Salam
Kina nak recommend kedai perabot murah2 dekat area rumah sewa kina dekat seberang perai tu. Kedai ni area permatang pauh sebenarnya tapi tak jauh la. Bila cakap murah ni memang murah betul la. Tapi jangan la expect kualiti macam beli dekat harvey norman no..Beli yang murah-murah sesuai la untuk orang nomad macam kami ni. Jenis pindah randah. Harap-harap at least 5 tahun la duduk sini. Orang yang baru kawen ke, baru nak masuk rumah. Banyak pakai duit kan, awal-awal beli la perabot murah2. Dah stabil baru invest dekat perabot yang ok. Tapi yang banyak duit beli jela yang elok terus kan.
Kitorang cari set katil, kitchen cabinet yang ready made (senang nak pindah kan), tilam sementara tunggu tilam dari sarawak sampai aritu. Setelah banyak kedai pegi, musim raya cina plak time tu banyak la tutup kan. Pudin tanya kawan die kevin mana yang recommended nak cari tilam murah. Kevin tu suruh pegi depan sket dari uitm. Jumpa lah kedai perabot gemilang permatang pauh ni.
![]() |
Meja solek dengan almari |
![]() |
Katil headboard die ade 3 ketul crystal..pening x kepala tgk chevron? hahaha. sooo into chevron |
Tokey die friendly, cakap penang. Comel je kan dengar chinese cakap penang. Dah cakap dekat die nak yang murah dan boleh terus hantar hari tu juga sebab masuk rumah hari tu. Die pun syorkan la tilam RM100+, lepas tu set katil ada meja solek, almari dan katil RM599. Murah kan set tu. Biasa set macam ni kina nampak RM700-RM900..Tapi kina dah warning siap dekat pudin nak buka sliding door almari tu kena pelan-pelan nanti tercabut macam set adik kat kuantan. Hahaha.
Untuk kitchen cabinet plak, dulu kina ade target ready made yang macam atas ni. Lawa kan? Ada lagi cantum2 dengan yang lain. Nampak macam tempah punya. Tapi memandangkan nk beli laptop plak tiba2 jadi ku pendamkan saja dan terima kabinet style makcik2 ni..hihi..jimat sket..Asal banyak storage..Amek yang ada sinki sebab nak ganti sinki sedia ada. Sinki tu RM400+, yang tall kabinet tu RM300+..
Jadi total semua 5 barang tu RM1560, die bagi discount jadilah RM1500..Free delivery hari yang sama sebab dekat je. Pekerja die buat keje cepat, semua melayu, lepas pasang2 buka plastic semua die kutip buang. Bagus la. Lepas tu dapat 2 mug ni. Hahaha.