctor Clearance Colombia Asia Bintulu. 2 2 style confident je bagitau jantina ape walaupun kitorang berdua tak tanya. Mungkin terlalu jelas & dorang pun memang macam otai specialist O & G je. Hahaha.

Ok la, weekend lepas kan ada Pureen sales. (Alih topik kejap. hihi)  Sebab kina kat bintulu memang tak dapek la nak pegi. Alhamdulillah, kina ada sorang BFF yang sgt baik hati dia sanggup tolong pegi belikan di sana walaupun die belum lagi berkahwin. I lap u firuz! 

Since kina dah survey-survey harga & review dari blogger-blogger, kina bagi sikit panduan kat die siap dengan harga & gambar. Yela, alangkan kita mom2be ni banyak yang tak tahu istilah-istilah barang baby lagikan dia yang belum kawen. My friend pegi pagi Ahad.
Kina email checklist berserta gambar & harga utk mudahkan dia membeli. hehe

Kina budget dalam RM250 untuk semua sekali termasuk parking, duit minyak. Beli cukup-cukup makan taknak la susahkan dia tolong angkut, dah la dia pegi sorang-sorang. hee.

Dah ni adalah semua barang yang berjaya dibeli. hehe. Kalau boleh semua nak warna biru, kecuali baby wipes tu warna biru dah habis jadi kina mintak dia belikan warna orange. Ye, kina memang hantu biru. *Kalau nak bagi hadiah kat baby sila la bagi warna biru ye. Tak kisah la baby boy atau girl. haha.
Yeay, happy tengok hasil rembatan di pureen
Untuk harga kina sertakan dekat bawah ni untuk rujukan semua kot-kot nanti nak pegi next Pureen sale. Biasanya ada 3x setahun.
ABD Detergent 2Liter : RM16.00
Liquid Cleanser : RM16.00
Madame Maternity Pad: RM9.00
Washable Nursing Pad: RM6.00 per pair
Disposable Nursing Pad: RM15.00 per box yang ada 24pcs.
Pack Baby wipes yang 2x100pcs: RM9.00
Pack Baby wipes yang 2x30pcs: RM3.00
Towel Pride N Joy: RM12.00

Disebabkan bff kina ni antara orang pertama tahu jantina baby selain dari family. Maka dia tolong memborong baju baby dengan girangnya walaupun dia tahu kina suka warna biru. Memang kina bagi dia pilih & rembat je apa baju yang die suke. Kemain ye beli. hehe.

Boleh tahan banyak pink. hehehe. 
Untuk baju, dia saje asing lipat ikut macam kat atas ni. Yang belah kiri & kanan baju yang ada sepasang. Yang lipatan kat tengah tu takde seluar tapi still boleh mix match dengan baju yang sepasang. Ada baju yang RM3, RM6. Yang lawa sikit RM8 & RM10. Total damage untuk baju lebih kurang belas-belas pasang = RM72.00. Berbaloi-baloi kan. 

Total pembelian di Pureen: RM188 sahaja. hehe.

Yup. Its a GIRL everyone! Macam kina pernah cakap walaupun girl tetap barangannya akan banyak warna biru. hihi. No botol susu pink ye. Hahaha. Apparel warna pink takpe. Yeay, mama ada geng lepas ni. Geng papa mungkin anak kedua ke, sabar ye papa. hahaha. I dont mind the gender kalau bertukar pun as long as baby sihat. Kalau jumpa gown baby blue in color sila la roger ye. hahaha.

P/S: Ramai cakap muka kitorang suami isteri sama. Wonder dia akan lebih ikut muka sape? hee..

Sunday, April 22, 2012

Jantina baby dah diketahui!

Salam

Alhamdulillah, kandungan sudah berusia 5 bulan. Perut sudah mula nampak. Yang paling menggembirakan jantina baby dah diketahui lepas scan. Lompat bintang. Hip hip hooray! 

Sejak 3 bulan dah tak sabar nak tahu. Senang nak beli baju kan? Selalu dengar orang cakap macam ni macam ni dapat baby boy, macam tu macam tu baby girl. Nak cakap naluri dapat baby apa memang tak pasti sebab kejap rasa macam baby girl, kejap rasa macam baby boy. Tak kisah jantina apa yang penting sihat. Kalau girl boleh geng mama masak kat dapur, kalau boy boleh geng papa main futsal.

Ini antara tanda-tanda kalau nak tahu jantina baby melalui permerhatian & pengalaman orang-orang kot. Tapi tak semestinya tepat. Jantina bayi kan rahsia Allah malahan scan pun belum tentu tepat 100%. 

*Tulisan berwarna merah merupakan pengalaman kina.

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki
Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
Perut anda kelihatan bulat sempurna
Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
Bentuk perut condong ke arah bawah
Sukakan makanan yang masam dan masin
Suka makan daging dan keju
Tapak kaki selalu berasa sejuk
Tangan selalu kekeringan
Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
Hidung tampak lebih mekar
Selalu sakit kepala

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan
Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
Degupan jantung bayi lebih 140kali seminit
Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
Bentuk perut condong ke arah atas
Perut tampak agak lonjong
Mengidam makanan manis
Sukakan buah-buahan
Suka minum air atau jus yang bersifat masam
Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
Mudah moody berbanding sebelumnya
Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil - *semasa first trimester
Tidak suka makan roti bersama kulitnya
Payudara kelihatan mengembang
Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur

Tambahan pengalaman kina sendiri
* Gatal-gatal pada seluruh badan bila masuk 2nd trimester.
* Suka makan ikan di awal pregnancy.
* Suka makan tomyam cendawan.
* Suka makan nasi & juga sayur di mana dulu memang tak berapa.
* Tak suka makan fast food kecuali french fries.
* Jerawat banyak di awal pregnancy.
* Suka minum air carrot susu & horlick ho ho ho
* Baby girl suka mengendeng-ngendeng kat perut.
* Teringin nak makan pavlova & tutti fruiti di awal pregnancy.
* 2nd trimester tak suka benda manis.
* Pertumbuhan rambut & kuku seperti juara.
* Suka tengok perempuan comel-comel, cantik-cantik.

Ada yang sama dengan korang? 
Korang rasa kina will expecting baby apa? hehehe. 




Friday, April 20, 2012

Set Bersalin Tanamera

Salam

Benda ni benda pertama yang dibeli dalam banyak-banyak list dalam checklist preparation untuk menyambut baby. Sangat banyak woo untuk dibeli & banyak ilmu yang kena cari.

Pedulik la orang cakap awalnya beli ke!Poyo ke. Nak kutuk pun kutuk la. Bukan pakai duit orang lain pun. hihi. Kina ada reason sendiri & sebab yang munasarawak kenapa kina beli awal set bersalin tanamera ni. Padahal kina survey benda lain dulu tapi terus beli set ni.

Paper bag dia pun cun. hehe. 
1) Sebab ada promo clearance sale limited time only. RM90 instead of RM360. Tak ke jimat gila tu? Nak tunggu 8 bulan entah dapat tak lagi harga macam tu kan?

Thank you banyak-banyak dekat Nadya sebab war-warkan ada promo dekat blog dia & sanggup tolong kirimkan. Alkisahnya dapat harga runtuh ni sebab yang ni packaging lama & ada dua barang je takde macam dalam set terbaru iaitu pilis & teh. Masih berbaloi sangat-sangat sebab ada 10 barang. Lagipun mak kina dulu berpantang takde pakai pilis pun. Jadi kemungkinan kina pun tak pakai kot.hihi. 

Lepas baca post Nadya terus kina survey-survey set bersalin & rasa tak salah kalau beli yang ni. Actually risau jugak kalau beli yang mahal tapi tak kena nanti rugi plak kalau tak pakai.

2) Set bersalin tanamera ni takde perlu untuk dimakan. Semua untuk disapu dimandi dispray. kihkih. Bukan tak boleh nak makan jamu ke pil ke cuma kadang-kadang memang malas nak makan. Dulu pernah beli jamu Mustika Ratu setia makan hanya untuk seminggu lepas tu buat perhiasan. So dari tak makan better beli yang takde makan-makan jamu ni. Kalau nak pun boleh beli asing ke lain kali.

3) Set bersalin tanamera ni macam best je. Kalau tengok dekat website dia packaging dia style spa. Bila dapat kat tangan set bersalin ni memang rasa macam spa di rumah. Cewah.

4) Set bersalin tanamera ni hasil gabungan traditional Malay+Chinese+India. 1Malaysia gitu. haha. Pastu guna tanpa was-was sebab memang halal.

Tapi dalam banyak-banyak alasan sudah tentu utk penjimatan berganda. 


Jom tengok apa yang ada dalam set bersalin tanamera:
Ada 10 item. Bengkung pun ada. Yang penting nampak tu ada logo Halal
Macam ni rupa bila buka kotak dia. Nice kan?

Kalau baca review & testimoni banyak juga good review. Since kina belum guna lagi jadi tak boleh review lagi. Tapi dalam banyak-banyak tu kina dah try facial mist & body mist yang dalam botol spray besi tu. Sangat nyaman & wangi ok. Hopefully, worth it beli ini. InsyaAllah. :)

Wednesday, April 18, 2012

New daily dosage

Salam

Bila bergelar mommy to be ni makan yang paling kena jaga..Sebab apa yang kita makan si kecik dalam perut pun akan ngap sekali..Bukan makan je, apa yang kita sapu pada badan pun boleh sampai pada baby melalui salur darah.

Sebulan yang lepas badan kina memang sensitif sangat. Kegatalan melanda diri. Seluruh badan gatal-gatal kecuali muka dan perut. Memang buruk la badan ni. Mula-mula dulu ada yang suspek kayap la, kudis buta la, alahan makan la. Mok de kina cakap kalau ibu mengandung buruk nanti anak comel. Mungkin ingin menyedapkan hati ni. kihkih. Amin. 

Doktor Suraya pun cakap alahan atau pembawakan baby kot. Dia memang tak bagi ubat tapi dia syorkan pakai sabun Lactacyd. Walaupun macam tak mandi kalau pakai tapi dia cakap bagus. Memang macam tak mandi pun, buih takde langsung tapi bau wangi macam bau baby. Boleh buat basuh muka sekali. Kalau dah ada baby pun boleh buat mandikan baby sekali. Papanya pakai la sabun dettol ye, doktor Suraya cakap sabun dettol lagi tak boleh sebab kuat sangat. Apa yang kuat pun tak pasti. 
Lactacyd wash untuk sensitive skin

Cerita pasal doktor suraya lupa nak ceritakan, doktor suraya dari KPJ Kuantan / Kuantan Specialist Hospital. Dah 2 kali check up monthly kat situ, so far memang ok. Nurse baik, Doktor suraya baik, kalau pergi amik darah tu hantar paper dekat nurse baru nak duduk nurse dah panggil untuk amik darah. (Pantas tak pantas) Tapi kalau weekend ramai sikit orang dalam setengah jam ke sejam tunggu baru dapat jumpa doktor suraya yang lemah lembut itu. Nasib baik company husband cover untuk check up kat situ. Kalau takde sila sediakan RM250-RM300 untuk sekali check up. Mahal gila. Tak mampu cheq..

Ok, cerita pasal daily dosage semula. hihi. Pagi-pagi bila mandi pakai Lactacyd. Lactacyd boleh cari kat Guardian. Kat Bintulu ni harga RM24.70. Yeke mandi pagi-pagi? bukan tengahari-tengahari? Hahaha. Pastu kina pakai bedak merah kina panggil. Bedak antiseptic agnesia ni boleh beli dekat Watson RM5.00. Semua ni untuk mengurangkan kegatalan. Alhamdulillah, berkurang la gatal-gatal merenyam tu. 
Bedak agnesia bila pakai rasa bakteria takut kat kita. hahaha.


Lepas tu masa breakfast sebelum pudin pegi keje. (Jangan bayangkan nasi goreng ke apa ke sebab malas nak masak weh, biskut je..haha) Pudin minum air nescafe atau teh, kina plak susu Enfamama. Suka susu enfamama perisa coklat ni. Senang je nak bancuh pakai air sejuk ke air panas. Kalau ikut sukatan pada tin 6 sudu per serving, tapi buat sukatan sendiri 2 sudu setengah je. Kalau tak mesti manis & rugi kot. Susu tu bukan 2 hinggit, harus la berjimat cermat! hihi.
Enfamama coklat untuk mama

Masa tengahari lunch biasanya makan nasi. Lepas tu harus la makan ubat. Kalau malas nak gi amik ubat pudin mesti pegi tolong amik sebab bagi dia memang wajib tiap hari dan tala ke muka den. Ini ubat-ubatan yang dapat dari KPJ. Iberet folic dan neurogain. Ramai mommy makan obimin masa second trimester kan? Tapi takde la kina nak tanya kat Doktor mana obimin saya? Hahaha. Pandai la doktor tu bagi ubat & vitamin kan. 
Iberet folic yang besar gabak

Doktor suraya cakap iberet folic ni paling bagus dan boleh naikkan HB. Keberkesanannya pada kina belum dapat dipastikan sebab belum pernah amik darah lepas makan Iberet. Alhamdulillah 2x check darah HB masih di atas 11, agaknya lepas makan Iberet boleh jadi 13 terus? hahaha. Neurogain plak minyak ikan yang boleh dibeli di mana-mana katanya. Since kina dok kat Bintulu, dia cakap boleh la beli neurogain kat farmasi mana-mana. Harusla kina makan ubat free dari Bintulu Medical Centre plak. hehe.
Neurogain

Walaubagaimanapun kina perasan pas makan ubat-ubatan ni nak buang 'big water' agak susah & warna jadi lebih gelap (Eiiyakk). But it is normal untuk sembelit bagi ibu mengandung. So kina makan buah prune untuk melancarkan apa yang tidak lancar. Hahaha. Tiap hari confirm membuang dengan senang. Masa petang-petang makan 2 biji buah prune dari Sunsweet. 1 bekas tu harga dalam RM8.99 kat Bintulu. Kenapa asyik nak cakap kat Bintulu? Sebab harga Bintulu special sket mahal dalam posen kot dari Semenanjung. huahua. 
Sedap!

Bila malam menjelang, kalau makan kat rumah lepas makan kina minum solivite atau vitagen. Solivite sedap & botol dia lagi seksi dari vitagen. haha. 1 pek ada 5 tu harga RM4.55.. Kalau makan kat luar plak memang confirm order Carrot Susu. Sejak pregnant memang bergelen-gelen air carrot susu minum macam mak kina gak suka minum ni. Moga-moga anak akan tajam penglihatan macam mama dia. hahaha. Pudin cakap sebulan dia duduk kat Bintulu tak pernah nampak lipas dalam rumah ni, bila kina ada nampak aje pastu mesti nak menjerit. Yela, lipas benda paling menggelikan kot. Walaupun dia menyorok ceruk mana boleh nampak bayang dia. Yang jadi takut kat lipas sebab masa kecik dulu mimpi lipas besar makan orang. Ular tak takut tapi lipas takut. Hrmm. Sabar jela.

Itu jela kot daily dosage yang dimakan & dipakai. Kurma nabi tak kesampaian nak beli minggu lepas bawak ke Bintulu. Suka kurma nabi basah-basah lembab-lembab gitu. Mesti MIL belikan bila dia pegi umrah nanti. Bersyukur dapat MIL & FIL yang baik, bila balik kampung je tanya nak makan apa. Rindu plak nak balik kampung. Ok la..sebelum melalut panjang lagi..kena buat barang-barang list untuk dikirim pada BFF di Pureen Warehouse weekend ni..fuh..pening..Bye-bye..

Monday, April 2, 2012

Maternity dress cum everyday dress

Salam

Dah hampir sebulan tak menulis..huahua..padahal banyak sangat nak tulis..harapnye lepas ni akan kembali mengupdate blog dengan jaya sebab sekarang dah makin rajin buat research all about baby.

Usia kandungan sudah 4 bulan ++ atau kira week 17 minggu. Ramai kawan tanya perut macam mana? Dah ke depan? Jawapan masih sama, lepas makan baru rasa buncit yang amat. . Sedara mara yang belum tahu pregnant pun macam tak caya sebab 4 bulan still pakai baju biasa & tak macam pregnant. Kina takde pelik sangat sebab ibu kina dulu pregnant perut kecik je sedar-sedar dia dah bersalin masa adik bongsu dulu. Kina percaya 5 bulan nanti nampak la the bump. hihi.

 Sekarang masih pakai sehelai seluar jeans. Pas makan akan unbutton sebab sendat rasa. Nurse KK pun dah warning jangan pakai jeans tapi jeans yang 1 ni memang agak longgar & besar.

Suatu hari tiba-tiba rasa nak beli dress maternity. Watsapp dengan suami yang jauh di Bintulu tu.

''Abang, syg rasa nak beli dress la 1 untuk maternity sebab seluar jeans dah sendat pas makan''
''Bleh2, syg cukup duit tak? Kalau tak cukup cakap ye''

''Nak beli 1 je, cukup duit'' (itu 15 minit sebelum beli dress online)

''Abang...nak beli lagi 1..haha..''
''Bleh2, no problem..beli la bagi lengkap untuk syg ok''

Akhirnya 2 dress kina beli pada hari yang sama. Dah tahu pudin mesti tak kisah sebab kina memang jenis yang jarang amat shopping. Kalau pergi shopping mall tu dia yang sibuk-sibuk cakap ''Tak nak beli baju ke? Seluar ke?'' Mungkin dah bosan isterinya asyik pakai baju yang sama. haha.

Yeah..sekarang kumpul-kumpul dress maternity dah ada 3 helai..semuanya beli online tapi semua tempat lain-lain..semua dress sebab malas nak pakai seluar, kan senang sarung je..bukan jenis selalu keluar pun sebab tak keje. Kriteria untuk dress ni ada 2 function, masa tak pregnant bleh pakai, masa pregnant bleh pakai. Nak share beli kat mana sebab semua service bagus.

1 piece dress warna hitam & grey

Dress ni kina beli masa baru pregnant 2 bulan. Rupanya owner hijabschool ni adik kepada schoolmate kina. Dia reply pantas & bagi suggestion size. Dia cakap kina size M tapi better beli L sebab nanti perut membesar bleh pakai. Normal price dress ni RM150, dapat RM135. Kasut dengan shawl tu hiasan & suggestion semata-mata. Kain dia berat & tak nipis. Tak perlu nak iron pun sesuai untuk mama malas ini. Puas hati tapi labuh sikit, nanti la oter sebab masa pregnant tak leh pakai heel, bahaya ok.

Gambar ni yang memikat hati kina nak menunggu restock tu

full view
Dress ni la yang kina beli baru ni. Belum pakai lagi sebab pos terus ke Bintulu. Blogshop ni kita kena register & buy bila dia update dah restock ke atau new arrival. Style sama macam Thepoplook pakai shopping cart. So untuk tahu senang follow facebook fanpage. Alhamdulillah tak sia-sia menunggu & refresh time tu sebab after kina beli je terus out of stock. Punya la cepat orang membeli kan. This costs me RM168 including postage to Bintulu. 2 hari je dah sampai.

Ophelia maxi dress dark purple

Yang ni kalau pakai tanpa tali
No need introduction kot untuk the pop look ni. Ramai mom to be beli sebab sesuai untuk orang pregnant kan since kain dia stretching. Kalau perut membesar dengan jaya baju ni takkan menghampakan. Cewah. Macam ada pengalaman pakai je. Harga ophelia dress ni RM69.00 & free postage. Affordable kan. Put punya warna fuschia.

4) Zalora
Kina rasa nak tambah lagi baju yang sesuai untuk masa mengandung & hari-hari pakai dengan kaftan & jubah. Berkenan tengok dress online from Zalora. Zalora takkan tak tahu kan? Ala, yang iklan pekerja Zalora hantar delivery barang pastu semua menjerit. Hahaha. Kalau hati meronta-ronta nak baju atau dress dari designer tapi nak beli dengan harga murah memang Zalora la tempatnya. Free shipping lagi. Suka la kalau duduk Sarawak ni ha. Tengok kaftan & jubah lebih dari 200 pilihan kat sini. Dalam hati dah berkenan dengan a few design kaftan dari Zalora ni. Nanti kina dah beli kina review pulak.

OMG..kaftan dari Rizalman tu sungguh memikat kalbu.


So, where u buy your maternity dress?

Jadi mamanya dah cukup2 la shopping untuk dress maternity..this month nak buat research sahaja, jenama yang ok, affordable (confirm cari paling murah di pasaran), buat checklist, buat budget, kenali term-term..banyak rupanya barang baby ni..tq Nana sebab emailkan budget & checklist untuk baby..



 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork