Showing posts with label jantina bayi. Show all posts
Showing posts with label jantina bayi. Show all posts

Monday, April 23, 2012

Hasil kiriman di Pureen Warehouse Sale

Salam

Macam-macam tekaan & macam-macam sebab jawapan ye. Hehe. Kena baca & tengok betul-betul entry ni untuk jawapannya. hihi. 2 kali scan dengan 2 doc berlainan, sorang doctor Suraya KPJ Kuantan, sorang doctor Clearance Colombia Asia Bintulu. 2 2 style confident je bagitau jantina ape walaupun kitorang berdua tak tanya. Mungkin terlalu jelas & dorang pun memang macam otai specialist O & G je. Hahaha.

Ok la, weekend lepas kan ada Pureen sales. (Alih topik kejap. hihi)  Sebab kina kat bintulu memang tak dapek la nak pegi. Alhamdulillah, kina ada sorang BFF yang sgt baik hati dia sanggup tolong pegi belikan di sana walaupun die belum lagi berkahwin. I lap u firuz! 

Since kina dah survey-survey harga & review dari blogger-blogger, kina bagi sikit panduan kat die siap dengan harga & gambar. Yela, alangkan kita mom2be ni banyak yang tak tahu istilah-istilah barang baby lagikan dia yang belum kawen. My friend pegi pagi Ahad.
Kina email checklist berserta gambar & harga utk mudahkan dia membeli. hehe

Kina budget dalam RM250 untuk semua sekali termasuk parking, duit minyak. Beli cukup-cukup makan taknak la susahkan dia tolong angkut, dah la dia pegi sorang-sorang. hee.

Dah ni adalah semua barang yang berjaya dibeli. hehe. Kalau boleh semua nak warna biru, kecuali baby wipes tu warna biru dah habis jadi kina mintak dia belikan warna orange. Ye, kina memang hantu biru. *Kalau nak bagi hadiah kat baby sila la bagi warna biru ye. Tak kisah la baby boy atau girl. haha.
Yeay, happy tengok hasil rembatan di pureen
Untuk harga kina sertakan dekat bawah ni untuk rujukan semua kot-kot nanti nak pegi next Pureen sale. Biasanya ada 3x setahun.
ABD Detergent 2Liter : RM16.00
Liquid Cleanser : RM16.00
Madame Maternity Pad: RM9.00
Washable Nursing Pad: RM6.00 per pair
Disposable Nursing Pad: RM15.00 per box yang ada 24pcs.
Pack Baby wipes yang 2x100pcs: RM9.00
Pack Baby wipes yang 2x30pcs: RM3.00
Towel Pride N Joy: RM12.00

Disebabkan bff kina ni antara orang pertama tahu jantina baby selain dari family. Maka dia tolong memborong baju baby dengan girangnya walaupun dia tahu kina suka warna biru. Memang kina bagi dia pilih & rembat je apa baju yang die suke. Kemain ye beli. hehe.

Boleh tahan banyak pink. hehehe. 
Untuk baju, dia saje asing lipat ikut macam kat atas ni. Yang belah kiri & kanan baju yang ada sepasang. Yang lipatan kat tengah tu takde seluar tapi still boleh mix match dengan baju yang sepasang. Ada baju yang RM3, RM6. Yang lawa sikit RM8 & RM10. Total damage untuk baju lebih kurang belas-belas pasang = RM72.00. Berbaloi-baloi kan. 

Total pembelian di Pureen: RM188 sahaja. hehe.

Yup. Its a GIRL everyone! Macam kina pernah cakap walaupun girl tetap barangannya akan banyak warna biru. hihi. No botol susu pink ye. Hahaha. Apparel warna pink takpe. Yeay, mama ada geng lepas ni. Geng papa mungkin anak kedua ke, sabar ye papa. hahaha. I dont mind the gender kalau bertukar pun as long as baby sihat. Kalau jumpa gown baby blue in color sila la roger ye. hahaha.

P/S: Ramai cakap muka kitorang suami isteri sama. Wonder dia akan lebih ikut muka sape? hee..

Sunday, April 22, 2012

Jantina baby dah diketahui!

Salam

Alhamdulillah, kandungan sudah berusia 5 bulan. Perut sudah mula nampak. Yang paling menggembirakan jantina baby dah diketahui lepas scan. Lompat bintang. Hip hip hooray! 

Sejak 3 bulan dah tak sabar nak tahu. Senang nak beli baju kan? Selalu dengar orang cakap macam ni macam ni dapat baby boy, macam tu macam tu baby girl. Nak cakap naluri dapat baby apa memang tak pasti sebab kejap rasa macam baby girl, kejap rasa macam baby boy. Tak kisah jantina apa yang penting sihat. Kalau girl boleh geng mama masak kat dapur, kalau boy boleh geng papa main futsal.

Ini antara tanda-tanda kalau nak tahu jantina baby melalui permerhatian & pengalaman orang-orang kot. Tapi tak semestinya tepat. Jantina bayi kan rahsia Allah malahan scan pun belum tentu tepat 100%. 

*Tulisan berwarna merah merupakan pengalaman kina.

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki
Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
Perut anda kelihatan bulat sempurna
Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
Bentuk perut condong ke arah bawah
Sukakan makanan yang masam dan masin
Suka makan daging dan keju
Tapak kaki selalu berasa sejuk
Tangan selalu kekeringan
Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
Hidung tampak lebih mekar
Selalu sakit kepala

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan
Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
Degupan jantung bayi lebih 140kali seminit
Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
Bentuk perut condong ke arah atas
Perut tampak agak lonjong
Mengidam makanan manis
Sukakan buah-buahan
Suka minum air atau jus yang bersifat masam
Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
Mudah moody berbanding sebelumnya
Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil - *semasa first trimester
Tidak suka makan roti bersama kulitnya
Payudara kelihatan mengembang
Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur

Tambahan pengalaman kina sendiri
* Gatal-gatal pada seluruh badan bila masuk 2nd trimester.
* Suka makan ikan di awal pregnancy.
* Suka makan tomyam cendawan.
* Suka makan nasi & juga sayur di mana dulu memang tak berapa.
* Tak suka makan fast food kecuali french fries.
* Jerawat banyak di awal pregnancy.
* Suka minum air carrot susu & horlick ho ho ho
* Baby girl suka mengendeng-ngendeng kat perut.
* Teringin nak makan pavlova & tutti fruiti di awal pregnancy.
* 2nd trimester tak suka benda manis.
* Pertumbuhan rambut & kuku seperti juara.
* Suka tengok perempuan comel-comel, cantik-cantik.

Ada yang sama dengan korang? 
Korang rasa kina will expecting baby apa? hehehe. 




 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork