Friday, December 20, 2013

Nestle Natural Set Yogurt - Blogger Recipe Challenge (PPP)

Salam

Tahukah anda yogurt telah mula dinikmati sejak zaman Mesopotamia lagi? Lama tuuu! Macam-macam resepi kita boleh buat dengan yogurt. Yogurt adalah alternatif yang lebih bijak untuk menggantikan bahan yang bertingkek-tingkek lemak tu contohnya mayonis, santan & krim masam. Kina memang da start gantikan santan dengan yogurt sejak ada baby ni sebab die nak makan pun boleh kan.


Nestle Natural Set Yogurt menjadi pilihan sebab rendah lemak, tanpa gula (ni penting untuk mommy yang ada baby ye), kaya dengan kalsium & juga tanpa pewarna. Paling penting ia Halal ye. Hari ni kina nak kongsikan 3 resepi yang best dengan menggunakan Nestle Natural Set Yogurt. Korang carilah packaging yang macam ini ye. Murah je, dengan size yang besar ni tak sampai sepuluh ringgit pon. Boleh guna banyak kali pulak tu. Lepas buat 3 resepi bawah ni kina masih ada separuh lagi. Thinking on to make curry using yogurt after this. Cicai dengan roti canai. Perrghhhh.
Cari yang ini macam ye
Ok, jom kita mulakan kelas memasak kita. :P

RESEPI 1: KEK KETAM BERYOGURT
.
Nama saja kek tapi tak manis ye puan-puan. Hihi. Resepi pertama ni tercipta bila nampak ketam, kentang, yogurt. Ting ! Terfikir nak rekacipta crab cake menggunakan Nestle Natural Set Yogurt  ni. Tak pernah  lagi buat crab cake seumur hidupku tapi ku bayangkan macam nak buat begedil. Hihi. Boleh dimakan dengan nasi atau begitu saja. Ala-ala appetizer pun boleh.



2 ekor ketam yang menanti untuk di'kek'kan..hahaha..
Bahan-bahan untuk kek ketam
( untuk 2 orang makan )
2 ekor ketam direbus dan diambil isinya 
1 biji kentang direbus
1 ulas bawang merah dicincang
1 ulas bawang putih dicincang
1 biji telur
1 sudu makan tomato dicincang/ tomato puree
1 sudu makan Nestle Natural Set Yogurt 
1 sudu makan serbuk roti
1 sudu kecil lada sulah
Sedikit garam
Sedikit mentega

*nak lagi sedap tambah daun sup ke cendawan ke lobak merah ke..

*masa penyediaan = 20 min


Cara penyediaan
1. Panaskan oven 250 darjah Celsius.
2. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
3. Griskan ramekin dengan mentega supaya tak melekat bila nak dikeluarkan.
4. Masukkan ke dalam ramekin dan bakar sehingga keemasan.
5. Hidangkan bersama sos dan perahkan lemon atau limau kasturi.


RESEPI 2: SOS YOGURT LADA HITAM

Resepi ni pula terhasil lepas buat kek ketam tu. Yela, makan dengan sos baru sedap. Jom kita tengok macam mana nak buat. Senang je. Juga menggunakan Nestle Natural Set Yogurt ye.

Bahan-bahan untuk sos yogurt lada hitam
5g mentega 
1 ulas bawang merah dicincang
1 ulas bawng putih dicincang
2 sudu makan susu segar
2 sudu makan Nestle Natural Set Yogurt 
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh sos tiram
1 biji limau kasturi / lemon
Sedikit rosemary

Cara penyediaan
1. Panaskan mentega.
2. Tumis bawang merah & bawang putih yang telah dicincang. 
3. Perlahankan api.
4. Masukkan susu segar & Nestle Natural Set Yogurt .
5. Masukkan serbuk lada hitam , rosemary & sos tiram.

*Masa penyediaan = 5 minit

Hasil daripada 2 resepi di atas jadilah begini!

Walaupun rupa tak seberapa sebab kamera handphone je tapi rasa boleh tahan..hahaha..
Macam mana kina boleh terpikirkan gabungan  resepi ni? Satu, kalau makan seafood biasanya kita akan  makan dengan sos yang masam contohnya macam yogurt, mayonis dan lemon/limau kasturi, tapi sebab dalam  kek ketam ni kina masukkan kentang yang sesuai dimakan dengan sos lada hitam jadi tu yang gabungkan terus. Hasilnya, sedap & serasi gituuu.. hehe.. 
Ok la. Next please, chef!




RESEPI 3: HONEY YOGURT BANANA PUDDING


Resepi yang ni paling simple dalam dunia. Budak umur 3 tahun pun boleh buat. Hee. 
Sangat senang tapi khasiatnya sangatlah banyak. Bukan orang tua je boleh makan, baby pun boleh! Serius!

Resepi ni kina reka sendiri dengan menggunakan hanya 4 bahan. 


Bahan-bahan (untuk seorang makan)
1 biji pisang montel. 
2 sudu makan Nestle Natural Set Yogurt 
1 sudu madu asli
1 batang kayu manis

Cara-cara penyediaan
1. Potong pisang dan susun di dalam ramekin atau mangkuk 
2. Campurkan Nestle Natural Set Yogurt dengan madu asli di dalam mangkuk lain. Kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan campuran tersebut ke atas pisang tadi.
4. Kikis sedikit kayu manis di atas dan jadikan sebagai hiasan. (Kalau ada strawberry lagi sedap, tapi dekat supermarket sini takde pulak)
5. Hidangkan semasa sejuk. 
  
*masa penyediaan = 3 min sahaja!



Senang kan? Tak perlu buka api dapur pun. Hehe. 
Ok, sekarang kita tengok cara pembikinan dengan gambar pula.
Menggunakan 4 bahan sahaja. Natural Set Yogurt semestinya dari Nestle. 

Susun pisang yang telah dipotong.
Campur dan kacau sebati madu & Nestle Natural Set Yogurt 

Tuang campuran tadi dan tabur hirisan kayu manis. Siap sudah!
Nyum, nyum. sedap la mama..

Sedap sangat! Si cilik pun suka sangat. Makan  masa sejuk, nyaman sekali. Masa penyediaan hanya 3 minit sahaja! Buat sebagai breakfast boleh, buat sebagai dessert pun boleh. Kalau blend tambah ais boleh jadi smoothies pula. Tapi yang paling syoknya kan, kalau kita blend hidangan ni boleh jadi MASK MUKA tau! Berkhasiat, sihat, mudah & multipurpose betul. Hihihi. 

Selamat mencuba!

Untuk mengetahui lebih banyak resepi menggunakan Nestle Natural Set Yogurt dan info tentang produk Nestle boleh la ke http://ww2.nestle.com.my/dearnestle/product/pages/landing.aspx#naturalset

*Ini merupakan sponsored post untuk Nestle Natural Set Yogurt.

Tuesday, December 10, 2013

Tips untuk pregnant : menggunakan ovulation test

Salam 
(AMARAN: Post ni hanya untuk orang yang dah kawen & nak ttc je ye)

*Update 12 Sept 2014

Ok, ramai yang tanya macam mana cara yang betul nak pakai ovulation test ni. 

Siapa yang patut pakai? Bila nak pakai? Utk apa ovulation test ni?

Siapa?
Semestinya orang yang nak mendapatkan zuriat. Ttc = trying to conceive.


Untuk apa ovulation test? 
Untuk detect waktu paling subur bagi isteri. Waktu subur amat penting untuk persenyawaan berlaku. Ada yang planning dengan OPK tp kina tak galakkan sangat sebab sperma boleh hidup beberapa hari. Misalnya masa test tu negative tapi lepas dari bersama tu positive kan naya..hahaha..Macam kina planning dgn MAB.


Bila nak pakai/test?
Seeloknya selepas habis period. Disuggestkan menggunakan urin pada jam 10 pagi/5 ptg/10 mlm. Bukan 1st urin ye. Paling elok test 2 kali sehari. Sebab kadang-kadang LH surge tu berlaku cepat. Hormon LH ni diperlukan untuk melepaskan ovum. Bila dilepaskan hormon ni pun drop jugak. Cuma yang boleh disimpulkan, kalau ovulation test tu positif maksudnya hormon LH tu dah tinggi, bila LH tinggi, telur akan dilepaskan tak lama lepas tu. Pattern die macam bukit. Dari takde line, samar2, sama warna, lebih pekat, sama warna & pudar balik. Boleh tengok gambar rajah ni, boleh kot paham kalau tengok.



Macam mana nak baca result?
Biasanya ovulation test akan tetap keluar 2 line. Tapi kalau 1 line samar, 1 line gelap tu dikira negative maksudnya tak subur. Tak macam pregnancy test kalau ade line samar pun dah dikira positif. Ovulation test dikira positif kalau double line sama gelap atau test line lagi gelap dari control line. 


Kina akan bahagikan topik ni kepada 2 bahagian. (Wow, ade gaye pensyarah tak?..hahaha)
1) Untuk orang yang period teratur
Ye, kalau jenis period teratur ni memang senang nak kira bila hari subur. Tapi kalau pakai ovulation test ni lagi accurate & reliable. Kalau nak test dekat-dekat hari subur pun boleh tak perlu dari lepas habis period. Langkah selamat mestilah test dari lepas habis period.

Kina jenis period teratur cycle 27 kalau ikut kira 27 hari - 14 hari = hari ke13 adalah waktu ovulation.  Tapi bila pakai ovulation test kina punya ovulation bukanlah pada hari ke13. Sempat pakai untuk 2x cycle iaitu masa Ogos & Oct. September memang tak berusaha pun. Alhamdulillah berjaya +ve masa bulan Oct. Jadi dapat buat comparison antara both cycle.
First cycle: CD12 baru start positive (fertile window)

Ogos: Kina start test dari CD7 (cycle day ke7 atau hari ke7, betul2 lepas habis period, CD1 adalah hari first period). Memang line samar sampai ke CD12 di mana line mula sama gelap. In between CD7-CD12 berpuasa la dari bersama untuk sperma lebih berkualiti orang kata. Kekerapan bersama tak menjamin senang nak pregnant ye. Catat bila test tu diambil, CD ke berapa. 1 tu stands for pagi, 2 tu stands for petang. Kina ingatkan CD12 tu dah kira ovulation. 

Oct: Kina tak test dari awal. Cuma terus test CD15 (cycle day 15). Sebab biasanya pattern lebih kurang sama dgn sebelum jadi test lambat sikit. (Kalau 1st time user & period tak teratur kina xgalakkan test start lambat sebab kadang2 ovulation awal bagi sesetengah orang, kalau dah pernah guna takpe). Ovulation test result sangat gelap compare dgn control line. (So nak dekat la ovulation tu. Bila-bila masa je. Tapi ada setengah orang gelap die lamaaaa sgt, ada yang kejap sgt. Jadi kena keep on testing.) Before CD15 memang tak bersama langsung. CD24 alhamdulillah positive samar-samar macam yang kina tulis dalam previous post. Jadi kalau ikutkan ovulation kina berlaku masa CD15 atau CD16 bukan CD13 &CD14 macam apps dekat android cakap. Ok, mengerti ye..


CD15 line lebih gelap..kalau nampak mcm ni sila la berusaha..hihi
2) Untuk orang yang jenis period tak teratur.
Ada 2 cara yang kina boleh suggestkan. 1 kira purata cycle utk 3 cycle. Contohnya: cycle 1 = 30 hari, cycle 2 = 40 hari, cycle 3 = 50 hari..tambah semua bahagi 3 = 40..kira cycle korang 40 hari - 14 hari = hari ke26 baru subur. Jadi start test ovulation test dari hari ke20 - hari ke 28. 

Tapi untuk lagi selamat 1 lagi cara sebab tak pasti kan bila waktu subur, seminggu selepas habis period teruskan test ovulation sampai la result double line yang terang benderang muncul baru ttc. Alkisahnya ada customer kina dalam apps android tulis die sepatutnya ovulation CD26 sebab cycle die panjang tapi CD18 die dah ovulate sebenarnya.

Bila pakai ovulation test ni kite kena banyak-banyak bersabar. Ada yang first cycle dah terus berjaya, ada yang bercycle2. Tapi bila pakai ovulation test ni kite confident sikit la detect waktu subur tu sebab boleh nampak. Ada tak yang tak ovulate? Dulu kina ingat setiap bulan akan ovulate rupanya ada juga yang tak ovulate. Jadi sebab tu ade doctor advisekan makan clomid untuk kesuburan.

Kalau dekat kedai sangat mahal kot. Kita kan nak pakai hari2 test tu. Jadi beli online sahaja yang murah punya. Kina pernah beli sekali masa sebelum shahadah tu, tapi beli dengan takde ilmu. Beli 2 jela sebab mahal kan. Nampak line samar ingatkan dah subur. Paling penting line sama warna atau lebih gelap. Terbaik adalah waktu line gelap nak tukar pudar balik. Tapi kena test banyak2.

Kina pun ada jual 1 keping RM1.20. Beli 9 free 1. Pos laju RM6 semenanjung / RM9 ss. 
Wassap untuk order : 0132126952

Kina suggest beli berapa keping untuk first time nak try ni?
Kina suggestkan beli yang  18 keping free 2. Rasa banyak? takde la. InsyaAllah cukup untuk at least 1 cycle. Ramai yang beli sket lepas tu beli lagi sekali sebab tak cukup. Bila tak cukup takut bila time nak dekat ovulation tu test dah habis. Sayang la kalau terlepas kan. Lepas tu kena bayar postage lagi sekali. Jangan risau sebab mende ni expired lambat lagi. Batch terbaru ni 2017 tau.

Kina bukanlah pakar sakit puan tau, kina jual berdasarkan pengalaman sendiri & sedikit reading. 
Kat sini kina nak share sikit la tips yang kina tau.
1) Kekerapan bersama tidak menjamin senang nak pregnant sebab sperma tak berkualiti. Jadi kalau boleh puasa la dari bersama sampai la betul-betul waktu subur. Jangan membazir org cakap.
2) Jaga pemakanan suami isteri. Makan benda halal. Banyakkan makan makanan yang boleh tambahkan kualiti dan kuantiti sperma. Boleh google ek. 
3) Jaga hubungan dengan Allah, manusia & makhluk Allah. Solat jemaah dgn suami, suami baca doa. Jangan gaduh-gaduh sesama manusia, jangan dok kutuk orang, nanti orang sumpah kite. Jaga mulut, jangan caci maki orang lain. Kata-kata orang kan doa. Ini realiti, memang banyak kes mcm ni. Last but not least jangan pukul binatang & rosakkan pokok. Mereka juga makhluk Allah.
4) Ada juga yang cadangkan letak bantal di belakang pinggang masa bersama. Lepas bersama baring mengiring 10-20 min sebelum mandi. 
5) Suami minum coffee/nescafe sebelum bersama untuk boost upkan sperma. (Ni xpasti kesahihannye..hihi)
6) Doa & tawakal.InsyaAllah, rezeki Allah yang tentukan, kita usaha kan..cepat atau lambat pasti ada hikmahnya. Jangan stress2. Pedulikan kata2 orang.


Thursday, December 5, 2013

Macam mana tahu pregnant kali kedua

Salam
Sebelum tu mari kita doakan penduduk kuantan supaya banjir cepat2 surut. Besar dugaan mereka kali ni. Tempat yang tak pernah banjir sebelum ni pun banjir. ; (


Macam mana kina tau pregnant kali ni. Masa tu lebih kurang 12 hari sebelum due date period. Just a day after ovulation kot, suamiku yang jarang demam tu demam. Demam yang agak teruk la sampai die mc sehari. Masa ni jugak bawah perut belah kanan rasa berdenyut-denyut. (Maybe penempelan telah berlaku masa ni..hihi..pandai je buat teori kan). Pudin ni sejak die mula keje 4 tahun lepas die xpernah mc, kalau demam gitu2 je die pegi jugak keje. Esoknya shahadah pulak demam tp syukur kejap je. Cuma die merengek-rengek. Rupanya demam nak dapat adik. Dalam pada tu pikir gak entah2 adik baby otw. Hahaha. Tapi lambat lagi kot boleh tau , jadi biar je.

2 hari lepas tu,(weekend) kina macam semangat sgt nak mengecat meja kerja. Ajak pudin gi beli cat seme tapi kina buat sendiri, die jaga shahadah. Kalau shahadah nak susu je stop. Esoknya lepas dukung shahadah sakit gila tulang belakang sampai tulang ekor. Kemudian rasa melarat sampai tak leh gerak. Susah nak bangun, susah nak duduk. Baring je selesa sikit. Semayang pun semayang duduk sebab tak boleh langsung nak rukuk. Pudin cakap sebab dok mengecat lama tu sakit. Petang tu pegi klinik Dr Masniah cakap la xtahan sakit. Die pun cakap kenapa rajin sangat mengecat. Hahaha. Die cakap maybe salah postur jugak sebab jaga anak kecik kan. Die cuma bagi ubat tampal je.

Esoknya pudin el sebab teruk sangat keadaan bini die ni. Masa tu doa banyak2 bagi cepat sembuh sakit pinggang & belakang ni sebab sape nak jaga shahadah kan. Nangis2 jugak kalau nak dukung shahadah alih tempat tido ke kalau pudin takde. Petang tu pegi lagi jumpa doc. Menangis-nangis kina. Hahaha. Malu pulak dgn doc tu. Doc xbagi painkiller yang kuat dan xbagi xray sebab belum period lagi. Masa tu lagi 6 hari nak due date period. Takut kalau ada baby naya je. Memang rules mcm tu, at least period dulu baru boleh, jadi kalau yang tgh ttc tu hati2 la sikit pengambilan ubat tu jangan sebarang.

Lepas makan painkiller rasa makin ok. Start malam tu kina panas tido berpeluh. Biasanya pudin kalau die sejuk die tinggikan sket suhu. Kina tido je. Tapi tak tahan panas kina minta die turunkan suhu. Pastu tengah malam bangun pegi toilet. Jarang sangat la nk kencing malam buta. Masa ni dah rasa pregnant kot. Pagi esoknya kina test pregnancy test. Awal kan, mentang-mentang pregnancy test berkotak2. Kina jual pregnancy test murah2 sekarang ni. 5 hari lagi nak due date. Lepas 10 min takde pun line, buang. Petang tu ku test lagi. Hahaha. Pudin buat ayat tiap kali nak kencing nak test. ; p. Nak buat macam mana tokey. Lepas 10 min Kina nampak line yang tersangat-sangat samar. Bila tunjuk kat pudin die cakap xnampak pun. Hahaha

Sampai 4 hari lagi nak due date, line samar sangat tu ade tiap kali test. Masa ni kina da tak sabar ajak pudin gi beli Clear Blue Digital nak confirmkan. Yela, yang tu kan mahal, org cakap lagi accurate. Dekat kotak tu tulis boleh test 4 hari before due date, jadi ok la kot nak test subuh esok lagi 3 hari nak due date (Tak sabar punya pasal). Lepas 30 saat camtu keluar Not Pregnant. Kecewa mak jemah. Hahaha.
Not pregnant! Maybe tak dapat detect HCG.
Masa tu dah pikir line yang ku nampak tu bayangan atau evaporation je kot. Ok la, main dengan shahadah siap lompat2 atas katil. Dah naluri ibu mengandung, petang tu check lagi pakai pregnancy test ku yang murah itu. Line yang samar tu still ada dan kalau amek gambar boleh jugak la nampak. Sama macam time shahadah dulu. Kalau 1 kali je line takpela mungkin xbetul. Tapi kalau dah 3 test ada tak mungkin false positive. Terus la google pasal Clear Blue not pregnant tapi pregnant. Memang banyak yang dapat result camtu. Dorang cakap yang cheapo strips lagi sensitive lagi-lagi di awal kehamilan da boleh detect. Clear blue ni mahal je lebih. At least lewat seminggu baru boleh detect. Pasni memang xnak beli da Clear Blue.

Hari yang sama test Clear Blue. Nampak kan walaupun blur.
Ni hasil test dari awal. Dari takde line langsung kepada samar-samar. Banyak tak ku test. Hahaha. Tokey2.
Hari yang sepatutnya period, period tak mai. Line pun ada juga tapi belum sama gelap dengan control line lagi. Nak confirmkan dgn doc, tapi tunggu a few days dulu. Kang doc bising pulak dtg awal lagi. Hihi. Masa cuti awal muharam hari tu confirmkan dgn doc. Ini resultnya..

Result di klinik. Dah lewat 5 hari tak silap.

Masa tu 4weeks 5 days. Jadi, mcm tu la cerita simptom2 pregnancy kali ni. Suami & anak demam, bawah perut belah kanan asyik berdenyut2, rasanya baby duduk belah kanan sebab tido pun selesa belah kanan. Kalau angkat shahadah rasa la denyut belah kanan. Malam2 tido panas. Tapak tangan pun kering je. Pudin perli rajin ni buat keje sampai kasar gitu. Hahaha. Tak langsung la kan. Tiap kali pregnant memang kemalasan datang melanda.

Oh, kalau nak beli pregnancy test yang murah yang kina pakai ni boleh whatsapp kina 0132126952
 1 pregnancy strips RM0.80 sahaja. Kalau beli 50pcs free postage semenanjung!


Esok 9 minggu. Kejapnya masa berlalu. Tak sabar check up next week. Harap-harap semua ok2 aje.
Ok la, next post kina akn share billing ovulation & pakai ovulation test.  Ok..jumpa lagi di lain episod.
 ; p

Tuesday, December 3, 2013

Pregnant kali kedua

Salam

Alhamdulillah. Allah bagi lagi sekali merasa nikmat mengandung. syukurrrr.

Yes, shahadah nak jadi kak long! :)

InsyaAllah, due date 12 Julai 2014. (baby Ramadhan lagi nampaknya..hihi)..tapi mama harap adik baby keluar bulan June. Awal 3 minggu macam kak long shahadah. Bagi chance mama beraya. Hahaha.

Sekarang ni baru 8 weeks ++. Masa shahadah dulu 4weeks dah xsabar share the news. Kali ni pudin suruh tunggu dulu tapi die pegi bagitau orang dulu achaner? hihi. Sama je 2 x 5 mama & papa tak sabar. October kemarin la, tanya shahadah nak adik tak? Die tak geleng tau. Die macam tahu-tahu je adik die on the way. Kihkih. Sebelum ni kan die geleng2 je.

Pregnancy kali ni semanis pregnancy kali pertama. Happy! Siap tahu lagi date conceived. Hahaha. Macam shahadah xtau date sedar2 da positive. Dah nama pun planning kan, bukan excident. Planning by billing ovulation & ovulation test. Next2 post la cerita. Boleh la utk orang yang planning nak ada baby.

Memang baby kedua kina nak rapat, tapi kalau boleh bukan setahun sorang. Nak bagi shahadah kawan. Baby ketiga nanti kita jarak jauh sket. Tapi jauh xjauh 3 tahun la. Yela, umur bukan makin muda, badan bukan makin sihat. Sementara masih muda ni la nak tambah harta untuk di akhirat. Lain la kalau kawen umur 18 tahun. Harus ku jarak 3-4 tahun sorang. Hihi. Tapi nak mengandung tu bukan senang macam kita buat pavlova. lol. 

25- sorang lahir (Shahadah)
27- sorang lahir (Adik baby)
31- sorang lahir (Kalau ada rezeki)
33- sorang lahir (Kalau ada rezeki)
35- sorang lahir (Kalau ada rezeki)

Kita hanya merancang, Allah yang tentukan. 
35 stop la berehat. haha. Mana pegi impian nak 7 orang anakmu? errrr. Lepas dah keluar sorang tak tahu la larat tak 7 orang.. : p. .tapi kalau Allah nak bg 7 orang. Alhamdulillah. Korang plak nak berapa orang anak dan jangka stop bila? My mom dulu 27 dah stop, daku 27 baru anak kedua. Hihi. Tapi die nak 3 orang je. Sunyi ok bila da besar ni. Terpulang kepada masing-masing la kan sebab tuan badan yang nak menjaganya asalkan planning. 


Next post kina akan share macam mana simptom-simpton tahu pregnant sementara masih ingat lagi. Agak dramatic jugak la. Hihu..Doakan semua baik2 aje. 

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork