Showing posts with label pregnant dengan ovulation test.. Show all posts
Showing posts with label pregnant dengan ovulation test.. Show all posts

Monday, September 15, 2014

#sayajual : Pregnancy Test & Ovulation Test Murah

Salam
Bermula dengan seorang yang suka mengetest pregnancy test (sekarang pun suka lagi tapi anak no2 baru 2 bulan apekehelnya nak test kan..hahaha), suka mengetest ovulation test (masa lepas pantang ada juga test 3x ovulation test..) sekarang #sayajual pregnancy & ovulation test murah2.

Pregnancy test ada 2 jenis :
1) Pregnancy cassette : RM3.00 sekeping (sorry dah tak available)
2) Pregnancy strips : RM0.80 sekeping

Soalan yang sering ditanya apa beza 2 jenis ni ye?
Selain dari harganya la kan. 


  • Sebenarnya dalam cassette tu ada strips jugak tau tapi lebih lebar. (Haa..sampai buka cassette tu punya semangat ingin tahu kan) Pregnancy cassette ada penitis. Jadi tak perlu nak dip lama2 ke atau takut terlebih dip sampai boleh invalid result. Just titiskan dalam 3 titis camtu. Tunggu dan tengok line T & line C. Dekat klinik-klinik banyak pakai yang jenis cassette.
  • Jenis strips pula adalah pregnancy cassette versi togel. hahaha. Cara guna kita collect urin lepas tu dipkan dalam 5-10 seconds sampai nampak strips tu menyerap (sorry). Walaupun die nipis  sket dari cassette tapi accuracy die sama je. Murah tapi reliable. Ramai customer beli yang ni.


Ini packaging terlatest yang kina jual. Tengok gambar dah boleh nampak perbezaan kan.
Kiri pregnancy cassette  kanan pregnancy strips

Ovulation test pulak kina jual jenis strips saja. 
Ovulation test (OPK) = RM0.80 sekeping

Strips ade color pink, biru & hijau. Yang penting packaging die tulis ovulation. 

Nape tak jual jenis lain? Sebabnya pendapat kina la sebagai pengguna, ovulation test kita kena test banyak strips jadi better pakai yang murah je kan. Lagipun kalau -ve rasa macam eh bazirnya lain kalau pregnant. Kalau dekat kedai ovulation test sangat mahal (tak caye gi la tengok..hihi..dulu pernah beli lepas tu salah cara plak..)

Cara penggunaan OPK ni boleh tengok dekat SINI. Tak paham boleh tanya. (Tapi tanya2 tu kalau boleh beli la ye. Hahaha.)

Khas untuk customers kina sahaja, kalau tak tau nak baca result OPK atau UPT, lagi-lagi 1st time kan boleh berwassap dgn kina gambar result. InsyaAllah kina cuba la bagi pandangan. Alhamdulillah, ada ramai yang da berjaya. Semua dari izin Allah. Testimoni terbaru last week, die menunggu 3 tahun, pakai 1 bulan je kaedah opk. Happy sangat kina dapat tau die da pregnant. 

Ada lagi testimoni utk pregnancy test&opk boleh la tengok di Facebook page TheshopAblog. 

Tak boleh campur sebab harga tak sama kan. Kalau beli 5 opk 4 upt nak bagi free yang mana kan? 
Pos laju RM7 (kalau ke kedai pun pakai duit minyak, duit parking kan? beli la banyak baru berbaloi sebab expired date pun 2017)
Nak untung dan lagi jimat kumpul order dengan kawan2. 

To order:
WA only 0132126952
Email: shakina.farhan@yahoo.com




Tuesday, December 10, 2013

Tips untuk pregnant : menggunakan ovulation test

Salam 
(AMARAN: Post ni hanya untuk orang yang dah kawen & nak ttc je ye)

*Update 12 Sept 2014

Ok, ramai yang tanya macam mana cara yang betul nak pakai ovulation test ni. 

Siapa yang patut pakai? Bila nak pakai? Utk apa ovulation test ni?

Siapa?
Semestinya orang yang nak mendapatkan zuriat. Ttc = trying to conceive.


Untuk apa ovulation test? 
Untuk detect waktu paling subur bagi isteri. Waktu subur amat penting untuk persenyawaan berlaku. Ada yang planning dengan OPK tp kina tak galakkan sangat sebab sperma boleh hidup beberapa hari. Misalnya masa test tu negative tapi lepas dari bersama tu positive kan naya..hahaha..Macam kina planning dgn MAB.


Bila nak pakai/test?
Seeloknya selepas habis period. Disuggestkan menggunakan urin pada jam 10 pagi/5 ptg/10 mlm. Bukan 1st urin ye. Paling elok test 2 kali sehari. Sebab kadang-kadang LH surge tu berlaku cepat. Hormon LH ni diperlukan untuk melepaskan ovum. Bila dilepaskan hormon ni pun drop jugak. Cuma yang boleh disimpulkan, kalau ovulation test tu positif maksudnya hormon LH tu dah tinggi, bila LH tinggi, telur akan dilepaskan tak lama lepas tu. Pattern die macam bukit. Dari takde line, samar2, sama warna, lebih pekat, sama warna & pudar balik. Boleh tengok gambar rajah ni, boleh kot paham kalau tengok.



Macam mana nak baca result?
Biasanya ovulation test akan tetap keluar 2 line. Tapi kalau 1 line samar, 1 line gelap tu dikira negative maksudnya tak subur. Tak macam pregnancy test kalau ade line samar pun dah dikira positif. Ovulation test dikira positif kalau double line sama gelap atau test line lagi gelap dari control line. 


Kina akan bahagikan topik ni kepada 2 bahagian. (Wow, ade gaye pensyarah tak?..hahaha)
1) Untuk orang yang period teratur
Ye, kalau jenis period teratur ni memang senang nak kira bila hari subur. Tapi kalau pakai ovulation test ni lagi accurate & reliable. Kalau nak test dekat-dekat hari subur pun boleh tak perlu dari lepas habis period. Langkah selamat mestilah test dari lepas habis period.

Kina jenis period teratur cycle 27 kalau ikut kira 27 hari - 14 hari = hari ke13 adalah waktu ovulation.  Tapi bila pakai ovulation test kina punya ovulation bukanlah pada hari ke13. Sempat pakai untuk 2x cycle iaitu masa Ogos & Oct. September memang tak berusaha pun. Alhamdulillah berjaya +ve masa bulan Oct. Jadi dapat buat comparison antara both cycle.
First cycle: CD12 baru start positive (fertile window)

Ogos: Kina start test dari CD7 (cycle day ke7 atau hari ke7, betul2 lepas habis period, CD1 adalah hari first period). Memang line samar sampai ke CD12 di mana line mula sama gelap. In between CD7-CD12 berpuasa la dari bersama untuk sperma lebih berkualiti orang kata. Kekerapan bersama tak menjamin senang nak pregnant ye. Catat bila test tu diambil, CD ke berapa. 1 tu stands for pagi, 2 tu stands for petang. Kina ingatkan CD12 tu dah kira ovulation. 

Oct: Kina tak test dari awal. Cuma terus test CD15 (cycle day 15). Sebab biasanya pattern lebih kurang sama dgn sebelum jadi test lambat sikit. (Kalau 1st time user & period tak teratur kina xgalakkan test start lambat sebab kadang2 ovulation awal bagi sesetengah orang, kalau dah pernah guna takpe). Ovulation test result sangat gelap compare dgn control line. (So nak dekat la ovulation tu. Bila-bila masa je. Tapi ada setengah orang gelap die lamaaaa sgt, ada yang kejap sgt. Jadi kena keep on testing.) Before CD15 memang tak bersama langsung. CD24 alhamdulillah positive samar-samar macam yang kina tulis dalam previous post. Jadi kalau ikutkan ovulation kina berlaku masa CD15 atau CD16 bukan CD13 &CD14 macam apps dekat android cakap. Ok, mengerti ye..


CD15 line lebih gelap..kalau nampak mcm ni sila la berusaha..hihi
2) Untuk orang yang jenis period tak teratur.
Ada 2 cara yang kina boleh suggestkan. 1 kira purata cycle utk 3 cycle. Contohnya: cycle 1 = 30 hari, cycle 2 = 40 hari, cycle 3 = 50 hari..tambah semua bahagi 3 = 40..kira cycle korang 40 hari - 14 hari = hari ke26 baru subur. Jadi start test ovulation test dari hari ke20 - hari ke 28. 

Tapi untuk lagi selamat 1 lagi cara sebab tak pasti kan bila waktu subur, seminggu selepas habis period teruskan test ovulation sampai la result double line yang terang benderang muncul baru ttc. Alkisahnya ada customer kina dalam apps android tulis die sepatutnya ovulation CD26 sebab cycle die panjang tapi CD18 die dah ovulate sebenarnya.

Bila pakai ovulation test ni kite kena banyak-banyak bersabar. Ada yang first cycle dah terus berjaya, ada yang bercycle2. Tapi bila pakai ovulation test ni kite confident sikit la detect waktu subur tu sebab boleh nampak. Ada tak yang tak ovulate? Dulu kina ingat setiap bulan akan ovulate rupanya ada juga yang tak ovulate. Jadi sebab tu ade doctor advisekan makan clomid untuk kesuburan.

Kalau dekat kedai sangat mahal kot. Kita kan nak pakai hari2 test tu. Jadi beli online sahaja yang murah punya. Kina pernah beli sekali masa sebelum shahadah tu, tapi beli dengan takde ilmu. Beli 2 jela sebab mahal kan. Nampak line samar ingatkan dah subur. Paling penting line sama warna atau lebih gelap. Terbaik adalah waktu line gelap nak tukar pudar balik. Tapi kena test banyak2.

Kina pun ada jual 1 keping RM1.20. Beli 9 free 1. Pos laju RM6 semenanjung / RM9 ss. 
Wassap untuk order : 0132126952

Kina suggest beli berapa keping untuk first time nak try ni?
Kina suggestkan beli yang  18 keping free 2. Rasa banyak? takde la. InsyaAllah cukup untuk at least 1 cycle. Ramai yang beli sket lepas tu beli lagi sekali sebab tak cukup. Bila tak cukup takut bila time nak dekat ovulation tu test dah habis. Sayang la kalau terlepas kan. Lepas tu kena bayar postage lagi sekali. Jangan risau sebab mende ni expired lambat lagi. Batch terbaru ni 2017 tau.

Kina bukanlah pakar sakit puan tau, kina jual berdasarkan pengalaman sendiri & sedikit reading. 
Kat sini kina nak share sikit la tips yang kina tau.
1) Kekerapan bersama tidak menjamin senang nak pregnant sebab sperma tak berkualiti. Jadi kalau boleh puasa la dari bersama sampai la betul-betul waktu subur. Jangan membazir org cakap.
2) Jaga pemakanan suami isteri. Makan benda halal. Banyakkan makan makanan yang boleh tambahkan kualiti dan kuantiti sperma. Boleh google ek. 
3) Jaga hubungan dengan Allah, manusia & makhluk Allah. Solat jemaah dgn suami, suami baca doa. Jangan gaduh-gaduh sesama manusia, jangan dok kutuk orang, nanti orang sumpah kite. Jaga mulut, jangan caci maki orang lain. Kata-kata orang kan doa. Ini realiti, memang banyak kes mcm ni. Last but not least jangan pukul binatang & rosakkan pokok. Mereka juga makhluk Allah.
4) Ada juga yang cadangkan letak bantal di belakang pinggang masa bersama. Lepas bersama baring mengiring 10-20 min sebelum mandi. 
5) Suami minum coffee/nescafe sebelum bersama untuk boost upkan sperma. (Ni xpasti kesahihannye..hihi)
6) Doa & tawakal.InsyaAllah, rezeki Allah yang tentukan, kita usaha kan..cepat atau lambat pasti ada hikmahnya. Jangan stress2. Pedulikan kata2 orang.


 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork