Tuesday, January 28, 2014

1st Giveaway Ctmah Rahim



## 4 orang pemenang akan dipilih berdasarkan pada gambar yang ctmah dan jurinye rasa comel kelakar or tersenyum

shahadah takde pun semua ni jadi sesuai la mamanye joinkan utk die..hihi..

## 1st Giveaway ctmah bermula dari 23 Jan 2014 dan tamat pada 17 Feb 2014
(genap Alisha 1y 6m) Alisha & shahadah ni kongsi tarikh lahir yang sama tau!
Kembar tarikh..hihi..

Jadi ni gambar penyertaan dari shahadah..
Jeng jeng jeng..

.
.

Ini kereta saya yang conquer..hihi..
Posing maut dalam kereta..
Masa ni tunggu papa tutup pagar..
Awak tu pakai skirt cik kak oi..hihi..
Ni curi tengok America NExt Top Model agaknye..hahaha..

Kecik ni boleh la, besar nanti gini gaye memang top rotan kena..hihi..

Semoga gambar ni boleh bikin juri tersenyum..hee..
Click untuk join

Monday, January 27, 2014

Review : FARMASI Stay Matte Foundation (FCC)

Salam

Lepas shahadah keluar memang malas nak pakai foundation. Masa pregnant ke die pun cuci muka pun malasnya lahai. Bila dah bersalin ikut mood kerajinan. Tapi biasanya takde masa la kan nak tepek foundation. Last time beli foundation adalah jenis naturactor masa tu masih bekerja di IMR. 2 tahun lebih dah tak beli. Now, rajin pulak nak melawa. (Hormoooon..hahahaha) Tapi blusher, eye shadow tu takde la. Cuma rajin bab skincare & nak tutup bulan dan bintang di muka ni. 

Selalu jugak nampak brand FARMASI ni dekat kedai tapi takde nafsu pun nak beli. Tapi bila dapat voucher Zalora last month 'ter'beli la foundation Stay Matte brand FCC atau dulunya dikenali sebagai FARMASI. Hahaha. Tapi sebelum ku click button buy tu yang jadi nak beli tu sebab ade orang review 5 bintang dekat situ. Lepas tu google2 banyak review cakap best foundation ni. So try la, lagipun pakai voucher. No harm. Korang search la memang ramai yang puas hati. I'm of one them!

Stay Matte Mineral Foundation FCC
Macam ni rupanya foundation ni. 

Kina terbeli warna yang paling gelap sekali antara 3 warna rupanya. Hahaha. Soft Beige 06..Ingatkan medium. Tapi takpe sebab bedak pixy dah cerah jadi bila pakai nampak balance la muka tak nampak gelap pun. Dia bagi full coverage dengan matte finishing. Sesuai la dengan muka berminyakku ini. Tak nampak shining2. Seriously, rasa samar-samar je jeragat & parut jerawat. Takde la calit banyak pun. 

Lepas tu tak rasa macam cakey, rasa macam tak pakai foundation pun. Biasa kan kalau keluar balik rumah mesti rasa macam berlengaih, berminyak gitu kan. Tu yang buat menyampah nak pakai pun ada. Tapi pakai foundation ni kadang-kadang terlupa yang kita ni pakai make up. Ringan je rasa. Kalau dibandingkan dengan Naturator & BB Cream yang kina pernah pakai sebelum - sebelum ni this is the best foundation so far yang kina pernah try.

Sebelum dan selepas : pudar jadi yang rupa macam jeragat tu..kekeke..

Made in Turkey. Yang paling penting ia adalah HALAL. Saya suka saya suka. Rata-rata yang tulis boleh bawak semayang macam bedak arab tu. Yang paling best, lepas je first time pakai aritu, pudin tegur 'wow, licinnya kulit'..hahaha..sape tak suka laki puji..orang lain tak penting yang penting laki nampak..Bila upload gambar ramai cakap seri orang mengandung..takde makna tau..kalau tak pakai foundation & bedak scary weh tengok. Hahaha. Ok la, itu saja nak review. Lipstick FCC ade jugak beli pakai voucher aritu tapi tak berapa best. Tak sesuai denganku. Nama die pun tak ingat. Jadi bakal bagi dekat orang lain. Nasib baik free. Heh. 

Repurchase? Of course.. tapi bila tu tak tahu la kan. Hihi. Maybe pregnant kali ke3? Hahaha..


Wednesday, January 22, 2014

Ustazah pilihan 2030

Salam

Ustazah pilihan 2030..
Masa tu umur 18 da anak mama..
Tak lama pastu dapat menantu la pulak..
Mama sokong sangat kalau nak kawen awal..

Yang penting tugas mama sekarang mendidik awak jadi muslimah sejati, anak yang solehah & bakal isteri mithali..
Jangan jadi macam mama..
Banyak kurang rompong sana sini..
Moga tidak terlambat untuk perbaiki..

Hari ni shahadah 1 tahun 5 bulan 5 hari..
Sikit je lagi nak dapat master ji..
Walaupun phd terasa macam jauh & tak pasti..
Semua diserahkan pada Ilahi..
Bersyukur itu mesti..
Tentu Allah beri lebih lagi..
Aamiiin..

Bertahan 30min pakai..ok la dari dulu tamau pakai lalu..3min pun paling lama..hehe..


Monday, January 13, 2014

Scan adik baby

Salam
Welcome 2nd trimester! Semester yang dinanti2kan. Alhamdulillah, first trimester takde la teruk sangat. Loya & nak muntah tu ade tapi tak keluar. Asal cakap kat pudin nak muntah la rasa. Die jawab "muntah la nak tengok (sambil gelak2)". Sabo je la kan. Tapi yang keluarnya angin je. Huahua. Evening sickness start pukul 5 petang cmtu. Hahaha. Tapi pening yang amat sangat & loya2. Shopping pun tak boleh lama2.  Nak pitam je sama macam time shahadah tapi pakej sekali nak muntah. Nasib baik muntah angin je. Tu yang Pudin suka la nak mengajak gi shopping.


Jom gi Giant! (Masa kat kuantan aritu) 
Kenapa nak gi Giant? Sempat ke?
Shopping. Sayang kan takleh shopping lama2. Hahahampeh je.


Berbalik kepada cerita scan. Dah 14 minggu dan ade 3 gambar scan adik baby dah. Buat check up dekat panel Columbia Asia. Bestnya ade doctor baru dulu dengan Dr Clarence sekarang terus dengan doctor baru : Doctor Haslina. Lemah lembut je orangnya.

1st time scan masa tu 6 minggu untuk tengok ade ke tak kantung baby. Scan secara abdominal means atas perut. Doctor cakap rahim jenis retroverted. Nampak la kecik je kantung, baby tak nampak lagi.
Memang normal kalau awal-awal tak nampak baby lagi.
2nd time scan untuk tengok heartbeat baby.  Doctor haslina cari punya cari tak nampak heartbeat. Padahal dah 10 minggu. Kina pun da gelabah ayam la kan. Doc mintak utk buat transV. Masa shahadah tak pernah buat jadi cuak gak sakit ke ape. Doc cakap tak sakit tapi mungkin kurang selesa masa awal2. Memang tak sakit pun. Terus nampak clear gile. Alhamdulillah nampak heartbeat. Adik baby dok belah kanan sambil tangan die melambai2. Aktif macam kakak die jugak. 

Scan masa 10 minggu, kepala adik baby kat bawah tu, terkeluar tu tangan die.
3rd scan masa 14 minggu. Suka la dengan scan doc haslina ni. Kina boleh nampak mana satu kepala, kaki, tangan. Kalau dulu dok nganga angguk2 je. Die buat akrobatik, lambai2, kuis2 kepala, buat silang kaki macam boss. Doc haslina pun tergelak sama. Masa tu tak putus-putus sebut Alhamdulillah,  Lailahaillah..Masa doctor tunjuk2, tiba2 adik baby duduk dalam keadaan sujud. Doctor cakap baby semayang ye. Ok kita tak kacau baby semayang. Kita amek gambar. Lama gak adik baby duduk sujud. Sempat doctor amek gambar. Allahu Akbar. Dari dalam perut baby dah tau utk sujud kepadaNya. Sebak pun ade masa tu, sebab nampak real depan mata. Size baby baru 7++cm tapi nampak mcm da besar kan.
Adik baby dalam keadaan sujud, habis sujud tangan tu kuis2 mulut die. hihi.
Last sekali kina request nak dengar heartbeat. Doc haslina cakap tak dapat tentukan berapa rate die. Tapi dapat dengar jugak heartbeat adik baby. Lup dup lup dup..tapi tak berapa tinggi.
Size adik baby mengikut kiraan. In fact lebih besar beberapa hari. Macam kakak shahadah dulu selalunya kecik dari kitaran hari..tu sampai sekarang halus je..hahaha..xd la..halus sebab genetic dan active.. Size perut kina pun lebih menonjol, sampai pudin cakap ni buncit ke pregnant? Dulu waktu ni tak nampak lagi.

Nak gelak ke nak sentap? Hahaha. Tak kisah la buncit pun because I'm pregnant. ;)..pas bersalin baru pulun pakai bengkung..gituu..berazam nak berpantang lebih berdisiplin. cewah..Next month dah boleh mula survey2 dulu..excited macam 1st pregnancy..^_^

Mama harap adik baby membesar dengan sihat dalam tu ye. Keep swimming keep swimming swimming.

Wednesday, January 8, 2014

Review : Happycall pan

Salam
Hari ni nak review happycall pan yang macam pemanggang ajaib tu..thanks dekat mak etty sebab share ade discount happycall dekat lazada tempoh hari..pernah nampak sebelum ni RM79-RM150 depends pada size..beli yang paling kecik RM69 dekat lazada..

Sampai je happycall terus test goreng fries. Totally no oil. Rasa sihat. (Tapi garam bantai letak banyak. Huahua) French fries jadi xgaring keras la, which more I like sebab jenis suka kentang goreng yang lembik2 tu. Hihi. Biasa pudin la tolong habiskan kalau ade yang kejung gitu. Masa mula2 pakai tak reti nak bajet da masak ke belum. Asyik la buka tutup, balik2. Berat jugak benda alah ni tau.
Next try goreng roti canai. Sekali lagi no oil added. Kulit die jadi garing la juga. Tak lembik. Tapi tak full coverage.  Hahaha.
Try goreng ikan pulak. Buat macam nak goreng biasa. Kina lumur dengan kunyit dan garam dulu. Tapi kali ni bubuh sket minyak dalam 1 sudu kecik bagi rata tempat ikan. Bukan ape, kalau tak bubuh langsung takut jadi ikan steam. Hihi. Not bad la. Tak de la terpercik minyak masa goreng kan.
Terbaru kina masak pancake guna happycall. Die kan ade 2 bahagian, pakai yang belah rata. Kali ni tak balik2kan. Unfortunately, yang 1st je nampak cantik sket. Yang lain menggerutu pancake tu. Tips untuk masak pancake yang cantik mesti pakai pan yang tak lekat, kena panas (kalau percikkan air bunyi2 hissshh terus tu tapi jangan la sampai berasap pan tu), xpakai minyak. Kalau pancake tak menjadi maksudnya pancake sebelum tu ade lekat sikit. Tapi ade kawan cakap die pakai happycall masak pancake letak minyak sikit ok. Maybe nanti boleh try.

Dari segi positifnya, pertama of cos rasa lebih sihat bila kurang minyak. Tapi kina nak beli sprinkler kalau masak nak sprinkkan olive oil ke. Senang sket. Kedua, nak hangatkan balik nugget ke ape-ape yang sesuai xpayah on oven da. Jimat letrik kat situ. Ketiga, senang nak cuci. Walaupun lepas goreng ikan kan ade lekat2 sikit, ingat susah nak cuci rupanya lap sekali hilang terus. Tapi tetap kena masak air bagi hilang bau ikan. Huhu. Keempat, murah dari fryer. Tunggu fryer tu harga 100 baru dapat beli kot. Hihi. Ofcos xdapat tandingi air fryer kan tapi kalau setakat nak goreng fries, ikan, ayam bakar ke ok je happycall ni.

Dari segi negatif part tentang happycall ni. Pertamanya, manual dalam korea. Dulu memang ada belajar korea sikit, kalau nak baca boleh tapi tak tahu maksud xboleh gak kan. Based on gambar pun ku blur tak paham sangat. Jadi google la orang yang pernah pakai happycall. Kedua, die takde penyangkut. Kebiasaan kat rumah ni memang sangkut kuali lepas guna, almaklum takde kabinet dapur idaman. Ade kabinet besi sangkut2 je. Hihi. Jadi duduk jela happycall atas dapur tu. =_=. Ketiga, masa awal masak macam ade bau. Maybe bau cat ke besi ke ek? Tak tahu. Tapi sekarang da xde. Keempat, bila balik-balikkan mesti terkumpul ke tepi. Jadi kena buka tengok dan bagi center balik. Hihi. Diri sendiri yang tak pandai balik-balikkan kot. Hahaha.

So far, berpuas hati la. Berbaloi dengan harga rm69. Tapi maybe ku taruh harapan terlalu tinggi. Jadi ade jugak kecewa sikit. Hihi. Periuk kesayangan still Tefal pemberian hadiah kawen dari ex bos..

Thursday, January 2, 2014

Belum mampu nak jadi pengasuh anak orang

Salam..
Sebenarnya pernah la terpikir dulu, since kina ni stay-at-home-mom, nak jadi pengasuh budak. Tapi takde la serius sebab rasa jadi pengasuh kepada anak sendiri pun tak berapa nak betul lagi. Huhu. Tahun lepas pudin cakap (semalam je..hahaha) , kawan abang yang kite pernah jumpa tu wife die dah pindah sini, wife die cikgu, tanya nak x jaga baby? Usianya 3 bulan & fully breastfeeding. Kina tergamam la kejap. Macam-macam di pikiran ni.

Di sini ku listkan pros & cons kalau jadi pengasuh anak kawan pudin ni.
Pros
- shahadah ada kawan. takde la die boring tengok muka mak die je.
- boleh praktis camne kalau ada anak 2.hahaha. padahal 6 bulan lagi adik baby menjelma insyaAllah. 
- tak jaga lama mana pun sebab anak cikgu. Katanya pukul 7 pagi-1petang je. biasanya kol 4 diri ini memang flat da.
- pudin pegi keje pun pukul 7.30 pagi, kol 1 setengah die balik lunch. boleh die tolong-tolong apa yang patut die cakap.
- boleh topup side income tlg pudin utk 2014 yang mencabar ni. (biasa anak cikgu pengasuh charge berapa ek?) 
- baby baru 3 bulan maybe x seaktif shahadah yang setahun 4 bulan ni. Ok la nak jaga kan.

Cons
- risau tak dapat jaga anak org betul2. Bukannya anak patung kan. Dgn macam2 kes melibatkan pengasuh jadi takut jugak kan. Kalau sakit masa dlm jagaan boleh trauma kot kina.
- pregnant dgn seorang toddler rasa da mencabar, tapi tmbh dgn baby kecik. Lagi mencabar tu. Ni pun tgh dok belajar jadi parent anak dua lg 6 bulan.
- takut shahadah geram dekat baby tu. Die memang suka budak2. Aritu kat airport die geram kat budak baya die tapi besar sket. Budak tu diam je, shahadah dok pegang2 muka die. Geram nak picit2 pipi budak tu. Nasib bukan cubit. Terus pudin bawak lari tempat lain.
- sekarang ni shahadah tido sekali je siang dalam kol 11-12. Time tu la nak memasak, tu pun da kelam kabut kadang2 die tido setengah jam je. kl 2 2 xtido xlunch la lakiku. Huahua.
- shahadah masih bf, tgh2 bagi susu dekat baby kang shahadah sibuk nk bf. Kang kalut2 ade jadi tandem kang. Hahaha. 
- takut business online yg tak terurus jadi makin x terurus. Since kina amek order, family tolong pos dekat semenanjung.  Jadi kelam kabut juga dkt situ. Pening2. Harap2 tahun ni dpt pindah. Aamiiiin.


Sama je jumlah pros n cons. Tanya pudin camne, die ikut je cuma die kesian kalau tak larat. So kina terpaksa menolak. Sebab tak berani lagi nak jaga anak orang. Ade org cakap laaa, surirumah apedehal nak jaga sorang lagi, bukan ade keje pon, dpt side income. Ayoyo, try jadi sat nak tgk letih ke tak letih. Side income memang penting utk tahun 2014 ni, tp takut xlarat la. Ade member dari engineer sekarang dah berhenti jadi surirumah, die pun cakap penat juga ye jadi surirumah compare dari semasa jadi engineer. Bukan nak cakap yang bekerja tu tak penat. Sama penat je yang nak diutarakan di sini. Orang kerja balik kerja kena buat kerja rumah juga kan. 

Respect gila dekat pengasuh yang jaga anak orang ramai2, siap boleh buat business catering lagi. Hebat2. Tapi diri ni jauh lagi, baru jadi seorang ibu setahun lebih. Banyak lagi kena baiki. Timba lagi ilmu jadi pengasuh anak sendiri dl. Tunggu la shahadah 5 tahun, adik baby 3 tahun ke baru nak jadi pengasuh kot. Nak jadi pengasuh kena ikhlas, sabar, syg anak asuhannya mcm anak sendiri. Tak le pikir duit je kan. Harap2 kawan pudin dapat jumpa pengasuh yang terbaik untuk anak die.
 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork