Friday, January 27, 2012

Resepi Spaghetti Bolognaise

Salam

Kesian tengok blog terabai sebab kemalasan melanda mom-to-be ini. Nak bukak laptop sungguh lah malas. Merajinkan diri juga ni sebab dah janji dengan Puan Puteri untuk share resepi spaghetti bolognaise ni. Masa usia kandungan 5-6 minggu kina sangat suka makan cheese & spaghetti ni. Dalam seminggu tu ada la 3x masak. Syukur la pudin pun ikut je sebab dia sangat suka spaghetti yang bini dia masak. Dia cakap Pizza Hut, Secret Recipe pun kalah. hahaha. Yo Yo O je kan puji supaya bini dia tak ajak makan luar. kan kan kan.

Actually memang banyak je resepi kat internet, kita boleh google je. Semua pun lebih kurang kan. Yang ni versi yang kina selalu masak. Kina suka yang masam pedas & banyak kuah tapi tak cair. 

Bahan-bahan yang diperlukan ( Untuk 2 orang makan)
- 150gm Spaghetti Pasta ( Biasa 1 paket 500gm, anggar je untuk 2 orang makan)
- 100gm Ayam (Dipotong dadu)
- 1 labu bawang besar (Dikisar)
- 3 ulas bawang putih (Dikisar)
- 2 biji cili padi (Dikisar)
- 2 sudu besar cili boh (Nak sedap lagi pakai cili kering)
- setengah botol Kimball Sos Spaghetti Mushroom 350gm
- minyak masak
- garam
- air
- keju (optional)
- brokoli (optional)

Antara bahan yang digunakan.
Cara-cara memasak:
1) Rebus pasta dalam air panas sehingga masak. Tips untuk pasta lebih sedap : Tambahkan 1 sudu besar garam ke dalam air panas untuk memberi perasa kepada pasta. Kacau pasta sejurus selepas dimasukkan ke dalam air panas supaya kanji dibuang. Dah masak boleh lah tos & alis ke tepi.

2) Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar bersama cili boh. Biarkan sampai berbau lebih kurang 5 minit. Kalau cepat masukkan ayam nanti bau cili & bawang masa makan.

3) Masukkan ayam yang telah dipotong dadu. Tambahkan setengah cawan air ke dalam kuali. Agak-agak ayam dah masak, masukkan setengah botol sos spaghetti Kimball. Kina suka kimball sebab murah. hihi. Lepas tu dah lengkap dengan herbs & cendawan kecik-kecik. Tambah lagi setengah cawan air & gaul sehingga sebati & masak ranum. Lepas tu siap lah kuah spaghetti anda.

4) Tengah kuah spaghetti tu panas, tuang di tengah-tengah pasta. Lepas tu terus letak keju sebagai hiasan. Maka keju tu akan mencair dengan sendiri. Keju cair tu yang sedap tu. hehe. Kalau taknak keju, brokoli adalah pilihan yang terbaik. Kina ambil air rebusan pasta tambah garam lagi lepas tu rendamkan brokoli dalam tu hingga empuk. Dalam kata lain celur dengan air panas bergaram tapi lama sikit sebab brokoli lambat empuk. Cuba la. Guarantee sedap!

Style orang malas. haha. tepek je cheese bagi die mencair.

Brokoli adalah sayur kegemaran kina
Teringat iklan prego Chef Riz yang buat spagetti semudah 1 2 3 tu. Tak suka pakai sos semata-mata. Nak jugak ada ayam, bawang seme. Baru ada Umph. Ada banyak lagi bahan yang boleh menyedapkan lagi spageti macam saderi, ada orang letak susu segar. Yang penting selera masing-masing kan. Tengahari ni nak masak spagetti ni lagi. hihi. First time letak resepi kat blog harap boleh difahami. hee..

Thursday, January 12, 2012

Macam mana tahu diri sendiri pregnant?

Salam

Wanita mana yang tak gembira bila dirinya hamil? Bahkan sebulan selepas kahwin pun sebenarnya kita belum pregnant tapi rasa diri seakan-akan pregnant which is mainan perasaan ataupun terlalu berharap. Ada simptom sikit je sama macam Google cakap dah happy pastu nak check UPT. Kina rasa kina antara isteri macam tu. Kina memang suka la check UPT walaupun result dia akan menghampakan tapi rasa macam best je uji air kencing sendiri. HAHA. 3 bulan kahwin adalah dalam 4 5 UPT kina beli. Pudin sampai cakap kita tunggu miss period la eh. Dia seorang yang tak suka membazir. Kina plak jenis suka ikut hati ni. hehe. Yela, satu UPT harga RM8-RM15, beli selalu tak ke membazir. Tapi ni rahsia kina & pudin sahaja sehingga sekarang bukan rahsia. haha.

Selepas site visit dari Bintulu hari tu, kina kena Kerusi Merah Beruang Merah (Sila translate English). Lepas tu macam ada darah sekali dengan cirit tu. Tapi kina tak rasa sakit langsung. Cuma penat je 2 3 kali ke toilet dan darah tu ada. Kina pun tanya dengan kawan kina seorang pharmacist. Dia cakap maybe sebab kurang minum air. Yekot, kina ni memang jarang sangat minum air kecuali masa makan je la. 

Badan rasa panas tapi bukan demam. Antara simptom-simptom pregnant la orang kata. Apa lagi, nak test UPT la, masa tu dekat rumah ibu kina di Kuantan. hahaha. tapi confirm la takde apa-apa kan sebab lagi 10 hari kot untuk due period. Supposely kina datang 1 Januari 2012 & cycle period 27-28 hari memang regular. Cycle period dikira dari hari pertama datang period sehingga period yang seterusnya. Jadi, 4 Dis kalau 1st day period next expected period 1 Jan. Gitu la kira. Masa sekolah dulu walaupun budak Biologi tapi biol tak faham-faham. Esoknya, ibu kina tanya awak dah mengandung ke? macam mengandung je. Naluri seorang ibu kot dia nampak ada perubahan dekat kina. Terus la kina cakap takde la, lambat lagi due period.

Selepas beberapa hari, kina rasa perut macam lain macam. Keras dari biasa. Badan pun panas-panas. Dalam perut macam rasa berdenyut & cramp sekali sekala. Mula-mula kina ingat sebab efek makan asid folik ke kan. hehe. Sebab kina dah makan hampir belas biji. Start awal bulan disember, kadang-kadang je lupa nak makan 1 biji 1 hari. hehe. Namun, dalam hati kina rasakan kina pregnant kot. Sebab rasa lain la dari biasa. Apa lagi, minta pudin belikan UPT paling murah dekat 7Eleven walaupun lagi 4 hari nak due date next period. Ops, I didn't again! hahaha. Sebelum period nak gak check UPT.

Berbekalkan 1 UPT jenama ForSure berharga RM8.90 dari 7Eleven, kina pun test la sebelum Subuh hari tu. Hari tersebut adalah hari Khamis iaitu check 3 hari sebelum period. Mula-mula ada 1 line je, tiba-tiba ada 1 lagi line samar-samar sangat. Kina pun panggil pudin. Biasanya kalau lepas check tak panggil dia, buat diam je sebab negative. hahaha. Pudin pun mengiyakan dia nampak line walaupun sikit je. Kitorang macam terkulat-kulat pastu sengih-sengih tapi belum betul-betul yakin. Pudin pun cakap macam ni " Patut la budak 7E tu suruh beli 2 UPT tu untuk betul-betul confirm''. Maka petang tu pudin beli lagi untuk test esok paginya. Hasilnya tetap ada double line tapi samar. 
Boleh nampak walaupun sangat blur, result 3 hari sebelum period

Lepas tu tanya la kawan-kawan. Ramai cakap UPT jarang buat silap, kalau 2 kali check ada double line yela tu pregnant. Ibu kina pun suruh tunggu lambat datang period pastu jumpa doctor. Tapi ketidaksabaran menguasai diri. 31 Dis pegi jumpa doctor Azman (Eh, nama sama ngan ayah saya la doctor) Klinik Panel yang dekat Klebang. 

Doctor: Ok, ada apa-apa sakit?
Kina : Saya nak check pregnancy.
Doctor: Nak check ke nak confirmkan pregnancy?
Kina: Ha..Nak confirmkan pregnancy.
Doctor: Bila first day period hari tu?
Kina: 4 Dec.
Doctor: 4 Dec ke 4 Nov? (Seakan-akan tidak percaya sebab masih bulan Dec walaupun 31 Dec)
Kina: 4 Dec. Sepatutnya period esok 1 Jan.
Doctor: Dah pernah check UPT?
Kina: Dah pernah kemarin & semalam. 2 2 ada double line tapi samar la.
Doctor: Test masa pagi ke? Sebab pagi memang senang nak detect hormon tu.
Kina: A,ah.
Doctor: Awal lagi sebenarnya, tapi kalau nak check kita boleh check je. (Check ke confirm ni doc? :P)
Kina: Nak check. (Tak sabar nak tahu)
Doctor: Ok, pegi ambil air kencing. (Sambil bagi bekas)
----------Intermission----------Takkan nak cerita. Dah setel bagi nurse.
Doctor: Sekarang ni petang, jadi nak check tu mungkin lagi susah nak detect sebab hormon kurang.
Kina: Oo..Ok..
Doctor tu pergi ambil result test. Dia tengok. Dia letak atas meja lepas tu dia menjauhkan diri sikit sambil cakap. " Ok, tengok''. (muka dia tak tahu muka positif ke muka negatif). Kitorang dua dah risau. Macam negative je. Bila tengok.....
Double line masih samar tapi lebih jelas walaupun test dibuat pada waktu petang

Positif! Malah lagi jelas dari test kat rumah aritu. Namun doctor masih taknak confirmkan sebab dia rasa terlalu awal. Belum 4 minggu lagi usia kandungan dan dikhuatiri 'false positive'. Jadi, doctor tu bagi kina 1 lagi pregnancy test untuk ditest kat rumah. Best-best dapat test UPT lagi. Yihaa. 2 hari kemudian kena test dan kalau double line yang lebih jelas memang confirm kalau double line sama je samar mungkin bukan.

2 hari kemudian iaitu 2 Januari, kina pun test la. Alhamdulillah, semakin jelas double line. Pagi tu pudin terus sujud syukur. Tapi ni la manusia, selagi doktor belum sahkan masih was-was. Pergi la Klinik Panel Dr Habsah dekat Tanjung Minyak yang sepatutnya kitorang pegi aritu tapi doktor takde.

Prosedur masih sama. Pertanyaan yang sama. Cuma ada 1 soalan berbeza. "Awak akan period makin awal ke makin lambat?'' Kina pun cakap kina makin awal setiap bulan. Dr Habsah tu pun pergi tengok result test. Lepas tu dia pun cakap ''A,ah, ada 2 line. Biasa terlalu awal ni tapi sebab awak punya period semakin awal tiap bulan.....Alhamdulillah, Shakina, Sharifuddin..saya sahkan awak mengandung 4 minggu 1 hari''. Dr Habsah tak tunjuk pun result tu pada kami berdua. Cuma, beliau minta datang semula ke klinik untuk buat scan pada bulan 2 nanti. 

Haa..panjang kan ceritanya? Begitu la kisahnya kina pregnant. Syukur Alhamdulillah, tak semua orang boleh detect positive awal, ada kes 2 bulan pregnant baru ada double line sebab hormon kurang dapat detect. Setiap orang lain pengalamannya. Wallahuallam. Berada dalam 1st trimester ni membimbangkan betul. Harap-harap baby dalam perut ni kuat macam mak/ibu/mama/mommy/umi dia. haha. tak tahu lagi nak bahasakan diri apa.

Next entry: Pasal Kina's Kitchen plak la. Dah lama tak berasap dapur tu. hihi

UPDATE 1 Sept 2015
: Kina juga ada menjual pregnancy test paling murah di pasaran. Boleh baca post ini macam mana kina punya result untuk second pregnancy!
Pregnancy test strips : RM0.80 (Buy 10 free 1)
Pregnancy test cassette : RM3.00 (Buy 5 free 1)
Ovulation test strips : RM1.00 (Buy 10 free 3 ovulation atau 1 pregnancy cassette)
Belian RM35 free postage semenanjung.
Memang sangat murah ok..

Wassap laju-laju +60132126952 




Friday, January 6, 2012

Saya bukan bunting pelamin

Salam

Ramai yang mengucapkan tahniah di atas kehamilan & like dekat status pasal doktor sahkan kina pregnant, lebih 200++ like, kalau masuk contest like macam ni kan best. hahaha. Syukur Alhamdulillah. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya kami berdua. Betul, nak dapat baby bukan perkara yang mudah. Soalan ''Dah ada isi ke?'' sangat sensitif kot. Tak berani kina nak tanya dekat orang lain soalan begitu. Ada luaran orang hati kering tak kisah tapi dalaman? makan dalam?  

Ada yang tanya kina bunting pelamin ke? atau kalau pudin cakap banting pelamin. hahaha. boleh tak dia confuse bunting & banting. Ala...yang buat banner kawen tu. Ejaan dia mungkin sama tapi sebutan lain. Al-kisahnya bila pudin prepare pasal persediaan bertandang di rumah dia. Dia sebut bunting nak ada ke taknak? Terus tergelak-gelak. hahaha. Akhirnya isterinya yang bunting. : p

Bunting yang mengandung bila sebut mulut kena muncung. 
Bunting untuk kahwin lidah kena ke atas. 
Gituuu..belajar sebutan. :P

Kina bukan bunting pelamin. Bunting pelamin maksudnya lepas naik pelamin terus pregnant. Maka isterinya tidak sempat datang bulan langsung. Betulkan kalau tersalah. Kina sempat period 3 kali selepas kahwin di mana period kina mempunyai cycle yang pendek atau setiap bulan semakin cepat tetapi regular. Kina pun pernah tersalah masa kawan kina pregnant, kina tanya bunting pelamin eh? sebab sekarang ni masa berlalu sangat cepat. Rupanya kina sama macam dia, 3 bulan kahwin, disahkan pregnant 4-5minggu dan dia pun sempat datang bulan. 3 bulan sekarang rasa macam 1 bulan je. 

Esok nak balik rumah mertua. Cuak lagi. hahaha. Kena study masakan sambil ready soalan tentang pregnancy. hehe. Soalan pertama : "Masa mak mengandungkan pudin, mak mengidam apa?". Hahaha. 

Next entry: Macamana kina start tahu kina pregnant & apa kata doktor.
Macam episod drama dah plak kina. InsyaAllah. 

Wednesday, January 4, 2012

Tutti Fruitti tiruan gara-gara mengidam

Salam
Sejak pregnant ni kina da mula mengidam & mengada. hahaha. Namun Alhamdulillah, takde la mengidam benda yang pelik-pelik. Mengidam benda yang masam, masin, pedas & manis. Pahit macam takde lagi. hahaha. 

Yang ketara sangat sekarang rasa nak makan cheese setiap hari. Biasa buat spagetti letak topping cheese & macaroni cheese, tapi aritu tengok Top Chef 7 nampak dorang kena masak makanan berempah dan pedas, terus terlintas nak nasi beriyani bertoppingkan cheese. Pudin berusaha nak belikan nasi beriyani masa lunch hour tapi ada saja halangan. Takde rezeki la tu. Pastu mengidam style nampak makanan dalam TV rasa nak. Tapi kalau macam terlambat dapat, rasa mengidam tu terus hilang sebab nak makanan yang lain plak. So, sekarang memang pudin dalam mode bersedia. hahaha. Terima kasih suamiku.

Malam tadi masa tengah tengok Masterchef Malaysia. Ala, episod Emilda & Felix terkeluar tu. Tiba-tiba nak makan tutti fruitti. Jam dah menunjukkan hampir pukul 10malam, kasihan plak dekat pudin nak mencari tutti fruitti kat Melaka ni. Confirm dia akan pergi cari punya. Tak pernah lagi pegi mana-mana tutti fruitti kat Melaka & tak tahu kat mana. Dalam kasihan nak menyusahkan suami, minta juga tolong belikan ice-cream coklat & coklat nips.

Pergilah beliau membeli di Giant yang lebih kurang 2KM dari rumah sewa. Sempat jugak dia belikan ice-cream serta coklat nips dan menjadi pelanggan Giant yang terakhir pada malam itu. hahaha. Lepas tu terus amek 2 3 sudu ice-cream (scoop takde), kemudian taburkan coklat nips. 
Versi hari ni. Ice cream dah tak berapa beku sebab peti kureng sejuk.

"Patut lah nak ice-cream coklat dengan nips, nak buat macam tutti fruitti rupanya'' bilang pudin.
''Iyo..tak dapat tutti fruiti betul-betul, yang tiruan pun jadi..haha'' bilang kina.

Kalau ada coklat hershey yang cair meleleh tu mesti lagi serupa rasanya. Kina bukanlah peminat tegar yogurt Tutti Fruitti. Kalau beli, mesti ambil yoqurt perisa coklat sebab rasanya tak macam yogurt langsung. Lepas tu, supaya tak berat sangat, kina kurangkan ambil yogurt & banyakkan topping yang tak berapa nak berat macam marshmallow, coklat cip, strawberry (beberapa ketul sebab berat).

Apa yang boleh kina cakap idea Tutti Fruitti ni memang brilliant.Makin berat makin mahal. Bijak betul menggoda. Agak-agak ada tak branch dekat Bintulu? Kalau takde kena buat Tutti Fruitti tiruan la lagi.HAHAHA 

Tuesday, January 3, 2012

First entry untuk blog ini

Salam

Keputusan untuk membuat blog personal ini adalah selepas sehari kina disahkan pregnant 4 minggu 1 hari. Nak jugak tulis 1 hari kan. Memang seorang yang lurus bila doktor bilang macam tu jadi ikut jela. Disebabkan ini blog personal, kina boleh tulis apa sahaja. Sayang untuk semakkan blog Journey of Bride to be dengan kisah peribadi yang orang tak berminat nak baca. Biarlah blog itu menjadi inspirasi & ilham buat bakal pengantin di luar. 

Nama kina Nor Shakina Farhan. Nama artis Shakina Farhan (bunyi macam komersil sikit kan?..hahaha) Farhan memang nama macam lelaki tapi itu bukan nama ayah kina sebab itu memang nama yang ayah & ibu kina bagi. Jadi boleh la diambil kira Farhan ni nama unisex. hahaha. Tapi kalau di dunia blog kina selesa guna kina. 

Suami kina Mohd Sharifuddin Ahmad Fuat. Nama artis Sharifuddin Fuat (tiruuuuu).hahaha.takde maknanya kan. Dulu dia pun pernah la layan tulis blog tapi sejak busy kerja, dia merupakan tukang baca blog tegar & berbangga bila nama pudin tertera di merata sudut di blog.

Kina lebih suka layout blog ini yang lebih simple sebab dengan harapan bila kina tengok, baca & type kina akan lebih santai & berseronok. Kina full-time housewife buat masa ni jadi blog adalah kawan baik kina selain dari tv & dapur. 

Antara kategori yang ada di menubar atas di blog ni:
MYSELF : Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan diri sendiri.
THE BRIDE : Ini terus dilink ke blog Journey of Bride-to-be.
MOM-TO-BE : Apa-apa yang berkaitan dengan baby & pregnancy.
HOUSEWIFE: Resipi hentam, rumah, rancangan tv kegemaran.
THE FAMILY: Tentang keluarga, mertua, suami & dot dot dot.
REVIEWS: Mungkin produk-produk & movie untuk direview.

Ini blog personal saya. Yeay. Boleh taip apa saja.
Sekian. 
Shakina Farhan

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork