Monday, March 3, 2014

Umrah part 2 : the agency and cost

Salam..
Bagi yang 1st time nak pegi umrah bagusnya pegi dengan agency..lepas dah berpengalaman tu nak jimat sket boleh pegi sendiri kan..tapi tengok rata2 orang memilih agency jugak walaupun dah banyak kali pegi..senang kot tak payah pikir banyak..

Survey2 agensi untuk umrah ni dari internet, kawan2 dan family..antara 3 agensi ni dalam list la..Rayhar, Andalusia & Tiram Travel..rasanya kalau sebut majoriti semua orang tau..Andalusia adalah agensi yang 1st kena diketepikan sebab rasa terlalu ramai orang pegi dgn die plus ada sket2 la review tak berapa ok tapi ada je orang review bagus..(bahagian masing3 kot)..tinggal Rayhar & Tiram Travel dalam list..

Kos umrah ni bergantung kepada beberapa kriteria. Sebab tu kebanyakan agensi die tulis harga dari RMXXXX. 
  1. waktu kita nak pegi. - kalau cuti sekolah lagi mahal. bulan Ramadhan pun lagi mahal sebab pahala besar tu.
  2. bilangan orang sebilik. - semakin ramai orang sebilik semakin murah. kalau pergi berdua tapi boleh je amek pakej bilik ramai tapi duduk dengan orang lain la ikut jantina. 
  3. flight chartered ke tak. - kalau flight direct lagi mahal compared to yang berhenti kejap dekat mana-mana amek orang. ada kenalan ibu kina ustaz tu selalu bawak orang pegi umrah die tak suggestkan amek AA sebab sempit & tak selesa. perjalanan 9 jam kalau boleh pilih flight Saudi ke MAS ke Emirates. tu kata ustaz tu la.
  4. jarak hotel di Mekah. - hotel kat Madinah takde masalah semua dekat je dengan masjid Nabawi, hotel dekat Mekah biasanya jauh tu murah la sket. 
  5. makan & minum. - fullboard ke tak. 
  6. **yang lain biasanya sama je pakejnya..


Customer service Rayhar memang tiptop! Masa datang office Rayhar dekat kuantan aritu memang rasa best je layanan dorang..Harga ni maybe ralat sket sebab ingat-ingat lupa dah. Hihi. Harga yang ditawarkan untuk 2 orang RM6500 seorang sebab bilik berdua memang mahal lagipun, hotel dekat dengan masjidilharam 80-100meter cmtu, utk shahadah yang bawah 2 tahun harga RM1900..flight chartered..makan fullboard..harga masih dalam bajet kitorang walaupun agak mahal..Tapi memang tak pernah dengar lagi review tak best tentang Rayhar..

Pegi pulak ke Tiram Travel..customer service agak mengecewakan sebab dorang busy menjawab call dan buat keje..sampaikan boss dorang mintak salah sorang tu layan ktorang dulu baru buat keje lain..time2 tu jugak shahadah nak bf weh..sekali lagi boss die yang mintak pekerja lelaki die pegi tempat lain dan kina amek port situ..boss dorang baik..pekerja je busy sket kot..senyum pun tak..harga yang ditawarkan pula RM6000 seorang, shahadah RM2200..pakej yang lebih kurang sama dgn Rayhar..flight direct ke Jeddah..tapi ikutkan lebih murah la dari Rayhar..masa tu ingat nak amek Rayhar walaupun mahal sket tapi disebabkan layanan tu ktorang rasa baik amek Rayhar..

Tapi..tidak berhenti di situ..cewah..Mungkin Allah dah tetapkan kitorang tak pegi dengan Rayhar (maybe next time ye Rayhar) tapi pegi dengan CS Holiday..mutawif kat sana pun dah cakap semua ni ditakdirkan Allah utk tetamunya..masa tu jugak dah setuju kita akan bawak ibu kina sekali..Isteri agen CS Holiday tu 1 office dgn ibu kina, ibu kina call cakap harga CS Holiday seme..harga Rm5700 seorang (utk bilik bertiga), hotel al shohada 450 meter / 10 minit jalan kaki/ ada shuttle tapi kat sana tukar hotel luluat al shark jarak sama tapi maybe kecik sket sebab tabung haji amek hotel tu plak tapi ibu kina cakap sepanjang die pegi umrah hotel ni bilik yang paling best & selesa die pernah duduk..flight MAS direct ke Jeddah..shahadah RM1200..murah dari Tiram & Rayhar.. ibu pernah pegi dengan CS Holiday jugak dan die cakap ok..Lepas kitorang google2 sket terus on..Ok la kite pegi dengan CS holiday..Pegi ke office pun tak..semua pun ibu kina yang setelkan, kitorang just preparekan apa yang CS Holiday mintak..Masa tu entah la macam kitorang tak pikir sangat pasal apa yang kitorang survey ke customer service ke mutawif melayu ke indon ke dah janji dapat pegi dan within our budget..

Kalau ikutkan kitorang pun dah short duit untuk topup ibu kina dalam 2 ribu lebih..
Total yang diperlukan untuk 3 dewasa + infant : RM18500
Deposit booking date: RM500 seorang, shahadah tak payah bayar deposit.
Duit belanja: RM1500 ( tapi kina punya duit RM500 je, RM1000 pudin)

Apa yang kitorang dapat:

  • 5 beg - Beg polo , Backpack tarik, Beg letak kasut/selipar masa gi semayang (sangat berguna, orang lain pakai plastic je), Beg merah kecik boleh sandang & beg dokumen (beg ni menggantikan handbag kat sana)..
  • Buku doa & panduan.
  • 10 L air zam-zam (shahadah pun dapat jugak jadi ade 4 semuanya)
Banyak kan? tapi semua berguna tau. Shahadah pun dapat semua. 
Dalam masa 2 bulan tu memang gigih kina layan theshopablog..seriously rasa macam sempat ke ni nak kumpul banyak tu..campur duit iklan kat blog sikit2..Alhamdulillah cukup jugak last2 minute..pudin pun tak sangka kina dapat support ibu..tapi memang balik kena cari balik modal pusing sebab dah habis modal semua..hahaha..tu sekarang ni pulun balik semula nak berniaga online lepas baik dari demam & batuk..

Alhamdulillah, syukur sangat..memang best pegi dengan CS holiday ni..fuhh..panjang gila mukadimah..hahahaha..macam tu la ceritanya kitorang pegi dengan CS Holiday..

Recommended sangat..kenapa?

Ketua rombongan kami Tuan Haji Emir sangat dedikasi..menjaga kebajikan setiap ahli..kina ade sekali tu kena cirit birit, da pernah cakap nak beli ubat cirit birit sebelum pegi tu tapi tak terbeli2 ubat cirit birit..lepas makan askem arab kena, tapi itu tidak membantutkan diriku untuk membeli askem arab tu 3-4kali lagi..hehehe..tuan haji emir sanggup datang ke bilik tu nak hantar ubat..tanya shahadah sihat ke..

Bilangan kitorang pun tak ramai jadi senang kot die jaga..dalam 36 orang..yang paling tua makcik mariam 75 tahun & paling muda si cenonet shahadah 1 tahun 5 bulan..hihi..memang selalu kena kacau la itu budak..
Ketua rombongan kami Tuan Haji Emir yang baju oren. Shahadah cakap ' bukan saya la, die'.
Mutawif ada 4 orang..semua indon tau..tapi cakap dah macam melayu pun ade..mutawif first paling best kelakar dan mampu buat kita menangis dengan kisah2 yang die cerita..tiap kali ziarah die akan cerita..masa dekat perkuburan para shuhada tu yang kina paling sebak bila die cerita kisah Saidina Hamzah yang hatinya dirobek dan dimakan Hindon tu sebab tu masa banjir berlaku, jenazah dapat dikenalpasti melalui lubang yang ada di hati jenazah. Lepas tu cerita Hamzalah sahabat Nabi yang baru berkahwin malam pertama tu pergi berperang. Isteri ajak makan dulu pun dia tetap nak pegi berperang dulu, sebab cintanya kepada agama takut tak sempat menyertai rombongan tentera. Ditutupnya muka supaya Rasulullah SAW tak cam sebab kalau Rasulullah tahu mesti die tak dibenarkan join. Bila hamzalah mati syahid, isterinya datang kepada Rasulullah dan menangis. Rasulullah bertanya kenapa die menangis. Isterinya bukan menangis sebab sedih suaminya meninggal di hari pertama perkahwinan mereka. Mula-mula die taknak jawab. Rasulullah bertanya lagi. Akhirnya isterinya berkata , 'Ya Rasulullah, Hamzalah belum mandi junub lagi Ya Rasulullah' sambil menangis takut suaminya masih dalam hadas besar. Rasulullah menjawab ' jangan menangis kerana malaikat yang memandikan Hamzalah'. Sebab itulah jenazah Hamzalah sahaja yang basah antara semua para syuhada. Sebak gila ok masa dengan cerita para syuhada. ; (

Semua mutawif pun bercerita dan ajar kite bukan hanya dari dalam bas..Siap bagi tips lagi 'melontar' dekat Madinah lagi murah dari Mekah..Melontar tu shopping la..hahaha..melontar duit..Best sangat dengar cerita mutawif..macam-macam tips..ada sekali tu masa dekat muzium mekah, ada group dari agensi lain tumpang dengar cerita mutawif kitorang sebab mutawif dorang xd..
Selalu ada reminder dekat dewan makan & jugak sms dari Haji Emir
Paling best tiap2 hari boleh join buat umrah, memang la semua agensi tiap2 hari bebas buat umrah tapi biasanya umrah wajib yang first je sekali semua orang dan ketua ikut, umrah hari lain bebas sebab tu ada orang dapat buat umrah banyak ada orang dapat sikit..dengan CS holiday ni tuan haji da bagitau awal2 sape nak ikut join buat umrah kumpul dekat lobi pukul 730 pagi..jadi tambang pun lebih murah kalau pegi ramai2 kan..berniat umrah kena keluar dari tanah haram jadi yang paling dekat ialah Taneem..sekarang ni semua harga naik..taxi nak ke taneem dah 50 riyal, kalau naik van 10 riyal seorang..Alhamdulillah, pudin dapat buat 7 kali umrah, kina dapat la 3 kali, ibu 2 kali dan shahadah sekali..(nanti cerita macam mana buat umrah dengan si kecik ni ye)

Untuk makan pulak, memang dah fullboard..3x sehari makan..sedap makanannya..kina dah siap bawak tupperware yang ade compartment tu senang kalau nak tapau malas nak tunggu lif kalau waktu peak kan..kalau tak sihat pun memang berguna la tupperware tu..masa demam hari tu ibu kina tapaukan nasi lemak walaupun rasa tak sama la dengan kat Malaysia tapi habis licin ku makan, shahadah pun tak cukup..ampunkan mama shahadah, terlebih sudah..hihi..selama di Madinah hanya sekali kitorang skip makan kat luar sebab nak merasa kebab dan tak balik hotel..pastu sekali dekat Mekah makan Chicken Broast..jadi duit belanja tak banyak habis dekat makanan..tapi askem arab dekat 3 4x..hahaha..Askem arab dalam kon 3 riyal, dalam mangkuk 5 riyal..
Tupperware beli kat mydin. Ni la nasi lemak yang sedap tu. Hahaha.

Dari segi menyopping, kitorang banyak beli dekat Madinah. Kurma ajwa murah2 dekat Masjid Quba. Souvenir2 kecik tu beli last day masa dekat Madinah. Lepas breakfast kitorang pegi dekat laluan nak ke Masjid Nabawi situ banyak orang jual2, tapi kalau ada polis berterabur la dorang lari. Hihi. Kebanyakkan barang situ pun made in China.  

Duit belanja pudin banyak dihabiskan dekat kurma ,coklat ,souvenir kecik2 macam minyak atar nak bagi orang, tambang ke taneem untuk niat umrah, makan skip yang agensi bagi, dobi (mahal ok, kalau terpaksa je hantar, lain kitorang basuh sendiri je), makan dekat airport jeddah (ni pun harga tak masuk akal, biasa la airport kan), susu unta sekadar nak try 1 botol 5 riyal (shahadah suke weh, pudin tak rasa masa tu sebab ustaz cakap kalau minum banyak nanti nak ke toilet je nanti tak jadi buat umrah..hahaha..kina rasa seteguk je..rasa die macam santan yang sejuk), wakaf & dll hasilnya xd baki..Hahaha. Duit belanja kina pulak, kina beli jubah utk kina sehelai 100 riyal, pudin sehelai 55riyal (kalau kina tak belikan memang die tak beli la..hihi), jubah shahadah sehelai 15 riyal, celak 1 kotak 20 riyal , souvenir kecik2, wakaf dll. Last2 ada balance 100 riyal. Kerja kina mengepow ibu je. Tu yang ade balance. Tapi last2 day kena pow kat sana. Hahaha. Nanti cerita na..

Sebelum gerak lagi CS holiday dah cakap awal2, dekat sana nanti takde kutip2 duit dah..semua dah all in..urusan dengan emigresen pun dah dipercepatkan by Tuan Haji Emir pegi dan balik die dah tolong isikan kertas kecik tu..Kira kite beratur je bagi pak Arab passport..kat sana CS Holiday yang pegangkan passport supaya tak hilang..Kitorang tengok agensi lain ade yang terkial2 nak tulis sendiri sebab kertas tu kan dalam tulisan jawi/arab+english..Masa balik pun CS Holiday da sedia beli trolley dekat airport Jeddah..kita tak perlu nak confront dengan bangla..kalau tak mau kena pow dengan orang bangla dok jaga trolley..dorang pegang trolley tau kalau nak kena bayar..bangla di mana2..hihi..

Untuk next umrah kalau ada rezeki insyaAllah, nak
1. Pilih flight direct ke Madinah pulak. Jadi tak perlu naik bas dari Jeddah. 
2. Dapatkan hotel yang lebih dekat di Mekah. Mudah sket kalau bawak budak kecik. Kena kumpul duit lebih sket nanti sebab makin dekat makin mahal. (tapi ni pun orang kata bahagian masing2, masa pakej tulis 80 meter tapi kat sana hotel dah penuh dapat hotel jauh tak boleh kata apa la kan..Allah nak bagi pahala berjalan) *oh ye, ada je agensi yang tulis hotel dekat tower tu jangan pikir dalam tower tu ye. maksud die dekat bukan di dalam tower. hahaha. kadang2 belakang tower tu ke sebelah tower tu..kalau boleh dapatkan nama hotel tu..dekat itu juga subjektif sebenarnya..hihi..

Kesimpulannya memang berpuas hati menunaikan umrah dengan CS Holiday ni..semua orang jadi macam family, semua on-time, makan sedap, urusan flight smooth dan paling penting kebajikan terjaga. 


14 comments:

mommy.aisy.hana on February 28, 2014 at 11:39 PM said...

alhamdulillah kina.
seronok kyt baca smbil imbau kenangan..sedih rasa nk p lagi..
insyaAllah nant nak p bole riki CS jugak..
eh.. x minum mango jus arab ke?? sedap mango jus dia 1riyal.

Nurul Izayani on March 1, 2014 at 1:07 AM said...

Bestnya kina dapat pergi umrah..
Doakan iza pula dpt jejak ke sana..

Sheila Salim on March 1, 2014 at 8:53 AM said...

Assalamualaikum kak kina. subhanallah. bestnya baca. thanks kak kina sharing info yang berguna. Tak sabar nak jadi tetamu Allah ~~~

Bushra Tajuddin on March 3, 2014 at 8:56 AM said...

Alhamdulillah..
Seronoknya baca entry kina dapat jadi tetamu Allah.. Thanks ye kina share info macam ni.. Doakan akak & husben dapat jadi tetamu Allah jugak ye.. Amin!

Syima Syaz on March 3, 2014 at 12:14 PM said...

thanks for the info kina

insyallah kalau diizinkan Allah.

Jen Jen Areff on March 3, 2014 at 3:04 PM said...

alhamdulillah kina, rezeki kina. CS Holidays tu kat mana yer?

Aty Fared on March 4, 2014 at 12:34 PM said...

alhamdulillah..selamat dah..aty tak sempat nak cerite lagi... :)

-nak bincang pasal iklan tu-

Unknown on March 4, 2014 at 12:54 PM said...

alhamdulillah besnye dpt ke sana

Chekgu Azrine on March 29, 2014 at 11:54 AM said...

Meruap2 perasaan nk pegi...semoga dipercptkan rezki dpt jejak kaki kt sana

BishaFaizal on November 12, 2014 at 6:32 PM said...

Alhamdullillah

Nathan Rider on March 18, 2015 at 12:53 PM said...

I have checked this link this is really important for the people to get benefit from.umrah packages from uk

fatimah on August 30, 2015 at 7:32 PM said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Trip menunaikan umrah secara percuma.

ruqayya on November 26, 2015 at 9:10 AM said...

Masya Allah. Tq for the tips. May Allah rewards you with good deeds, Insya Allah. Moga kita makin bersedia mentally, physically , emotionally dan spiritually dalam melakukan ibadah sesempurna mungkin.

Anway, bagi jemaah wanita saya suka sarankan untuk menggunakan Tudung Werda SOLAT-READY . Tudung ni sangat mudah diguna pakai untuk umrah. Insya Allah tak perlu lagi nak bawa telekung banyak-banyak.

Semoga ibadah kita dapat dilakukan sebaik--baiknya...Insya Allah

Ruqayya has just posted on..... Beli pun dapat pahala. Macamana tu?

Muminah Tannous on February 22, 2019 at 4:38 PM said...
This comment has been removed by the author.
 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork