Friday, December 20, 2013

Nestle Natural Set Yogurt - Blogger Recipe Challenge (PPP)

Salam

Tahukah anda yogurt telah mula dinikmati sejak zaman Mesopotamia lagi? Lama tuuu! Macam-macam resepi kita boleh buat dengan yogurt. Yogurt adalah alternatif yang lebih bijak untuk menggantikan bahan yang bertingkek-tingkek lemak tu contohnya mayonis, santan & krim masam. Kina memang da start gantikan santan dengan yogurt sejak ada baby ni sebab die nak makan pun boleh kan.


Nestle Natural Set Yogurt menjadi pilihan sebab rendah lemak, tanpa gula (ni penting untuk mommy yang ada baby ye), kaya dengan kalsium & juga tanpa pewarna. Paling penting ia Halal ye. Hari ni kina nak kongsikan 3 resepi yang best dengan menggunakan Nestle Natural Set Yogurt. Korang carilah packaging yang macam ini ye. Murah je, dengan size yang besar ni tak sampai sepuluh ringgit pon. Boleh guna banyak kali pulak tu. Lepas buat 3 resepi bawah ni kina masih ada separuh lagi. Thinking on to make curry using yogurt after this. Cicai dengan roti canai. Perrghhhh.
Cari yang ini macam ye
Ok, jom kita mulakan kelas memasak kita. :P

RESEPI 1: KEK KETAM BERYOGURT
.
Nama saja kek tapi tak manis ye puan-puan. Hihi. Resepi pertama ni tercipta bila nampak ketam, kentang, yogurt. Ting ! Terfikir nak rekacipta crab cake menggunakan Nestle Natural Set Yogurt  ni. Tak pernah  lagi buat crab cake seumur hidupku tapi ku bayangkan macam nak buat begedil. Hihi. Boleh dimakan dengan nasi atau begitu saja. Ala-ala appetizer pun boleh.



2 ekor ketam yang menanti untuk di'kek'kan..hahaha..
Bahan-bahan untuk kek ketam
( untuk 2 orang makan )
2 ekor ketam direbus dan diambil isinya 
1 biji kentang direbus
1 ulas bawang merah dicincang
1 ulas bawang putih dicincang
1 biji telur
1 sudu makan tomato dicincang/ tomato puree
1 sudu makan Nestle Natural Set Yogurt 
1 sudu makan serbuk roti
1 sudu kecil lada sulah
Sedikit garam
Sedikit mentega

*nak lagi sedap tambah daun sup ke cendawan ke lobak merah ke..

*masa penyediaan = 20 min


Cara penyediaan
1. Panaskan oven 250 darjah Celsius.
2. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
3. Griskan ramekin dengan mentega supaya tak melekat bila nak dikeluarkan.
4. Masukkan ke dalam ramekin dan bakar sehingga keemasan.
5. Hidangkan bersama sos dan perahkan lemon atau limau kasturi.


RESEPI 2: SOS YOGURT LADA HITAM

Resepi ni pula terhasil lepas buat kek ketam tu. Yela, makan dengan sos baru sedap. Jom kita tengok macam mana nak buat. Senang je. Juga menggunakan Nestle Natural Set Yogurt ye.

Bahan-bahan untuk sos yogurt lada hitam
5g mentega 
1 ulas bawang merah dicincang
1 ulas bawng putih dicincang
2 sudu makan susu segar
2 sudu makan Nestle Natural Set Yogurt 
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh sos tiram
1 biji limau kasturi / lemon
Sedikit rosemary

Cara penyediaan
1. Panaskan mentega.
2. Tumis bawang merah & bawang putih yang telah dicincang. 
3. Perlahankan api.
4. Masukkan susu segar & Nestle Natural Set Yogurt .
5. Masukkan serbuk lada hitam , rosemary & sos tiram.

*Masa penyediaan = 5 minit

Hasil daripada 2 resepi di atas jadilah begini!

Walaupun rupa tak seberapa sebab kamera handphone je tapi rasa boleh tahan..hahaha..
Macam mana kina boleh terpikirkan gabungan  resepi ni? Satu, kalau makan seafood biasanya kita akan  makan dengan sos yang masam contohnya macam yogurt, mayonis dan lemon/limau kasturi, tapi sebab dalam  kek ketam ni kina masukkan kentang yang sesuai dimakan dengan sos lada hitam jadi tu yang gabungkan terus. Hasilnya, sedap & serasi gituuu.. hehe.. 
Ok la. Next please, chef!




RESEPI 3: HONEY YOGURT BANANA PUDDING


Resepi yang ni paling simple dalam dunia. Budak umur 3 tahun pun boleh buat. Hee. 
Sangat senang tapi khasiatnya sangatlah banyak. Bukan orang tua je boleh makan, baby pun boleh! Serius!

Resepi ni kina reka sendiri dengan menggunakan hanya 4 bahan. 


Bahan-bahan (untuk seorang makan)
1 biji pisang montel. 
2 sudu makan Nestle Natural Set Yogurt 
1 sudu madu asli
1 batang kayu manis

Cara-cara penyediaan
1. Potong pisang dan susun di dalam ramekin atau mangkuk 
2. Campurkan Nestle Natural Set Yogurt dengan madu asli di dalam mangkuk lain. Kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan campuran tersebut ke atas pisang tadi.
4. Kikis sedikit kayu manis di atas dan jadikan sebagai hiasan. (Kalau ada strawberry lagi sedap, tapi dekat supermarket sini takde pulak)
5. Hidangkan semasa sejuk. 
  
*masa penyediaan = 3 min sahaja!



Senang kan? Tak perlu buka api dapur pun. Hehe. 
Ok, sekarang kita tengok cara pembikinan dengan gambar pula.
Menggunakan 4 bahan sahaja. Natural Set Yogurt semestinya dari Nestle. 

Susun pisang yang telah dipotong.
Campur dan kacau sebati madu & Nestle Natural Set Yogurt 

Tuang campuran tadi dan tabur hirisan kayu manis. Siap sudah!
Nyum, nyum. sedap la mama..

Sedap sangat! Si cilik pun suka sangat. Makan  masa sejuk, nyaman sekali. Masa penyediaan hanya 3 minit sahaja! Buat sebagai breakfast boleh, buat sebagai dessert pun boleh. Kalau blend tambah ais boleh jadi smoothies pula. Tapi yang paling syoknya kan, kalau kita blend hidangan ni boleh jadi MASK MUKA tau! Berkhasiat, sihat, mudah & multipurpose betul. Hihihi. 

Selamat mencuba!

Untuk mengetahui lebih banyak resepi menggunakan Nestle Natural Set Yogurt dan info tentang produk Nestle boleh la ke http://ww2.nestle.com.my/dearnestle/product/pages/landing.aspx#naturalset

*Ini merupakan sponsored post untuk Nestle Natural Set Yogurt.

7 comments:

Era on December 19, 2013 at 3:38 PM said...

Dah keluar result ke belum eh??

Shakina Farhan on December 19, 2013 at 5:21 PM said...

Era: result utk challenge ni after 22 dec sebab kena submit sebelum 22 dec..

NFAM on December 20, 2013 at 10:22 AM said...

best nye dpt join contest ni. cm ne kina tau yg leh terplih contest ni ye?

Shakina Farhan on December 20, 2013 at 5:48 PM said...

NFAM: nuffnang email kina ckp terpilih..aritu ade submit link masa nuffnang email utk challenge ni..

BLuRpL3 on December 30, 2013 at 8:29 PM said...

all the best kina :)

ieza ashaari on December 31, 2013 at 1:25 PM said...

pergh! terliur.. mama baby yg hbskan klu resepi cmni.. hihi..

NinaAz on January 1, 2014 at 9:03 PM said...

mcm sedap jea honey yogurt tu

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork