Thursday, March 5, 2015

From penang with love

Salam..

Dah sebulan tak berupdate..february fav month kot..dah 28 tahun dah..dah pindah seberang perai, pulau pinang..tu busy banyaaak..banyak nak story tapi bila dah banyak2 jadi tepu. huahua..

Rumah sewa setingkat jenis memanjang, belakang tu dapur
Rumah sewa best. Walaupun kecik tapi best lah sebab strategik dan semua bertiles. Rumah ada 3 bilik 2 bilik air. Bilik air dekat bintulu besar, mandikan shahadah & shafiyah serentak je. Sini kecik sket jadi kena mandi sorang2. Nak tutup pintu pun berlaga bontot. Hahaha. Tapi ok la, asal ada 2 toilet, at least tetamu datang nanti senang. Belum siap-siap lagi mengemas even dah seminggu duduk. Setel sket sket. Deco slow-slow. Sebab ade orang cakap kalau kite tergesa-gesa tak sabar-sabar (kina lah tu) maka hasilnya tak berapa memuaskan hati, nanti ade je yang tak betul tak ngam tak match. Kena banyak bersabar dan indeed kina puas hati sebab bersabar hasilnya kina dapat sofa yang diidam2kan. Hihi. Nanti share.

Duit bila pindah memindah ni mengalir laju macam air. Walaupun rumah sewa je. Dah kalau beli alat-alatan mencuci je dah RM90. Belum lagi perabot-perabot yang perlu. Tapi kan suke lah mop yang beli dekat Mr. DIY tu. Mop steam masa tu dalam kapal lagi dari sarawak tak sampai, jadi beli jela nak cuci rumah. RM29.90 kot mop Mr.DIY tu. Masuk air sket, picit2 mop, picit mop. Senang keje. Tapi kalau dari segi bersih mestinya steam mop tu sebab die ade wap panas kan. 

Playroom yang belum siap, kanan tu meja workstation mama, senang nanti buat keje dorang main.
Rutin dekat penang totally berubah. Alhamdulillah berubah ke arah yang lebih baik. Budak-budak ni dah ada playroom. Takde lah mama asyik nak mengemas dekat ruang tamu 3 4x sehari. Sepahkan la bilik playroom tu. Tak boleh keluarkan mainan sesuka hati keluar dari playroom. Pudin plak dapat pegi masjid time subuh&maghrib. Tak tido dah lepas subuh. Dekat Sarawak subuh pukul 5, jadi harapan jugak la kan nak berjaga, masjid pun tak berapa dekat. Hihihi. Tapi dekat Sarawak best sebab pukul 8 dah siap dah isyak. Masak? Masih belum start lagi sebab dapur hiruk pikuk lagi. Sabtu ni kot merasmikan dapur tu. Tong gas pun tak beli lagi. Tong gas pudin da jual sebab tak leh nak masuk kargo. 

Masa ni start shahadah tak sihat, kesian gile, gatal-gatal
Shahadah hari tu kena jangkitan virus. Tak tahu virus ape tapi virus jahat la kan. Alhamdulillah dah sembuh, tinggal parut-parut kesan dari biji-biji gatal yang tumbuh melata di tangan, badan, kaki. Sabtu ni appointment follow up dengan doctor. Nasib bukan denggi ke, campak ke. Risau jugak berjangkit dengan shafiyah. Dah kalau memang dok dalam bilik hotel bertiga macam mana nak jauhkan shahadah dan shafiyah tu kan. Kina rasa kena dekat area kolam hotel tu sebab banyak gak budak. Shafiyah dicucuk pneumococcal, shahadah tak. Mungkin ke sebab tu shafiyah tak dijangkiti? Wallahualam. Doa yang baik-baik ajelah. 


Dekat pasar malam, tu tengah pujuk papa beli burung tu. 
Memang syurga makanan. Selama dekat 2 minggu dekat penang ni takde lagi makan makanan yang kureng ke, semua sedap belaka. Walaupun kitorang just makan dekat-dekat je. Banyak gerai dan kedai makan area rumah sewa. Belum lagi pegi makan mee udang sg dua, pegi area pulau sana. Pegi pasar malam pun tersengih-sengih macam kerang busuk tengok ikan fresh2, sayur. Rasa bersyukur tau bila dapat pindah ni. Ada hikmahnya hidup merantau ni. Kalau duduk setempat je mungkin kurang sket rasa nak bersyukur tu. Huahua. Kina suka makan roti bakar telur leleh dan char kuew teow. Banyak lagi belum cuba, nanti2 dah setel kemas rumah. Minggu ni nak mengecat depan rumah. Tuan rumah (actually mak die) bagi kitorang cat, buat la ape2 nak melawakan rumah ni. Memang sengih-sengih la. Even rumah sewa je tapi kita yang nak duduk, nak ngadap, mesti la nak lawa. Baru semangat. 

Makan luar aje sekarang ni. :p. Copy paste.
Shafiyah dah 8 bulan. Dah berdiri selama 8 saat. Kejap lagi berjalan la budak tu. Aiseh, bayangkan die bergabung dengan shahadah berlari2. Hahaha. Cepat masa berlalu. Gigi nak tumbuh dah. Lambat2 la sket, nanti macam kakak awak tumbuh cepat rosak cepat..: p Shahadah pulak dapat her 1st ever telekung. Beli dekat ig telekungnajwa. Beli yang lycra senang melekap dekat muka die yang bulat macam mama. 


Telekung budak dari telekungnajwa
8 bulan dah budak kenit ni..;)


2 budak yang menggeramkan mama. Hihi.

Ok, minggu depan update lagi pasal kedai-kedai perabot dekat penang ni khasnya seberang perai. 



7 comments:

Sheila Salim on March 5, 2015 at 8:43 AM said...

Assalamualaikum kak kina. comelnya shahadah & shafiyah ni.. seronok ya dah berpindah penang. bestnya. semoga dipermudahkan urusan kak kina sekeluarga. hehe adam gg baru 2 btg. dah suka berdiri sendiri.. haaa cepat betul anakanda membesar. tak puas nak gomol baby ~~~

humble.yat on March 5, 2015 at 9:03 AM said...

selamt berpindah kina..kwn sy ramai baru pindah ke sana....musim org pindah penang kot hehe..cantiklah telekung shahadah..biru memg tak missed yek hehe

jazzeyra aj on March 5, 2015 at 9:20 AM said...

welkam to penang kina..

rindu penang! haha

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH on March 5, 2015 at 9:56 AM said...

Assalam kina,
selamat jadi orang penang naaaaaaaaaa
sudi2kan la mai belah pulau ni haaaaaaaa
makan laaaaagiiiii banyak sesedap he3

Ibu Dilah on March 5, 2015 at 6:19 PM said...

Wahh.. seronoknya kina dah pindah penang nyer.. penang memang syorga makanan kan.. dah lama terigin nak pi penang, tp belum ada rezeki lagi nak sampai sana lagi..

MizA on March 5, 2015 at 9:35 PM said...

nanti kita jumpa kat pasar malam :)

Aty_Fared on March 9, 2015 at 4:27 PM said...

comel giler pakai tekung tu.. :) penang memang besh part makan kan...

lagi satu pasal workstation kat bilik anak tu.. betul la..sebenarnya memang lagi senang buat macam tu.. tak de lah rasa anak men sorang2...

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork