DIARI MAMA SHAHADAH CHINTA
Dah baca diari kina?Hahaha. Haa. Begitulah al-kisahnya macam mana kina berkenalan dengan Huggies Dry Pants.
Terbukti berkesan secara klinikal menghalang ruam lampin
Huggies merupakan jenama lampin pakai buang yang PERTAMA di Malaysia yang terbukti berkesan secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin. Sebagai mantan/bekas pekerja di sebuah institut yang mengendalikan ujian klinikal, sangat la susah & lama okay nak dapat buktikan sesuatu produk atau bahan. Makan bertahun tu. Alhamdulillah, terbukti tiada ruam pada bum2 Shahadah selepas memakai Huggies Dry Pant ni. Kina rasa ini merupakan kriteria paling penting bagi ibu-ibu dalam memilih lampin pakai buang. Betul kan? Huggies Dry Pants memberikan kekeringan yang lebih lama & 100% breathable cover sebab itulah kejadian ruam lampin dapat dihalang.
Sesuai untuk baby & kanak-kanak yang aktif
Kina pernah cerita macam mana aktifnya Shahadah sebab tu la kot berat badan dia hanya naik 200gram sebulan. Yup. Berat Shahadah masa 6 bulan 6.6kg, 7 bulan 6.8kg. Tapi kina takde la risau sangat asalkan doktor cakap sihat. Sangat la susah bila nak pakaikan diaper dekat dia. Bersilat, berkung fu, bertaekwondo mama dengan dia tapi dia buat dek je. Hahaha. Nak mintak dia baring memang tak dapat la. Dulu boleh la juga kina nyanyi ABC, 123, twinkle-twinkle little star untuk tarik perhatian, sekarang tidak lagi. Hehe. Jenis seluar macam Huggies Dry Pants ni sangat sesuailah dengan usia & keaktifan Shahadah. Hanya koyak, salin & lepas! Koyakkan dekat side tepi lampin tu. Salinkan dengan lampin baru. Lepaskan baby anda berseronokkan crawling ke berjalan ke berlari ke. Jimat masa, mama boleh buat kerja lain pulak lepas tu kan.
Formula mudah: Koyak, Salin & Lepas |
Selesa & tak bocor
Di bahagian tepi Huggies Dry Pant ada peregang lembut yang menahan dari kebocoran walaupun baby aktif. Amazing! Paha Shahadah tak merah-merah pun lepas pakai Huggies Dry Pant sebab tak ketat dekat paha. Shahadah memanjat, mengesot, melompat-lompat dengan girangnya untuk berjam-jam lamanya tapi tak bocor. Huggies Dry Pants mempunyai double leak barriers yang menghalang dari bocor. Shahadah poo-poo pun tak bocor tau. Cuma bau je sebagai alert dia dah poo-poo. Hahaha.
Praktikal untuk dibawa ke mana-mana
Kina nak beri satu contoh kenapa Huggies Dry Pants ni praktikal untuk dibawa ke mana-mana.
- Bila bawa baby naik kapal terbang. Kina pernah tukar lampin dalam kapal terbang. Tandas kapal terbang memang ada kemudahan untuk salin lampin tapi sangat kecil. Kalau newborn-4 bulan memang tiada masalah untuk baringkan baby kemudian salin, tapi kalau dah aktif berdiri sangat tak praktikal. Nanti kecoh la dalam kapal terbang tu pula kan? Hihi. Kina rasa sesuai sangat pakai jenis seluar macam Huggies Dry Pants. Kita cuma dirikan baby atas toilet bowl yang dah bertutup kemudian teruskan dengan formula Koyak, Salin, Lepas! Hahaha. Can you imagine that? Jadi, jangan lupa standby at least 1 keping Huggies Dry Pants dalam handbag mommy ya. Hee.
Lampin pakai buang yang fleksibel
Pernah tak ibu-ibu tersalah atau terbalik nak pakaikan lampin pakai buang? Hahaha. Kina selalu je. Alih-alih kena angkat balik baby tukar kedudukan lampin lepas tu pakaikan. Kadang-kadang itu yang membuatkan baby nak lari je. Hihi. Dengan Huggies Dry Pants ni, tak perlu nak fikir panjang nak tahu mana depan mana belakang sebab ia fleksibel dari mana-mana arah pun!
Harga yang berpatutan
Huggies Dry Pants boleh didapati di mana-mana kedai dengan harga berpatutan. Malahan online pun ada dijual. Contohnya Lazada. Siap ada sale lagi tu. Penjimatan berganda-ganda. Harga adalah bergantung kepada saiz & bilangan.
Lebih jimat! |
Pelbagai saiz
Kalau masa newborn tak sesuai la kot pakai jenis pants macam ni. Sebab tu Huggies Dry Pants terdiri dari saiz M (5-10kg) ,L (8-13kg), XL(11-16kg) & XXL (14kg ke atas), Shahadah sesuai pakai saiz M sekarang ni. Tapi tak lama dah boleh pakai saiz L pula.
Perbezaan dengan lampin pakai buang jenama lain
Kina pernah pakai 2 jenama lampin pakai buang untuk jenis seluar ni. Satu Huggies Dry Pants & satu lagi jenama Y (tidak perlu disebutkan). Di sini kina boleh buat perbezaan antara 2 jenama ini. Ini adalah hasil dari pengalaman & penilaian kina sendiri.
Sampel percuma
Ibu-ibu yang berminat untuk dapatkan sampel percuma. Jangan malu jangan segan. Tak kenal maka tak cinta kan? Boleh la klik ke link INI. Atau kalau link broken taip ini ye di ruangan URL : http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx Sampel akan dihantar dalam masa 21 hari.
Sebelum kina akhiri, kina sempat merakam moment ini selepas sahaja kina pakaikan Shahadah Huggies Dry Pants. Sama tak macam model iklan Huggies Dry Pants? Hahaha. First time tau die buat aksi macam ni. Nak mintak huggies panggil jadi model kot? Hahaha. **Just kidding.
Untuk maklumat lanjut & updates dari Huggies bolehlah like Facebook Page Huggies.
Banyak info & contest yang ibu-ibu boleh join tau.
Jadi? Jom lah bertukar untuk lebih senang pakai! Hanya Koyak, Salin & Lepas!