Salam..
Hebat dugaan yang dihadapi orang-orang pantai timur khususnya Kelantan..Sampai tenggelam semuanya..Ya Allah..
Kite yang tak terima ujian ni rasa macam helpless sangat..Sebenarnya kita boleh bantu dalam banyak perkara ok..
1) Derma - tak kisah dalam bentuk wang ringgit atau barang..cari dan cari dekat mana nak derma barang dekat mana tempat pengumpulan barang..untuk orang area shah alam boleh pegi ke telekung project 27 & 28 Dec dorang buat pengumpulan..klik link ni untuk lebih details. tak jumpa dan tak boleh pegi boleh derma online pada NGO yang terlibat dan boleh dipercayai.
Contohnya MAPIM : Ni no account untuk mudah korang copy paste dan transfer..
No account DANA MAPIM : 558220605312
2) Doa - doa itu senjata orang mukmim. fullstop.
3) Solat hajat - Join solat hajat. Kalau tak dapat pegi masjid dan surau buat dekat rumah sendiri je. 2 rakaat sahaja, tapi insyaAllah banyak membantu.
4) Media sosial - Time ni nak collect saham akhirat dengan media sosial. Share, share & share. Bila kita share walaupun kita pun tak dapat buat, kalau orang lain nampak dan die mampu buat kita juga dapat bahagian kita. Wallahualam.
Hari tu ibu wassap cakap nek (sg lembing) takde makanan sebab banjir tak boleh nak hantar makanan..Sedih rasa..Alhamdulillah hari ni ok dah sket..Macam mana lah yang banjir teruk tu sampai 3 hari tak makan. Budak-budak lapar. Ya Allah, bantulah mereka.
7 comments:
kina...dilla share kat fb dilla...ade credit to blog kina ni...
boleh dilla..no problem..
sama-sama kita bantu mereka.. sedih tengok keadaan mereka kat sana :(
Sesama la kita bantu man terdaya kan..
@♥ Saluran derma banjir pantai timur dengan SMS ♥
Assalamualaikum kak kina. alhamdullilah. ramai yang sudi membantu kan.. semoga dipermudahkan segalanya..
Mari sama2 membantu...
Bukan setakat 3 hari, ada yang tak makan sampai 2 minggu..sedih bila husband citer sebab husband pegi hantar bantuan ke Kuala Krai.
Post a Comment