Monday, June 27, 2016

Misi 50kg?

Salam..

Hari ni hari ke40. Yeay. Dah habis pantang. Orang lain rasa sekejap tapi orang yang berpantang je rasa lamanya nak habis. Kohkohkoh. Bila orang lain melancarkan misi 50kg, eh, nak jugakkk. 50kg tu zaman masa bekerja dekat IMR & sebelum kahwin. Berat yang lepas usah dikenang. Hahaha. Tapi ofcos la semua orang nak berat sebelum kahwin, nak fit, nak size baju elok tak sendat, takde sakit kaki menampung berat yang tak ideal. Sian laki asyik nak kena urut kaki. Hihi.

Berat sebelum pregnant = 55kg (kot)
Berat last masa pregnant kali ni = 65kg
Berat 3 minggu lepas bersalin = 59kg 
Berat 4 minggu lepas bersalin = 58kg
Habis pantang = ???

Masa pregnant berat naik 10kg je. Memang tiap kali pregnant naik tak terlampau sangat. Tapi kali ni susah bebeno nak turun. Start makan supplement phytonatal & orlin masa dekat hari ke20 sebab shahir jaundice. InsyaAllah akan teruskan sampai habis. 

Kali ni juga first time berpuasa masa dalam pantang. First day pose masa hari nuzul Alquran. Tiba-tiba nak sembahyang zohor nifas ada sket lagi keluar. Maybe penghabisan kot, terus berbuka la. Lepas tu tunggu clear pose hari Sabtu lepas, hari ni hari ke3 la pose. Kalau takde apa-apa dapat la 10 hari pose terakhir. InsyaAllah. Alhamdulillah susu tak effect sangat, memang la less production compare masa tak puasa, tapi shahir still dapat susu kira ok la. 

Berat sekarang macam yoyo, bangun tido timbang 57kg, sebelum berbuka 55kg, lepas berbuka 58kg. Tak ke banyak tu naik, makan tak banyak sangat rasa, berat air kot, dah kalau minum 2 jug habis. Kuikui. So misi 50kg camner? Akan kuteruskan tapi yela, sket2 jela sebab masih breastfeeding kan. Workout sket-sket. Biar lambat asal selamat. Walaupun kadang-kadang menyampah jugak tengok lambat nak turun ni, bila stress terus makan 2 ketul kebab takde sayur. Hahaha. Dalam pantang kan takle makan timun tomato etc. Pasni makan la balik sayur.

Jadi berat habis pantang tu nak amek yang mana? Lepas bangun tido la kan? 57kg. Kohkoh. 2 minggu 1 kg. Tu makanan pantang tu. Lepas habis pantang xtau la camne. Raya pulak kan. Hahaha. Nak naik senang, nak turun susah. Dulu sebelum kahwin makan roti canai 2 keping pun tak heran. Redha ajela.


P/S : nak kecikkan paha sebab ada beli seluar tak muat kat situ. ciskek sungguh. hahaha. 


Tuesday, June 21, 2016

Exam pertama kakak shahadah

Salam, 

Masa awal-awal dulu ada pudin tanya cikgu.      "4 tahun ada exam ke cikgu?"
Cikgu menjawab                                         "takde, budak 5 tahun & 6 tahun je ada exam". 
Ok la, kecik lagi 4 tahun kan. 

Sebab kina nak bersalin dekat kuantan, shahadah cuti tak gi sekolah bulan 5, plan nak gi sekolah start awal bulan 6 tapi tengah bulan baru pegi balik. Hahaha. Time bulan 5 tu, masa tu kina dah bersalin. Cikgu upload gambar  kawan-kawan shahadah dok jarak-jarak dengan meja comel dengan caption gambar "Ujian penilaian 4 tahun, semoga berjaya".

Aik..kata takde exam. So pikir shahadah terlepas lah nak amek exam sebab cuti panjang. Kekeke. Bila kakak shahadah gi sekolah balik, balik-balik sekolah muka gembira dengan kertas-kertas dekat tangan. Pudin dekat belakang cakap "tengok lah, exam kakak, terer kakak". 

Kina terus belek kertas atas sekali 65%. Kina jawab "terer ke, macam mama je. hahaha". Dan-dan jumpa result yang paling rendah antara semua. Kikiki. Masa PMR sains dapat paling rendah sebab tertido masa jawab. Hahaha. Pudin cakap "ada 2 tu yang dapat 100%". Kina belek-belek lagi, 70%, 95%, 97%, 100%, 100%. "Wah, terernya kakak tak sangka mama" (tak baik mama underestimate anak sendiri). 

Yela, sebulan lebih tak gi sekolah tiba-tiba kena exam. Mana ada belajar pun, dok rumah asyik2 main, buat sepah, clean up, berebut, main pop-pop (eh). Ingat terlepas da exam tu, rupanya dia kena jawab juga sorang-sorang. Teringat kalau dulu-dulu jawab dekat bilik guru. Hehe.

Kakak shahadah kemain la senyum meleret. Shafiyah terlopong tengok tak faham. Shahir plak terlopong tido je kejenya. Hihi. Rasa tua plak weh bila anak start exam ni. 

Jadi ku abadikan di blog & instagram result pertama kakak shahadah. Nanti kakak dah besar boleh tengok. Hihi. Tahniah kakak. Sorry takde hadiah. Hadiah kasih sayang. Muahahaha. Mama bangga. Walaupun takde apa aih exam ni, tak kisah nombor berapa, mama cuma nak kakak berjaya menjadi anak yang solehah, hormati orang tua, berjaya dunia & akhirat. 







Saturday, June 18, 2016

Review : Bengkung Zip Seri Mama

Salam

Bersiaran di hari ke-31 pantang. Hari ni nak review bengkung Seri Mama. Tertarik dengan bengkung ni sebab nampak iklan dekat Facebook. Sekali tengok macam bengkung tali lilit-lit panjang macam biasa tapi yang sepeselnya die ada zip dekat tepi. Beli sebab bengkung tali dulu dah terputus talinya sebab tarik ketat sangat. Hahaha.

Pros:
  • Sebab ada zip senang nak buka. Nak gi toilet just unzip, nak pakai balik zipkan balik.
  • Ketat. Suka pakai sebab tali kalau compare dengan zap-zap punya tak ketat.
  • Harga affordable, tak la murah tak juga mahal sangat. kina beli kongsi bertiga dapat la murah sket. (tq dhie tolong belikan pastu poskan pulak). RM70, kalau tak RM80 tak masuk postage. Kesimpulannya belilah berjemaah.
  • Kina beli size M&L. Die 2 size sekali. Ada lagi size lain. Confident je kina ingat kina size M, pasang-pasang tali tak muat. Kahkahkah. Rupanya daku size L. Mari berhuhuhuhu.
Jangan risau terzip kulit korang, die da siapkan alas kt bawah tu.

Nampak x atas kiri tu size L, kanan tu size M.

Cons:
  • Lepas basuh kain mengecut sket. Maybe jenis kain tu memang mengecut. Sebab tak bleh nak zip semula, kena buka balik tali tu dan ikat balik. 
  • Tali terlalu panjang sampai kena ikat double. Serabut dekat situ. Ke salah cara pakai tak tahu lah. 
Kalau weekend senang nak pakai yang tali sebab pudin ade, die lah yang tolong ikat. Weekdays plak pakai yang zap. Ada jugak hari yang skip bila masuk hari ke 20lebih. Hahaha. Banyak alasan betul nk istiqamahnye. Azam nak teruskan pakai bengkung seri mama ni time weekend yang free. Taknak perut buncit obvious sangat. Huahua. Sangat inovatif kan bengkung ni. Harap zip die tahan lama la.



Thursday, June 16, 2016

Sponsored video: IKEA - Raya ni sediakan ruang untuk semua

Salam

Raya dah nak dekat, IKEA sudah pasti jadi sasaran termasuklah diriku ini. Semalam baru je kirim beli meja kopi vittsjo. Jarak bukan lagi penghalang. Dalam pantang pun masih boleh beli barang IKEA  Hihihi. Nak tahu kina beli yang mana? Beli meja kopi vittsjo yang tengah promosi tu. Hihi. 

Sekarang tengah sale RM119 sahaja! Jimat! Nanti kina share gambar ruang tamu dengan meja ni.

Sekarang ni ada produk yang khas untuk sambutan raya misalnya pinggan mangkuk, periuk kuali, meja makan, meja kopi, dulang, barang perhiasan dan machiam-machiam lagilah. Antara siri yang menarik perhatian kina adalah siri DOFTRIK ni. Baru rasa raya + scandinavian + eksklusif sangat.
4 produk pilihanku dalam series DOFTRIK yang sesuai buat beraya

Macam video ni plak, kina sangat berkenan dengan meja tu. Tengok jangan tak tengok macam mana dia BERUBAH!. Dari untuk makan 4 orang boleh dipanjangkan jadi panjaaaaaaaaaaaaang sampai 8 - 10 orang weh. Sesuai sangat bila makin bertambah ahli keluarga ni, semuanya kena lebih. Berbaloi kan bila beli boleh guna untuk jangka masa yang panjang. Bila anak-anak dah besar, pegi asrama ke jadikan meja tu kecik balik. Gitu jauh pemikiranku.


Betul apa yang makcik tu cakap kan? Hahaha. Raya ni mesti la kena sediakan banyak ruang sebab ramai yang datang bertandang. Kita kena raikan tetamu kan. Ada banyak warna & pilihan meja makan IKEA yang boleh dipanjangkan Contohnya siri BJURSTA, GLIVARP, INGATORP, NORDEN, STORNAS. Korang boleh klik IKEA dan cari meja makan, pilih meja boleh dipanjangkan.


Raya kali ni sangat istimewa bagi kina sebab dapat beraya dekat rumah sendiri. Tapi dekat rumah tu takde lagi pinggan yang sesuai. Pakai pinggan IKEA juga tapi yang plastik utk budak-budak tu. Hihi. Asal ado kan sebab jarang duduk pun, tapi nak raya ni macam kena rembat 1 set FARGRIK ni. Harga RM119 sahaja untuk 18 ketul tu. Suka warna biru tapi warna hijau macam sesuai dengan suasana rumah kina yang banyak warna coklat. Akhirnya pilih putih selamat ye. Hahaha.

mana pilihan kalbu?
Tapi kan dalam video tu pinggan warna hijau tu nampak sangat menyerlah dan menyelerakan kan kan. Hahaha.


Siaran ini disampaikan oleh IKEA  namun begitu semua tulisan dan pendapat adalah dari saya sendiri.


Friday, June 10, 2016

Apa yang best tentang smartphone ZTE Blade V7 Lite?

Salam

Sekarang ni smartphone semakin canggih, hampir setiap masa akan ada smartphone baru yang keluar. Bagi gadget geek mesti nak tau serba sedikit tentang smartphone baru keluaran ZTE ni. 

Pernah dengar tak tentang ZTE Blade V7 Lite? Actually kina pun baru first time dengar brand ZTE ni. ZTE = Zhongxing Telecommunication Equipment yang merupakan manufacturer mobile phone yang ke4 terbesar di dunia. Bukan calang-calang ye. Lazada ada jual tau, harga terbaik bak hang. Huh, Lazada semua ado kan.

Jom kita berkenalan dengan Blade V7 Lite ni. Tak kenal maka tak cinta eh. Hashtag sket #LazadaZTEv7Lite

BILA MULA DIKELUARKAN? 
ZTE Blade V7 Lite ni release pada February 2016. Ia adalah model baru dan 'adik' kepada ZTE Blade V7.

SPESIFIKASI


APA YANG BEST TENTANG ZTE Blade V7 Lite?

1. Fingerprint Sensor Multifunction
Boleh mengesan cap jari dari mana-mana sudut. Walaupun skrin dalam keadaan OFF, hanya sentuh dapat unlock. Tak perlu tekan-tekan cari button, touch saje skrin tu. Korang juga boleh buka 5 apps shortcut dengan menggunakan kelima-lima jari. Cool kan? 


2. 13MP Auto Focus / 8MP Camera, Rear & Front Flash
13 Megapixel untuk kamera belakang & 8 Megapixel di depan dah cukup best dan berkualiti tu nak amek gambar. Dengan adanya lampu LED di depan, tak perlu risau selfie nampak gelap ke kusam ke. Hahaha. Ada features Beautify, Vgesture selfie, Smile Capture, Face Detection & Panorama Selfie. Kalau nak amek gambar luas gunalah Panorama. Tak perlu sedih-sedih kalau ada geng tak muat masuk dalam gambar. Hihi.

3. Quad Core Processor 2GB RAM & 16GB ROM
Dulu tak pernah endah pasal processor. Tapi sekarang dah tau processor ni penting sebab tu la kayu ukur performance sesebuah gadget lagi-lagi untuk membolehkan kita multitasking. 16GB ROM plak utk menyimpan data dalam smartphone, kalau tak cukup boleh tambah dengan external memory card. Sekarang banyak smartphone yang dah takde memory slot. 

4. Metallic Body Super Slim 7.9mm
Bersesuaian dengan nama dia, 'lite', ringan & slim ye kawan-kawan. Seberat 135gram & senipis 7.9mm. Rangka ZTE Blade V7 Lite adalah diperbuat dari aluminium dan berwarna silver. Rekabentuknya pun ergonomik jadi kalau pegang selesa di tangan.

5. Dual SIM
Ada nombor untuk family, ada nombor untuk business online? Suka la kalau boleh guna 2 simcard kan sebab ZTE Blade V7 Lite ni ada 2 slot untuk simcard.

6. Harga
Ini yang paling ditunggu-tunggu kan. Sebab harga la paling penting. Kikiki. Dengan semua perkara best di atas harga yang ditawarkan sangat-sangat berbaloi. Harga biasanya RM669 tapi korang boleh dapat harga LUAR BIASA murah hanya di LAZADA. Sekarang ye, sekarang. Hanya RM499! Mampu milik kan?


Apa tunggu lagi. Grab dengan harga yang luar biasa ni dekat website Lazada. 

Korang boleh klik >> LAZADA 

http://tracking.shopstylers.com/aff_c?offer_id=50&aff_id=3031&url=http%3A%2F%2Fho.lazada.com.my%2FSH3emF%3Faff_sub%3D%7Baffiliate_ref%7D%26source%3D%7Baffiliate_id%7D%26aff_sub4%3D%7Btransaction_id%7D%26url%3Dhttp%253A%252F%252Flazada.com.my%253Foffer_id%253D%257Boffer_id%257D%2526affiliate_id%253D%257Baffiliate_id%257D%2526offer_name%253D%257Boffer_name%257D%2526affiliate_name%253D%257Baffiliate_name%257D%2526transaction_id%253D%257Btransaction_id%257D




This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. ZTE Blade V7 Lite and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.

Thursday, June 2, 2016

Presenting baby no.3!

Salam..

Lama menyepi. Alhamdulillah dah selamat bersalin 19 May 2016 hari tu. Presenting our baby no.3.
kali ni tukar angin. dulu kpj kuantan, kali ni kmc (kuantan medical centre)
Nama saya Muhammad Shahir. Boleh panggil shahir. 
Putera pertama kami. Mama & papa harap shahir akan menjadi al hafiz yang dapat menarik & memberi syafaat kepada ahli keluarga nanti. Aaamiiin.

Setakat ni antara 3 orang anak..shahir ni yang

Paling lambat keluar (38w 6d)
Paling sakit nak bersalin (dulu 10cm baru push ni 8cm dah xtahan dah nak push)
Paling berat antara semua (3.07kg)
Paling lambat luruh tali pusat (hari ke12)
Paling slow bunyi nangis (maybe belum keluar lagi versi kuat)

Masih tak percaya, dah 3 ye anak ku..hihi..tak sabar nak habis pantang. kali ni pantang sendiri..kalau rajin dan berkesempatan kina share routine berpantang sendiri..shahir pun jaundice macam kakak-kakak dia..moga cepat2 sembuh ye nak..

Senyum sket..:D




 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork