Salam
Ni kira second last post tentang umrah..Next post share cerita dari hari 1 hingga hari terakhir secara general + gambar la ek..Nak habiskan cepat2 nak cerita pasal adik baby & review2 lain pulak..hihi..
Ada 2 benda yang kitorang kehilangan (selain selipar..haha..boleh baca post sebelum ni ye pasal selipar tu)..Hari 1st kitorang kehilangan stroller shahadah..bukan kitorang je yang hilang, satu family lagi pun kehilangan stroller..you read it right..Stroller..tak tahu macam mana pengurusan di Airport Jeddah tu..Kisah dia macam ni...
Kisah Stroller
Biasanya kitorang memang bawak stroller sampai ke pintu kapal terbang sebab shahadah tido letak dalam tu..kitorang naik MAS, biasanya MAS akan letak stroller dekat depan pintu bila kita dah sampai..tak macam Air Asia yang terus ke luggage collection..Masa dah sampai ke airport Jeddah, bas-bas tengah menunggu, 1 bas ke terminal international, 1 bas lagi ke terminal haji (umrah)..bas dah nak penuh tapi stroller takde kat tangga flight..Airport Jeddah ni tersangatlah luas, takde flight yang terus turun dekat bangunan, mesti naik bas dulu..Jadi, bas dah nak gerak, kitorang pun ikut la bas dalam fikiran stroller dorang hantar terus ke luggage collection..
Bila dah setel urusan imigresen, nak collect luggage. Cari stroller dekat setiap tempat takde.
Eh, takkan MAS tak buat turun kan?
Pelik jugak. Lepas tu ada satu family lagi pun dok cari stroller dorang. Kita serupaaaa..Dorang pun sama buat naik sekali stroller ke kapal terbang. Jumpa pengurusan airport Jeddah dorang suruh isi borang bla3 semua buat report. Macam renyah gak la. Dengan pak Arab yang tak berapa reti nak communicate. Last-last both family tak buat report. Sebab nak naik bas pegi Madinah pula. Taknak la orang lain tunggu sebab kita. Jadi sepanjang di sana memang tak pakai stroller. Terfikir jugak nak beli stroller murah2 kat sana tapi takpela, kot-kot balik Malaysia nanti dapat semula si Combi tu membazir pulak. Si Combi tu dah berbakti selama 1 tahun 4 bulan dengan jayanya (beli lepas berpantang).
Masa nak balik tu, naik flight yang sama tapi flight attendant tak sama la. Tanya kat dorang pasal stroller. Dorang cakap biasa akan keluarkan atau kalau tak pun terus ke luggage collection. Dorang takkan bawak balik ke Malaysia. FA tu suruh pegi buat report dekat Lost & Found MAS. Sampai dekat Lost & Found tu orang kat situ cakap kalau ada barang yang tak dituntut di Jeddah selama beberapa hari dorang akan pulangkan ke Malaysia semula. Now dah sebulan lebih tapi takde cerita apa lagi. Kalau keluar makan shahadah selalu jugak tido jadi tido atas bahu atau riba jela. Hari tu pudin takde, ibu yang ribakan kat kedai makan siap tertitik kena char kuew teow. Hahaha. Si Combi please come back to us. Sobsob.
Antara gambar terakhir bersama stroller..Wan mi & aki bersama 'anak kecil'..Ye, dorang memang nampak muda kan..:) |
Kisah wallet
Tercicir atau ter'dicuri'..Kina ni jenis wallet yang selalu tak berisi duit. Huahua. Tu ibu marah sangat kalau takde duit dalam tu. Paling banyak pun RM50. Nak ditakdirkan sehari sebelum pergi sana kina keluarkan duit nak masuk ke account card credit pudin untuk beli stock barang TheshopAblog lebih kurang RM600. Plannya nak bank in di KLIA tapi terlupa sungguh. (Ni la jenis tak tengok wallet, kalau bukak wallet tu mesti ingat. huahua)..Bawak la ke Tanah Suci..
Masa umrah yang ketiga, hari second last di Mekah. Kitorang tak balik hotel sebab nak makan kfc kononnya. (KFC situ tak best, air gasnya mak ai menusuk hidung memang takleh nak minum, sos cili as usual takde..sempat lagi kritik kfc situ..hoho). Masa tu dah dekat dah waktu Zuhur, kalau lambat memang penuh la. Kitorang masuk ikut pintu lain dari pintu biasa. Pintu No.88 kalau tak silap. Biasa masuk ikut pintu King Abd Aziz. Tiba-tiba ada spotcheck plak macam dekat Masjid Nabawi. Kalau ada barangan shopping takleh bawak masuk Masjidilharam tau. Dengan mendukung shahadah, bag dokumen sandang belah dalam telekung, tak menang tangan la. Perempuan Arab tu yang tolong bukakkan zip. Tak pasti die tutup balik ke tak, kina pun tak check balik tapi ibu dekat belakang memang perasan wallet ada dalam tu. Lepas tu nak masuk tu berpusu-pusu orang tolak menolak. Sesak sangat sebab nak cari port solat. Ada makcik ni tak pasti orang Turki ke Pakistan ke India dok tolak-tolak kina. Sabar jela. Kitorang solat dekat lorong curam dekat dengan pintu besar. Lorong pun lorong asalkan dapat semayang kat dalam Masjidilharam.
Selesai solat keluar cepat sebab dekat pintu tapi tetap penuh cuma takde la tertolak-tolak macam awal tu. Lepas maghrib baru perasan wallet dah takde. Kina memang tak keluarkan sebab tak belanja pun. Jadi kitorang suspect kejadian berlaku masa Zuhur tu. Tercicir? Rasa macam tak mungkin sebab shahadah pernah tercicir kasut ramai je yang panggil2 tegur tercicir. Maybe terdicuri masa dekat Masjidilharam tu. Lagipun wallet tu memang tersendal dengan buku panduan & buku doa. Kalau kita terbalikkan pun die tak terkeluar kecuali goncang2 kuat. . Kalau betul orang curi dekat masjidilharam tu kesian gile dekat die sebab dapat balasan 100 000. Tak sangka orang mencuri dekat tempat yang begitu suci kan. Down? Tipu la kalau masa tau tu tak down. Malam tu terpikir maybe aku ni tak cukup bayar zakat untuk TheshopAblog. Allah nak aku cuci pendapatan. Alhamdulillah yang paling kina syukur IC kina takde dalam wallet tu, ada pada pudin sebab die pegangkan masa urusan flight. :)
Bag dokumen biasanya sandang belah dalam telekung macam ni..ni masa dekat Madinah.. |
Masa dekat Malaysia pudin cakap "banyak juga dugaan untuk sayang kan, stroller & modal theshopAblog tu semua duit syg"
ku jawab "A,ah..tapi kalau ikutkan dugaan tu sedikit je nak dibandingkan dengan dosa yang banyak ni"
Boleh tak die jawab Wow!..huahua..baru nak serius sket..: p
Enough of the bad stories..hee..
Redha itu lebih baik..InsyaAllah Allah gantikan dengan lebih baik..
The good news
Alhamdulillah, balik2 pudin dishortlistedkan utk interview. Company yang sama tapi anak syarikat yang lain. Masa pegi putrajaya tempoh hari terus interview sekali. Kebetulan rumah bos tu dekat putrajaya jadi interview situ je. Esoknya dapat result berjaya tapi kena ada release dari bos sekarang. Alhamdulillah, nampak la sinaran passport kegemilangan utk pindah walaupun di klcc. Takpe, kitorang tak kisah asalkan semenanjung. Penat ok bila balik bekejar2 balik pegi sana sini.
Second good news loan rumah pertama kitorang da diluluskan. Perumahan Pasdec Pesona dkt kuantan, dijangka siap bulan October ni. Bulan 5 ni la kot start membayar bulan2. Duduknya tak tahu lagi bila, kalau tak buat sewa kot. Kina dulu nak rumah dekat Melaka sebab strategic, lawa pun lawa & rumah sana masih murah compared to kuantan. Tapi kite ikut sape yang bayar lagi banyak..hihi..sebab katanya banyak sikit peluang pekerjaan dekat gebeng & kerteh. Mesti orang ingat kina yang lebih2 nak beli rumah kat kuantan sebab dekat dgn parent. Hahaha.
Business theshopablog pun da semakin rancak..alhamdulillah dapat cover balik yang hilang tu. Tak sangka ovulation test tak sampai seminggu restock da sold out. Lagi best bila ada customers yang pregnant. Kina doakan semua customers kina yang belum ada rezeki nak pregnant akan tiba waktunya..Tips dari haji emir ketua rombongan umrah tempoh hari cuba debunga kurma insyaAllah banyak da berjaya katanya. InsyaAllah nak melebarkan lagi sayap dgn membuka peluang untuk pengedar/agen dropship & tambahkan product2 yang best. Sape berminat tunggu na.
Last but not least, khabar gembira dari pengirim doa. Bagi yang kirim doa memang kitorang tulis dalam buku dengan nama penuh sekali. Bukan apa, takut lupa. Bila orang kirim rasa macam amanah dah. Yang paling best, my bff punya cerita. Dia ada kirimkan doa dan salah satu doanya untuk dipertemukan jodoh dgn si A ni. Dorang belum couple lagi tau, baru kawan & kenal dalam 5 bulan. Yesterday, si A ni ajak jumpa his mom untuk kenal2 kalau my bff ni sudi & belum ada bf. Kina pun rasa nak melompat sekali bila bff kina watsapp cerita. Kihkih. Susah dah nak jumpa lelaki cmtu sekarang kan. Kenalkan dekat mak dulu. I'm sooooo happy for her. 1 step ahead. Harap2 tahun ni dapat makan nasi minyak. Hehehe. Rasa macam drama novel sangat kan? Hehe.
P/S: Next post janji banyak gambar sebab last post pasal umrah ni..hehe..:)
7 comments:
RM600 byk jugak.. tp bgslah kalau kina fikri positif mcm tu.. dugaan untuk mendapat ganjaran yang lebih baik.=) tahniah sbb lulus ujian tu! TQ sbb bacakan doa sy. InsyaAllah kalau ade rezki. hanya ALLAh yg tahu yg terbaek utk kite..
Salam Shake.. Alhamdulillah di sebalik kesulitan dtg kemudahan. Semoga Allah merahmati dan mengganjari setiap susah payah pengorbanan shake. InsyAllah Allah lbh Maha Mengetahui.
Take Care.
Assalamualaikum kak kina. alhamdullilah. diduga di Tanah Suci, balik Malaysia dapat good news. syukur... stroller combi tu mahal tak kak kina? hehehe... teringat dulu sheila beli ovulation test, tak guna langsung. masih tersimpan rapi. Tak sangka, sampai sudah rezeki mengandung. hehehee ~~~
Alhamdulillah.best baca part good news tu. happy for your bff. yg bad news tu, xpela.fikir ke arah positif je.semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.:)
ALLAH ade rancangan y lbey bes utk kina sekeluarga ;)
Hopefully rina setabah kina menghadapi dugaan2 nanti ditanah suci..nak tanya..shahadah baru setahun lebih kan..makanan dia di sana macam mana? Makan ape yang kina makan ke..tq kina
Alhamdulillah..setiap yg berlaku psti ada hikmahnya..
Post a Comment