Thursday, March 17, 2016

My top 10 wishlist sempena birthday ke4 Lazada


Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to Lazada..
Happy 4th birthday to youuuu...

Wah! Dah 4 tahun Lazada. Dah nak sebaya dengan anak sulungku Shahadah. Tak terkira banyak dah beli barang Lazada,  boleh jadi duta Lazada gamaknya. Hihi. Previous blog post pun baru je kina cerita tentang tv cabinet beli dari Lazada kan. Sempena birthday Lazada yang ke4 ni, Lazada bagi peluang untuk senaraikan 10 wishlist barang yang kina nak beli di Lazada. Mana tau Lazada nak memperkenankan impianku ini.

Ini lah 10 barang yang ku idam-idamkan nak beli dari Lazada sekarang ni!
1) Peti Sejuk Samsung RT53H6670SL/ME 
Dekat lazada dari sekecil-kecil barang, hingga ke besar-besar barang ada. Dulu minat peti sejuk pintu side by side tu, tapi banyak dengar cepat rosak jadi cancel, nak yang besar gedabak tapi ada tempat keluar air/ais. Syoknya. Lagi-lagi musim panas macam sekarang ni, rasa nak buka peti je selalu. Ni siap boleh simpan kek 7 tingkat ha! Takde masalah nak simpan macam-macam makanan. Silap-silap shahadah & shafiyah muat ni. Hahaha.

Untuk membeli item ni klik SINI.


2) Elba Gas Cooker 3 Burners with gas oven & Elba Designer hood

Masih lagi barang untuk dapur. Maklum la kitchen kabinet takde lagi jadi berangan pasal kitchen je la. Kalau beli asing biasanya cecah 4K untuk 2 items ni, tapi dekat Lazada ada combo macam ni lebih jimat siap ada free gift lagi. Hood suka bentuk petak-petak macam tu, lepas tu suka dapur jenis gini, takde masalah dapur pecah pastu ada oven sekali. Jimat space, jimat elektrik sebab oven pakai gas. Oh, come to me please.

Untuk membeli item ni klik SINI.

3) KitchenAid Stand Mixer Color Ice Blue
Pengsan, bangun, pengsan bangun semula kalau dapat ni. Tak terer baking boleh jadi terer ni. Hahaha. Tipu. Tapi kenapa lah lawa sangat menda alah ni. Nak gigit-gigit rasa. Bukan keperluan ni tapi lebih kepada kehendak anak mata. Hahaha. Kalau dah ada kitchen cabinet, letak plak jadi hiasan. Perghh. Pengsan. Guna ke tak belakang kira ya. Macam tu lah perempuan yang mak-mak sangat ni.

Untuk membeli item ni klik SINI.

4) Dyson Vacuum Cleaner Cylinder Bagless
Dyson ni merupakan jenama no.1 untuk segala tok nenek vacuum. Sebab kina memang sangat-sangat menggunakan vacuum dekat rumah ni, kalau dapat vacuum ni memang memudahkan kerja. Vacuum yang ada sekarang macam dah low performance dia tapi masih boleh guna lagi. Rupa vacuum dyson ni macam terminator pun ada ye. Hahaha. Harga dia boleh tahan mengancam. I wonder macam mana kalau guna vacuum ni, dengan segala mainan boleh sedut ke ni? ;p

Untuk membeli item ni klik SINI.

5) Jewel white solid wood single over queen bunk bed
Kakak shahadah punya tabung untuk katil masih belum penuh, mama dia dah usha-usha bunk bed macam ni. Hihi. Kakak shahadah boleh tido atas, shafiyah tido dengan mama papa, #babyms boleh tido dalam babycot attachkan sebelah queen bed tu. Tapi rasanya, berebut anak dara dua orang tu nak tido dekat atas. Boleh bayang macam mana. Hihi. Ni kira wishlist untuk 1 family.

Untuk membeli item ni klik SINI.


6) Microlife FR1MF1 Non Contact Infrared Forehead Thermometer

Sejak masuk school, kakak shahadah selalu tak berapa sihat. On off. Shafiyah kadang-kadang & papa pun sama. Kalau ada termometer non contact macam ni senang sket. Tak yah nak masuk celah ketiak. Budak-budak ni kadang tak bagi kita nak check suhu. Menangis merengek je kan. Kalau pakai yang ni tala je dekat dahi tu. Kina pilih microlife FR1MF1 Non Contact Infrared Forehead Thermometer ni sebab dia je warranty lama. Yang lain ada lagi murah tapi no warranty. Barang-barang elektronik ni kena la ada warranty kan. 

Untuk membeli item ni klik SINI.

7) ABS Fashion Gorgeous 3 in 1 Luggage Set (Orange)
Ini pun kategori wishlist family. Kalau dulu memang selalu travel Sarawak - Semenanjung, oversea ada la setahun sekali, tapi luggage memang lenjan. Hahaha. Campur dengan kena conteng dengan budak-budak ni. Saje je nak color orange, so bila nak collect senang, striking kan dari jauh boleh nampak luggage kita. Hahaha. 

Untuk membeli item ni klik SINI.

8) Prado2u Ultrasonic Humidifier
Lagi 1 barang best. Multifunction lagi tu. Boleh jadi aroma diffuser, air purifier, mosquito repellent (oiii banyak nau nyamuk sekarang ni kan!) & mist moisturizer aromatherapy. Prado2u ultrasonic humidifier ni siap boleh tukar-tukar color, lepas tu capacity dia besar. 500ml. Boleh adjust masa, amount mist kepul-kepul keluar tu. Delivery pun free tu + ada warranty yang penting. Sekarang ni pakai yang cosway punya & essential oil bau lotus, malam pakai bau lemongrass untuk halau nyamuk jahat. Kalau rumah baru kan masih kuat bau renovation, cepat kepam, pakai ni memang wangi lah.

Untuk membeli item ni klik SINI.

9) Digital Azan watch for prayer with Qibla direction Hijri and gregorian calendars

Jam ni pula untuk papa. Jam ni ada azan, penunjuk kiblat, kalendar hijrah & kalendar biasa. Maybe boleh jadikan hadiah birthday untuk orang lelaki kan. Dapat kutip pahala sekali kalau dorang solat awal waktu kan. Hihi.

Untuk membeli item ni klik SINI.

10) 
Last punya wishlist ni untuk #babyms. Sebab kebanyakkan barang kakak punya dah ada macam stroller, carseat semua tu, jadi ni boleh masuk wishlist untuk baby. Macam best je. Bukan keperluan pun, tapi best lah kalau dapat ni. Hihi. Tengok video baby macam syok lena je tido dalam tu. 

Untuk membeli item ni klik SINI.

Ok, dah habis dah bercerita tentang top 10 wishlist barang lazada yang nak sangat tu. Semoga wishlist ni dapat direalisasikan (I wish dapat 1 dari 10 di atas ni pun jadi la..kihkih). Semoga Lazada terus berkembang dan maintain jadi online shopping no.1 di Malaysia. Bukan bodek ke apa tapi sebagai pembeli online tegar, memang salute dengan Lazada sebab service bagus, harga murah, banyak pilihan, banyak voucher, mudah sangat cari nak beli, siap ada barang boleh COD dan customer service yang pantas. Kalau tak, takde lah daku membeli sebesar-besar mesin basuh sehingga sekecil-kecil casing handphone dari Lazada tu. Hahaha. Happy birthday Lazada! 

Jangan lepaskan peluang sale Lazada besar-besaran yang tengah berlangsung dari 15-18. Up to 90% discount. Eh, esok last ni. Jom check it out!
Click SALE utk terjah birthday sale Lazada
Korang punya 10 wishlist plak apa? Kongsi lah. 


This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. Cash and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.

0 comments:

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork