Monday, September 10, 2012

Kronologi pengalaman bersalin

Salam

*Post yang panjang

Kalau sebelum ni dok baca kronologi & pengalaman bersalin orang lain, sekarang giliran diri sendiri plak nak share pengalaman bersalin anak pertama. Setiap ibu yang bersalin mempunyai pengalaman yang berbeza, sakit yang berbeza tapi insyaAllah pahalanya sama :-

Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

MasyaAllah, besarnya ganjarannya kan? Pernah kina dengar orang yang bersalin lepas bersalin kita pun macam bayi yang tiada dosa, best kan? Moga jadi ikhtibar untuk kurangkan membuat dosa. huhu. Ok la, done with short tazkirah. Hahaha. Nak share pengalaman kina bersalin pada minggu ke 36 yang memang sangat tidak dijangka. 

Kina budget kina akan bersalin ikut ibu kina yang bersalin lewat dari due date. Tett. Salah! Bersalin tidak mengikut keturunan.
Kina budget kina akan bersalin lepas raya sebab 1 Syawal tepat-tepat kina 37 minggu. Tett. Salah! Akhirnya beraya dengan kain batik. Kun Fa Ya Kun. Allah kata bersalin, bersalinlah.

16 Ogos 2012
Sebelum nak balik Tembangau (untuk beraya di sana), kina & pudin kemas-kemas beg hospital untuk baby & mama. Checklist untuk beg bersalin adalah mengikut bacaan di blog2 & kina memang minta senarai barang dari hospital yang kina nak bersalin sebab taknak bawak terlalu banyak barang tapi tak pakai. Hosp swasta kalau kita tak bawak @ tak cukup macam pampers ke dorang akan topup je. (Based on lepas shahadah chinta warded 5 hari kemudian). Kina plan nak bersalin di Kuantan Specialist Hospital (KPJ Kuantan). Alhamdulillah dapat gak bersalin situ.


Beg baby dah ready tapi tinggal kat kuantan.


Agak classic list die. haha. kina tak follow kuantiti sebab tu mcm lama je kat hosp.


Kina : Nak bawak balik ke beg baby & beg syg gi Tembangau? Letak dalam kete ke.
Pudin : Tak perlu lagi kot, abg rasa syg bersalin lepas raya. Lagi pun takut tak muat kete nak amik Shahidan & Pijah lagi dari sekolah. (Kompiden je kan)
Kina : Alrite!

17 Ogos 2012 (bermula la kisah..)
Pukul 4.15 pagi: Kina tersedar dari tidur, rasa macam air mengalir. Dalam hati, ''Eh, aku terkencing dalam seluar ke?''. Dalam 2 second lepas tu rasa lagi air mengalir suam-suam kuku. Masa tu rasa ni bukan air kencing ni sebab dia tak boleh ditahan-tahan. Rasa macam period tapi laju je keluar. Kejut la pudin cakap keluar air. Pudin dalam gabra & terkejut tapi dalam masa yang sama tak nak percaya tu air ketuban tanya kina balik ''Kita nak buat ape eh? Syg nak bersalin ke? Rasa sakit?''. Kina cakap ''Tak tahu la ni air ketuban ke? Tak rasa sakit pun. Ayuk.'' Lepas dah tukar seluar, tak rasa dah air keluar boleh kina sambung baring sambil google pasal air ketuban pecah @ air ketuban leaking. Pudin plak tengok kina relaks je, die sambung tidur. Hahaha. Bila kina rasa air keluar kina kacau pudin balik. Last-last kina minta pudin pegi pinjam pad dengan adik die. Hoh! Selama 9 bulan tak pakai pad, Koteks pun dah berubah wajah kan! Selama 30min, adalah 3 kali tukar pad overnight tu. 

Pukul 4.45 pagi: MIL panggil bersahur. Belum bagitahu lagi ni keluar air semua sebab masing-masing macam tak dapat terima itu adalah air ketuban. Siap kina bersahur segala, makan petai jeruk. Nyum-nyum. MIL tahu tu favorite kina, kalau balik mesti ada. Dah nak habis makan, baru pudin bersuara.

Pudin : Kina macam keluar air, macam mana eyh?
(Semua orang tercengang & terkejut)
MIL : Haa, bila keluar air? Banyak?Macam mak masa nak bersalin ke udin la dulu keluar air awal.
Kina : Dalam pukul 4 tadi. Banyak jugak la mak, dah tukar 3 pad.
MIL : Tepon Sarin & Iman tanya camne. (Abang kedua & ketiga pudin - doktor)

Both of them suruh pegi hospital terus sebab takut nanti ada jangkitan kuman. Dah la beg tak bawak, buku merah tertinggal! Dah habis bersahur tu (kina masih berpuasa), masih berfikir solution terbaik nak pegi hospital mana. Lepas solat Subuh, kina & pudin sempat la baca surah Maryam walaupun tak habis. kihkih. 

Pukul 7.00 pagi: Kina call mak kina plak bagitahu keluar air ketuban. Mula-mula mak kina macam tak caya siap investigate dengan macam-macam soalan. Mak kina suruh kina balik Kuantan terus pegi KPJ Kuantan. Selepas discuss dengan MIL & abang pudin semua kitorang sebulat suara untuk pegi ke Klinik Kesihatan Tembangau dulu then kalau nurse suruh pegi hospital terus shoot ke Kuantan. Mandi & berkemas lah. Berat gak hati sebab baru je balik semalam dari Kuantan dah kena balik Kuantan semula. Kina pun dah bersemangat bawak balik satay nak bakar sama-sama dekat Tembangau.

Pukul 8.00 pagi: Kina, Pudin & MIL pegi KK Tembangau. Dah prepare diri kalau kena marah pasal tertinggal buku merah. Hahaha. Nasib baik kena bebel sikit je tak banyak. : P. Nurse terus check blood pressure - OK, tanya ada rasa sakit ke - Tak sakit apa-apa. Nurse tengok memang dah keluar air ketuban. Nurse check bukaan ataupun dalam bahasa biasa seluk. Tak rasa sakit pun maybe sebab selalu buat urutan perineal. Hehehe. (Tak sia-sia buat urutan perineal awal-awal!haha) Nurse cakap bukaan belum ada tapi kena pegi hospital terus. 

Pukul 8.30 pagi: Terus angkut beg nak balik Kuantan. Baju jubah yang MIL bagi untuk pakai masa raya pertama pun bawak balik sekali. Masa ni memang sebak, lagi-lagi MIL dah nangis-nangis sebak, pesan banyakkan zikir nak bersalin tu. Sesi minta maaf & minta doakan pun bermula.Uwaa..kina tak boleh tengok orang nangis, masa salam peluk cium nangis sekali. Lepas tu bertolak la ke Kuantan.

Pukul 9.00 pagi: Kina cakap kat pudin nak buka pose lah sebab kalau bersalin nanti tak cukup tenaga nak teran. Pastu singgah la stesen  minyak beli roti & air soya. Akhirnya, berakhir misi berpuasa penuh. Sepanjang perjalanan sembang-sembang dengan pudin. Pudin ok je, kina rasa macam tak bersedia lagi. Pastu sempat kina tidur sejam sebelum sampai Kuantan. 

Pukul 12.00 tengahari: Sampai la kat rumah kina sebab nak amik buku merah & beg. Sempat lagi kina makan cornflake madu. Lepas tu buang air besar siap-siap. (Bersyukur berak awal-awal!)

Pukul 12.30 tengahari: Sampai dekat Kuantan Specialist Hospital (KPJ Kuantan), tak terus pergi bahagian Kecemasan pun. Mula-mula pudin ajak pergi bahagian Kecemasan tapi kina rasa macam tak rasa apa-apa & tak macam mencemaskan pun so pergi je dekat kaunter pendaftaran dekat Dr Suraya macam check up biasa. Nurse amik tekanan darah & amik berat badan terus jumpa Dr Suraya. (Masa ni tak ramai orang sebab orang dah nak beraya kot.) Dr Suraya terus check bukaan & die confirmkan dah 2-3cm bukaan. 

Dr Suraya: Kena masuk wad la eyh, sebab air pun dah keluar, bukaan pun dah ada. Boleh bersalin normal la ni.
Kina: Hari ni ke Dr? (Tak percaya lagi)
Dr Suraya: A,ah, hari ni lah bersalin. Kena ready lah ni, baby nak keluar beraya. 36 minggu 5 hari memang boleh dah bersalin.
Kina: Owh..ok..

Pukul 1.00 petang: Nurse bawak pegi wad. Dalam wad tu ada 4 katil, lepas bersalin baru dapat wad single sebab masa tu full lagi katanya. Tentang harga kalau standard single RM180, VIP single RM220 macam kina entitle utk standard single tapi tu pun rasa ok sangat dah. Nurse lain plak datang tanya-tanya, check blood pressure & tanya nak makanan tak. Nurse cakap makan yang ringan-ringan je tak boleh dah nak makan nasi @ berat-berat.

Pukul 1.30 petang: Nurse suruh salin baju pakai baju tshirt @ kemeja dengan kain batik. Ingatkan ada baju khas ke. Hahaha. Dalam masa ni memang asyik nak kencing, nasib baik dalam wad ada toilet. Pakai kain batik memang fail! Asyik nak tercabut je. Lepas tu dapat la roti dengan butter & air milo panas.

Pukul 2.00 petang: Nurse datang pasang machine CTG & letak dekat perut untuk kira contraction & heart beat baby. Ada 1 button untuk si ibu tekan kalau rasa pergerakan baby. Sepanjang sejam memang tak banyak pergerakan baby cuma 2 kali je kina rasa. Pudin datang bawak biskut & air. Lepas tu pudin sempat baca-baca sikit pada air zam-zam secawan bagi kina minum.


Rupa machine tu


Button tu ditekan kalau ade pergerakan baby. Suami siapkan keje. Hee.


Kina: Minta maaf segala salah silap syg selama ni.
Pudin: Syg xd buat salah pun, Abg maafkan & doakan syg ye. (ok..touching2 sket sini)

Pukul 3.00 petang: Nurse indian datang check machine tu, tanya rasa sakit tak. Belum rasa sakit pun. Tiba ada 1 masa tu nurse rasa perut kina mengeras then terus die cakap " Haa..rasa sakit kan?''. Kina cakap "Tak rasa apa-apa"..Rupanye kalau mengeras camtu tu kira contraction. Datang plak 2 nurse (memang ramai nurse melayan eyh) nak cucuk benda nak sambung air tu. 2 2 tak nampak urat & cakap halus sangat jadi tak berani nak cucuk, dorang panggil nurse senior sket utk cucuk. Kina tak suke betul bende alah tu sebab rasa tangan tak boleh nak gerak bebas. 

Pukul 3.15 petang: Lepas tu dah boleh masuk labor room. Nurse tolak atas wheelchair, pudin bawak beg segala. Beg baby plak terus bagi dekat nurse & nurse tanya nak breastfeed @ susu formula. Kalau hospital yang nurse tak tanya maybe korang boleh remind terus kalau nak breastfeed just incase ye. Bila dah masuk labor room rasa seram sejuk & berdebar sangat-sangat. Ada 2 orang nurse yang jaga, sorang tu macam senior sket sorang lagi macam muda & baru keje sebab yang senior dok ajar die. Nurse masukkan air & cakap lepas ni akan rasa makin sakit ye. Sempat lagi la kina online, pudin pun dok buat kerja die dekat computer. 

Pukul 4.00 petang: Dr Suraya datang untuk check bukaan. Bukaan masih 3cm. Dalam hati kina, ''Eh, lambatnya nak tunggu 10cm mesti esok la aku bersalin ni''. Nurse tanya dah sakit ke? Kina belum rasa sakit lagi.

Pukul 5.00 petang: Kina mula rasa air cond makin tak sejuk. Mula berpeluh-peluh ringan. Kina tanya tak pasang air cond dah ke? Pudin cakap sejuk je. Kina pun tanggal tudung sebab rasanya semua perempuan je pun. Masa ni mula rasa mild contraction macam sakit senggugut tapi yang tak berapa sakit lagi. Dalam 15min die menyerang. Pudin cool je dok kat tepi main computer, bukan main la..buat keje..yela takkan nak tenung je bini die. Kina pun boring kalau tak buat apa-apa. Apa yang penting pudin sentiasa ada di sisi.

Pukul 6.00 petang: Jeng-jeng-jeng. Sakit sudah datang. Rasa perut memulas-mulas macam senggugut. Badan kejap pusing kanan, pusing kiri. Masa rasa sakit kina akan genggam tangan pudin. Tapi tengok muka pudin macam biasa je tak gabra pun (mesti control sebab ada orang.haha). Nurse tanya nak ubat tahan sakit tak, masa tu kina rasa boleh tahan lagi. Dalam hati kina nak amik kalau makin sakit dalam pukul 10 malam kalau belum beranak lagi. Nurse bagitau kalau rasa sakit macam nak berak @ nak teran bagitau die.

Pukul 7.00 malam: Kina dengar orang menjerit kat bilik labor room lain. Ni mesti amoi sebelah katil kat wad tengahari tadi. Gila cuak dengar die menjerit. Huhu.

Pukul 7.15 malam: Kina curious nak tahu berapa dah bukaan, rasa takde la nak teran sangat tapi cakap je dekat nurse rasa nak teran. Nurse pun check bukaan. Dah 9cm! Eh2..kejap plak dah 9cm, kina budget 6cm..Asyik main budget je kan..: p. Terus nurse call doctor cakap dah 9cm. Nurse macam prepare ape yang patut. Time tu gak rasa nak kencing, tak kuasa nak bangun pegi toilet, kencing je atas katil. Bagitahu kat nurse dah terkencing la. Nurse cakap takpe2. Sakit makin kerap datang. Lepas tu nurse yang senior tu ajar cara bernafas untuk tahan dari meneran sebab kalau meneran sebelum 10cm nanti banyak terkoyak. Tak lama lepas tu, nurse check lagi sekali & dah 10cm! Lagi sekali nurse call Dr Suraya untuk inform dah 10cm. 

Pukul 7.30 malam: Tiba-tiba je katil dah transform. Hahaha. Katil dinaikkan tinggi, kina mintak air sikit sebab haus. Kina dah mula rasa nak teran sangat. Kina siap tanya bila Dr Suraya nak datang? Nurse cakap kejap lagi sampai, rumah die dekat je. Lepas tu nurse sempat grab kurma & bagi pudin kuih. Hee. Kira dah masuk 29 Ramadhan dah. Pastu Dr Suraya sampai, pakai glove semua & bagi arahan dekat nurse. Agak tegas die dengan nurse tapi dengan kitorang sangat lemah lembut & sopan. Kaki kina macam diangkat & diikat pada besi, tangan plak kena pegang besi dekat sebelah pinggang. Kina teruskan bernafas ikut nurse ajar sebab tak tahan sangat dah nak teran. Nafas ikut hidung dalam-dalam & hembus ikut mulut diiringi dengan doa Nabi Yunus. 

Pukul 7.35 malam: Dr Suraya cakap dah boleh teran tapi teran bila rasa sakit je. Sebelum teran kena tarik nafas dalam-dalam, masa teran habiskan nafas tadi,tak boleh angkat punggung, tak menjerit & kepala tak mendongak. Kina try ikut betul-betul. Kali pertama kina teran, pudin cakap nampak kepala baby dah keluar & kali kedua terus keluar baby dengan uri sekali + bantuan dari Dr Suraya dok korek lebihan uri kot. Alhamdulillah, sesi teran meneran sangat singkat. Rasa cmne? masa teran tu rasa macam teran nak sembelit tapi memang rasa tertarik gak otot-otot sekitar miss V tu.

Pukul 7.39 malam: Lahir lah Nor Shahadah Chinta seberat 2.75kg, pada hari Jumaat 17 Ogos 2012, bersamaan 29 Ramadhan sebab dah lepas maghrib. Nurse letak baby atas perut kina yang dah tak buncit dah tu. Dalam 5 seconds baby dah dibawak keluar. Tak sempat nak tengok muka. Kina tanya dekat Pudin ''Girl kan?''. Pudin senyum & cakap "A,ah, Shahadah Chinta dah keluar syg". Dr Suraya plak mula menjahit miss V. Masa Dr Suraya jahit tak rasa apa-apa sebab dah dibius kot. Masa tu dari paha & kaki menggigil bukan sebab sakit tapi sebab sejuk air cond. Hahaha. Kelakar tengok gigil gitu, rasa segan pun ade. Ceh, itu pun nak segan kan padahal Dr & nurse dah tengok semua. Dalam 10 minit dah siap Dr Suraya jahit, ubat pain killer dimasukkan melalui punggung. Then katil pun diturunkan. (Masa ni risau je katil terjatuh..hahaha)..Lepas tu kina pun ditransfer ke katil lain & ditolak ke wad.
Anak papa! Kagum hari pertama pudin da pandai bedungkan si kecik ni. Mama die?haram.:p
Esok pagi dah boleh discharge! Layanan & service KSH sangat berpuas hati. Tengok die charge berapa kan. Berapa charge untuk semua? RM3600 (mahal kan??huhu) which including procedure beranak normal, single standard ward, makanan untuk 3x, consultation paed, suntikan BCG untuk Shahadah Chinta & semua ditanggung ING. Selamat duit mama & papa. Duit saving maybe bleh beli stroller ke breastpump elektrik ke? Kihkih.

Err.. macam tu lah ceritanya lebih kurang..kalau ralat pun dekat masa lah sebab kina pakai assume je pukul berapa. Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat sebab dapat bersalin secara normal & dipermudahkan. Selain dari bacaan AlQuran, doa-doa, air zam-zam, urutan perineal, banyak berjalan, kina rasa pendedahan awal tentang pengalaman bersalin & cara memudahkan bersalin dari bacaan di blog-blog & group banyak jugak membantu takde la clueless sangat masa dalam labor room tu.

Oleh itu, kina rasa berterima kasih sangat dekat blogger-blogger yang sudi share pengalaman bersalin dorang and now this is my turn harapnya dapat la bagi sikit ilmu pun. Reverse psycology juga dapat mengurangkan rasa sakit, kalau macam kina, kina akan fikir sakit sangat tapi sebenarnya bila alami tak sakit sangat kira macam tak terkejut la. Jadi tak salah untuk rasa cuak & takut nak bersalin tapi jangan sampai rasa diri tak kuat nak merasa sakit nak bersalin. Hehe.

Buat mommy-to-be yg lain semoga dipermudahkan ye. 

Oh..tak sabarnya nak habis pantang..


54 comments:

puan.mila on September 10, 2012 at 3:03 PM said...

gurlpp telan liur tgk charge kat KSH..mahal oo tp mesti lyanan tiptop kan..mila maybe kat Al-farabi je kot..tu pun panel asben :D

Shakina Farhan on September 10, 2012 at 3:09 PM said...

mila: sebab panel tu pegi kl x mmg xmampu gak..huhu..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P on September 10, 2012 at 3:24 PM said...

terharu baca pengalaman Kina, ntah macam mana pengalaman Yana nanti kan

Unknown on September 10, 2012 at 3:25 PM said...

tahniah and alhamdulillah dipermudahkan kelahiran.
bace ur journey i pon saspen.
post gamba shahadah cinta byk2:D

fifi on September 10, 2012 at 3:26 PM said...

sy nanti camnalah kan..bestnya baby kuar awal tak payah pujuk2 macam baby sy ni..hehe..

ieza ashaari on September 10, 2012 at 3:29 PM said...

wah, teruja baca.. tahniah..

urutan tue cmne yer?

cha on September 10, 2012 at 3:32 PM said...

nak tgk gambar baby please hee. congrtas kina dan suami. happy for you :)

Syima Syaz on September 10, 2012 at 3:39 PM said...

congratz kina..

cerita kina sangat cool, lainnye erita kita.hehe..mungkin bahagian i kan.apa2 pun, alhamdulillah selamat.

*masa i sakit tu, blh plaks dok nyanyi lagu doa taubat dlm kepala sbb suka dengar lagu tu*

Emme Amalina on September 10, 2012 at 3:51 PM said...

alhamdulillah...mudah je kina bersalin kan?bahagian masing2...
congratz dear.. :)

nuraien on September 10, 2012 at 4:28 PM said...

ya allah..aien lak nak ngis..bab2 yg sedih 2..adui.hihihi..bestnye kina..bersalin normal..
nak tnye ckit..

urutan perineal itu cm ne ekh??share plez ;p

Nor Suhaiza on September 10, 2012 at 4:29 PM said...

tahniah...laen org laen critanya.part sya xtau lak mcam mna..tgh mnunggu hari ni.due 16.09..harap2 mudah lah mcm kina.ermmm.. standard la rege tu..kira murah la tu.ada stgh sepital smpai cecah 5k...tu xtmasuk elscs....kalo la dh msuk labor tiba2 kna operate diorg akn kira 2 cas..normal n operate...

Ajwedding on September 10, 2012 at 4:33 PM said...

wow...amazing..
tahniah kina n pudin,,,
=)

cik lin butterfLYNN~~ on September 10, 2012 at 4:38 PM said...

wah mcm mudah je kina bersalin, alhamdulillah,lbh kurang mcm mak lin je mudah bersalin:)
time lin nt x taw lah cane,hrpnya dpt lah bersalin normal jugak nt,ameen..

Ryn on September 10, 2012 at 4:43 PM said...

mudah je kan kina nk delier bby...hrp2 nnt dimudahkan utk deliver....name bby sedap la kina...:)

puteriraifana on September 10, 2012 at 5:15 PM said...

thanks kina! weee... sekrg memg hari2 baca pengalaman bersalin kat blog2 lain.. neves pun ada.. harap sgt dipermudahkan juga urusan bersalin.. sekrg dah masuk 37w dah.. minggu nie masuk 38.. tak sbr pun ada..

aNNor on September 10, 2012 at 5:19 PM said...

seronoknya baca... detail sgt! tq kina for the sharing. sedapla nama baby kina... :)

miez areyou on September 10, 2012 at 5:20 PM said...

kina..baca tak habis lagi...dada dah sebak..ahaha,,touching plak baca....can't wait saat tue..mudah2han ..amin!

Cik Emie on September 10, 2012 at 5:29 PM said...

Alhamdulillah..dr tulisan kina Allah permudahkn jln untk kina n baby :) gigih emi study sal pengalaman org bersalin..cuak sgt dah ni..doakn emi n baby selamat ye ;)

Lalalatif on September 10, 2012 at 5:30 PM said...

alhamdulillah...
Allah permudahkan proses melahirkan...
rezeki masing2 sakit bersalin ni kan...

.ieLah. on September 10, 2012 at 5:36 PM said...

suka tau bace pengalamab orang yg deliver awal2 nih.hihi
tapi betul la kan kina, buat urutan perineal tu memang membantu.. :)




(tarik napas tgk bil.hohoho)

Sue on September 10, 2012 at 5:39 PM said...

tahniah kina n pudin for the newborn.. tenang je baca pengalaman kina.. tp nk tau pasal urutan perineal tu laa.. nanti da free2 boleh share sikit tak? hihihi..

Khairiyah aka Kerry on September 10, 2012 at 5:40 PM said...

hehe tak sangka budak kecik yg slalu kene usik n kuat nangis ni dh jd ibu heheeh.congrats kina n pudin!!

sarahhernyzar on September 10, 2012 at 6:08 PM said...

nangis part tacing tacing laki bini. ngalir gak airmata part bernapas dan dh x thn nk meneran. hahaha.

Zurae on September 10, 2012 at 6:11 PM said...

Tahniah... seronok baca story awak.. mudah btol Kina bersalin... Syukurlah..
Berdebar pulak macamana la saya nanti...

Husna Adnan on September 10, 2012 at 7:15 PM said...

Alhamdulillah, tahniah Kina! Hampir sama pengalaman kita. Syukur dipermudahkan. Selamat berpantang!

Hidayati Farhan on September 10, 2012 at 7:16 PM said...

Mudahnya kina bersalin. Comelll baby. Tahniah

puansazusarin on September 10, 2012 at 8:54 PM said...

mudah lah mama chinta ni bersalin...tahniah2 =)

Asz Miza on September 10, 2012 at 11:03 PM said...

seronok klo dpt bersalin cm kina kejap je..miza tgh mnunggu da ni..da 39w 4d da..erkk..

Schaz on September 10, 2012 at 11:54 PM said...

mudahnye kina bersalin..semoga dipermudahkan Allah mcm kina jugak..take care of urself n ur baby!

dilla nadila on September 11, 2012 at 1:03 AM said...

alhamdulillah
senangnye kina bersalin....kagum
dila.............???humphh
masih belum ade rezeki lagi

Cik Puan Tqah on September 11, 2012 at 9:33 AM said...

alhamdulillah..senang je kina.. semoga dengan kehadiran baby hidup korang lagi ceria :)

Anonymous said...

congrat kina... hope u boleh review pasal harmony breast pump... cam berminat jer nak beli...

Lovely Love.. on September 11, 2012 at 2:07 PM said...

tahniah mama@papa..

nt if awak tak kisah, wat post pasal urutan perinatal tu yek.. :)

Aine Ainun on September 11, 2012 at 3:45 PM said...

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan...

Share urutan bersalin, nak tau jugak;)

deena on September 11, 2012 at 4:37 PM said...

Tahniah ye dpt baby girl.. Bestnye dpt bersalin normal.. Sy 2x operate..

Unknown on September 11, 2012 at 7:39 PM said...

tahniah kak kina.. Alhamdulilah dapat bersalin normal yer..kawan2 jijah ramai yg operate kak...

choclairissa@intan marliana on September 11, 2012 at 9:12 PM said...

bace entry kina ni rase cm senang je kina beranak..hehe mcm bleh branak lg je esoknya..congrats mama kina n pudin :)

Liyana on September 12, 2012 at 10:00 AM said...

bace ni rase mcm sngnye kina bersalin... bhgn masing2 kan :)

mcm sy dulu bukaan 2cm tp sakitnye rase nk tcabut nyawa. entah brape kali mengucap, huhu. kembar darah katanye.. tu yg sakit menggiler.. :(

Bushra Tajuddin on September 13, 2012 at 8:42 AM said...

Tahniah kina & pudin!
Alhamdulillah.. Allah permudahkan Kina bersalin. Selamat berpantang!

anariffin on September 14, 2012 at 11:27 AM said...

tahniah for kina and pudin..
relaks je bace..
tapi asal hati cam laju je..huhu..takut ok..neway..alhamdulillah..

Umie Aisya on September 23, 2012 at 4:40 PM said...

Congratz kina n husband!pengalaman kte lbh kurng sama tp i bersalin dlm tempoh 12 jam lps air ketuban pecah kol 5pg.byk kali gak push n rasa mmg nk teberak sembelit tu.bby dh kuar rasa lega sgt2..alhamdulillah syukurkan dpt bersalin normal :)

~CAHAYA~ on September 23, 2012 at 10:05 PM said...

tahniah kina n timekasih byk2 sgt sbb kongsi pengalaman bersalin ni......:)

sy tkut satu j kina iaitu episiotomy tu...ingtkn kina xkena rupeny kena gak...huhu..bole sy tau x, bape jahitannye?...huhu

safurara on September 24, 2012 at 8:03 PM said...

tahniah kina.sory lambat wish.

M & N on September 26, 2012 at 11:48 AM said...

Tahniah! Nak Taney sikit, pasal hospital bayaran tanggung ING..macam mana ye? Ntah insurance boleh claim ke? Sebab fikir nak salin kat swasta tapi budget tight.
Yang urutan perineal, boleh tunjuk ajar tak?

Unknown on October 6, 2012 at 8:13 PM said...

Salam dear....nk tnya.....pasal byran ditanggung ING tu mmg dear amk insurans ing ker?sbb ika amik prudential tp takde pon ,masa deliver ditanggung oleh orudential

Unknown on January 1, 2013 at 8:21 PM said...

tahniah, sy pun deliver baby kt kuantan specialist, dgn doc suraya.. Tp dua2 baby kne czer, :-( kne dkt 7k..tp puas hati sbb servis sgt ok..

juicy X on February 5, 2013 at 10:07 AM said...

rsa sebak je baca...wuuu...

giliran sy nti ntah mcmna

Ninie on February 6, 2013 at 12:27 PM said...

saya bersalin ngan Dr Khaled. RM3200. Ada diskaun.. sbb byr sendiri :-)

zarazery on February 14, 2013 at 4:44 PM said...

reverse psychology tu mcm mana kina? cite sket kina camne kina tune kan rasa sakit bersalin tu :)

soziyana on February 21, 2013 at 2:29 PM said...

alhamdulillah...
dah selamat bersalin..
lega.......

fahimanadhira on February 27, 2013 at 10:28 AM said...

hehe. congrats from the junior nurse in labour room of ksh.. :D

Unknown on March 7, 2013 at 3:25 PM said...

.saya di juz nak kongsi sedikit ilmu.. INSURAN? adalah merangkumi life + medical + savings...semua syarikat insuran ada kebaikan dan kekurangan masing2..tapi yang paling penting anda tahu tujuan utama anda amik insuran n memahami polisi yang diambil..semuanya bergantung kepada individu n kemampuan masing2...saya tidak menjual insuran semata2, saya hanya ingin berkongsi pengetahuan bersama anda..(MUHD FAIZ-0174123816 PRUDENTIAL BSN TAKAFUL AGENT)

Unknown on June 27, 2013 at 12:59 PM said...

Salam.saya disini juz nak kongsi sedikit ilmu.. INSURAN? adalah merangkumi life + medical + savings...semua syarikat insuran ada kebaikan dan kekurangan masing2..tapi yang paling penting anda tahu tujuan utama anda amik insuran n memahami polisi yang diambil..semuanya bergantung kepada individu n kemampuan masing2...saya menjual medical card coverage 100% & tidak perlu membayar deposit hospital (pakej tambahan, klinik swasta pun percuma seluruh malaysia)..selain itu boleh mengelak cukai pendapatan disamping dijadikan simpanan jangka panjang..PLAN INDIVIDU=RM100 ke atas…PLAN FAMILY(IBU,BAPA & ANAK2)=RM200 ke atas…PLAN PEKERJA=RM50…saya tidak menjual insuran semata2, saya hanya ingin berkongsi pengetahuan bersama anda..dapatkan agen yang menjual ilmu insuran kepada anda secara percuma dan tidak mengejar keuntungan semata-mata.IKHLAS DALAM MENCARI KEREDHAANNYA..(MUHD FAIZ-0174123816 PRUDENTIAL BSN TAKAFUL AGENT)

Anonymous said...

servis hospital al farabi pun teruk jugak... buat d & c rm 3 ribu lebih... duduk x sampai 13 jam... siap kena halau lg waktu tgk bini dalam bilik pembedahan. .. cakap semua doktor perempuan, yg sebenarnya ada jgk dr laki masuk, dah la tipu customer, layanan diorang lg teruk, menyesal g al farabi

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork