Salam
I'm too excited about this..^_^ Ada lagi hutang post tapi nak share yang ni dulu. Hehe.
Minggu lepas etty ada share dekat fb beliau cara-cara nak buat pearl sendiri..Ala, pearl coolblog tu..bulat2 liat2 sedap diminum dengan ice blended atau shake..dekat Bintulu ni nan ado coolblog..Ada pun macam takut nak beli, xd tanda halal & tukang buat bukan Islam..Nampak etty share, terus try buat semalam..Tengahari buat sekali, malam buat sekali tapi adunan yang sama..Tapi untuk second time buat menderhaka la sket dekat resepi asal..TQ buat owner resepi ni..kalau tengok dari post yang disharekan tu dari my resepi..jadi xtau nak creditkan link ke mana..:P..
Resepi ni versi kina otter2 sket..berapa banyak dapat bergantung kepada size bulat yang korang buat..kina rasa better buat kecik2 je mcm coolblog..size jari shahadah chinta..hahaha.. Sorry takde gambar masa tengah buat. Huhu.
Bahan yang diperlukan
1) Tepung ubi - setengah cawan
2) Air
3) Pewarna - kina takde warna coklat jadi pakai pink punye
4) Gula - 1 sudu besar. (kalau tak rasa tepung kosong..hehe..kalau takmau pun takpe..takde rasa manis sangat sebab rebus air banyak jugak)
Cara-cara
1) Masukkan air panas sedikit demi sedikit ke dalam tepung ubi. Tambah setitik dua pewarna. Gaul-gaul sampai boleh buat bulat-bulat. Kalau lembik tu tambah tepung ubi lagi.
2) Dah gentel bulat-bulat rebus atas periuk air mendidih selama 20-30 minit. Masukkan gula. Kacau sekali sekala. Kalau air kering topup lagi air. Rebus sehingga masak.
3) Kemudian tos dengan tapis, alirkan air sejuk supaya tak melekat2 benda tu. Siap! Mudah kan?
Tips
- Pastikan tangan kering masa nak gentel-gentel.
- Semasa proses gentel tu letak dalam mangkuk yang kering baru tak melekat sebelum nak transfer masuk ke dalam periuk..
- Kina masukkan air sikit dalam mangkuk tu dulu then terus campak dalam periuk. Baru cantik bentuk die tak terjejas sangat.
- Nak tahu masak ke tak die warna macam lutsinar. Macam masak sagu.
Masa first time buat bentuk macam bersegi-segi sebab masuk 1 1 ke dalam periuk. Haha. Mula-mula buat nescafe blended untuk pudin rasa. Kina tak minum sangat sebab cafein banyak plus susah nak tido malam. Minum sket sekali sekala. Dulu minum nescafe lah masa stay up study. Oh..rindu plak UM..
Malam kina buat horlick blended plak. Kina pakai shake n take untuk buat ice blended. Seronottt sgt. Kalau dekat semenanjung mungkin tak segigih ni la nak buat bulat2 tu, beli dekat coolblog je. Take time nak gentel kecik-kecik tu lah. Shahadah pun geram je rasa nak tolong gentel time malam tu. Masa tengahari tu die tido jadi takde la yang ommmamama..
Percubaan pertama size agak besar |
Begini rupanya lepas rebus & alirkan air sejuk |
Horlick blended dengan pearl siap! bestnya boleh letak banyak-banyak kan! |
Tak perlu nak tambah 50sen utk extra bubble pearl lagi..hahaha..boleh letak sebanyak mana yang mahu..Selamat mencuba ladies! Next kina akan review pasal Re-Gen oil..Stay tune!
8 comments:
onomnomnom kina...dap...
tengok bila angin rajin nk datang...
uhuhuh nasib baik tak minat makan benda ni.. =)
i pon ada nampak etty share kat fb...ada niat jugak nak buat tapi entah bila...hahaha
rajinnye kina ni..nasib baiklah ct x minat pearl tuh..kalau beli coolblog,mesti x add on menda tu..haha
wah bestnya nampak horlick blended nagn pearl..tapi yati pantang ais lagi huhu..raya nanti bru merdeka ais..dapat tengok pun jadilah...:-)
Kalau ada lebih nak simpan. Boleh ke simpan dalam peti ais? Nanti nak makan baru rebus balik ke macam mana?
Kenapa x jadi doh, air taruk byk mana? Mmg kena sgt panas ke?
Kalau xda tepung, cuba ambil dari ladang kambing
Post a Comment