Sunday, November 26, 2017

Islamic Planner 2018 - Plannerhut

Salam 

Bersawangnya blog. Huahua. Rindu nak berblog tapi bila masa free banyak melencong ke lain. Tahun ni adalah tahun ke4 Plannerhut. Bermula dengan saja-saja buat softcopy, 200 softcopy terjual masa 2015. 2016 start buat hardcopy planner 1000pcs terjual. 2017 Alhamdulillah Allah beri nikmat 6000pcs. Untuk 2018 kina masih teruskan hardcopy dengan banyak penambahbaikan dari suggestion customer-customer insyaAllah. 

Islamic Planner 2018 harga agak mahal disebabkan penambahan harga dari supplier & juga banyak penambahan dari segi pages, monthly separator kertas keras, aksesori menarik macam notepad, magnetic bookmark & sticker. Tapi InsyaAllah dengan harga RM47 tu memang bertepatan dengan kualiti planner yang korang akan dapat. Inspirasi kina adalah dari planner Erin Condren & Happy Planner. Kalau tengok harga dorang memang gerun juga untuk kita yang biasa-biasa ni. Hihi. Kina buat plannerhut dengan kualiti premium tapi harga masih mampu milik.

Ni adalah video teaser untuk plannerhut 2018. Enjoy!


RM47 exclude postage. Ada agen di seluruh Malaysia (ada negeri yang takde kita boleh pos ok) . Boleh tengok di ig plannerhut.

 Special features plannerhut 2018. Ada yang dikekalkan dari 2017 dan ada yang ditambahbaikan.
Kotak exclusive sesuai untuk hadiahkan kepada yang tersayang

Beli 1 planner dapat 5 barang : Kotak, Magnetic bookmark, Sticker, Notepad & Planner
Weekly planner dengan checklist


Bukan tu sahaja, kalau korang beli plannerhut ni, korang berpeluang memenangi hadiah bernilai RM2000. Setakat ni hadiah yang paling mahal kina pernah anjurkan tau.
Video tu bonus. Kalau tak kreatif pun takpe, mana tau anda bertuah menang gold bar!
So awak team pink atau team blue?
Kina mestilah team blue. Hihi

Tapi setakat ni best seller adalah team pink

Untuk order boleh whatsApp ye:
atau hubungi mana-mana teamplannerhut berhampiran korang. List boleh tengok di IG Plannerhut.

Happy weekend!

Thursday, June 29, 2017

Itinerary 5 hari 4 malam ke Kundasang & Kota Kinabalu Sabah

Salam..
Lama gila nak dapat ke tulis itinerary ke Sabah bulan Feb ritu. Tapi dah janji so kugagahkan update itinerary utk mudahkan parent yang nak bawak anak kecik ke Kundasang & Kota Kinabalu Sabah. Sila la pegi Kundasang lama sket. Kina suka sangat kundasang sebab sejuuuuk. Katanya bulan Feb & Mac memang sejuk. Start pukul 5 petang ke 8 pagi sejuk. Lepas dari tu dah ala2 cameron je. Cameron tak sejuk dah sebab dah banyak pembangunan kan.

Utk gambar korang boleh cari hashtag #sabahfamilysha dekat instagram. hihi. punya malas nak masukkan gambar. (gambar dalam pendrive dah)

Hari pertama
Flight sampai dalam pukul 2-3 petang (tak ingat dah..kakaka). Tunggu kereta sewa. Mula nak terus ke Kundasang dan jamak ta'khir dekat sana, tapi kitorang berhenti dekat Petronas lepas airport, sembahyang dekat situ. Patutnya masa tu kitorang tak patut gilir2 sembahyang atau terus sembahyang dekat Petronas yang jauh sket (banyak je station minyak nak ke Kundasang tu dan lepas tu pun kitorang banyak berhenti2 sebab ada orang nak kencing la nak berak la..hahaha). Sebab kitorang lambat, stuck pulak dalam jem jadi makinlah lambat. Tak sangka jem jugak area sana. Hihi. Akhirnya sampai dekat Kiram Village masa Maghrib. Bahaya laluan ke Kundasang tu kalau gelap. Ada 1 masa tu berkabus gila tak nampak langsung. So, korang kena cepat2 gerak ke Kundasang kalau flight tu sampai lewat.

Hari first ni banyak dalam kereta sewa je. Sampai check in, makan, beku dan berehat.

Hari kedua
- Pukul 8 setengah pagi breakfast dekat Kiram Village je. Roti canai RM2. Makan cepat2 kalau tak nanti sejuk. Hahaha. Amek-amek gambar la, layan budak2 ni.
- Gerak ke Desa Dairy Farm. Bestttt. Feeling-feeling New Zealand sangat. Dok sini dalam sejam setengah. Makan askrim & yogurt, beli fresh milk, feed lembu & kambing. Tak tengok pun sesi perah-perah susu.
- Pukul 10 setengah pagi camtu dah panas sket, budak2 pun da tanggalkan sweater. Baju biasa da ok. Gerak ke Poring Hot Spring. 38km dari Desa Dairy Farm tapi sebab bukan highway lambat la nak sampai. Sejam jugak baru sampai. Mulanya nak ke Sabah Tea tapi syukur pegi sana dulu sebab sana jauh lagi.
- Dekat pukul 12 sampai Poring tu memang terik. Budak2 pun tertido dalam kete sebab penat dekat desa dairy farm tadi. Kina suruh pudin tido kejap sebab nanti letih nak drive semula. Lepas tu kitorang explore Poring hot spring. Situ besar sebenarnya, ada banyak taman2. Tapi pegi dekat kolam air panas je cuci2 kaki rasa air panas. Dalam tu ada surau kecik utk solat.
- Lepas tu kitorang lunch dekat Restoran dalam tu. Depan restoran tu ada kolam dengan slide panjang (kena bayar asing) , tapi budak2 yang kecik mcm umur Shahadah x boleh main. Restoran dlm tu (tak igt nama) cantik & ada halal, lepas tu toilet dia pun cun, hanya customer restoran je boleh guna.
- Pukul 2 setengah petang kitorang gerak nak ke Sabah tea pulak, Sabah tea dekat je dengan tagal fish massage. So lepas pegi Sabah tea, turun pulak pegi jumpa ikan2 tu. Sampai Sabah tea dalam pukul 3 suku, rilek2, pegi toilet, amek gambar, turun ke fish spa. Jalan nak ke Sabah tea tu takde la curam sangat tapi bumpy2 la.
- Turun dari Sabah tea tu belok kiri jalan sket sampai la dekat fish spa. Dalam2 tu boleh parking lagi, tak jalan jauh pun tapi ada banyak anjing sket. Situ da tetapkan no giliran, masuk, 15 minit nanti dia bunyi la sekian2 dah habis, boleh keluar.
- Lepas berfish massage gerak balik, singgah sat dekat Pekan Kundasang, macam pasar malam meriah. Weols cari sweater & stokin sebab sejuk malam-malam. Tapau siap-siap makan malam. Malas nak keluar malam2. Lagipun pukul 9 semua dah zzzzzz.

Hari ketiga
- Lepas breakfast check out dari Kiram Village.
- Pukul 9 pagi terus ke Gunung Kinabalu. Tak hiking pun. Tengok2 dan bergambar aje. Round dari dalam kereta. Hihi. Suka sebab tak perlu jalan jauh. Hahaha.
- Boleh singgah Pekan Nabalu kalau mahu, kitorang tak singgah pun sebab nak kejar ke tempat lain pulak. (tapi geram tengok pokok2 bunga, kaktus..rasa nak berhenti jugak)
- Otw nak ke Kota Kinabalu akan lalu Jambatan Tamparuli, ni pun kitorang tak berhenti. Just amek gambar dari dalam kereta.
- Sampai dekat Rumah Terbalik, tour dalam tu xle amek gambar tapi dekat luar tu ada galeri boleh amek gambar..Ada kedai makan tapi tak gi..gi toilet.. Tak  masuk muzium 3D sebab anak2ku takut. Masa gi muzium 3D dekat penang pun nangis2 shahadah & shafiyah tu. Hahaha.
- Oh ye, lepas ke Rumah Terbalik, korang masukkan lah itinerary pegi makan lokan bakar & puding kelapa dekat tuaran tu. Kitorang tak pegi sebab lepas dah sampai KK baru tau. Malas nak ke Tuaran balik. Orang cakap sedap. Tengok review pun mcm best.
- Next boleh check in hotel & berehat
- Lewat petang boleh ke Pasar Pilipina & makan seafood dekat KK. Seafood fresh tapi kina rasa biasa2 je masakannya. Hihi. (Ada orang komen dekat gayang seafood sedap)

Hari keempat
- Breakfast di hotel dan ready nak gi Island Hopping
- Nak banyak pulau korang pegi lah awal sket. Harga boleh tahan telan anak tekak. Hahaha.
- Boleh pilih nak pegi Island mana. Ada pakej2 dekat situ. Kitorang pegi 1 Island je. Tu pun rasa kepuasan tunggu nak balik. Hahaha. Sejak pegi Sabah ni weols sedar, weols bukan jenis orang pantai. (patut la dulu bali rasa biasa je, rupanya ajet2 nak tempat sejuk2 je. hahaha..kalau ada rezeki ke bali nanti nak pegi Ubud lah).
-Petang tu kitorang dah pulangkan kereta sewa dekat hotel sebab pikir tak pakai dah. Pakai grab/uber je nanti nak gi airport.
-Lewat petang gi ukur mall je sebab hotel bersambung dengan mall, shopping last minute kekdahnya dapat la seluar dan baju budak2 ni.


Hari kelima
- Breakfast dekat hotel.
- Mood relax2 sambil packing. Hihi. Dah tamat percutian di KK. Pendapat kina kalau korang jenis suka pantai2 lebihkan masa dekat KK. Kalau suka tempat sejuk2 nyaman dok lama sket dekat Kundasang.

ok..hopefully membantu. InsyaAllah ok da itinerary atas ni..friendly budak kecik..hahaha..cuma boleh tambah tempat makan ke kalau korang nak mencuba makanan sana..


Thursday, April 20, 2017

Penginapan di KK : Hotel Grand Borneo

Salam
Ampun baru nk update. Terperam dalam draft sebab gambo. Next itinerary insyaAllah.

Selepas 2 malam di kundasang. Kita pindah ke KK. Di Kota Kinabalu ktorang duduk hotel grand borneo. Ntah macam mana kina boleh igt book hotel grandis. Choi je. Hahaha. Hotel grand borneo dan grandis dua-dua attached dengan mall. Tapi grand borneo ni jauh dengan jeti, grandis dekat dan of course lagi mahal.
Sebelum langsir dibuka

Selepas langsir dibuka..budak2 ni wajib berendam dalam tu..boleh angkat blind tu nampak permandangan (takde la menarik pun pemandangannya.hihi)
Kenapa amek hotel ni sebab ada bathtub dan ada mall. KK kan panas, budak-budak ni pulak memang suka mandi dalam bathtub. Dekat KK banyak berehat sebenarnya lagi-lagi hari last sebelum nak balik. Tak banyak berjalan pun.
Katil. kakak shahadah tido dekat sofa depan tu je. hihi
Shower dan toilet asing.

Ktorang book melalui Agoda. 2 malam RM518 termasuk breakfast. Jadi 1 malam RM259 termasuk taxs. Ada halal jakim paling penting. Breakfast dia ok la. Turun awal supaya tak ramai orang.
Kemain sapu butter, orang amek gambar terus sengih2.

Kereta sewa pulang dah sehari sebelum nak balik sebab nak jimat naik Uber je esoknya pegi airport. Kereta sewa kina dapat RM350 untuk 8 feb amek 3.30ptg -11 Feb pulang 3.30 petang dengan Sahabat kereta sewa. Ktorang pilih MYVI. Jalan ke kundasang berbelit-belit pastu jalan tak ok sangat, jadi pilih kereta yang ok sket. Sebab kereta sewa dah pulang petang tu, petang sebelum maghrib tu kitorang ukur mall jela. hihi. Dapat seluar songket & baju budak2 ni dekat bawah tu.


Pintu doremon ke mall sebelah..

Next year nak pegi lagi lah. Nak duduk Kinabalu Pines  dekat kundasang & dekat KK hotel Grandis tak pun La Meridien. Sebab hazab jugak nak parking dekat bandar KK tu. Grandis dekat je dengan Jetty Jesselton, La meridien pula dekat dengan pasar filipina dan tempat makan seafood tu. Kumpul duit dari sekarang. Tapi yang penting kundasang 3 malam. hihi.

Wednesday, March 8, 2017

Penginapan di Sabah : Kiram Village

Salam..

Akhirnyaaaa..Baru mood datang. Plus masa terluang sket. Lama delay nak cite pasal trip ke Sabah dengan anak-anak bulan lepas. Harap2 tak lupa lah. Hihi. 

Ok, flight takmau cite lah sebab semua orang boleh book dan cari dekat Air Asia kan. Kitorang pilih 8-12 Feb sebab masa tu thaipusam, penang cuti. Lepas tu Sabah Sarawak tak sambut thaipusam, bukan time cuti sekolah jadi maybe tak pack sangat kan. 

5 hari 4 malam di sana : 2 malam di Kundasang, 2 malam di Kota Kinabalu. Next time nak amek 3 malam dekat kundasang lah sebab Kundasang best! Lepas ke Sabah ni baru iols sedar Iols suka tempat yang sejuk compare dengan pantai & bandar.

Kiram Village
Di kundasang kami pilih Kiram village, mula-mula nak kinabalu pines resort tapi dah full. Kalau nak book Kiram village takde dekat Agoda dan sewaktu dengannya (setakat ni lah). Boleh whatsApp no kiram village. (sabar lah menunggu reply ye).
Rate untuk rujukan korang. Tapi ada yang review bilik yang besar tak ok sgt. Kitorang amek Pineapple. Baby tak kira la jadi boleh walaupun max 5 orang. hihi. Tu no tel whatsApp je.

Ada banyak jenis bilik. Semua nama-nama sayur dan buah-buahan. Kitorang amek bilik Pineapple.  Ada 1 katil queen lepas tu tambah extra mattress. Extra mattress tu charge per hari. RM25 tak silap. So jadinya kitorang sewa semalam RM100 + RM25. Towel korang bawak la sendiri ye. Kiram village ni guna kaedah macam Air Asia, nak add on semua kena bayo ye. Hahaha. Towel xigt berapa RM5 kot, extra mattress RM25, iron sewa RM5.
Dalam bilik Pineapple. Luar kayu, toilet je tile simen semua.

Toilet bersih, ada water heater tapi air slow (what to expect dekat tempat tinggi water pressure rendah). Pagi weols tak mandi pon sebab sejuk yang amat masa hari tu. Kaki kakak siap cramp, bukan cramp die kebas pastu sakit la bila pijak. Bilik tu kayu jadi bila pagi tu rasa taknak pijak lantai. Tido malam memang sejuk sangat. Rasa 10 darjah kot. Dekat rumah ktorang selalu acond sampai 24 je. Jenis tak tahan sejuk.

Malam tido seme pakai baju sejuk. Tengok bibir kakak biru. Hahaha.

Dorang cakap bulan feb & mac paling sejuk. Bawak lah stokin dan sweater utk tido. Kina bawak baju tido biasa je sebab orang cakap tak sejuk sangat. Rasa macam 10darjah celcius je malam ke subuh tu.

5700 ft above sea level
Ada gaya kampung hobbit tak? 

Brocolli ni pun comel sangat. beza RM20 dgn pineapple.

Dekat Kiram ni nak senang breakfast dan dinner korang boleh makan dekat cafe die je dan dijamin halal. Pemilik Kiram ni orang Islam. Ktorang merasa breakfast je. Biasa-biasa saja roti canai RM2 dan air nestum, milo..Malam kitorang tapau luar dan tido pun awal. Laki iols pulak dah start diet masa ni, ngengade kan cuti pon diet. Hihihi.
Turun tangga dari bilik nak pegi breakfast. Shahir wajib dalam carrier. 
Masa check in. Ktorang lambat sampai sebab banyak berhenti dan jem sebab time orang balik keje.

Kalau next year duduk penang lagi boleh la amek direct AA ke KK sebab penang direct je ke KK jadi tak lebih nak drive ke KLIA bagai. Ok tak bawak 3 budak2 ni jalan2? Ok je kalau ada kerjasama. Hihi. Shahir pun dok dalam carrier je tido..Kalau dia dah start jalan maybe susah la sket tapi di mana ada kemahuan di situ ada jalan utk berjalan2..hihi.. Ok, next pasal hotel grand borneo plak. 


Thursday, January 19, 2017

Review : Lekit! Slime mampu milik.




Salam,

Hari ni kina nak review LEKIT!. Lekit ni nama je lekit tapi die tak melekat dekat tangan. Lekit! adalah nama bagi slime yang mampu milik.  1 bekas sekarang ni promo RM19 (harga pasaran mencecah RM56 tau kalau slime biasa). Korang boleh tengok dekat instagram lekitmalaysia atau facebook Lekit.

Pagi-pagi tadi budak-budak ni bangun mintak nak main Lekit. Shafiyah sampai sudah panggil slime ni slide. Hahaha. Apa yang best sangat dengan lekit ni?

1) Harga yang berpatutan!
2) Bau wangi (Macam honeydew)
3) Tak melekat pada tangan.
4) Ada macam-macam warna.
5) Limited edition Glow in the dark pun ada. (Boleh tengok video dekat instagram)
6) Sejuk pada tangan.
7) Paling penting selamat untuk kanak-kanak (Dah tested no heavy metal dekat National Poison Centre of Malaysia)


Founder Lekit! adalah seorang chemist dan ibu macam kita. Tujuan utama Lekit ditubuhkan utk memberi peluang pada golongan kurang berkemampuan utk membeli slime sedia ada yang memang agak mahal. Lekit dapat merangsang perkembangan anak-anak melalui sentuhan, rasa, hidu dan melihat dgn mata.

Dengan bermain Lekit! kina tengok Shahadah & Shafiyah dapat salurkan imaginasi dorang dengan happy. Macam-macam boleh bentuk dengan Lekit ni. Masa mula-mula keluarkan Shafiyah tak habis-habis cakap Wow. Its pretty. Kakak shahadah pulak bila tanya best tak kakak? Kakak cakap Best Ever!

Sekarang ni kitorang dah kuarantin main playdoh sebab habis karpet, lantai kena playdoh. Hahaha. Lekit ni senang je kalau stained boleh cuci dengan air suam. Kalau melekat pada rambut pun mak-mak terperlu risau. Boleh basuh je. Pastu sifat slime kan die macam senang bercantum balik bila macam terpisah tu. (errk, paham tak maksud ni? kalau tak paham pegi beli skg..hahaha). Boleh main atas meja, atas cermin, takde meja atas tiles pun boleh sangat2.

Untuk glow in the dark, kina ritu buat guna flashlight (Apps Zotox) letak lama-lama dekat Lekit tu. Lepas tu kina tutup lampu. Best woo. Glow in the dark color hijau. Nanti kina upload video budak-budak ni main.

So, tu je kina nak review. Kina sangat-sangat recommended Lekit! ni.
Muka happy je dapat main ni.

Muka bangga letak mata dekat itik, dapat sekali mata dan spider. Spider boleh buat mcm spider web.
Letak mata pada gajah. Die suruh kina buat lion. Tak terjangkau permikiran cmne nak buat lion.
Ta daaaa..comel kan.
Ni pula kura-kura. 


Aksi dorang bermain. tengok la si shafiyah tu sampai muncung2 ha. Shahir kesian tak boleh main lagi, nanti bukan main, die masuk mulut je terus. Kuat ngutip die ni.

Ok, ulang siaran..korang boleh dapatkan Lekit ni di

Instagram : lekitmalaysia
Facebook : Lekit
WhatsApp : 0133207051
( 1 bekas RM19, 2 bekas RM37, 3 bekas RM53)

Anak happy, mama happy!



 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork