Wednesday, November 28, 2012

Review 'Shake n Take'

Salam
Nak review 1 benda hebat ni..

Sekelip mata boleh buat juice,smoothies,ice blended.
Lepas blend cabut terus minum.
Tak payah nak tonggeng2 blender.
Boleh bawak gi mana2 malah muat letak dalam drinks holder dalam kereta.
Tak payah nak basuh banyak2. (dasar pemalas kan. haha)

Kina ni jenis malas nak makan buah. Ok, nak kupas kulit epal pun aku malas. Hahaha. So terus la jarang makan buah. Buah durian je yang rajin nak makan. Tapi idok la nak buat jus durian..Bila ada gadjet macam ni jadi rajin la sket. Hahaha. Walaupun kecik tapi boleh tahan die punya pisau tajam. Rasa scary gak nak blend tu tapi ok je. Syok tengok cepat je terblend. Cuma nak tutup die agak susah tapi not a big problem la.
Air epal kasturi untuk pudin
Nyum2..tapi yang ni no sugar..masam sikit la..
First buat air epal kasturi utk pudin (sebabnya kina nak minum pakai benda tu xnak dalam gelas so buat die punye dulu..hihi..)..lepas tu kina buat carrot susu..Dah la carrot ade 1,separuh plak tu..Takpe..Test power dulu..Potong2,sesudu susu pekat, fresh milk sikit, ice 3 ketul (tak berani letak banyak sebab benda ni kecik je), air masak sikit..Blend..Siap..Minum..Sedaaaaaaaapnye air tgn sendiri..hahaha..xle blah..
Carrot susu sudah ready utk diminum.

Esok mau borong buah2..hahaha..kalau tak buah tu tak pandang pun..biasa la mula2 memang semangat kan..hopefully usaha utk minum fresh juice buatan sendiri berkekalan..Ada kesedaran untuk sihat sikit lepas ada anak ni. 

Kan best kalau die ade include resepi smoothies sekali ke..hahaha..over..macam tak leh gogel aje..

Boleh beli dekat groupon ke mana2..tapi kina beli dari kawan Jue nama die..boleh klik sini kalau nak beli ngan die..Kalau kat facebook cari Your DIY Project Supplies.
Size die panjang sikit je dari remote Astro

 I give 5 stars for such an innovative product..!

Now boleh la SMOOTHIES-ON-THE-GO! hahaha


Monday, November 26, 2012

Durian banyakkan susu badan?

Salam
Dari minggu lepas nak makan durian. Akhirnya dapat gak makan durian. First time makan durian Sarawak & beli dari orang Iban. 3 biji besar RM20. Mahal ke murah?

Rasa? Sedaaaap..bagi pengemar durian mmg sedap la..kununnya beli 3 biji tu 2 biji untuk makan 1 biji untuk buat durian crepe. Hehe. Dah dapat resepi 5 jenis tepung tu. Durian crepe yang sedap adalah tidak menggunakan tepung gandum ye.

Tapi kemalasan & kepenatan mengatasi segalanya utk buat durian crepe sebab baru balik dari Miri stay 4 hari di sana. Travel bersama baby lama2 sangat best kan. Tapi balik rumah bercinta la nak membasuh menjemur baju die yang comel lote itu.

Akhirnya makan durian dengan whipped cream aje..rasa macam durian crepe jugak! Hahaha.

Tapi yang kina terus perasan. Malam tadi, dalam pukul 12.. Bengkak susu belah kiri yang teramat..belah kanan maybe tak sangat sebab baby minum sebelum tido..Lepas tu nak kejutkan baby utk minum masa tu tak sampai hati sebab nampak lena sangat..Kina pun pam la sebab bengkak sangat2 dah. Sekejap je dapat 4oz utk sebelah kiri yang bengkak tu. Less than 10 mins rasanya. Alhamdulillah. Pam sekejap je sebab nak simpan untuk baby bila die bangun. Just untuk relievekan bengkak & Nak slowkan flow susu bila baby nak menyusu nanti. Kesian kat die dah la tengah mamai2, kalau susu laju nanti tersedak susu plak.

Rasanya durian adalah my milk booster selepas air kosong. Maybe sebab die panas so die menggalakkan penghasilan susu. Pandai je aku buat teori sendiri..Tapi nak makan banyak sangat durian tak la,nanti demam plak. So bagi yang nak banyakkan susu maybe bleh try makan durian. Mana tau milk booster kite sama. Hee. Wallahualam.

Durian Bintulu..:)


Thursday, November 22, 2012

Pre-order Medela Harmony Sealed

Salam


Bagi mommies & mommy-to-be yang berminat nak join pre-order Medela Harmony Sealed boleh lah email kepada kina shakina.farhan@yahoo.com. Normally takes 2 weeks ++. Pre-order kali ni kina target 15 december paling lambat akan sampai pada customer. InsyaAllah. Boleh bayar full @ depo dulu. Last bayar 1 dec.


RM1 dari setiap pembelian akan didermakan kepada Tabung Palestin. 
Untuk baca review dari pengalaman kina boleh klik sini. Thank You So Much! :)

Monday, November 19, 2012

Review OshKosh Baby Sweater

Salam
Kali ni nak review baju favorite kina..supposedly baju favorite shahadah chinta..hihi..mama die yg lebih2..Kina sangat2 suke baju ni sebab sangat la cute bila baby pakai rasa macam nak gigit2..Jenama oshkosh ni selalu baju yang comel2, macam ada tulisan2 pada baju yang comel2..

Muka jadi innocent gila-gila..eeeee..budak niiiiiiiiiii..the so called little red riding hood!

sape yang boleh mengatakan tidak dgn kecomelan baby pakai sweater. heh.
Kina beli dari jaja khalida..RM35 sehelai..masa tu ada warna purple, hijau, merah..kina suka plak color merah & rasanya warna merah sangat sesuai lah dengan shahadah chinta..menyerlah & smart..zip die zip plastic so tak risau sangat..material pun berkualiti..ahh..suka la..

Kalau naik flight @ kuo makan malam @ hujan bila kuo kina akan pakaikan sweater ni utk baby..she looks so comfortable with it..Tapi! Igt lagi masa dekat KLIA,die asyik poopoo jenuh gak la nak membuka memakai balik baju banyak2 dengan sejuknya kat situ..so penyelesaian pakai baju je kat belah dalam..Seluar xpakai..hahaha..

first time pakai agak gedabak jugak la..hihi
Ni gambar masa first time die pakai masa tu baru 2 bulan 2 hari..size yang kina beli 3-6m..sekarang dah 3m muat cantik..maybe sebulan lebih lagi tak muat dah..huhu..adakah mama kena beli lagi sweater ni size lain plak..hahaha..maybe warna lain plak la kot..papa dah cakap tak perlu beli baju dah ulang pakai je..so maybe bila dah tak muat mama pujuk papa balik..hihi..

Any mommies yang nak beli macam ni, sekarang jaja tengah bukak preorder ada color hijau, purple, tengok la sendiri..hehe..kat facebook cari je jaja khalida..worth it! Die cakap pre-order tutup hari selasa ni (20 Nov)..

Monday, November 12, 2012

Review Medela Harmony Sealed

Salam

Sudah berjanji dengan beberapa orang untuk review pakai medela harmony sealed ni. Yes, Medela Harmony Sealed (MHS) ni sama tapi tak serupa dengan Medela Harmony (MH). Kina ada both of them dan boleh la kina buat perbezaan lepas pakai dua-dua. Macam mana plak ada 2 benda ni? Haa..tu panjang sangat nak dicerita nanti tak paham plak tapi apa yang penting 2 2 kina guna. MHS kina bawak ke Bintulu & yang MH tinggal kat Kuantan je, so takde la nak angkut tiap kali nak balik Kuantan. Bulan 12 ni balik kuantan lagi sebab pudin ada kursus seminggu. Yes! I'm Loving It..

Masa awal-awal pantang kina pakai MH, mula2 memang sakit la sebab nipple tersumbat ditambah plak dengan bengkak susu sebab masa tu Shahadah Chinta kan jaundis ditambah plak nipple crack sebab salah latch. Bengkak susu lagi sakit dari bersalin ok! (ayat ini dipersetujui oleh Dr Suraya.hihi.)..Masa dekat KPJ kina pakai breastpump yang disediakan kat sana. Dorang pakai Spectra 3000 tu, pada kina bunyi boleh tahan treettt treett, pastu sakit lagi dari pakai MH..Ingat lagi pudin pegi tukar kelajuan dengan cepat tiba-tiba..Sakiiiiit woooo..sebab terkejut pun ada..Lawak je time tu..Alhamdulillah pudin & family sangat menyokong breastfeeding. Susah ok. Dah lalui baru faham. Dapat 6 bulan susukan pun dah bersyukur yang amat.

Kalau tak tahan sakit maybe dah lama give up dah nak breastfeed..Macam yang kina cakap awal-awal memang sakit pastu ngilu-ngilu lepas pam..Lepas sometimes tu tak rasa benda dah bila pam..Suction MH lagi soft dari Spectra..Kina siap buat note as reminder, bila give up je tengok, bila sakit je tengok..Sebab pump dapat sikit je..Pakai MH dapat la 1oz-2oz tu pun agak lama kadang nak dekat sejam!Lenguh tangan patik ni.. Pakai Spectra tu lagi lama sampai nurse tu cakap sikit la susu awk. Stress cek! (Maybe faktor tersumbat lagi kot masa tu)..Bila rajin pump baru dah bertambah sikit demi sikit. Alhamdulillah. Normally akan dapat 3oz untuk 2 2 belah & paling banyak 5oz untuk 2 2 belah bagi 1 sesi 40 minit tu pun pernah dapat 3 kali (10min gilir2 sebanyak 4 kali). Sikit? Bagi kina banyak dah time tu.
semasa menggunakan MH. Sikit-sikit lama jadi bukit tapi take time jugak.

Menyusu & mengepump sambil nangis-nangis awal tu..Sekarang tidak lagi..Bahkan lagi suka mengepump lagi-lagi kalau bengkak susu walaupun tidaklah selalu pump pun. Walaupun baby girl tapi semangat menyusu tu macam baby boy plak. Syabas mere bette! Muka die yang makin bulat sekarang ni..Gambar ni dari kiri ke kanan & bawah ke kanan..Baju putih gambar terlatest la kiranya..
My doter yang makin bulat..Hihi..Tak sabar nak tunggu rambut panjang lagi.
Eh..macam tak terreview2 plak MHS kan..Hahaha..Sambung.......
Lepas pakai MH baru kina pakai MHS..MHS ni original made in USA tapi dalam plastik bukan dalam kotak. Supplier kina cakap. Plastik tu agak oldschool je. Pudar2 je. Ingat performance K.O lepas tengok plastik die. Haha. Dont judge book by its cover ye. Hahaha.
Sealed in package. Yang atas tu manual & info.
Features MHS lain sket dengan MH. Lain dekat body, warna handle & botol. Performance? Kina ingat sama je macam MH. Lagi mantap dari MH kina rasa. Tak tahu la kalau sebab hormon ke atau pakai MHS ni, sebab lagi cepat dapat & lagi banyak. Bila lagi cepat takde la tangan lenguh. Yela, kan manual. Suriumah je pun, pakai manual saje. Siapa kata surirumah tak perlukan breastpump? Pada kina perlu jugak tak kisah la breastpump jenama apa-apa pun sebabnya:

1) kalau bengkak susu boleh pump. kecuali kalau pandai marmet.
2) kalau anak kena warded & tak boleh dok sekali. kena buat stok. (syukur ada pump sebab baby jaundis)
3) kalau nipple crack & nak berdarah kena elakkan bagi direct. (abg pudin la cakap)
4) kalau nak berurut ke. stand by 1 botol mintak tolong orang lain bagikan. takde la terganggu sesi spa.Eh.
5) kalau nak pergi candle light dinner ngan husband. haa, kadang2 nak gak berdua je walaupun bertiga lebih baik. hahaha. 
6) kalau datuk & nenek die nak bawak baby jalan-jalan & korang banyak keje nak buat (padahal nak tgk tv). boleh la pamkan jugak.
7) kalau korang sakit & perlu makan ubat tapi bahaya kalau menyusu baby. (contohnya denggi ke kena tahan ward) time ni lah stok tu akan membantu nanti. Sediakan payung sebelum hujan. Kecuali kalau korang ada ibu susuan. Bagi kina kalau ibu susuan tu kita kenal, saudara ke ok kot tapi kina takkan pergi tanya kat mana-mana sape ada susu extra. Susu tu kan akan jadi darah daigng jadi sumber die perlu betul2. Kina sanggup bagi FM dari ambil susu orang yang tak tahu die makan apa, ada sakit apa, perangai macam mana.. 
8) bila anak dah start makan kena pam utk campur kan2..

Lepas pantang baru kina pakai MHS. Suction lembut sama macam MH. Alhamdulillah 1 sesi 20 min dapat 5oz (10 min kiri, 10 min kanan)..2 kali ganda dari masa pakai MH. Happy tak terkata la kan..macam orang dapat 10oz je. : p..kalau double time boleh la dapat 10oz tapi kina tak sempat nak double the joy sebab baby akan ek ek nak susu. (malas pun ye jugak!)..Hahaha.

Handle MHS warna kuning cair berbanding MH punya. Fungsi masih sama korang pusing la tangan ke mana-mana boleh pam. Boleh exercise tangan dengan handle die yang ergonomik (ni ke istilah die?)..Kina rasa warna handle MH lagi menawan. MHS macam pucat sikit warna die.
Warna handle kuning pucat.  Fungsi sama dgn MH. Putih bawah tu bekas lilin ye puan2..bukan susu..:P

Part body yang lain tu. Kina lagi suka body MHS sebab kita boleh nampak susu tu mengalir sebab die visible. Kalau MH ada kaler kuning tu, pandangan terbatas & kot2 ada apa2 tersangkut ke tak nampak. Bunyi? 
Body atas tu visible. Bandingkan body MH kat gambar atas sekali..Yang ni boleh tengok susu mengalir ke ladang gandum. :P Justeru memberi semangat. kihkih.

MH memang senyap kecuali lepas sterile & basuh tak kering lagi start pump memang ada bunyi air tu. MHS plak lagi senyap. Bunyi pun bunyi hissss je susu terpercik.. Kedua-dua memang senyap la. Botol MH dekat ukuran oz tu tulisan hitam, botol MHS plak ukuran die warna sama dengan botol tapi timbul. Jadi takde isu tulisan hilang. Cuma warna botol die oldschool jugak. Hahaha. Lepas tu MHS takde teat untuk match dengan botol, yang lain semua sama. 
Tulisan pada botol timbul tak sama dengan botol MH kat atas sekali tu
Kina suka kedua-dua medela harmony kina tapi kina lagi suka yang sealed punya. Ataupun kina ada kimia la dengan Medela Harmony Sealed ni. Kalau nak beli dengan kina, kina takde ye supply untuk medela harmony tapi medela harmony sealed kina ada ready stock & boleh jugak nak pre-order. Ready stock RM150 sahaja. Oh ye, Medela harmony sealed lebih murah dari medela harmony biasa sebab die dipackkan begitu. Oldschool. Hahaha. Itu sahaja review. Pasni nak review ape la plak..

Update*: kina dah jual kina punya MH..jadi sekarang ni hanya pakai MHS sahaja..



Friday, November 9, 2012

Review Stroller Combi Well Comfort 2012

Salam

Baru 2 weeks menggunakan stroller combi ni tapi dah nak review..Excited pun ye..Hopefully membantu bagi yang mencari stroller yang kriteria sama dgn yang kina cari..

Kina selalu naik flight dari Sarawak ke Semenanjung jadi nak stroller yg senang bawak ke mana-mana. Nak mudahkan pudin nak angkut. Jadi ini kriterianya:

1) Ringan seringan yang boleh. penting!
2) Reversible handle yang boleh facing baby. penting!
3) Recline sampai 170 darjah.penting!
4) Saiz kecil bila dilipat. penting!
5) Affordable penting!
6) Senang nak lipat tutup bukak.
7) Tahan lama.
8) Cover boleh tutup penuh.
9) Stylo. Hehe. (tak penting sangat tapi keinginan makpak die)

Banyak sangat jenis strollernya. Nak beli memang pening. So kat sini tips membeli & memilih stroller yang kina rasa penting. Ini berdasarkan setelah memakai 2 jenis stroller yang berbeza.
a) tetapkan kriteria paling utama.
b) tetapkan bajet.
c) banyak brand & jenis kan..mula2 survey ikut brand (kalau nak tahan lama ambil yang ada brand sikit tapi kalau xd brand tapi menepati ciri2 anda boleh terus sahaja beli)

Cthnya combi ada macam2 model combi kan pastu bandingkan model2 tu dgn kriteria yang korang nak cari & tentunya bajet pn kena setuju..Macam kina confuse nak beli Combi Well Comfort vs Well Carry vs Urban Walker vs Miracle Turn..yela,semua ade kelebihan & kekurangan..Macam well comfort tayar depan tak boleh swivel,miracle turn boleh tapi mahal la plak xlepas bajet & lebih berat..jadi well comfort menang sebab paling ringan & paling murah antara 3 tu..murah tak murah la pikir banyak kali nak bayo pakai m2u sampai kena login semula banyak kali..hahaha..

Kalau nak beli on9 sila la try test drive dekat kedai yang jual stroller secara offline takut nanti tak puas hati bila stroller dah sampai..Tak seperti yang digembar-gemburkan..Harga kedai RM1199 utk Stroller Combi Well Comfort 2012, beli online dekat OtakiBaby dapat RM959.20..Beza 2012 dengan yang biasa adalah warna je. Well comfort biasa ada warna biru tapi kina tak suka la padanan warna dengan krim ke ape nampak macam cepat kotor je. Hehe. Carilah website yang menawarkan free delivery sebab stroller kan berat..Nak dekat seribu stroller kamu nak..Mama tak pernah terpikir nak belanja banyak tu..Tapi mama & papa memang teramat puas hati..Demi kamu & adik2 kamu nanti..No more stroller ok..hahaha
punya hiperbola iklan die..lagi ringan dari kupu2..hahaha
Stroller Combi Well Comfort 2012
Kelebihan
Warna - Purple yang stylo. Hihi.
Berat - 4.6 kg (shahadah chinta lagi berat) Seriously ringan sangat. Kadang2 kina lagi suka bawak stroller pudin dukung shahadah. Hahaha. Guna 1 tangan pon boleh! Sesuai kalau ibu2 nak keluar berdua dgn baby.
Reversible handle boleh facing baby, bahaya ok tak boleh facing lagi2 baby kecik.
Senang nak lipat. Just tarik button pastu just goyangkan sket boleh terlipat. Tak perlukan bantuan encik suami pun.
Saiz yang kecik bila dilipat, lebar tak sampai 1 meter. Die jenis trifold @ lipat tiga.
Kalau baby dah nak didukung, kita tak perlu nak usung @ angkat. Just tutup lipat pastu tarik je macam tarik bag beroda.
Boleh stand sendiri lepas dilipat.
Boleh cover tutup hampir penuh bila panas..kalau kita tutup penuh kalau panas kan, ada ruang peek a boo kat atas yang boleh dibuka & ditutup.
Boleh recline ikut suka sehingga 170 darjah yang mana sangat sesuai untuk newborn yang selalunya tido saje.
Fully padded, tak perlu nak beli stroller pad @ letak alas tilam sebab dah tebal & lembut.
Tahan lama. Pernah baca stroller ni diuji tahan 400km. Walaupun tayarnye nampak kecik tapi smooth & tahan ye.

Kekurangan
Bila facing baby tayar depan tak boleh swivel jadi kena kawal tayar betul2. Tak terlalu menjadi masalah kalau ruang besar. Kalau sempit macam dalam kopitiam susah la.
Takde tempat letak makanan @ minuman untuk baby kat depan tu.
Takde rain cover. Kalau nak kena beli sendiri & selalunya dari oversea.

Layan gambar la plak.
Say hi from her new ride
Bila kotak sampai ke rumah parent kina. Kotak well carry tapi dalam well comfort.
Rupa kalau duduk dalam kereta.haha.belum test dlm bonet viva lg.
Bila shahadah chinta nak didukung bawak cmni plk
Still standing?
Stroller ni sangat membantu di saat2 menunggu flight
Dapat tengok budak temok ni dah tanpa perlu risau..
Itu saja review..akhir kata kalau nk beli stroller ape yg penting adalah keselamatan baby & ringan..Kalau berat sangat & leceh nanti lama2 mesti jadi malas nak angkut ke hulu hilir nanti membazir plak kena beli stroller utk travel 1 stroller utk gi mall 1..baik cari 1 stroller utk semua..ok la..nanti review medela harmony sealed plak..bye2..

Monday, November 5, 2012

Review Lamaze Musical Inchworm

Salam
Inilah menan pertama shahadah chinta..kina kalau boleh xnak ajar die main menan banyak sangat. hahaha. Nanti jadi macam ayah cu die. Menan penuh 2 bakul. Kina dulu xbanyak menan masa kecik. Jadi shahadah chinta kena ikut mama ok. Papa lagi la tak banyak menan kot dulu, asyik main bola je. haha.

ulat bulu yg menggoda mama utk beli

Muka pelik masa mula2 letak inchworm ni..hahaha



Kina beli lamaze musical inchworm ni dari blog saffiyah mse preorder. Harga RM15 je. Kalau dekat littlewhiz RM69 kot. Ke salah tgk? Huhu..belakang ulat bulu ni ade ukuran pjg. Shahadah chinta da sama pjg - 60cm. Bleh caye ke ukuran ni eh..haha..xsabar nak pegi check up 3 bulan..kina introducekan menan ni lepas cabut mitten die..takut jugak nak cabut tapi bila tanya mommy2 yg lain majoriti buka mitten masa time 2 bulan ke atas..apa yang penting kena potong kuku die pendek so xde la bercalar muke..kina potong masa die menyusu,bercinta jugak la nak potong..haha.. .harap2 die cepat explore pegang2 benda & ulat bulu adalah eksperimen pertama..

Geram tengok tangan die..montok2 gitu..hahaha.
 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork