Sunday, November 17, 2013

Resepi : Kek ketam dengan sos yogurt lada hitam

Salam

Hari ni teringin nak makan ketam. Terbeli la 2 ekor ketam dekat Farley. Ok la kot kan harga RM6.80. Yogurt Asli Nestle pun banyak lagi. Kentang pun ada seketul. Jadi....ting! Terfikir nak rekacipta crab cake dengan sos lada hitam menggunakan Yogurt Asli Nestle ni. Tak pernah lagi buat crab cake tapi ku bayangkan macam nak buat begedil. Hihi.

2 ekor ketam yang menanti untuk di'kek'kan..hahaha..
Bahan-bahan untuk kek ketam
( untuk 2 orang makan )
2 ekor ketam direbus dan diambil isinya 
1 biji kentang direbus
1 ulas bawang merah dicincang
1 ulas bawang putih dicincang
1 biji telur
1 sudu makan tomato dicincang/ tomato puree
1 sudu makan Yogurt Asli Nestle
1 sudu makan serbuk roti
1 sudu kecil lada sulah
Sedikit garam
Sedikit mentega
*nak lagi sedap tambah daun sup ke cendawan ke lobak merah ke..



Cara penyediaan
1. Panaskan oven 250 darjah Celsius.
2. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
3. Griskan bekas dengan mentega.
4. Masukkan ke dalam bekas dan bakar sehingga keemasan.
5. Hidangkan bersama sos dan perahkan lemon atau limau kasturi.



Bahan-bahan untuk sos yogurt lada hitam
5g mentega 
1 ulas bawang merah dicincang
1 ulas bawng putih dicincang
2 sudu makan susu segar
2 sudu makan Yogurt Asli Nestle 
1 sudu makan serbuk lada hitam


1 sudu teh sos tiram
Sedikit rosemary
1 biji limau kasturi / lemon

Cara penyediaan
1. Panaskan mentega.
2. Tumis bawang merah & bawang putih yang telah dicincang. 
3. Perlahankan api.
4. Masukkan susu segar & Yogurt Asli Nestle.
5. Masukkan serbuk lada hitam , rosemary & sos tiram.


Walaupun rupa tak seberapa tapi rasa boleh tahan..hahaha..
Macam mana kina boleh terpikirkan gabungan resepi ni? Satu, kalau makan seafood biasanya kita akan makan dengan sos yang masam contohnya macam yogurt, mayonis dan lemon/limau kasturi, tapi sebab dalam kek ketam ni kina masukkan kentang yang sesuai dimakan dengan sos lada hitam jadi tu yang gabungkan terus. Hasilnya, sedap & serasi gituuu.. hehe.. 
Ok la. 


Selamat mencuba!

Untuk mengetahui lebih banyak resepi menggunakan Yogurt Asli Nestle dan info tentang produk Nestle boleh la ke http://ww2.nestle.com.my/dearnestle/product/pages/landing.aspx#naturalset

9 comments:

n0rraslida alias on November 18, 2013 at 12:02 PM said...

tertelan ayaq liur ai kina!! its seems like pagedil pn ade gak erk kina?

ctmah on November 18, 2013 at 3:27 PM said...

pandainye kina

ct cucubi on November 19, 2013 at 11:42 AM said...

rajinnya... mcm menarik je resipi ni..

Ema Rose on November 19, 2013 at 12:23 PM said...

Salam dear,Try join contest kat page "Breastfeeding Is Sunnah" :)

Healthy Breastfed Baby Contest / Pertandingan Bayi Susu Ibu!

~ Gambar LIKE yang terbanyak (9 Pemenang) akan memenangi HADIAH2 daripada Penaja Breastfeeding Is Sunnah. Juga terdapat Hadiah2 untuk Pemenang Misteri (10 Pemenang).
~ Pertandingan Berakhir 30 November 2013. Hantarkan Penyertaan Anda sekarang!
~ Klik untuk maklumat lanjut :)


Breastfeeding Is Sunnah

Seri Selaseh on November 20, 2013 at 5:17 PM said...

menarik..kreatif.... dah bleh masuk rancangan masterchef ni. kalau Chef Joe mesti dah komen.. "boleh rasa semua bahan2 tu menari2 dalam mulut"

Sheila Salim on November 20, 2013 at 7:02 PM said...

Assalamualaikum kak kina. macam sedap je, macam terliur je. heee. kak kina, sheila tak sempat lagi nak guna ovum/pregnancy test strip yg sheila beli dekat kak kina. heeee. tak sempat nk tgu next period, dah positif! alhamdullilah. Shahadah bakal dapat kawan baru tahun depan. In Shaa Allah. doakan sheila ye kak :)

SaL Zakaria on November 21, 2013 at 10:34 AM said...

sedapnye..blh try...kina plz be my follower http://smileysasa.blogspot.com/

tq

SaL Zakaria on November 25, 2013 at 12:39 PM said...

mcm sedap je..nk cuba jugak..kina nk mtk awk follow blog sy..xtau awk igt lg x..dulu selalu jugak komen tp skang baru buat blog baru http://smileysasa.blogspot.com/

Era on December 7, 2013 at 9:00 AM said...

Singgah baca resepi. Nice! Tak pernah terfikir nak buat ketam lagu tu. :)

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork