Wednesday, March 23, 2016

Progress potty training shafiyah

Salam 

Minggu ni start tak pakaikan shafiyah diaper sepanjang siang hari. Dah start potty lama tapi tak serious, pakai je pampes huggies dry pants tapi bawak dia pegi toilet. Kalau dah bocor dekat pampes tu takde dah la trainingnya. Cuma nak ajar dia tau apa feeling nak kencing & poo-poo. Bila dia dah tau beza baru nak train pakai underwear. So, dia dah faham, ktorang pun tak pegi mana-mana baru serious tak pakai pampes. 
Kalau senyum macam ni ada lekuk kat bawah. 

Shafiyah 1 tahun 8 bulan bulan ni. Target kina bukan nak potty training 5 hari berjaya, 3 hari berjaya. Tak. Target nak potty training sebelum umur dia 2 tahun. Atau lagi bagus sebelum baby ms lahir. Dalam 2 bulan je lagi. Supaya takde la 2 orang baby dengan pampes di siang hari. Kikiki. Dulu berangan ke shahadah nak potty training awal gak tapi banyak sangat cabaran dan alasan berjaya fully potty 2 tahun lebih. Tak ingat dah bulan berapa tapi sebelum 3 tahun. Tapi sama pendekatan pelan-pelan kayuh. Takde la potty seminggu terus berjaya. Lagi la shahadah tak berapa sangat nak cakap. Sekarang ye la dah banyak cakap.

Progress shafiyah minggu ni tanpa underwear. Tujuan nak ajar dia feeling basah kalau dengan underwear. Selalu cakap dengan dia kencing dekat toilet nanti basah spenda habis takleh pakai. Awal-awal excited betul dia nak tengok spenda. Ada tu pakai spenda je dah nak tengok sangat. Kunun comel la gambar princess.

Hari isnin : 2 helai underwear tumpas. 1 poo-poo 1 pee.
Hari selasa : 1 helai underwear tumpas. 1 pee. 
Hari rabu : takde underwear yang tumpas. Nampak macam berjaya ye tapi still tak berjaya sebab masa tak pakai underwear dia bagi hadiah poo-poo atas sofa. Sungguh mengharukan. Hahaha. Lagi dasyat bila tak pakai apa-apa kan. Full coverage gitu. Coiii.

Semoga hari ni takde underwear yang tumpas dan takde lagi insiden seperti semalam. Nak salahkan dia sebab tak bagitau pun takleh sebab dia dah mintak cabut semua baju dan seluar tapi mama dia dok reply whatsapp customer dekat dalam bilik, dia pegi lari dok dekat kakak. Pastu tiba-tiba datang mama, cicing syane. Laju mama lari, mata liar cari mana plak dia cicing. Tengok sofa! Betul-betul sebelah kakak. Berpeluh mama tengok. Hahaha. Tapi berpeluh lagi nak cabut nak cuci semua.

Patut lah dia beriya nak suh cabut. Tak terpikir dia nak poo-poo sebab pagi tu dah poo-poo sebelum mandi.  

Tapi sebab shafiyah ni kecik, jadi tak rasa nak jadi hulk sangat. Bila dia terkencing dulu baru bagitau tu mama masih cool cuma mengeluh tu biasa la kan. Letih. Masa shahadah dulu rasa kejap nak jadi hulk kejap jadi supersaiya. Hahaha. Maybe sebab mindset 'shafiyah ni kecik amat lagi, tak paham lagi'. Biasa lah kakak, sulung memang macam tu. Kena marah pun tetap special. Mama pun anak sulung tapi tak ingat plak kena marah. Kesayangan lagi ada. Cecece..Jeles mak adik & ayah cu. 

Selain dari tu, shafiyah tak pakai toilet training warna biru macam time kakak shahadah. Sebab apa? Kalau pakai nanti dia main-main. Nak turun nak naik, sampai ke sudah la tak membuang. So, kina letak je dia atas toilet tu. Dia tak berani la nak turun. 

Masa kakak shahadah pakai kerusi tu dia semangat nak pegi toilet. Boleh naik turun sendiri tak jatuh. Shafiyah ni kena besar sket baru boleh pakai kerusi tu. Dia takde masalah kalau kita bawak tiap 30min mesti akan kencing walaupun 2 3 titis sebab dia paham kalau gi toilet kena kencing. Hahaha. Tido siang dah boleh tak pakai pampes tapi kena make sure dia dah kencing sebelum tido, lepas tu dia bangun terus bawak pegi toilet. Masa shahadah dulu mama tak berani time tido siang, awal-awal memang pakai jugak pampes lagi.
Masa ni kakak saya takde, tapi saya tak heran pun.

Paling kelakar time potty shafiyah ni bila dia pernah mengigau. "Nak cicing, nak cicing" pastu takleh kalau kakak pegi toilet die mesti nak jugak. Malam mama & papa tak ready lagi nak train awak. Nanti la. Masa pergi Kedah aritu shafiyah nangis malam-malam. Macam tiap sejam dia nangis. Ada la dalam 3 4 kali. Ingatkan sebab tak biasa tido situ ke nak susu ke, pudin cakap ke dia nak kencing? Kina cakap ntah.

Esoknya nangis jugak, pudin angkat bawak gi kencing. Memang sah dia nangis sebab nak kencing sebab banyak gila hoi..pastu tido balik. Nampak macam dia dah ready, sayangnya papa tak ready. Mama lagi la dah susah nak bangun tido dengan perut boyot ni. 

Ada lagi 2 bulan+ sebelum bersalin. Ada lagi 4 bulan sebelum shafiyah 2 tahun. Hasrat nak berjaya potty siang dengan shafiyah. Wish us good luck! Sambil menatap sofa yang togel. Hahahah.


3 comments:

Dilah on March 24, 2016 at 9:49 AM said...

wahh.. bagusnya shafiyah.. belum 2 tahun dah potty train.. anak dilah ni dah 3y5m belum berjaya lagi.. pastu trainning kejap2.. tak konsisten.. tu yg tak berjaya lagi.. gudluck kina & shafiyah..

raihanah on March 25, 2016 at 11:33 AM said...

alhamdulillah anak2 saya pun belum 2 tahaun dah potty

Sheila Salim on March 26, 2016 at 9:52 AM said...

Assalamualaikum kak kina..wah mencabar rupanya nak potty training. Adam belum lagi kita cuba. Aduiii debor rasa. Tgu habis pantang kang ingat nak train adam slow2 sementara akak ipar jagakan dia. Hehehehehee

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork