Wednesday, April 18, 2012

New daily dosage

Salam

Bila bergelar mommy to be ni makan yang paling kena jaga..Sebab apa yang kita makan si kecik dalam perut pun akan ngap sekali..Bukan makan je, apa yang kita sapu pada badan pun boleh sampai pada baby melalui salur darah.

Sebulan yang lepas badan kina memang sensitif sangat. Kegatalan melanda diri. Seluruh badan gatal-gatal kecuali muka dan perut. Memang buruk la badan ni. Mula-mula dulu ada yang suspek kayap la, kudis buta la, alahan makan la. Mok de kina cakap kalau ibu mengandung buruk nanti anak comel. Mungkin ingin menyedapkan hati ni. kihkih. Amin. 

Doktor Suraya pun cakap alahan atau pembawakan baby kot. Dia memang tak bagi ubat tapi dia syorkan pakai sabun Lactacyd. Walaupun macam tak mandi kalau pakai tapi dia cakap bagus. Memang macam tak mandi pun, buih takde langsung tapi bau wangi macam bau baby. Boleh buat basuh muka sekali. Kalau dah ada baby pun boleh buat mandikan baby sekali. Papanya pakai la sabun dettol ye, doktor Suraya cakap sabun dettol lagi tak boleh sebab kuat sangat. Apa yang kuat pun tak pasti. 
Lactacyd wash untuk sensitive skin

Cerita pasal doktor suraya lupa nak ceritakan, doktor suraya dari KPJ Kuantan / Kuantan Specialist Hospital. Dah 2 kali check up monthly kat situ, so far memang ok. Nurse baik, Doktor suraya baik, kalau pergi amik darah tu hantar paper dekat nurse baru nak duduk nurse dah panggil untuk amik darah. (Pantas tak pantas) Tapi kalau weekend ramai sikit orang dalam setengah jam ke sejam tunggu baru dapat jumpa doktor suraya yang lemah lembut itu. Nasib baik company husband cover untuk check up kat situ. Kalau takde sila sediakan RM250-RM300 untuk sekali check up. Mahal gila. Tak mampu cheq..

Ok, cerita pasal daily dosage semula. hihi. Pagi-pagi bila mandi pakai Lactacyd. Lactacyd boleh cari kat Guardian. Kat Bintulu ni harga RM24.70. Yeke mandi pagi-pagi? bukan tengahari-tengahari? Hahaha. Pastu kina pakai bedak merah kina panggil. Bedak antiseptic agnesia ni boleh beli dekat Watson RM5.00. Semua ni untuk mengurangkan kegatalan. Alhamdulillah, berkurang la gatal-gatal merenyam tu. 
Bedak agnesia bila pakai rasa bakteria takut kat kita. hahaha.


Lepas tu masa breakfast sebelum pudin pegi keje. (Jangan bayangkan nasi goreng ke apa ke sebab malas nak masak weh, biskut je..haha) Pudin minum air nescafe atau teh, kina plak susu Enfamama. Suka susu enfamama perisa coklat ni. Senang je nak bancuh pakai air sejuk ke air panas. Kalau ikut sukatan pada tin 6 sudu per serving, tapi buat sukatan sendiri 2 sudu setengah je. Kalau tak mesti manis & rugi kot. Susu tu bukan 2 hinggit, harus la berjimat cermat! hihi.
Enfamama coklat untuk mama

Masa tengahari lunch biasanya makan nasi. Lepas tu harus la makan ubat. Kalau malas nak gi amik ubat pudin mesti pegi tolong amik sebab bagi dia memang wajib tiap hari dan tala ke muka den. Ini ubat-ubatan yang dapat dari KPJ. Iberet folic dan neurogain. Ramai mommy makan obimin masa second trimester kan? Tapi takde la kina nak tanya kat Doktor mana obimin saya? Hahaha. Pandai la doktor tu bagi ubat & vitamin kan. 
Iberet folic yang besar gabak

Doktor suraya cakap iberet folic ni paling bagus dan boleh naikkan HB. Keberkesanannya pada kina belum dapat dipastikan sebab belum pernah amik darah lepas makan Iberet. Alhamdulillah 2x check darah HB masih di atas 11, agaknya lepas makan Iberet boleh jadi 13 terus? hahaha. Neurogain plak minyak ikan yang boleh dibeli di mana-mana katanya. Since kina dok kat Bintulu, dia cakap boleh la beli neurogain kat farmasi mana-mana. Harusla kina makan ubat free dari Bintulu Medical Centre plak. hehe.
Neurogain

Walaubagaimanapun kina perasan pas makan ubat-ubatan ni nak buang 'big water' agak susah & warna jadi lebih gelap (Eiiyakk). But it is normal untuk sembelit bagi ibu mengandung. So kina makan buah prune untuk melancarkan apa yang tidak lancar. Hahaha. Tiap hari confirm membuang dengan senang. Masa petang-petang makan 2 biji buah prune dari Sunsweet. 1 bekas tu harga dalam RM8.99 kat Bintulu. Kenapa asyik nak cakap kat Bintulu? Sebab harga Bintulu special sket mahal dalam posen kot dari Semenanjung. huahua. 
Sedap!

Bila malam menjelang, kalau makan kat rumah lepas makan kina minum solivite atau vitagen. Solivite sedap & botol dia lagi seksi dari vitagen. haha. 1 pek ada 5 tu harga RM4.55.. Kalau makan kat luar plak memang confirm order Carrot Susu. Sejak pregnant memang bergelen-gelen air carrot susu minum macam mak kina gak suka minum ni. Moga-moga anak akan tajam penglihatan macam mama dia. hahaha. Pudin cakap sebulan dia duduk kat Bintulu tak pernah nampak lipas dalam rumah ni, bila kina ada nampak aje pastu mesti nak menjerit. Yela, lipas benda paling menggelikan kot. Walaupun dia menyorok ceruk mana boleh nampak bayang dia. Yang jadi takut kat lipas sebab masa kecik dulu mimpi lipas besar makan orang. Ular tak takut tapi lipas takut. Hrmm. Sabar jela.

Itu jela kot daily dosage yang dimakan & dipakai. Kurma nabi tak kesampaian nak beli minggu lepas bawak ke Bintulu. Suka kurma nabi basah-basah lembab-lembab gitu. Mesti MIL belikan bila dia pegi umrah nanti. Bersyukur dapat MIL & FIL yang baik, bila balik kampung je tanya nak makan apa. Rindu plak nak balik kampung. Ok la..sebelum melalut panjang lagi..kena buat barang-barang list untuk dikirim pada BFF di Pureen Warehouse weekend ni..fuh..pening..Bye-bye..

31 comments:

fana on April 18, 2012 at 9:46 AM said...

dear i skrg pun manikan baby dgn lactacyd.. bagus2

Syu, Syuhada on April 18, 2012 at 10:00 AM said...

yeay favret lactacyd ade dalam list kamu :p pakai cuci muke best sgt shake ;) ko tau kan muke aku cmne dulu..hehe :p

Shakina Farhan on April 18, 2012 at 10:01 AM said...

farhana: yeke? terfikir nak mandikan baby gak nanti..hehe..mandi sama2..kihkih

Shakina Farhan on April 18, 2012 at 10:02 AM said...

dhie: owh..skg ko pakai lactacyd eh utk muke..glad to hear good effect kat ko..hehe..harap2 muke aku licin gak la pasni..:P

Unknown on April 18, 2012 at 10:21 AM said...

iman pn b4 ni pkai mandian lactaccyd cm auty kina.hehe.mandian tu if kt baby xpyh bilas dgn air pstu pn xpe..

yumie dlu time preggy tiap2 hr mkn prune gak,sbb nk sng poopoo.haha.sgt tkut klu sembelit.tmbh lak mak selalu ingtkn nt time lps bersalin lg teruk if sembelit..tiap2 pg n mlm mkn 2biji.abs je,khai tlg belikn wt stock.huhu

Liyana on April 18, 2012 at 10:22 AM said...

huhu same la kite kina, tp gatal2 ni start mase nk masuk trimester ketiga, dlm 2 mgu gak la tergaru2, pastu ok dah. X selesa betul bila gatal2 sbb x suke bau bedak agnesia tu, bucuk, hehe :D

sunsweet tu blh atasi mslh sembelit eh? hehe kena beli la pasni... mkn obical tu rase mcm ssh nk ber** je, haha mungkin kalsium terlebih.

err x suke rasa enfamama... manis die lain mcm, hehe... suke anmum lg...suke bancuh dgn air suhu bilik, pastu kacau kuat2 kasi buih banyak2, haha. lgpun murah sikit compare dgn enfamama.. (dasar mummy kedekut) ahaks

Shakina Farhan on April 18, 2012 at 10:23 AM said...

yumie: yeay..iman geng ngan aunty kina!..tu la..kl sembelit takut baby terkeluar boleh tak fikir gitu? lagi 1 takut kena buasir kan..

Shakina Farhan on April 18, 2012 at 10:24 AM said...

liyana: sampai skg kina gatal2 lg tp kurang dari awal2 dulu..hehe..try la makan prune..ngan kina mmg ngam..tiap hari membuang..

puan.mila on April 18, 2012 at 10:50 AM said...

mahal jgk iberec folic tu, penah tye kt farmasi..mila tgk ubat besar gabak pun dh geli mulut..mampu kah ditelan?? hehe..taking care kina :)

Shakina Farhan on April 18, 2012 at 10:53 AM said...

mila: hehe..2 2 besar..kalau asid folic biasa kecik..nasib baik kina jenis telan je..adik kina size kecik pun xle..

e.t.t.y on April 18, 2012 at 11:09 AM said...

kalau check up, nurse tanya najis kaler apa...nk jawab hitam, tp takut nurse marah. tp jawab gak lah itam tu. okay good nurse cakap. kiranya normallah iberet tu kan warna gelap najis kita. tp tak penah lak sembelit makan tu sebab kita mmg minum vitagen. elok je sehari sekali. kalau dulu, seminggu sekali. haha

Unknown on April 18, 2012 at 11:22 AM said...

masa belajar dulu, ada lecturer ckp talcum powder is not good esp for baby. sbb talc boleh masuk dalam salur darah kita. kesan dia juga tak ingat. masa kerja R&D dulu pun, mmg byk demand utk gantikan talcum powder. just sharing.

Shakina Farhan on April 18, 2012 at 11:22 AM said...

etty: hehe..normal kan effect makan iberet..vitagen bagus utk penghadaman..!

Shakina Farhan on April 18, 2012 at 11:24 AM said...

miss jue: yeke? risau gak kl masuk ikut salur darah..bgtau doktor tp doktor ckp xpe..tq 4 sharing ye..:)

Nurul Izayani on April 18, 2012 at 11:26 AM said...

thnx for sharing kina :)

~ NANA ~ on April 18, 2012 at 11:45 AM said...

kina....i pon rasa mcm susah nak "yak yak" je lps mkn pil2 tu semua....tp lps minum air sunquick, mmg lawas la...hehe...so skrg ni hari2 minum sunquick without gula

Hidayati Farhan on April 18, 2012 at 11:52 AM said...

kina, saya x suka enfamama. manis gileee. hahaha. letak sikit sudu pun manis. sudahnya ada terbiar setengah tin lagi. sayang. saya prefer anmum sbb tanpa gula tmbahan. acehhh. siap iklan lagik

ibuhebat on April 18, 2012 at 12:00 PM said...

akak peknen dulu pun slalu gatal2 dari pinggang ke bawah. habis huduh berparut! huhu...

Shakina Farhan on April 18, 2012 at 12:03 PM said...

izayani: u welcome dear..:)

nana: tiba2 rasa nak minum air sunquick gak..haha..

yati: haha..terus terbayang iklan anmum..xpnh rasa anmum tp rasanye semua boleh telan tekak ni..yg penting minum susu utk anak & gigi kan..

ibuhebat: sama la kak..macam kudis budak main pasir kat luar umah..hehe..

puteriraifana on April 18, 2012 at 12:42 PM said...

put pakai sebamed tu.. hilang gatal2 kat muka...hee. kat bdn xde pulak naik.. enfamama memg sedap. put minum yang vanilla tu pulak sekrg. ikut sukatan sediri jgk..hikhik. jimat2..hoho... hari2 memg kena makan buah sebab tamau sembelit tu...hee. skrg duk makan buah delima....bila nak scan gender baby pulak?hee

Shakina Farhan on April 18, 2012 at 12:48 PM said...

put: pakai sebamed sama ng intan..hehe..igt nak scan mggu depan..tp xsbr dah ni..put dah tau ke? hehe..da tau jgn lupa share2 tau..

Super Ummi on April 18, 2012 at 12:59 PM said...

Kina, kita pun gatal2 sekarang ni...
Nanti boleh cuba try lactacyd...
Haruti kita nak beli neoragain tu, tapi farmasis tu cakap 5 bulan pregnan baru boleh makan.. tapi, ade je yang makan bila masuk 2nd trimester kan...
kina, bukan harga kat bintul je mahal... harga kat kuching ni pun mahal jugak.. kadang2 tggu balik semenanjung baru beli... haha. kedekut betul.

Shakina Farhan on April 18, 2012 at 2:16 PM said...

hana: itu la..brg baby kat sini mmg buat xnampak je sbb mahal..kina start mkn neurogain masa 3 bulan lebih..siap bg adik lelaki mkn sebijik..haha..

Husna Adnan on April 18, 2012 at 4:13 PM said...

Eh, samalah kita Kina. Tapi sama tang ubat-ubatan dari KPJ, cuma saya diberi ubat kalsium. Jadi kena makan empat biji sehari, sebab kalsium tu kena ambil dua biji. :') Tapi sekarang dah jarang-jarang makan, sebab rasa loya tiap kali nak masukkan dalam mulut. Nanti teringat yang semua pil tu untuk kebaikan baby juga, barulah kuatkan semangat nak menelan. :)) Dan... saya pun makan prune! Haha! Geng la Kina!

Shakina Farhan on April 18, 2012 at 5:22 PM said...

Yuna: yeay..tengah nak menjamah prune ni ha..kebetulan sgt kan..hee..

.ieLah. on April 19, 2012 at 6:56 AM said...

kina,
sy lps makan neurogain tu dah kurang plak masalah sembelit.hihi.. seminggu masa makan mmg teruk, tp lepas tu beransur kurang. kina pon lagi sikit hari kurang la kot sembelit.hee

Shakina Farhan on April 19, 2012 at 8:51 AM said...

fadhilah: mmg da xsembelit sejak makan prune & solivite..hehe..

Sheila Nasir on April 19, 2012 at 9:51 AM said...

Nice...

anyway dO fOllow my blOg ya..
http://sheilanasir.blogspot.com

ctmah on April 19, 2012 at 12:42 PM said...

bile sebut pasal lipas je trus teringat ahad lepas.time tu tgh mandi.nth camne x perasan ada lipas.tau2 je dh jatuh ats badan kite.apa lg,menjerit macam org < waras la..hahaha!

Unknown on April 19, 2012 at 2:14 PM said...

wah2x bnyk nyer supplement die..hihi

safurara on May 8, 2012 at 10:11 AM said...

ada jugak yg suruh rara mkn neurogain ni.tp bila tanya misi kk,dye suh mkn obimin je.hmmm pening gak.

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork