Monday, November 24, 2014

Review: Susu kambing Iqeel

Salam..

Bulan ni shahadah chinta yang makin bam2 tu genap 2 tahun 3bulan. Berjaya fully bf sampai 1y6m sahaja. Sekarang ni bf jugak tapi tak tegar lagi-lagi lepas die buat serangan kepada mama. Seram dah mama. Dah pernah minum tamar koko (ni lah permulaan yang die nak minum botol), pediasure, dugro, dutch lady, ade lagi tak ingat. Hahaha. Sekarang ni kotak kedua susu kambing Iqeel. Memang dah lama nak bagi die minum susu kambing. Sunnah nabi kan. Berkhasiat, dapat pahala lagi.

Dulu masa pregnantkan shafiyah kina kan minum susu kambing higoat & jugak susu kambing fresh siap borong lagi sebab nak dapat harga murah nak elakkan jaundice (tapi xlaku, kena gak jaundice. redha mama darah O). Shahadah pun minum jugak sekali susu kambing fresh. Tapi ada yang kata tak elok la susu kambing fresh lagi elok susu kambing yang dah diformulakan. Ada kata elok la susu fresh. Pening mak. Tapi yang penting pantau la kan lepas bagi. Ikut la anak masing-masing. Ada yang sesuai ada yang tak sesuai.

Hari ni kira hari ke8 shahadah minum susu kambing Iqeel ni. Kotak yang kedua. Laju je rasa. Mana taknya kalau dah. 'Mama, nak chuchu..'. Kemarin sampai 4kali mintak. Adui. Pokai mama gitu.: p. Sekarang ni kina bancuh die susu time malam je,kalau siang mak adik die yang banyak bancuh. Oh, esok dah tak pjj. Makanya malam papa die la bancuh..Hihi. 

My verdicts tentang susu Iqeel setelah 2 kotak:

- Susu kambing 100% organik & Halal.

- Bau sedap, takde bau hamis susu kambing. Kina tak makan daging kambing sebab tak tahan bau..Yang ni bau wangi. (tapi kalau cuaca panas lagi2 dalam kete lama2 bau macam santan = susu unta)

- Rasa sedap. shahadah wajib mengecet " nak sket. em. dap."

- Color putih. Kalau compare dengan susu dugro dengan dutch lady, susu kambing Iqeel color putih yang putih seputih putihnya. Bukan kekuningan. Kina pernah baca kalau kuning ni banyak krimer ke ape. Lagi elok susu warna putih.

- Serbuk halus. Halus sangat rasa. Tapi bila nak bancuh die kita kena goncang lebih sikit sebab lambat dissolve compare dengan susu lain. 

- Tiap kotak ada dapat sudu kecik comel. Suka la sudu die. Tak suka sudu yang memanjang. Asyik tumpah susu. Sudu bulat comel boleh masuk terus dalam botol wide neck.

- Paling penting sekali serasi dengan shahadah. Poo2 lembut. No sembelit. Itu yang paling suka. Walaupun tetap busuk yang super. Hahaha. Ta** kot.

- Semua orang boleh minum. Mama, papa, shafiyah..eh2..shafiyah cannot ok. Tau tak aritu tengah packing-packing barang, shahadah nak sumbat susu kambing Iqeel dalam botol die dekat mulut shafiyah. Nasib baik mama nampak. Cakap dekat die shafiyah tak minum la susu ni. Die jawab ooooo. Gaya paham sangat kakak ni. Pastu sambung nyonyot.

- Harga mahal tapi affordable. Susu kambing memang mahal ok. Susu kedua terbaik lepas susu ibu kan. RM43 sekotak. Tengah discuss dengan papanya nak jadi agen ke nak cuba lagi a few kotak. Borong dapat la harga murah dari pasaran, biarpun tak jual sebab anak minum kan. Untung di situ. Pikir sementara tak balik bintulu ni. Kalau pos ke sarawak mahal.

Layanlah gambar shahadah minum susu Iqeel. Lepas ni nak ajar pakai cawan plak. Bukan tak boleh. Botol kan khayal sket, senang tido. 
First time bersusu Iqeel. Ready to take off kononnya.
Ni la sudu bulat comel yang kusuka. hahaha
Mama..nak sket..lepas sket2 lama2 habis. Tak perlu lama. kejap habis.
Minum dalam kereta.
Minum dalam stroller..Mata kuyulayusangatdah
Masa ni shahadah tido dah tau. Mulut dan tangan je pegang botol. Shafiyah dok tarik tangan. Nak ajak main.
Pastu tarik la tangan die. Susu tak lepas. Kelakar plak masa ni. Sian shafiyah. Hihi. 

Okla..itu sahaja review dari ku..moga bermanfaat.

Iklan sekejap: 
Sape area subang,selangor yang nak COD pregnancy test ke ovulation test ke MHS ke Whatsapp ek 0132126952. Jumpa di lobby Holiday Villa Subang selasa-rabu malam. 

12 comments:

Nurizzah Majif Biz on November 24, 2014 at 9:36 AM said...

Dear,

RM43 sekotak untuk brp gram ye?
Untuk anak setahun ke atas ye?
Ingat nak cuba lah nanti. TQ sharing. :)

nurul iman on November 24, 2014 at 10:23 AM said...

Salam

Betul saya pon nak tau rm43 utk berapa gm. Macamana nak tau susu tu organik ke x. huhu. Haritu try banyak di MICF. Tapi last2 tak tau nk pilih mana satu. hahah

Shakina Farhan on November 24, 2014 at 11:56 AM said...

Sekotak 500gm..tulis dekat kotak susu kambing organik 100% dan susu kambing asli..

Liyana on November 24, 2014 at 12:00 PM said...

mcm best je kina. tapi takut faiq xnak pula. ada jual trial pack tak? huhu nak cuba2 je dlm 2 -3 kali minum :D

mommychaa on November 25, 2014 at 9:29 AM said...

kina.
aku pon minum susu kambing tapi bkn brand ni. Brand mummylicious. actually susu kambing mmg mahal berbanding lembu kan? Tapi khasiat tu mmg thorbaik!
I is like!

raihanah on November 25, 2014 at 1:25 PM said...

sedap kot tu, saya minum yg susu segar memang takleh tekak terima. huhuh

raihanah on November 25, 2014 at 1:25 PM said...

sedap kot tu, saya minum yg susu segar memang takleh tekak terima. huhuh

ijan on November 28, 2014 at 1:12 PM said...

Hmm.. sedap kot kina. Jan nak try jugak lah.

Lagi2 anak jan allergic susu lembu dan soya. Sekrang susu khas. Pastu pernah try karihone, tapi sembelit pula.. Try sustagen - kembung, kentut kuat, allergic satu bdan..

So ingat nak try pediasure..

Tgk entry kina, mcm nak try susu ni pula...hehe

ida ahmad on December 8, 2014 at 2:51 PM said...

Boleh cuba juga ni.. Sekarang anak
Minum Pediasure & Dutch Lady. Kina tak pernah try ka rasa camna? 😁

Shakina Farhan on December 9, 2014 at 12:12 AM said...

@liyana: ada dear sampel kl xsilap..

@mommycha: barangbaiiiik..

@raihanah: kina dulu xle skg da ok sket..hehe..

@jan : pediasure org kata bagus utk tmbhkan selera anak..bau sedap gile..tp pediasure shahadah akan berak byk..kl die xberak bg pediasure confirm berak..hahaha..tryla susu ni..best gak..

@ida:kina xpnh rse susu anak..hahaha..susu sndiri pn sama..bau je boleh..:P

Sheila Salim on December 31, 2014 at 1:20 PM said...

Assalamualaikum kak kina, macam nak try je. hehehe nak minum sendiri. suka susu kambing camni. dulu masa pantang sheila consume susu kambing anugerah. not bad juga :)

Mama Darwiish on May 11, 2015 at 8:15 AM said...

wah syidappppnye hehe

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork