Friday, September 28, 2012

Berat asal kembali selepas habis pantang

Salam
Wah, tajuk bikin gempak je kan..Macam la banyak sangat naik..kalau naik 15kg, habis pantang turun 15kg lain la kan..tu baru Wow!! Masa pregnant berat kina paling tinggi 60kg. Berat biasa 50-51kg so naik dalam 10kg je. Berat shahadah chinta 2.75kg + benda-benda asing dalam perut = 3.5kg..jadinya lemak extra dalam badan masa pantang lebih kurang 6.5kg..takde la banyak sangat kan tapi jenuh gak tu nak turunkan..Ni gambar pregnant masa 8 bulan. Rindu plak zaman memboyot.
shahadah chinta dalam perut lagi, time ni dagu dah start utk menonjol jadi dagu kedua.

Antara faktor-faktor yg kina rasa la membantu penurunan berat badan:-

1) breastfeed si kecik shahadah chinta. Sekarang dah xkecik mana, kus semangat. Orang kata breastfeed membakar kalori umpama berjoging. Penat tu. Patut la mama rasa macam berpeluh byk & perlu pakai deodorant byk2 kalau x busuk gile weh.Hahaha.

2) lokasi berpantang yg strategik. Kalau korang nak tau kina berpantang kat bawah tgga dlm rumah sbb nak mengadap tv punya pasal. Panas tu memang la satu sebab pakai pn kipas kecik. Kalau malam memang lembap la kain batik dek peluh.

3) berulang alik hosp masa shahadah chinta warded sebab jaundis-mmg aktif gile kot. Ada gak kena naik tangga sbb lif rosak.

4) minum air banyak- kalau dl 1 gelas air kosong je sehari. Sekarang paling kurang 2L. Memang pudin beli 1 kotak mineral botol besar. Haus sbb bf kot kan.

5) makan tak ikut masa- bila dah xd org jaga kat rumah, kina plak ikut time shahadah chinta.kadang2 makan bekpes kol 1 ptg. Selalu je brunch. Nasik wajib. Xd la makan bertambah kalau lauknya takat ikan bako (kalau makcik kina dtg lauk ni jela).. Coklat 1 bar sederhana cadbury black forest pun wajib kunun utk hilangkan stress. Siapa kata coklat menggemukkan?kihkih..

6) tak cukup tidur- normal la kan bila da ada anak mata panda akan menjelma.

Tu je la. Maybe metabolism tggi gak kot. Kina tak makan apa-apa ubat @ jamu sbb jaundis kan & kina kira bertuah sebab xnaik banyak. Cuma yang membimbangkan :-
- ada dagu kedua. hahaha. Ke dagu plak lemak ni.
- kebuncitan sebanyak 1.5cm. hahaha. Malas pakai bengkung sape suruh. Tapi akan kucuba sit up nanti & pakai krim pati halia mustajab super hot. Kan best kl krim tu xd bau. Semangat sikit nak pakai. Ke korang tau krim yg xd bau?Bak share. 

Ini budak yang membantu mama menyingkirkan lemak2 tak perlu..

Shahadah Chinta yang semakin debab

Wednesday, September 26, 2012

I'm papa's little girl

Salam,
Hari ni taknak cakap banyak sebab last day berpantang..hip hip horray!! macam2 makanan popup dalam kepala..hahaha

Gambar papa & shahadah chinta masa awal2 dulu..

Monday, September 24, 2012

Jaundice sebab susu ibu

Salam
Shahadah chinta masih lagi bergelumang dengan jaundice atau biasa org panggil demam kuning. Masa pregnant dulu rasa cm 'ala..normal la baby kena kuning'. Tak risau sangat sebab masa kecik dulu pn kina baby 'digi'. Siap ade gambar masa kecik kena jemur. Tapi bila anak sendiri kena warded dok bawah lampu biru tu menitik gak air mata. Masa tu baru la nak risau,nak gelabah,nak menyesal tak minum susu kambing fresh masa pregnant.

Bacaan jaundis shahadah chinta paling tinggi masa hari ke7 : 260. Kalau lebih 250 kena warded tapi bilangan hari pun diambil kira. Kalau kiraan 260 hari ke 20 tak perlu dok bawah lampu dah sebab dah takde effect katanya. Kena warded dekat Kuantan Specialist Hospital under Dr Siti. Maka duduk la shahadah chinta di bawah lampu biru. Walaupun kina suka biru tapi lampu biru tu panas ok sampai kulit pun macam mengelupas gitu. Sedih je tengok.


Kina tak duduk dekat wad so ulang alik dari KPJ dgn rumah. Setiap 4 jam kina akan datang untuk menyusu & bawak susu yang dah dipam. Masa tu susu pun tak keluar banyak. Nak dapat 1oz punya la payah,1 jam baru boleh dapat. Setiap kali datang bawak la separuh bekas dadih nak bagi dekat nurse supaya nurse susukan shahadah chinta masa kina xd. Dah la stress anak tak sihat, stress gak bila ada nurse yang cakap sikitnya susu yang kina bagi. Macam fobia plak nak datang bawak stok. Dah la sakit2 lagi masa tu, balik rumah makan,pam,mandi, pergi hospital balik. Time tu nak give up dah rasa nak exclusive breastfeed, kalau tak cukup memang fikir nak bagi nurse bagi FM tapi Alhamdulillah, walaupun nurse buat muka cakap sikit, susu tu cukup untuk Shahadah Chinta siap bawak balik 3 bekas dadih (bukan penuh la ye) masa Shahadah Chinta dah discharge. Masa tu leganya, tak perlu nak pam berjam2 untuk dapatkan 1-2oz. Tak perlu dengar nurse cakap susu awak sikit. Tak perlu ulang alik pagi-pagi buta. Memang happy gile rasa bila bacaan jaundis Shahadah Chinta turun ke 193 & boleh bawak balik.

Hari ke20 nurse datang masa tu kina tengah berurut, dia tengok dah takde kuning tp hari ke22 dia datang tengok macam kuning balik & suruh gi check bacaan. Hurm, memang naik & lebih dari 250. Masa pantang memang kina tak makan blackpepper @ kunyit sebab kuning lagi kan tapi naik jugak. Nasib baik tak payah warded. Nurse pun cakap ni maybe sebab susu ibu tak bahaya tapi lama, awak jangan la berhenti plak bagi susu badan. Doktor pun cakap macam tu gak. Dah check darah,liver,berat badan & air kencing (susah ok nak collect urin baby girl) xd masalah so tak risau sangat dah tapi kulit dia still merah gelap & kuning akan keluar kalau die menangis & menguap. Granny asyik cakap bila kulit nak cerah ni.

Masa check up berat masa sebulan:
Berat shahadah chinta - 3.45kg (berat masa lahir 2.75kg)
Berat mama - 53kg
4 hari kemudian datang semula utk retake test urin baby check lagi berat:
Berat shahadah chinta - 3.85kg (naik 400g dlm masa 4 hari ok! Terkejut mama. Pastu terus rasa berat pegang die.haha)
Berat mama - 52kg (turun lagi 1kg dlm masa 4 hari.nak gak check kan. Style pantang nampak penimbang !)

Doakan shahadah chinta cepat2 hilang kuningnya ye & mamanya cepat2 slim..kakaka.

Gambar di bawah masa kena warded & sudah didischarge..

Monday, September 17, 2012

Berpantang dengan set Tanamera

Salam

Hari ni genap sebulan usia Shahadah Chinta. Maksudnye sebulan jugak kina berpantang. Kina berpantang takde la berpantang sangat. Maklum la ibu kina pun bukan jenis berpantang sangat. Memang masa berpantang kita nak sihat balik, nak buang segala extra-extra lemak & dapatkan body sebelum bersalin atau kalau boleh sebelum kawen. Gituu..Tapi kalau berpantang HANYA masa time 40 atau 44 hari lepas tu balun segala benda, tak exercise. Sama je la sia-sia la berpantang beriya masa time pantang. 

Itu pandangan kina la, sebab majoriti 'saudara atau orang-orang tua' yang melawat kina & macam biasa la bebel & menakutkan kalau tak pantang strictly, bla bla bla...kina tengok body dorang takde la slim pun, ibu kina jauh lagi lawa bodynye. Bersederhana sudah kot. (ini alasan orang yang berpantang biasa-biasa sebab malas sebenarnya.haha.sila jangan ikut). Pada yang dapat berpantang dengan teliti & betul, kina memang salute. Tahniah! Nak jugak betul-betul tapi kadang-kadang keadaan tak mengizinkan. Mak kina bekerja bahkan weekend pun die kerja. Nak berpantang dengan MIL tapi segan plus takde pudin. Shahadah Chinta kena warded sebab jaundice. Kalau ada banyak duit boleh hire Confinement Lady mesti dapat berpantang betul-betul. Next time la. (Yo yo je) Oh..alasan semuanya. hahaha. Ok la..suke sangat mukadimah panjang lebar kan. 

Bagi yang pernah baca post macam mana kina dapat beli set Tanamera dengan harga RM90 boleh baca dekat post ini. Set ni packaging yang lama jadi ada yang tak sama dengan set Tanamera yang sekarang ni which is lagi best rasanya. 

Set Tanamera packaging lama
Kina start menggunakan set Tanamera sejak sebelum bersalin lagi. Lagi mudah kalau ikut items yang ada dalam set tu kan.

1) Brown Formulation Scrub Soap 
Sabun ni sangat-sangat best. Masa pregnant kina kan pakai sabun Lactacyd sebab badan gatal-gatal. Sabun tu takde buih & mild sangat rasa macam tak bersabun tapi gatal-gatal hilang la. Pakai sabun ni rasa hilang daki-daki & bau die pun best. Pudin pun pakai jugak. Start pakai masa pregnant lagi & sekarang tak luak lagi. Pastikan sabun ni kering lepas pakai, jangan bagi kena air so that lagi tahan lama.

2) Re-mineralizing Facial Mist (takde dalam set baru diganti dengan lavender spray tu kot)
Spray je dekat muka. Rasa sejuk je muka. Ni kina pakai lepas mandi atau rasa macam stress, busuk-busuk. Hahaha. Katanya boleh kurangkan stress. Masa awal-awal berpantang kan stress sikit. Boleh gak spray dekat bantal. Bau die macam bau spa. Benda ni boleh pakai bila-bila masa je either masa pregnant, masa berpantang @ lepas berpantang kot.

3)  Exotic Ylang-ylang body mist (ni pun kina rasa die dijadikan lavender spray..maksudnya lavender spray menggantikan body mist & facial mist)
Ni kina spray dekat badan except dekat breast sebab takut nanti Shahadah Chinta minum susu perisa ylang-ylang plak. Hahaha. Bau die macam spa gak tapi more to spa bali ke thailand gitu. Hahaha. Pekat sikit bau die. 

4) Cold Press Virgin Coconut Oil ( A-must-have item!)
Ni adalah favorite kina. Kina menggunakan minyak vco Tanamera ni untuk urutan perineal & sapu pada perut untuk kurangkan stretchmarks. Untuk stretchmarks kina akan buat post lain sebab kina ada pakai minyak yang Doctor bagi jugak. Ramai minta share camne urutan perineal ni. Huhu. Kina pun google aje, pastu hentam je, tak tahu teknik betul ke tak. Mula-mula memang rasa sakit sikit tapi lama-lama tak rasa apa. Apa yang penting, minyak VCO ni menambahkan elasticity dekat miss V kita so lebih mudah untuk meneran kot. Kita ikhtiar je kan, selebihnya tawakal je. 
Yang wane putih jernih tu VCO,1 lagi massage oil

Tempoh masa urutan? Kina buat setiap hari & pada waktu malam. Kira tido je dengan minyak tu, tak perlu basuh. Kina start awal, seawal 6bulan lebih kununnya takut bersalin awal ke kan. (Memang awal pun).  Tanamera sarankan makan bila nak dekat bersalin, kina tak sempat pun makan. Achaner rasanya makan ye?

ok, ni pulak item yang kina guna lepas bersalin..

5) Cotton Abdominal Binder 
Bengkung ni kina start pakai hari ke3 tapi kejap je dalam 3 jam pastu nak gi toilet susah, kina cabut je pastu tak pakai dah. Malam pun macam tu jugak. Ibu kina yang tolong pakaikan, tak tengok plak instruction pada pembalut die.
Bengkung Tanamera

Ibu : Apa la susah sangat nak pakai benda ni. Lain kali akak beli je yang velcro, senang je.

Itu kata-kata ibu kina. Banyak sangat tali kot, nak kena ikat selang seli so bagi die renyah. Actually bagus bengkung ni sebab die sampai ke paha kan, boleh kuruskan paha sekali. Bengkung ni kina pakai 2 hari je lepas tu pakai bengkung yang saudara kina bagi yang tu pendek sikit dan lagi senang nak pakai. Start hari ke 10 kot kina pakai sendiri je. Bila dah pakai sendiri ada la jugak skip-skip kan.

6) Firming Herbal Blend
Herba ni digunakan sekali dengan bengkung. Ada 12 sachets, kina ada lagi 3 sachets, sebab 1 sachet kina bahagi 2. Haa, bleh tau la berapa kali berbengkung. Hahaha. Best pakai cuma bila kering akan berhabuk tilam. Rimas! Next maybe beli krim je. Cara pakainya campurkan dengan air panas sikit lepas tu sapu pada perut. Dalam 2 minit lepas pakai, akan rasa panas. Oh, suka bila rasa panas kununnye rasa lemak dibakar kan. Jadi makan tanpa bersalah. Bab makan kina pantang ais, air sejuk, pulut, ikan-ikan sungai, blackpepper (sebab Shahadah Chinta demam kuning), benda yang gatal-gatal, benda yang sejuk-sejuk, like I know apa yang panas,gatal,sejuk..Kina just tanya ibu kina ni boleh makan tak. Ibu kina senang je, kalau macam kina nak sangat-sangat makan benda yang tak boleh makan die bagi je tapi kuantiti yang ciput buat merasa. Pastu die cakap kalau makan tak rasa gatal-gatal ok la tu boleh la makan. Masa raye berpantang lagi tak tahan weh! Orang lain sedap je teguk ais. Tapi ada 2x gak la pudin bagi kina teguk ais, air A&W rutbir lagi. Nyum3.

7) Herbal Bath
Kina start guna hari ke 11. Sebab sebelum tu kina mandi dengan air daun serum & daun pandan. Pehhh. Best gile ok mandi air daun serum & daun pandan tu. Ibu kina rebus daun-daun tu & mandi. Nenek kina yang tolong carikan daun tu semua. Rasa segar & wangi sangat-sangat tapi sampai hari ke8 je.
Kina : Dah tak payah mandi air serum ke?
Ibu : Daun dah takde, tak payah dah. Mandi air panas biasa je. 
Kecewa. Hahaha. Nasib baik ada herbal bath ni. Berasa la jugak refreshing tapi tak boleh lawan air daun serum. 

8) Feminine Herbal Wash
Ni pun sama macam herbal bath kina start pakai hari ke11. Letak air panas dalam cebok pastu rendamkan sachet ni pastu jirus la bahagian bawah tu. 1 hari kina guna balik sachet ni 2x sebab ada 12 sachets je. Lepas dah siap mandi, bahagian V kena lap kering-kering dengan tisu, then spray antiseptic (ni yang Dr Suraya bagi) atau letak iodin (ubat kuning beli kat farmasi) pada pad so senang jahitan tu nak baik. Sekarang ni antiseptic & iodin dah habis.
Sachet die macam gini.

9) Tropical Boreh Scrub
Scrub dalam bentuk serbuk ni ada 4 sachets. 1 sachet tu boleh pakai 3-4 kali. Tak pakai tiap hari pun, selang 3 hari gitu kina buat sental badan. Bau macam herba. Tapi kina rasa sabun brown tu lagi best.

10) Herbal Massage Oil
Minyak urut ni kina baru pakai 3 kali..2 kali pudin tolong urutkan kaki & belakang sebab lenguh menyusukan shahadah chinta, 1 kali lagi masa mak cik urut kehabisan minyak urut die. Hahaha. Minyak ni best gak, dalam tu siap ada akar kayu sikit. So far banyak lagi minyak ni sebab takde orang urutkan memang tak pakai la gamaknya.

Kina sangat rekomenkan sabun brown & minyak VCO tu. Kalau untuk next baby, kina akan tetap akan beli 2 items ni kot. Untuk set Tanamera yang baru maybe kina akan try lavender spray & herba tea tu. Itu aje la yang kina dapat cerita tentang set Tanamera. Conclusionnye sangat berbaloi & best sebab takde jamu-jamu & rasa seperti di Spa. 

Berat sebelum pregnant 50-51kg
Berat terakhir masa pregnant 60kg
Berat badan setelah 2 minggu berpantang 55kg.
Lebih kurang 5-4kg untuk dibuang lagi Tapiiiii sejak 2 menjak ni asyik melantak tak hingat, rasa macam naik je. Hahaha.

Ok la..si mata bulat ni dah memanggil-manggil..
Shahadah Chinta masa umur 24 hari



Monday, September 10, 2012

Kronologi pengalaman bersalin

Salam

*Post yang panjang

Kalau sebelum ni dok baca kronologi & pengalaman bersalin orang lain, sekarang giliran diri sendiri plak nak share pengalaman bersalin anak pertama. Setiap ibu yang bersalin mempunyai pengalaman yang berbeza, sakit yang berbeza tapi insyaAllah pahalanya sama :-

Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

MasyaAllah, besarnya ganjarannya kan? Pernah kina dengar orang yang bersalin lepas bersalin kita pun macam bayi yang tiada dosa, best kan? Moga jadi ikhtibar untuk kurangkan membuat dosa. huhu. Ok la, done with short tazkirah. Hahaha. Nak share pengalaman kina bersalin pada minggu ke 36 yang memang sangat tidak dijangka. 

Kina budget kina akan bersalin ikut ibu kina yang bersalin lewat dari due date. Tett. Salah! Bersalin tidak mengikut keturunan.
Kina budget kina akan bersalin lepas raya sebab 1 Syawal tepat-tepat kina 37 minggu. Tett. Salah! Akhirnya beraya dengan kain batik. Kun Fa Ya Kun. Allah kata bersalin, bersalinlah.

16 Ogos 2012
Sebelum nak balik Tembangau (untuk beraya di sana), kina & pudin kemas-kemas beg hospital untuk baby & mama. Checklist untuk beg bersalin adalah mengikut bacaan di blog2 & kina memang minta senarai barang dari hospital yang kina nak bersalin sebab taknak bawak terlalu banyak barang tapi tak pakai. Hosp swasta kalau kita tak bawak @ tak cukup macam pampers ke dorang akan topup je. (Based on lepas shahadah chinta warded 5 hari kemudian). Kina plan nak bersalin di Kuantan Specialist Hospital (KPJ Kuantan). Alhamdulillah dapat gak bersalin situ.


Beg baby dah ready tapi tinggal kat kuantan.


Agak classic list die. haha. kina tak follow kuantiti sebab tu mcm lama je kat hosp.


Kina : Nak bawak balik ke beg baby & beg syg gi Tembangau? Letak dalam kete ke.
Pudin : Tak perlu lagi kot, abg rasa syg bersalin lepas raya. Lagi pun takut tak muat kete nak amik Shahidan & Pijah lagi dari sekolah. (Kompiden je kan)
Kina : Alrite!

17 Ogos 2012 (bermula la kisah..)
Pukul 4.15 pagi: Kina tersedar dari tidur, rasa macam air mengalir. Dalam hati, ''Eh, aku terkencing dalam seluar ke?''. Dalam 2 second lepas tu rasa lagi air mengalir suam-suam kuku. Masa tu rasa ni bukan air kencing ni sebab dia tak boleh ditahan-tahan. Rasa macam period tapi laju je keluar. Kejut la pudin cakap keluar air. Pudin dalam gabra & terkejut tapi dalam masa yang sama tak nak percaya tu air ketuban tanya kina balik ''Kita nak buat ape eh? Syg nak bersalin ke? Rasa sakit?''. Kina cakap ''Tak tahu la ni air ketuban ke? Tak rasa sakit pun. Ayuk.'' Lepas dah tukar seluar, tak rasa dah air keluar boleh kina sambung baring sambil google pasal air ketuban pecah @ air ketuban leaking. Pudin plak tengok kina relaks je, die sambung tidur. Hahaha. Bila kina rasa air keluar kina kacau pudin balik. Last-last kina minta pudin pegi pinjam pad dengan adik die. Hoh! Selama 9 bulan tak pakai pad, Koteks pun dah berubah wajah kan! Selama 30min, adalah 3 kali tukar pad overnight tu. 

Pukul 4.45 pagi: MIL panggil bersahur. Belum bagitahu lagi ni keluar air semua sebab masing-masing macam tak dapat terima itu adalah air ketuban. Siap kina bersahur segala, makan petai jeruk. Nyum-nyum. MIL tahu tu favorite kina, kalau balik mesti ada. Dah nak habis makan, baru pudin bersuara.

Pudin : Kina macam keluar air, macam mana eyh?
(Semua orang tercengang & terkejut)
MIL : Haa, bila keluar air? Banyak?Macam mak masa nak bersalin ke udin la dulu keluar air awal.
Kina : Dalam pukul 4 tadi. Banyak jugak la mak, dah tukar 3 pad.
MIL : Tepon Sarin & Iman tanya camne. (Abang kedua & ketiga pudin - doktor)

Both of them suruh pegi hospital terus sebab takut nanti ada jangkitan kuman. Dah la beg tak bawak, buku merah tertinggal! Dah habis bersahur tu (kina masih berpuasa), masih berfikir solution terbaik nak pegi hospital mana. Lepas solat Subuh, kina & pudin sempat la baca surah Maryam walaupun tak habis. kihkih. 

Pukul 7.00 pagi: Kina call mak kina plak bagitahu keluar air ketuban. Mula-mula mak kina macam tak caya siap investigate dengan macam-macam soalan. Mak kina suruh kina balik Kuantan terus pegi KPJ Kuantan. Selepas discuss dengan MIL & abang pudin semua kitorang sebulat suara untuk pegi ke Klinik Kesihatan Tembangau dulu then kalau nurse suruh pegi hospital terus shoot ke Kuantan. Mandi & berkemas lah. Berat gak hati sebab baru je balik semalam dari Kuantan dah kena balik Kuantan semula. Kina pun dah bersemangat bawak balik satay nak bakar sama-sama dekat Tembangau.

Pukul 8.00 pagi: Kina, Pudin & MIL pegi KK Tembangau. Dah prepare diri kalau kena marah pasal tertinggal buku merah. Hahaha. Nasib baik kena bebel sikit je tak banyak. : P. Nurse terus check blood pressure - OK, tanya ada rasa sakit ke - Tak sakit apa-apa. Nurse tengok memang dah keluar air ketuban. Nurse check bukaan ataupun dalam bahasa biasa seluk. Tak rasa sakit pun maybe sebab selalu buat urutan perineal. Hehehe. (Tak sia-sia buat urutan perineal awal-awal!haha) Nurse cakap bukaan belum ada tapi kena pegi hospital terus. 

Pukul 8.30 pagi: Terus angkut beg nak balik Kuantan. Baju jubah yang MIL bagi untuk pakai masa raya pertama pun bawak balik sekali. Masa ni memang sebak, lagi-lagi MIL dah nangis-nangis sebak, pesan banyakkan zikir nak bersalin tu. Sesi minta maaf & minta doakan pun bermula.Uwaa..kina tak boleh tengok orang nangis, masa salam peluk cium nangis sekali. Lepas tu bertolak la ke Kuantan.

Pukul 9.00 pagi: Kina cakap kat pudin nak buka pose lah sebab kalau bersalin nanti tak cukup tenaga nak teran. Pastu singgah la stesen  minyak beli roti & air soya. Akhirnya, berakhir misi berpuasa penuh. Sepanjang perjalanan sembang-sembang dengan pudin. Pudin ok je, kina rasa macam tak bersedia lagi. Pastu sempat kina tidur sejam sebelum sampai Kuantan. 

Pukul 12.00 tengahari: Sampai la kat rumah kina sebab nak amik buku merah & beg. Sempat lagi kina makan cornflake madu. Lepas tu buang air besar siap-siap. (Bersyukur berak awal-awal!)

Pukul 12.30 tengahari: Sampai dekat Kuantan Specialist Hospital (KPJ Kuantan), tak terus pergi bahagian Kecemasan pun. Mula-mula pudin ajak pergi bahagian Kecemasan tapi kina rasa macam tak rasa apa-apa & tak macam mencemaskan pun so pergi je dekat kaunter pendaftaran dekat Dr Suraya macam check up biasa. Nurse amik tekanan darah & amik berat badan terus jumpa Dr Suraya. (Masa ni tak ramai orang sebab orang dah nak beraya kot.) Dr Suraya terus check bukaan & die confirmkan dah 2-3cm bukaan. 

Dr Suraya: Kena masuk wad la eyh, sebab air pun dah keluar, bukaan pun dah ada. Boleh bersalin normal la ni.
Kina: Hari ni ke Dr? (Tak percaya lagi)
Dr Suraya: A,ah, hari ni lah bersalin. Kena ready lah ni, baby nak keluar beraya. 36 minggu 5 hari memang boleh dah bersalin.
Kina: Owh..ok..

Pukul 1.00 petang: Nurse bawak pegi wad. Dalam wad tu ada 4 katil, lepas bersalin baru dapat wad single sebab masa tu full lagi katanya. Tentang harga kalau standard single RM180, VIP single RM220 macam kina entitle utk standard single tapi tu pun rasa ok sangat dah. Nurse lain plak datang tanya-tanya, check blood pressure & tanya nak makanan tak. Nurse cakap makan yang ringan-ringan je tak boleh dah nak makan nasi @ berat-berat.

Pukul 1.30 petang: Nurse suruh salin baju pakai baju tshirt @ kemeja dengan kain batik. Ingatkan ada baju khas ke. Hahaha. Dalam masa ni memang asyik nak kencing, nasib baik dalam wad ada toilet. Pakai kain batik memang fail! Asyik nak tercabut je. Lepas tu dapat la roti dengan butter & air milo panas.

Pukul 2.00 petang: Nurse datang pasang machine CTG & letak dekat perut untuk kira contraction & heart beat baby. Ada 1 button untuk si ibu tekan kalau rasa pergerakan baby. Sepanjang sejam memang tak banyak pergerakan baby cuma 2 kali je kina rasa. Pudin datang bawak biskut & air. Lepas tu pudin sempat baca-baca sikit pada air zam-zam secawan bagi kina minum.


Rupa machine tu


Button tu ditekan kalau ade pergerakan baby. Suami siapkan keje. Hee.


Kina: Minta maaf segala salah silap syg selama ni.
Pudin: Syg xd buat salah pun, Abg maafkan & doakan syg ye. (ok..touching2 sket sini)

Pukul 3.00 petang: Nurse indian datang check machine tu, tanya rasa sakit tak. Belum rasa sakit pun. Tiba ada 1 masa tu nurse rasa perut kina mengeras then terus die cakap " Haa..rasa sakit kan?''. Kina cakap "Tak rasa apa-apa"..Rupanye kalau mengeras camtu tu kira contraction. Datang plak 2 nurse (memang ramai nurse melayan eyh) nak cucuk benda nak sambung air tu. 2 2 tak nampak urat & cakap halus sangat jadi tak berani nak cucuk, dorang panggil nurse senior sket utk cucuk. Kina tak suke betul bende alah tu sebab rasa tangan tak boleh nak gerak bebas. 

Pukul 3.15 petang: Lepas tu dah boleh masuk labor room. Nurse tolak atas wheelchair, pudin bawak beg segala. Beg baby plak terus bagi dekat nurse & nurse tanya nak breastfeed @ susu formula. Kalau hospital yang nurse tak tanya maybe korang boleh remind terus kalau nak breastfeed just incase ye. Bila dah masuk labor room rasa seram sejuk & berdebar sangat-sangat. Ada 2 orang nurse yang jaga, sorang tu macam senior sket sorang lagi macam muda & baru keje sebab yang senior dok ajar die. Nurse masukkan air & cakap lepas ni akan rasa makin sakit ye. Sempat lagi la kina online, pudin pun dok buat kerja die dekat computer. 

Pukul 4.00 petang: Dr Suraya datang untuk check bukaan. Bukaan masih 3cm. Dalam hati kina, ''Eh, lambatnya nak tunggu 10cm mesti esok la aku bersalin ni''. Nurse tanya dah sakit ke? Kina belum rasa sakit lagi.

Pukul 5.00 petang: Kina mula rasa air cond makin tak sejuk. Mula berpeluh-peluh ringan. Kina tanya tak pasang air cond dah ke? Pudin cakap sejuk je. Kina pun tanggal tudung sebab rasanya semua perempuan je pun. Masa ni mula rasa mild contraction macam sakit senggugut tapi yang tak berapa sakit lagi. Dalam 15min die menyerang. Pudin cool je dok kat tepi main computer, bukan main la..buat keje..yela takkan nak tenung je bini die. Kina pun boring kalau tak buat apa-apa. Apa yang penting pudin sentiasa ada di sisi.

Pukul 6.00 petang: Jeng-jeng-jeng. Sakit sudah datang. Rasa perut memulas-mulas macam senggugut. Badan kejap pusing kanan, pusing kiri. Masa rasa sakit kina akan genggam tangan pudin. Tapi tengok muka pudin macam biasa je tak gabra pun (mesti control sebab ada orang.haha). Nurse tanya nak ubat tahan sakit tak, masa tu kina rasa boleh tahan lagi. Dalam hati kina nak amik kalau makin sakit dalam pukul 10 malam kalau belum beranak lagi. Nurse bagitau kalau rasa sakit macam nak berak @ nak teran bagitau die.

Pukul 7.00 malam: Kina dengar orang menjerit kat bilik labor room lain. Ni mesti amoi sebelah katil kat wad tengahari tadi. Gila cuak dengar die menjerit. Huhu.

Pukul 7.15 malam: Kina curious nak tahu berapa dah bukaan, rasa takde la nak teran sangat tapi cakap je dekat nurse rasa nak teran. Nurse pun check bukaan. Dah 9cm! Eh2..kejap plak dah 9cm, kina budget 6cm..Asyik main budget je kan..: p. Terus nurse call doctor cakap dah 9cm. Nurse macam prepare ape yang patut. Time tu gak rasa nak kencing, tak kuasa nak bangun pegi toilet, kencing je atas katil. Bagitahu kat nurse dah terkencing la. Nurse cakap takpe2. Sakit makin kerap datang. Lepas tu nurse yang senior tu ajar cara bernafas untuk tahan dari meneran sebab kalau meneran sebelum 10cm nanti banyak terkoyak. Tak lama lepas tu, nurse check lagi sekali & dah 10cm! Lagi sekali nurse call Dr Suraya untuk inform dah 10cm. 

Pukul 7.30 malam: Tiba-tiba je katil dah transform. Hahaha. Katil dinaikkan tinggi, kina mintak air sikit sebab haus. Kina dah mula rasa nak teran sangat. Kina siap tanya bila Dr Suraya nak datang? Nurse cakap kejap lagi sampai, rumah die dekat je. Lepas tu nurse sempat grab kurma & bagi pudin kuih. Hee. Kira dah masuk 29 Ramadhan dah. Pastu Dr Suraya sampai, pakai glove semua & bagi arahan dekat nurse. Agak tegas die dengan nurse tapi dengan kitorang sangat lemah lembut & sopan. Kaki kina macam diangkat & diikat pada besi, tangan plak kena pegang besi dekat sebelah pinggang. Kina teruskan bernafas ikut nurse ajar sebab tak tahan sangat dah nak teran. Nafas ikut hidung dalam-dalam & hembus ikut mulut diiringi dengan doa Nabi Yunus. 

Pukul 7.35 malam: Dr Suraya cakap dah boleh teran tapi teran bila rasa sakit je. Sebelum teran kena tarik nafas dalam-dalam, masa teran habiskan nafas tadi,tak boleh angkat punggung, tak menjerit & kepala tak mendongak. Kina try ikut betul-betul. Kali pertama kina teran, pudin cakap nampak kepala baby dah keluar & kali kedua terus keluar baby dengan uri sekali + bantuan dari Dr Suraya dok korek lebihan uri kot. Alhamdulillah, sesi teran meneran sangat singkat. Rasa cmne? masa teran tu rasa macam teran nak sembelit tapi memang rasa tertarik gak otot-otot sekitar miss V tu.

Pukul 7.39 malam: Lahir lah Nor Shahadah Chinta seberat 2.75kg, pada hari Jumaat 17 Ogos 2012, bersamaan 29 Ramadhan sebab dah lepas maghrib. Nurse letak baby atas perut kina yang dah tak buncit dah tu. Dalam 5 seconds baby dah dibawak keluar. Tak sempat nak tengok muka. Kina tanya dekat Pudin ''Girl kan?''. Pudin senyum & cakap "A,ah, Shahadah Chinta dah keluar syg". Dr Suraya plak mula menjahit miss V. Masa Dr Suraya jahit tak rasa apa-apa sebab dah dibius kot. Masa tu dari paha & kaki menggigil bukan sebab sakit tapi sebab sejuk air cond. Hahaha. Kelakar tengok gigil gitu, rasa segan pun ade. Ceh, itu pun nak segan kan padahal Dr & nurse dah tengok semua. Dalam 10 minit dah siap Dr Suraya jahit, ubat pain killer dimasukkan melalui punggung. Then katil pun diturunkan. (Masa ni risau je katil terjatuh..hahaha)..Lepas tu kina pun ditransfer ke katil lain & ditolak ke wad.
Anak papa! Kagum hari pertama pudin da pandai bedungkan si kecik ni. Mama die?haram.:p
Esok pagi dah boleh discharge! Layanan & service KSH sangat berpuas hati. Tengok die charge berapa kan. Berapa charge untuk semua? RM3600 (mahal kan??huhu) which including procedure beranak normal, single standard ward, makanan untuk 3x, consultation paed, suntikan BCG untuk Shahadah Chinta & semua ditanggung ING. Selamat duit mama & papa. Duit saving maybe bleh beli stroller ke breastpump elektrik ke? Kihkih.

Err.. macam tu lah ceritanya lebih kurang..kalau ralat pun dekat masa lah sebab kina pakai assume je pukul berapa. Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat sebab dapat bersalin secara normal & dipermudahkan. Selain dari bacaan AlQuran, doa-doa, air zam-zam, urutan perineal, banyak berjalan, kina rasa pendedahan awal tentang pengalaman bersalin & cara memudahkan bersalin dari bacaan di blog-blog & group banyak jugak membantu takde la clueless sangat masa dalam labor room tu.

Oleh itu, kina rasa berterima kasih sangat dekat blogger-blogger yang sudi share pengalaman bersalin dorang and now this is my turn harapnya dapat la bagi sikit ilmu pun. Reverse psycology juga dapat mengurangkan rasa sakit, kalau macam kina, kina akan fikir sakit sangat tapi sebenarnya bila alami tak sakit sangat kira macam tak terkejut la. Jadi tak salah untuk rasa cuak & takut nak bersalin tapi jangan sampai rasa diri tak kuat nak merasa sakit nak bersalin. Hehe.

Buat mommy-to-be yg lain semoga dipermudahkan ye. 

Oh..tak sabarnya nak habis pantang..


Friday, September 7, 2012

Saya sudah bergelar mama!

Salam

Ok..kali ni lama da xupdate & mmg dah bersalin..haha..tak sempat habiskan entry checklist..kalau ikut due date ahad ni kina bersalin, tapi nampaknya si budak kecik ni tak sabar nak beraya, kumpul duit raya, & nak papa dia bayar zakat fitrah. Ingat lagi masa pegi bayar zakat fitrah orang tu cakap 

''tahun ni bayar utk 2 orang, tahun depan insyaAllah bayar utk 3 orang ye''

Takde makna tahun depan..29 Ramadhan dah keluar minta papa die pegi bayar zakat fitrah..hee..
1 jam lepas bersalin

Alhamdulillah, 17 Ogos 2012, hari Jumaat, Nor Shahadah Chinta bt Mohd Sharifuddin selamat dilahirkan secara normal pada pukul 7.39 malam betul-betul lepas doctor, nurse & pudin berbuka dia lahir..Berat semasa dilahirkan 2.75kg, ringan eyh? sebab tu 2 kali push je kot sebab kenit je..Mama die tak dapat teruskan misi berpuasa penuh, jadi kena ganti 2 hari..takpe la, demi kamu Shahadah Chinta! Hari ni dah 21 hari @ 3 minggu da Shahadah Chinta..

Gambar cinta hati kami:


Dahi jendol..: p

Masa mula-mula bukak mata
2 weeks & sudah botak
18 hari, macam baby boy da..sebab pakai biru & botak kot
20 hari, ok jangan cakap sy boyish sebab ni semua pinky siap ade headband..hehe..


Maksud nama die Cahaya Penyaksian Cinta..bukti cinta kami..: p..kina & pudin memang panggil shahadah chinta..korang nak panggil shahadah boleh, chinta pun boleh..(tiada kaitan dgn sinetron Na..na..na..na..da Cinta @ apa-apa sinetron sebab nama tu popup sendiri..seyes tak tengok nada cinta...haha) 

After this kina akan share pengalaman bersalin Shahadah Chinta ni..:)

p/s: sorry tak dpt nak reply email2 & comment buat masa ni..T_T

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork