Salam
Pertama-tama sekali mari kita memanjatkan doa supaya pesawat MH370 ditemui..Memang sebak sangat bila dapat tahu sebab sejak duduk dekat Sarawak ni memang selalu naik flight..Hari ni pun turun semenanjung sebab pudin ada kursus dekat Putrajaya..(post ni dischedule)..Selalu terpikir camne kalau itu flight yang kitorang naik..;(..Tapi tu la, kalau dah ajal tak kira naik basikal ke flight ke kan..Semoga kita semua mati dalam keadaan khusnul khotimah..Aamiin..
Kali ni kina nak share pengalaman mengerjakan umrah bersama si kecil & amalan yang kita boleh buat di sana. Umrah & ibadah la priority kita di sana kan. Kina pilih wakaf sebagai 1 lagi topik sebab banyak jugak tips2 berkaitan wakaf yang kina belajar di sana. Solat sunat & puasa rasanya semua tahu kot.
Pertama kali melihat Kaabah di depan mata memang 1 perasaan yang tak boleh digambarkan..SubhanaAllah.. |
Formula penting di Tanah Haram:
1 amalan di Tanah Haram Madinah Al-munawarah = 1000 ganjaran
1 amalan di Tanah Haram Mekah Al-mukarramah = 100,000 ganjaran
Best gila kan?
Kalau buat jahat? Haa, sama jugak..kali dengan mata ganjaran tu tapi in terms of dosa la..
1) Umrah
Formula umrah = Niat + Tawaf + Saie + Tahalul + Tertib (- pantang larang)
Kina cerita pasal pengalaman umrah kina & shahadah je. Yang pudin buat umrah sendiri kina tak cerita la. Sebab main point nak cerita pengalaman ibu mengandung & bawak anak kecil. Kalau buat sendirian rasanya takde masalah.
Kina cerita pasal pengalaman umrah kina & shahadah je. Yang pudin buat umrah sendiri kina tak cerita la. Sebab main point nak cerita pengalaman ibu mengandung & bawak anak kecil. Kalau buat sendirian rasanya takde masalah.
Plan kitorang mula-mula untuk buat umrah dengan shahadah ni mula-mula biar pudin tawaf dulu, lepas tu dia jaga shahadah, kina & ibu tawaf, lastly saie bersama-sama sebab masa tawaf kena jaga air semayang & dalam keadaan suci, masa saie takpe walaupun shahadah poo2 pun. Ataupun tawaf je bersama-sama tapi ibu berbabywearing shahadah, kina memang tak larat berjalan sambil babywearing sebab dah pernah test babywearing masa pregnant lama sket rasa sakit dekat paha.
Bila kat sana, ustaz tu cakap untuk umrah yang wajib ni biar shahadah buat sekali umrah. Ustaz tu cakap kebetulan ada 1 extra wheelchair hari tu, nak buat umrah pulak masa tu pukul 11 malam sebab dari Madinah kan jadi kalau gilir2 nanti lambat plus nak ajar + ikut rombongan sekali nanti..jadi pudin boleh tolak wheelchair (kemudahan bagi kina yang pregnant), kina berbabywearing shahadah sebab pudin takleh pakai babycarrier sebab berjahit tapi kina boleh..kina duduk atas wheelchair tapi masing2 niat sendiri. Pudin takleh niat umrah nak tolak wheelchair pulak.. Err..paham tak yang cuba nak disampaikan..? Ibu kina pulak umrah sendiri ikut group..Untuk first umrah ni, kitorang ikut sorang ustaz indon ni die tolakkan makcik mariam, jadi dia la ajar masuk beratur dari mana, doa tiap kali tawaf, apa yang takleh buat contohnya masa tawaf kita takleh nak cari die kalau terpisah ke, nanti tak sah tawaf tu..Kitorang dah sampai hotel baru ibu dan group siap. Sebab dekat atas tak ramai sangat compare to bawah. Tapi takleh masuk tau kalau takde wheelchair. Orang dorang je yang boleh.
Kalau naik wheelchair ni kena tolak dari awal means takleh la datang dengan wheelchair kosong, nanti polis akan rampas wheelchair tu. Jadi pudin & ustaz tu menolak dari hotel sampai ke tingkat atas untuk tawaf tu. Disebabkan waktu malam, shahadah tido je dalam baby carrier dari sampai masjidilharam sampai lah balik ke hotel semula. Risau jugak die nak bf ke meragam ke sebab die baru je nak baik demam. Maybe jugak sedap naik wheelchair bergegar2. Hihi. Kesian dekat papa kena menolak kami berdua. Tapi yang bestnya pahala umrah shahadah atau anak akan dapat dekat papa. :)
Untuk next umrah adalah bebas, boleh ikut group tapi takde dah sesi ajar-mengajar. Kina & ibu tak dapat buat umrah untuk 2 hari sebab tak berapa sihat. Kitorang berjangkit-jangkit. Mula-mula shahadah, lepas tu kina lepastu ibu. Bila kina dah sihat mestilah nak buat umrah kalau tak rugi la kan, nak tinggalkan shahadah dengan ibu takboleh sebab ibu tak sihat. Jadi kitorang pikir punya pikir, jom kita beli wheelchair sambil buat untuk umrah kemudian wakafkan. Ibu pun setuju. Kitorang beli wheelchair dekat farmasi yang berhampiran dengan masjidilharam dengan harga 300 riyal. Kina share dengan ibu. Untuk umrah kedua kina sekali lagi dengan wheelchair & berbabywearing shahadah. Sekali lagi shahadah tido dari awal sampai akhir sebab buat pukul 10 malam. Tapi untuk yang ni tak niatkan untuk shahadah pun. Oh ye, pastikan sebelum tawaf tu anak kecil tu mesti clear dari najis. Kalau die bernajis semasa tawaf takpe ustaz kata tapi jangan la check pulak masa tawaf..
Dah sampai bilik hotel masih nyenyak tido..hihi..:) |
Kerusi tu banyak dekat dalam masjid untuk kemudahan orang semayang duduk..Rehat kejap lepas tawaf sementara papa tawaf. |
Masa saie ibu kina berbabywearingkan shahadah. First time sebenarnya ibu babywearing shahadah, plannya bila pudin dah siap nanti pudin dukung je shahadah. Masa saie ni kina berdebo sikit, yela keje duduk rumah. Jogging pun 600 meter.Huahua. Saie pulak lebih kurang 4.2km untuk 7 pusingan tu. (Jadi sebelum nak pegi sila exercise & berjalan banyak-banyak ye)..Kalau pitam ke tak larat ke kena upah bangla tolak wheelchair ke camne la..Bangla tu bukan boleh kira tau, ustaz cakap mula-mula cakap 100 riyal bila dah siap mintak 300 riyal ke camne ntah. Baik beli wheelchair kan? Masa tu kuatkan semangat insyaAllah boleh. Adik baby pun behave je. Rasa macam tak pregnant pun ada. Stop 2 kali untuk ibu,kina & shahadah minum air zam2. Masa pusingan ke 5 bertemu semula dengan Abang Jebat. Hihi. Masa tu pudin pusingan ke 3. Lelaki laju kan. Bila die tahu kitorang dah pusingan ke5 die tak tunggu sekali pun, sebab nak habis sama-sama. Hehe.
Akhirnya masa pusingan ke7 kitorang saing sama-sama. Salute dekat ibu sebab bawak shahadah sepanjang saie! Ibu cakap rasa macam pregnant pulak! hahaha. Pregnantkan budak 8-9kg tu. Alhamdulillah. Sekali lagi shahadah behave sebab dah sihat gamaknya. Masa die demam kat Madinah die tamau dengan ibu pun nak kina & pudin je. Waktu solat jemaah pun boleh tahan die teriak. Hehe. Tahalul pulak, kina & pudin memang bawak gunting kecik masing-masing. Kina potong dalam telekung sket je. Tolong potongkan untuk ibu jugak. Lepas tu ramai yang datang dari negara lain macam India & China nak pinjam gunting & juga tolong potongkan rambut. Banyak berbakti gunting kecik shahadah tu tapi yang rasa tak sedap jugak sebab macam aunty2 india keluarkan rambut banyak terus untuk potong. Sedangkan situ ramai lelaki. Lain mazhab agaknya. Memang macam-macam tau kat sana tapi kita nak cakap pun susah gak lain bangsa..doakan yang baik-baik saja..Habis tahalul lepak2 kejap berehat dekat bukit Marwah..hihi..
Landing baik punya di bukit Marwah, abaikan kaki ku itu..hahaha..bukit ni terbuka untuk orang ramai..dapat la merasa feeling sket2 siti hajar..kagum dengan kecekalan siti hajar! |
Lepas setel last umrah, ibu tunjuk peace kat belakang..hihi.. |
Amik gambar dulu sebelum tawaf wida'. Lepas tawaf takle amek gambar dah. |
2) Wakaf
Selain solat sunat, wakaf atau sedekah adalah sangat digalakkan. Kalau macam dekat Malaysia kita akan sedekah dekat tabung masjid ke peminta sedekah ke kan. Kat masjid sini takde tabung. Jadi nak sedekah, sedekahlah pada pekerja-pekerja di masjidilharam & masjid nabawi (dan masjid lain). Tukang-tukang sapu, tukang bersihkan lantai, tukang jaga air zam-zam. Kalau peminta sedekah tak payah bagi la, tapi kita ni memang cepat kesian kan? Kalau dorang nampak nanti akan ada lagi yang datang siap tu nak minta dua kali, die tak ingat kita dah bagi dekat die. Padahal tak sampai seminit pun. Itu untuk sedekah duit.
Untuk wakafkan alquran di sana, jangan bawak alquran dari Malaysia pula ye. Alquran kat sini dah diselaraskan. Tak le sebarang je nak bawak alquran rainbow ke tafsir kecik ke yasin utk wakaf. Alquran kena beli dekat sini yang ada 3 cop. Boleh dibeli di koperasi dekat Masjid Nabawi di pintu ke21. Harga sebuah alquran 45 riyal. Kalau macam nak kirim dekat orang-orang yang pegi umrah ke haji boleh la korang bagi 50 riyal kalau nak wakafkan. Bayangkan seorang yang baca alquran di masjidilharam berapa banyak boleh dapat. Jimat banyak dapat! Tapi alquran ni pun akan dialih-alih sebab banyak kan alquran yang masuk.
Next wakaf peralatan untuk ibadah. Contohnya macam wheelchair. Dekat sini upah untuk wheelchair tak silap dalam 400riyal. Kalau kita wakafkan banyak kita boleh bantu & jimatkan orang yang kurang berupaya untuk buat umrah. InsyaAllah wheelchair ni takkan dialih-alih kecuali dah rosak.
Wakaf dalam bentuk makanan. Contoh yang paling baik, kurma. Dah borong banyak kurma tu, tak salah kita jamu rakan-rakan dalam group. Tak kira la masa ziarah ke, sebelum nak buat umrah ke dalam bas tu. Hari tu memang ramai yang dok passing-passing kurma, kacang pistacio la dll. Rasulullah SAW pun sangat galakkan kita menjamu orang kan. Orang Arab pun suka sangat sedekah makanan dekat budak-budak macam shahadah. Tak kira peringkat umur, budak umur 7 tahun pun siap bagi gula-gula dekat shahadah masa die teriak masa kina semayang walaupun die bukan reti pun makan. Hehe.
Last sekali wakaf la apa-apa yang ada pada yang bersesuaian. Macam shahadah aritu dapat pampers. Kina suspect orang tu die dah nak balik kot, die dah tak pakaikan untuk anak die jadi die bagi dekat shahadah. Hehe.
Itu jela kot sedikit sebanyak yang kina boleh kongsikan dari pengalaman ibu mengandung ni. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan. Details jugak dah kina rasa. Moga bermanfaat. InsyaAllah.
11 comments:
Saya pun bulan 4 ni nk pergi umrah :) Nice sharing :)
Kalau tak keberatan mohon singgah dan Follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)
Assalamualaikum kak kina. subhanallah. seronok sheila baca pengalaman kak kina di sana.. doakan sheila dijemput ke sana ya ~~~
bestnye kina... satu2 kita baca entri ni :)
dah khatam semua entry umrah kina. best sgt info. lagi lagi, part berjahit ke tak. siyes tak tau, carrier tu berjahit so pudin tak boleh pakai. pasal wakaf pun, tak penah terfikir. terima kasih kina sharring the info.
Tq kina..boleh la rujuk entries kina utk preparation :)
tq..a very good info :)
good info kina..
Sy pun alhamdulillah bru blk..pasal babywearing tu mutawwif sy kata husband boleh pki..sbb bukan pakaian utama.macam pakai beg dibolehkan..;')
siti nur amirah: dekat sana aritu macam ada a few pendapat, ada mutawif ckp boleh ade yg ckp xle..jadi was2 sng kitorang xpki..hee..
Banyaknya ilmu akk dpt drcentry ni..tq ye kina
Nice Pics and great written a story with the advance knowladge. Allah ap ka ye umrah or hajj qabool karay. For this year Insha Allah going to umrah with father and mother by Qiblatravels.com you know about qiblatravels for my information its gives the most cheapest umrah packages 2016.
Post a Comment