Salam
Macam-macam tekaan & macam-macam sebab jawapan ye. Hehe. Kena baca & tengok betul-betul entry ni untuk jawapannya. hihi. 2 kali scan dengan 2 doc berlainan, sorang doctor Suraya KPJ Kuantan, sorang doctor Clearance Colombia Asia Bintulu. 2 2 style confident je bagitau jantina ape walaupun kitorang berdua tak tanya. Mungkin terlalu jelas & dorang pun memang macam otai specialist O & G je. Hahaha.
Ok la, weekend lepas kan ada Pureen sales. (Alih topik kejap. hihi) Sebab kina kat bintulu memang tak dapek la nak pegi. Alhamdulillah, kina ada sorang BFF yang sgt baik hati dia sanggup tolong pegi belikan di sana walaupun die belum lagi berkahwin. I lap u firuz!
Since kina dah survey-survey harga & review dari blogger-blogger, kina bagi sikit panduan kat die siap dengan harga & gambar. Yela, alangkan kita mom2be ni banyak yang tak tahu istilah-istilah barang baby lagikan dia yang belum kawen. My friend pegi pagi Ahad.
![]() |
Kina email checklist berserta gambar & harga utk mudahkan dia membeli. hehe |
Kina budget dalam RM250 untuk semua sekali termasuk parking, duit minyak. Beli cukup-cukup makan taknak la susahkan dia tolong angkut, dah la dia pegi sorang-sorang. hee.
Dah ni adalah semua barang yang berjaya dibeli. hehe. Kalau boleh semua nak warna biru, kecuali baby wipes tu warna biru dah habis jadi kina mintak dia belikan warna orange. Ye, kina memang hantu biru. *Kalau nak bagi hadiah kat baby sila la bagi warna biru ye. Tak kisah la baby boy atau girl. haha.
![]() |
Yeay, happy tengok hasil rembatan di pureen |
Untuk harga kina sertakan dekat bawah ni untuk rujukan semua kot-kot nanti nak pegi next Pureen sale. Biasanya ada 3x setahun.
ABD Detergent 2Liter : RM16.00
Liquid Cleanser : RM16.00
Madame Maternity Pad: RM9.00
Washable Nursing Pad: RM6.00 per pair
Disposable Nursing Pad: RM15.00 per box yang ada 24pcs.
Pack Baby wipes yang 2x100pcs: RM9.00
Pack Baby wipes yang 2x30pcs: RM3.00
Towel Pride N Joy: RM12.00
Disebabkan bff kina ni antara orang pertama tahu jantina baby selain dari family. Maka dia tolong memborong baju baby dengan girangnya walaupun dia tahu kina suka warna biru. Memang kina bagi dia pilih & rembat je apa baju yang die suke. Kemain ye beli. hehe.
![]() |
Boleh tahan banyak pink. hehehe. |
Untuk baju, dia saje asing lipat ikut macam kat atas ni. Yang belah kiri & kanan baju yang ada sepasang. Yang lipatan kat tengah tu takde seluar tapi still boleh mix match dengan baju yang sepasang. Ada baju yang RM3, RM6. Yang lawa sikit RM8 & RM10. Total damage untuk baju lebih kurang belas-belas pasang = RM72.00. Berbaloi-baloi kan.
Total pembelian di Pureen: RM188 sahaja. hehe.
Yup. Its a GIRL everyone! Macam kina pernah cakap walaupun girl tetap barangannya akan banyak warna biru. hihi. No botol susu pink ye. Hahaha. Apparel warna pink takpe. Yeay, mama ada geng lepas ni. Geng papa mungkin anak kedua ke, sabar ye papa. hahaha. I dont mind the gender kalau bertukar pun as long as baby sihat. Kalau jumpa gown baby blue in color sila la roger ye. hahaha.
P/S: Ramai cakap muka kitorang suami isteri sama. Wonder dia akan lebih ikut muka sape? hee..