Monday, July 27, 2015

Itinerary Korea 5 hari 4 malam dengan anak kecil (Penuh gambar je)

Salam.. 
Susahnya nak tunggu mood update pasal korea bulan 5 ritu. Huhu. Dah nak lupa dah pon. Type sket tutup laptop. Rasa tak nak type banyak. Just gambar jela. Nanti tips type banyak sket. Harapan..:P

Ni adalah itinerary yang ke2 yang kina buat lepas tanya sifu-sifu yang pernah pegi korea. Masa dekat sana ada jugak berubah sebab 1 kepenatan 1 lagi tak sempat masa.

 Itinerary korea Date: 21 May - 25 May 2015

 Guesthouse: Boa guesthouse
 Flight Air Asia 8.00am Arrival : Icheon airport 3.00 pm

21 May Khamis

1. Buy T-Money
2. Take Arex Train at B1 Floor, exit 4 Hongik University Station.
3. Check in BOA Guesthouse 4.00pm
4. Eat, pray & relax
5. Hangang river cruise (Yeouinaru station,exit 3, line 5 )-(timetable 7.30pm,8.40pm-15000W,7500W) Banpo bridge (starts rainbow 8.00,8.30,9.00-20minutes)


22 May Jumaat
1. Geongbokgung palace (gyeongbokgung station, exit 5, line 3)
2. Gwanghwamun square Cheongyeong stream
3. Itaewon (Papa solat jumaat) dari sini naik bas ke namdaemun
4. Namdaemun (bus 405) (hoehyeon station, exit 5, line 4)
5. Myeongdong (sebelah myeongdong je)


 23 May Sabtu
1. Nami Island (gapyeong station, take bus 5000W or taxi 5600W)
2. Petite france (bus)
3. Namsagol hanok village (chungmuro @ Hanongmaeul-gil station)
4. Namsan tower (myeongdong station exit 3, line 4, nail tango kiri ade 7E, dean skit pacific hotel, jalan simpang kiri terus sampai selekoh kiri ade signboard, lintas jalan naik tangga ke atas, ke kanan nampak bangunan cable car 8000W )


 24 May Ahad
1. Children Grand Park
2. Hongdae street
3. Dongdaemun

25 May Isnin
Rest
Depart to KLIA2


Ni itinerary sebenar dekat sana. Layan gambar banyak-banyak jela eh. Rasa tengok gambar lagi best dari membaca. : p


Tu la, biasa bangun lewat. Flight pukul 8 pagi. :p

Peaceee. Flight aritu banyak kosong. 

Alhamdulillah, safely arrived. Incheon airport. Seoul Korea.

Mende pertama buat dekat korea! Hahaha. Bertuah budak ni. Toilet family. Ada toilet kecik tomei.

Dah lepas hajat die, happy la tu. Anyeonggggg

Dah beli T-Money macam touch & go tu dekat 7e, kena topup dekat machine ni.
 Lepas tu naik AREX train sampai ke Boa guesthouse seperti previous post. Pastu berehat, solat, makan, round guesthouse, pastu nak pegi naik cruise.
1st time naik cruise macam ni.

Pemandangan atas cruise

Teropong bulan.
 Kecewa jugak naik cruise tu tak berapa nampak air pancut dekat jambatan Banpo. Sebab die membelakang jambatan tu. Waktu naik dah tepat dah. Korang boleh tengok jadual awal-awal dekat website korea. Balik tido. Sampai bilik pun dah dekat 12 malam.
Pagi yang tak berapa pagi. Hahaha. Tengok kartun sementara mama siap. :p

Next destination pegi gyeongbokgung palace.
 Ni dekat tren station die.

Gigih tu angkut. Wajib bwk tu. Dekat subway station yg ni takde lif, jadi angkut la dl stroller.

Dah tengahari tak berapa sejuk, jadi mama dah simpan coat.

Papa & the girls

"papa, nape pakcik ni diam je?" hahaha

Pegi dekat gwanghamun square, lepak dulu dekat bahagian bawah. Ada acond.

Shafiyah duduk atas replika singgahsana. 

Naik bas dari gwanghwamun square ke namdaemun. Sorry tak ingat dah no bas. Kitorang tanya je orang korea kat situ. Yang muda-muda paham la english.

Tak sedar dah sampai, ahjumma dalam bas yang tolong sedarkan.hahaha

Try kuih traditional ni. Mahal lah yang ni. Rasa macam kuih kacang dekat Malaysia. Tak tahu nama. 

Dah habis shopping, makan kebab, gi itaewon naik bas. Tapi sesat sebab terawal turun. Tu la tak kira station betul-betul.

Sempat semayang jamak zuhur-asar, maghrib-isyak. Sementara nak tggu maghrib makan-makan kat Pak India. Pastu balik

Hari ke3, kol 8 dah keluar dah. Nak pegi Nami Island yang famous tu.

After naik tren, naik taxi, naik ferry. Budak ni still tido. Hahaha. 

Tak sangka dah sampai sini. Besar jugak.

Suke sangat dok rumah kecik ni.

"Baby jangan nangis, kakak ada. "

Sebenarnya nak makan nasi goncang, tapi termasuk dekat kedai Asia Halal ni. Hihi. Sedap aje dah lapo.

Surau atas kedai. Bersih, cantik. Ada tempat wanita & lelaki. Kosong sebab baru masuk waktu zuhur masa tu.

Cantik kan? Bye-bye nami island.

Sampai dekat area dongdaemun tapi tak tahu jalan sangat pastu balik. Tak beli apa.


Hari ke4 pegi Children Grand Park atas cadangan kak yati. Tak pegi Everland takdan. Lagipon bukan dapat main pun.

Bunga ros merata-rata.

Bangku bersayap. :p

Taman permainan. Ada banyak gila park kat sana. Tak sempat nak gi semua. Besar sangat. Balik guesthouse utk solat.

Dah sampai dekat namsangol hanok village. Suka pegi tempat macam ni.

Shafiyah tido aje dalam tu. Ni ada orang korea offer diri nak amekkan. hihi

Sekitar namsangol village

Dah bangun!

Dok atas tangga tempat orang tengok persembahan kot.

Ni orang beratur nak naik namsan tower cable car. Tak sanggup beratur dekat 2 jam. Terus cancel.

Ke myeongdong lah kite!

Dari myeongdong nampak namsan tower tu. Amek gambar jela. Hahaha. 

Last day, balik. Hahaha. Cukup la ni 44 keping gambar kan. :) Banyak sebenarnya yang tak dapat explore walaupun kitorang berjalan siang malam dengan budak berdua tu. Next time kena pegi lagi ni. InsyaAllah.

Friday, July 3, 2015

Review: Nak tampil flawless di hari raya dengan Ephyra Skin Bar

Salam 

Hari ni nak cerita pengalaman pakai Ephyra Skin Bar selama 2 minggu. Tak pernah dengar pasal Ephyra? Biar betul-betul. Ramai gila blogger yang pakai. Paling kina perasan blogger aty fared sebab dulu pernah jumpa die masa time belum kawen dekat wedding blogger. Memang berbeza lah kalau tengok gambar kulit die sekarang ni. Tapi still masih belum juga terpengaruh lagi, tak rasa nak cuba. Kina selalu nampak iklan testimoni ephyra yang berlambakkan di instagram dan di blog. 
Lambakan testimoni tentang Ephyra Skin Bar. Retis pon banyak ha.
Macam Ehhhh, boleh caye ke ni? 

Jual mahal ko masa tu tak nak cuba lagi. Hahaha. Ditakdirkan kina join contest dekat blog Innanie Coklateyes. Keluar result awal Jun ritu. Alhamdulillah, terpilih. Dapat la test power Ephyra Skin Bar ni secara percuma dan hasilkan review ni. Suka no lah kan. Lepas tu kan kalau korang share gambar selfie sebelum dan selepas menggunakan ephyra skin bar berpeluang untuk menang iphone6 tau! Bestnyaaaaaaa. Mudah sangat-sangat. Kina pon nak join ni. Cara nak menang iphone6 adalah seperti berikut:

5 langkah mudah untuk memenangi iphone6. Wow weee.

Apa yang kina buat lepas receive ephyra skin bar?
Pertama-pertama sekali kina tolak tepi dulu any skincare, supplement, vitamin E dan mask-mask beli dekat korea aritu (walaupun banyak dan comel rupa bentuknya tapi ku tahan jebat). Sebab nak tengok betul-betul best ke Ephyra Skin Bar ni. Yela, nanti tak tau plak produk yang mana buat perubahan kan samada perubahan baik atau buruk then nak catat. 

Macam mana rupa ephyra skin bar ni?
Berbentuk square berwarna biru kehijauan macam air laut. Oh..my favorite color! Kina jarang pakai cleanser dalam bentuk sabun sebab kerap travel. Dengan cuaca yang panas boleh berubah bentuk sabunnya dalam kereta. Mengandungi bahan utama seperti Glutathione dan Alpha Arbutin yang famous dengan functionnya iaitu mencerahkan kulit. Collagen pula sudah pasti untuk awet muda sentiasa sesuai dengan wanita yang gemar menggunakan ayat usia hanya pada angka. Hihi. Bagi pencinta haiwan sepertiku, ephyra skin bar ni tanpa ditest dahulu kepada haiwan. Bagus bukan?


Not tested on Animal. Sokonglah buatan MALAYSIA!

Ok..mari kita mulakan my journey dengan Ephyra Skin Bar selama 2 minggu ni.

My skin condition - 
Type - Blemish prone & oily skin
Jeragat dan parut jerawat memang bersepah.

DAY 1 -  First time ni nak pakai. Paling menangkap adalah bau Ephyra Skin Bar tu. Bau die not too strong macam pencuci lain bahkan rasa macam tenang dan nyaman tau. Lepas tu kina tengok balik dekat kotak dia. No wonder lah, ingredient dia ada aromatherapy fragrance. Sedap sangat bau dia. Fresh je rasa. Rasa nak cuci muka je. Serious hari pertama pakai sampai 5 kali sebelum solat. Hihi. Foam dia halus-halus. Lembut je bila sapu dekat muka. Hasilnya kulit rasa sangat lembap. (Selalu confuse lembab & lembap..hahaha)

Foam dia halus-halus je. Lembut rasa. Yang penting takde pengelupasan!


DAY 2 - Petang, kina perasan kulit agak lembap tapi lembap sebab banyak minyak. Emm..tak sesuai ke? Pastu tengok balik pamplet. Boleh pakai lama sket masa cuci utk kulit bermasalah. Heh..tak sedar kulit bermasalah. Hahaha. Maksudnya cuci, biarkan dulu baru basuh. Kina pun try biar. Cuci muka, lepas tu gosok gigi dulu pastu baru bilas. Hasilnya rasa lagi bersih dan kurang berminyak. Yeah! Parut-parut semua tu tak rasa perubahan lagi. Mungkin terlalu awal kan tapi suka sebab kulit jadi lebih kering tapi lembap. Tapi tak boleh kalau terlalu lama dan terlalu kerap nanti kulit akan jadi terlalu kering ye.


DAY 3 - Hari ni yang kina paling ingat lah. Hahaha. Sebab apa nak tau? Pudin balik keje, masuk2 rumah ayat pertama dia. "Sayang nampak cerah sket lah arini". Kina tak perasan langsung la cerah ke tak kan sebab rasa macam sama je. Tapi laki perasan dulu. Gila tak kembang kempis hidungku menahan. Sumpah lillahi taala ini bukan rekaan tapi betul-betul. Orang lain puji rasa happy ni kan laki sendiri lagi lah happy. (Abang, kalau baca ni nanti teruskan pujian2mu tapi jujur tau. hahaha). 


DAY 4 - Gerutu pada muka rasa berkurangan sket. Macam mana boleh rasa? Sebab hari ni kitorang keluar. Bila keluar mesti pakai bb cream Seqy beauty tu. Masa sapu rasa licin dekat pipi. Sambil sapu sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. First time rasa licin masa sapu bb cream. Kalau tak rasa kasar je kulit ni. Tak perlu nak letak bb cream banyak sebab nampak cerah tau. Jimat bb creamku. Hahaha.


DAY 5 - Sorry. Takde catatan. Kekeke. Jadi kita skip a few days.


DAY 9 - Topik kecantikan antara hot topik dalam whatsapp group. Masa tu bebudak dalam group whatsapp tu tengah cakap-cakap pasal pembersih muka dengan supplement. Dan-dan masa tu kina recommendkan ephyra skin bar ni. Sebab jerawat takde yang singgah sepanjang 9 hari pakai ni. Punya lah bangga jerawat tak keluar. Wahahaha. Biji kolesterol pun makin mengecil dan ada yang hilang terus.  Kolesterol tinggi. Kena kurangkan lah pasni. Tak sure pasal pakai ephyra ke atau sebab puasa ganti. hahaha. But surely I'm happy!


DAY 10 - Pernah dengar tak orang cakap jangan cakap besar nanti kena. Lagi-lagi bab jerawat. Sedang elok hari ni cik jerawat berskala 0.2mm menjadi tetamu di pipiku. Grrrr. Resah gelisah la mak eton. Tapi masa ni bertenang dulu sebab pernah baca kalau langsung tak tumbuh jerawat produk tu mungkin ada chemical yang berbahaya. Jadi terbukti Ephyra takde chemical yang boleh mematikan sel-sel kulitku. Tak risau pasal chemical tu sebab Ephyra ada berdaftar dengan KKM.


DAY 11 - Jerawat tu dah masak. Cepat ye masak macam pressure cooker. Hahaha. Kalau tak lamaaaa dia bertandang baru la nak masak. Jadi tu yang akan lamaaaa je jerawat singgah. Tona kulit pulak macam nampak lebih sekata.


DAY 12 - Jerawat terus kecut. Yippie yeh yeh. Kejap je dah kecut. Alhamdulillah. Sengsara kalau jerawat hidup subur sehingga raya. Taknakkkk. Pori pulak nampak semakin mengecil, bila pakai bedak takde la bertakung sangat macam tasik chini. Hahaha.


DAY 14 -  Parut jerawat dah semakin pudar. Kalau tak biasa parut jerawat amik masa sebulan. Sebab daku kaki kutes. Hahaha. Fine, tak pakai tangan, pakai yang besi. 1 lagi yang kina perasan blackhead dan whitehead berkurangan. Kalau dulu depan cermin boleh nampak titik2 hitam dekat hidung. Sekarang dah kurang lah. Scrub pon kina tak pakai sebab nak test ephyra skin bar ni je kan.

Ehem..kasi bergerak-bergerak sket secara ringkas macam mana kisahku dengan Ephyra Skin Bar ni. Tulis panjang-panjang kadang orang tak gemar nak membaca. Kasi interaktif sket. Kekeke.



Don't know how but it really works! Magical? Indeed. Selfie ciked. Sebelum dan selepas menggunakan Ephyra. Now nampak lebih natural gitu. Make up pun boleh lah kurangkan.

Dua-dua pakai bb cream tapi sebelum tu still banyak tak tercover. Hahaha. Tona pun lebih sekata.
Satu lagi gambar sebelum dan selepas. Nak tunjuk sebelum walaupun bermekap tapi nampak menggerutu dekat hidung, pipi dan bawah dagu. Tengok gambar selepas nampak macam shining licin. Hahaha. Walaupun sket je shining tak macam gambar orang yang kulit flawless tapi rasa bersyukur sangat dah. Harap boleh nampak perubahan yang nak diperkatakan sebab daku memang tak reti nak tunjuk gambar sebelum selepas sebab jenis tak tau camne nak set samakan lighting ka posing ka. hahaha. Tapi budak kecik tu tetap tak senyum. :p
Sebelum menggerutu kan, pori pun nampak..tu tak suka gambar dekat! hahaha..parut banyak..Selepas melicin sket, parut berkurangan. Ke arah make up less. InsyaAllah.

Have to agree to all this points! Semua kina ada rasai perubahannya. Jeragat je la lambat sket. Biasa la jeragat kan degil.
Sekali lagi! To summarize my verdicts : 

PRO : Amazing! Ephyra Skin Bar ni sangat berkesan untuk semua jenis kulit. Muka lebih bersih, blackhead & whitehead berkurangan. Parut & jerawat cepat hilang. Berjaya mencerahkan kulit yang kusam jadi glowing. Jimat sebab sebuku tu tahan lama, boleh potong-potong ikut kegunaan tapi kina tak potong pon. Paling penting masa gawat-gawat ni Ephyra skin bar ni murah plak tu. RM39 sajo! Kejap je nampak perubahan, kalau lama pakai insyaAllah kalah la memey yang kulit flawless gebu itu. Aaaamiiin2. Hihi. 

CON : Hanya 1 je penambahbaikan yang kina nak cadangkan pada pihak ephyra. Untuk hasilkan formulasi Ephyra skin bar ni dalam bentuk cecair/cream/foam pula. Sebab bila dalam bentuk sabun buku ni senang nak tergelincir dari tangan dan nak simpan dari terkena air susah sket. (Lagi-lagi toilet kecik ni ha) Kalau Ephyra hasilkan formulasi yang sama tapi bentuk berbeza nanti confirm kina adalah orang pertama yang beli tau. Janji ni!

Bagi yang nak mendapatkan Ephyra Skin Bar boleh la follow

Instagram :@ephyra2u@ephyraskin



Nota kaki: Review ikhlas dari mak anak 2. Flawless mari datang kepadaku sebelum raya ni. Hahaha. Ephyra Skin Bar...saya bagi 5 bintang! Boleh pakai dekat muka & seluruh anggota badan! Nak try set promo trial Ephyra lah RM100 sahaja boleh dapat ephyra skin bar & 10 sachet. Sempat lagi ni.



Tuesday, June 16, 2015

Review: Kenapa pilih BOA Guesthouse, Seoul, Korea?


Salam
*post banyak gambar. 
Hari ni nak share kenapa pilih BOA Guesthouse sebagai tempat penginapan kitorang masa di korea last month. Lepas merisik orang yang dah pegi korea, baca blog, baca review dekat agoda @ tripvisor. Shortlistedkan tinggal :

  • Namsan Guesthouse 2 (fully booked sebab lambat kan)
  • BOA Guesthouse sekarang dah ditukar kepada Boa Travel House.
Untuk check jenis bilik/rate & availability : Klik sini

Ok, apa yang bestnya BOA ni? Banyaaak.

    Hongik Univ Station,Exit 4 lebih dekat. Nampak bangunan LG tempat untuk melintas. Paris tu dah tukar.
1) Kedudukan yang strategik. Dekat dengan stesen subway. Kalau dari airport tu boleh naik AREX straight je terus sampai dekat stesen hongik university tu, tak perlu transit. Nak naik bas pun boleh tapi nanti kena jalan jauh sebab exit tak sama. Ni map nak pegi ke Boa. Kina ade editkan sket map ni, nampak x Paris Baguette tu kina merahkan sebab die dah tukar kot. Cafe jugak tapi bukan Paris Baguette. Masuk lorong tu jalan sket ke atas sampai dah. Lorong mendaki sket je takde la tinggi curam pon. 
Pandangan depan Boa Guesthouse ni.


2) Staff yang friendly dan sangat membantu. Layanan tiptop, tiap kali jumpa dorang akan tegur. Masa sampai senarai guest yang check in dorang akan tulis. Tergelak tengok salah eja nama FIL. Dari Fuat jadi Fulat. Sabo jela. Hihi. Check in tak bayar apa2 sebab dah bayar dekat agoda. Agoda jimat sket ada discount dan boleh guna point review2 hotel dulu2. Cuma kena bayar deposit untuk kad kunci bilik 10000won, bila check out nanti dapat la balik duit tu.

Ramai jugak orang jepun check in. Melayu pun ramai dok sini.
3) Bilik yang selesa, bersih dan lengkap! Kami pilih bilik yang ade 1 katil double + 1 katil single. Sesuai sebab shahadah akan tido katil single, shafiyah akan tido dengan ktorang. Takde la cramp. Dalam setiap bilik ade bilik air & toilet, jadi tak perlu sharing dekat luar. Malas & susah nak gi toilet lagi2 utk kita muslimah ni kan. TV ada, siap shahadah & shafiyah tengok kartun bahasa korea. Acond ade tapi sebab musim spring sejuk la jugak jadi memang die tak on kan. Kalau malam-pagi suhu dalam 15-18 darjah celcius kat luar. Berselubung jugak kitorang. Keluar pagi, balik petang atau malam bilik kemas sedap mata memandang lepas penat berjalan nak berehat. Inform la nak housekeeping. Hihi. Wifi kuat. Peti ais ade untuk letak makanan atau air kite. Takde pun beer dalam tu. Fire extinguisher pun ade just in case kan.  Jom tengok dalam bilik. 
Small but cosy untuk family. Kanan tu peti ais 2 pintu.

Acond hanya boleh on masa summer, TV

Bilik air dengan tandas duduk siap ade selipar utk pakai dekat dalam. Bersih.

Rak kasut pun ade. Tersusun lah sikit kasut banyak2. Wifi ade.
4) Muslim friendly. Ni yang paling win lah kriteria yang ada pada BOA. Macam xd dekat guesthouse lain. Tak tahu kalau ade. Setiap bilik ade arah kiblat (Kina rasa die mintak tolong orang muslim yang buatkan sebab check memang betul tepat). Tingkat atas rooftop ade prayer room khas untuk orang islam. Dekat kitchen pulak, utensil semua asing untuk kite. Siap kunci lagi. Tak ingat dah no code kunci tu. hahaha. Cuma bawak la 1 sejadah untuk sembahyang dalam bilik. Kitorang bawak sejadah kecik je. Dekat sini jugak boleh order makanan korea yang halal tapi kena order 24 jam sebelum sebab nak kena beli bahan mentah yang halal memang dorang tunjuk ayam dalam pack halal yang beli dekat itaewon kot. Kalau duduk dekat tempat lain pun boleh order jugak dorang ade buat delivery tapi mahal 1000won lah dari yang menginap dekat BOA. 
Penanda arah kiblat. Macam dekat Malaysia plak rasa. Hihi
Bestkan ade rooftop. Feeling2 drama korea sangat dah. Dah la sejuk2. Time ni pukul 6pm kot. Lupa dah.

Ini lah prayer room dekat rooftop
Dalam ni lah periuk, pinggan, sudu, cawan utk muslim

5) Kemudahan yang free dan awesome - Antara kemudahan yang best:
  • Free international calls - Pudin call mil sembang 5 minit. Pastu die cut sebab min 5 min sorang takut orang gayut lama nanti org lain nak pakai kn. Tiap hari nak call pun boleh. Takde orang jaga atau ngadap kita depan telefon tu. Hihi.
  • Kitchen dan tempat makan - Walaupun sharing tapi cukup luas dan bersih. Kita kena bersihkan sendiri lepas dah guna. 
Besar kan dapur die. 
Kemudahan komputer, dekat situ banyak info dan kenangan dari guest.
  • Cyber cafe - Ala, ada desktop untuk korang guna. Tak silap boleh print jugak.
  • Penimbang elektronik dan luggage storage - Penimbang tu penting kan, kot2 la over limit berat luggage boleh prepare awal. Luggage storage tu pulak berguna kalau tiket flight korang lambat, tapi kena check out dulu kan. Letak la dekat situ. Check out dan pegi jalan2 last minute.
  • Indoor games & activities - Ada gelongsor untuk budak2. Shahadah suke sangat la main tu. Ade games2 tapi mana la ade masa nak main kan.
  • Water filter - Ade dekat kitchen tingkat ground dan kalau malas nak turun lif dekat tingkat 4 pun ade.
  • Washing machine & dryer - Ni sangat penting bagi kina, sebab malas lah nak bawak baju kotor banyak dan untuk hari last kitorang recycle je baju. Dryer tu tak free - 3000won. Last guna kemudahan membasuh ni pukul 10 malam sebab takut mengganggu orang lain.

Water filter di tingkat 4

Mesin basuh dan dryer. Dryer 3000won. Ade instruction untuk guna. No hal.
Apa lagi nak cerita pasal Boa Travel House ni. Lif die ok. Laju. Hahaha. Lampu die pakai sistem yang pakai movement sense tu la. Xtaula term sebenar die. Tapi jimat kan. Kalau ade orang lalu baru die on.  Kedai 24jam pun ade dekat, GS25 just in case ada nak beli pape. Harga depends pada jenis bilik. Nak kata mahal tak semahal hotel. Hotel sana mahal. Nak kata murah tak semurah konsep dorm tu. Worth it dan selesa untuk yang bawak anak kecik ni ha. Hari tu join contest dapat 10% discount, banyak jugak tu. Voucher valid sampai 2016, macam mintak suruh datang lagi je. Hahaha.
Depan bilik terus lif. Hihi. Ok. bye2.


Ok la..next topik itinerary 5 hari 4 malam.  










Sunday, June 14, 2015

Trip ke korea dengan anak kecil

Salam 

A short unplanned trip ke korea pada bulan lepas. 

Syukur sangat tarikh tu awal sket. Sebab apa?
Hari balik ke Malaysia tu cuaca dah start panas. Fuhhh.
Jadi sempat merasa suasana spring sejuk2 acon. Hahaha.
Seminggu lepas tu ada plak kes MERS virus kat sana kan. Scary.

Sebenarnya duit nak gi korea ni duit kina kumpul simpanan untuk rumah yang bakal dapat tak lama lagi. (to be exact kitchen cabinet!!!hahahaha) Tapi sebab meroyan nak berjalan release stress kaedahnya, lagipun pikir tak sempat pun rumah tu dapat sebelum raya nak siap. Nanti2 lah rumah tu. Huahua. Call pudin tanya date 21 May - 25 May 2015 free tak? Die cakap ok takde ape. Terus pegi booking. Masa tu sebulan lebih lagi. Tercapai status di facebookku pada 2013. Hahaha. Masa tu ada share pasal korea pastu tag pudin kite gi korea 2015 nak? Thank you Allah.

Dalam 2 minggu sebelum nak ke korea tu MIL dengan SIL tak berapa sihat, sampai SIL kena dok wad seminggu. Kitorang pun ulang alik weekend pegi tengok SIL. Risau pastu rasa tak sedap plak kan ade family tak sihat. Serba salah nak pegi ke tak ni. Pudin cakap kite pergi jela tapi diam2 jela. Kalau tukar date susah jugak pudin nak cuti, lepas tu nak kena tambah duit tukar ticket. Kadang beli tiket baru lagi berbaloi dari tukar date. Sekarang ni Alhamdulillah, MIL dah makin ok, SIL ada sikit2 lagi sakit tp beransur sihat. Hopefully. Cuba 2 2 kaedah moden & alternatif. Korang doakan sekali ye.

Untuk review trip ke korea ni kina malas la nak buat day by day. Tak ingat pon ye. Hahaha. Bawak buku nota tapi tak sempat la nak tulis bagai. Ala lagipun ramai dah blogger buat day by day. Kina pun baca dari blog-blog. Memang membantu sangat untuk yang pergi free and easy ni. Yup, ni first time bagi kitorang pergi free and easy. Lagi best free and easy, ikut suka kite je nak tukar itinerary dan of cos lebih jimat kalau kena gaya. Tapi make sure study lah kan. Kalau malas dan duit lebih amik la ground package. 

Jadi kina rasa akan share yang penting je lagi-lagi untuk parent yang nak bawak anak kecil 3 tahun dan ke bawah. Dah update akan dilinkkan di sini. Gambar dah transfer jadi cepat sket la update. (2 minggu baru lepas transfer. hahaha. Banyak hal la handphone tu. Hahaha. Amek gambar pakai handphone je, takde kamera canggih pun). Ni tajuk2 review, akan diusahakan habis minggu ni kalau sempat. Yela, sebelum semua dah lupa.

3) Tips bawa anak kecil (2 lagi tau. satu toddler dan satu infant. hihi)


Korea best tak? Besssst sangat! 5 hari tak cukup nak cover banyak tempat. Tapi tak jumpa la kembarku si yoona. Kahkahkah. Ok tak bawak anak? Ok aje. Shahadah dah gaye budak korea ha tapi die jadi pemalu kat sana. Shafiyah pulak kemain lagi tau bermesra dengan aweks korea. Sexy plak tu. Hahaha. Pudin kan gendong shafiyah dalam baby carrier, naik segan pudin sebab dorang seme dekat2 nak pegang shafiyah. Mana tak shafiyah buat cak2 dekat situ. Ahjumma (makcik2) nampak sama je semua, sama je macam rupa dalam drama korea. Yang muka ala kpop ade jugak jumpa tapi jarang lah nampak. Hahaha. Ade dapat 2 je gambar muka ala kpop. Yang lain semua muka korea original tanpa plastic surgery. Hihihi.

Nota tapak kaki panjang:
Kalau banding Korea dengan Mekah, sudah tentu Mekah & Madinah lah paling best. Kalau korang ade duit pergi lah mekah dulu. Indahnya hidup kat sana hanya pikirkan tentang beribadah. Nak puasa ni rindu sangat rasa dekat mekah. (tapi pudin kata kalau ada rezeki xnak bawak anak2 kalau pegi, apa alasan nak bagi pulak ye. hihihi)  My top list dalam tempat nak pegi semula sekarang Mekah hujung tahun & Korea dalam winter. Beijing & Bali tak rasa nak pegi dah. Hahaha. Tempat yang belum pergi dan teringin nak pegi New Zealand, Jepun & Ghuangzhou. Once dah pergi travelling free & easy memang rasa macam addicted nak pegi sebab dapat tengok keindahan ciptaan Allah & budaya tempat lain. Tak sedar poket dah rabak. Tapi bila tengok quote ni rasa sinar harapan tu ada. Hahaha. Panjang kan nota tapak kaki. :p







 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork