Showing posts with label review baby bullet. Show all posts
Showing posts with label review baby bullet. Show all posts

Wednesday, March 13, 2013

Review : Magic Bullet Baby Bullet

Salam
Lagi post dengan gambar..Magic bullet baby bullet ni khas untuk buat puree untuk solid food baby..Kina dapat baby bullet ni hadiah dari abang ipar & isteri masa shahadah chinta baru 2 bulan..Sangat excited la dapat hadiah ni..Pernah la nampak harga dia boleh tahan mahal untuk sebuah blender..tapi kalau fikir baby bullet ni hanya sebuah blender anda salah..tettt..meh kak ton nak cerita..gittew..comey tak kak ton??hahaha..Kina dah pakai baby bullet ni sebulan++..

Baby bullet ni terbahagi kepada 2 functions. 1 untuk memuree, 1 untuk menyimpan..(hentam la labu bila direct translation..hehe) Selain dari kecomelan kak ton baby bullet ni yang buatkan kita nak gigit2..Boleh dikatakan kalau kita ada baby bullet ni kita kurang pening la dalam nak sediakan solid food baby & automatic jadi positif sebab tengok bullet tu senyum..hahaha..Ini apa yang includes dalam baby bullet ni mengikut function dorang..
apa yang ada..taken from here
Kina terangkan ikut function..Ni dalam kategori menyediakan puree..
1. Baby bullet ada buku manual & buku pocket nutritionist
Buku manual, macam2 ado dalam ni. Best.
Kedua-dua buku ni sangat membantu untuk 1st time mommy yang bersemangat waja untuk buat homemade food. Walaupun totally dalam bahasa omputeh, tapi kita senang nak faham..Ayat die pun macam ayat kita berkomunikasi bukan ayat yang berbunga2 novel apatah lagi skema jawapan Biologi..Kina memang rujuk buku ni je sebab memang padat la tanpa sebarang iklan yang mengganggu. Ada jadual makanan, makanan apa yang terbaik ikut bulan, cara penyediaan puree, tanda-tanda baby nak makan, cara simpan frozen solid food & sbgainya..Lengkap insyaAllah..Kulit buku pocket tu dah selamat dah kena koyak dgn shahadah chinta..hoho..nasib baik kulit je..=_=

2. Bekas blender iaitu batchbowl & short cups
Ini medium untuk kita campakkan buah @ makanan yang nak kita kisar. Batchbowl tu yang besar so kita boleh buat banyak-banyak batch puree tapi kita tak boleh simpan terus sebagai storage sebab penutup dia tak kedap udara. Batchbowl ada muncung mulut macam jag.Short cups pulak boleh blend untuk sikit-sikit punya lepas tu ada penutup yang boleh kita simpan buat storage tapi biasanya tak buat la jadi storage sebab dah ade bekas storage. Bila baby masih baru berjinak-jinak dengan solid food memang pakai short cups sahaja sebab baby mula-mula bukan makan banyak pun. Sebab tu kena adanya bekas storage untuk simpan puree yang dah siap untuk next-next day.

3. Miling blade & baby blend blade
Miling blade mata dia ade 2 sahaja manakala baby blend blade ade 4 mata. Miling blade ni untuk kisar macam beras, adik beradik bijirin. Jenis kering la kalau blender biasa tu. Baby blend blade plak untuk buah, vege & yang basah-basah. 

4. Power base
Mesin untuk sambung pada plug..Baby bullet ni takde macam button on off macam blender biasa..Kita kena pasang bekas blender pada power base sampai bunyi ktakk, pegang & tekan plug..Kiranya plug tu macam suis on off la..Kina ok je dengan suasana memblendernya..Kena fokus ye memblend..hahaha..Cuma tak boleh la buat benda lain dalam seminit memblend tu..Not a big problem to me.

5. Spatula
Yang ni mesti orang tau..Berfungsi seperti sudu..boleh korek-korek balance pada batchbowl..

Ini kategori menyimpan pulak..

1. 6 date-dial storage cup
6 biji cawan comel yang kita boleh set date dengan memulas2 bawah penutup dia. Kina jarang setkan date sebab memang akan pakai cepat. Jadi tak perlu risau basi ke tak elok ke puree tu. Untuk frozen tahan up to 3 months, untuk chilled tahan up to 3 days..Storage cup ni flexible, kita boleh jugak bagi makan kepada baby terus dari cup ni kalau taknak salin ke dalam mangkuk..Nak warmkan pun senang..Muat je masuk warmer..

2. Storage tray
Ini adalah pasangan 6 date-dial storage cup..Bila nak simpan dalam peti kita letak dalam tray ni so xd lah lari-lari. Tersusun elok.

3. Batch tray
Yang ni jenis silicone..Kita kena salin masuk dalam mangkuk..Cuma bagi kina agak susah nak tekan bagi pop out..Kena berusaha segigihnya menekan silicone tu bagi keluar..

4. Stay fresh resealable lids
Kina ada terangkan dekat short cups di atas.

Mari kita berkenalan dengan lebih dekat baby bullet ni dengan cara penyediaan puree pumpkin..Kebetulan kina baru balik dari Kuching, so memang takde la apa-apa stok frozen solid food jadi eloklah amek gambar preparation puree pumpkin untuk buat review..

Kina asingkan barang-barang makan & minum baby dekat rak ni..Sebab benda-benda ni macam cenonet nanti bercampur nanti hilang plak..Lagipun senang nak prepare bila baby nak makan..

Ini antara bahan-bahan yang kita perlukan untuk buat puree pumpkin dengan baby bullet ni. Rujuk gambar bawah ni ye.

Kina pakai batchbowl yang besar sebab buat banyak
Batchbowl dengan baby blend blade 4 mata sebab pumpkin ni jenis basah & kina nak buat banyak. Susu ibu yang baru diperah untuk dicampurkan dengan pumpkin. Disebabkan pumpkin kena rebus dulu jadi kina masukkan susu ke dalam peti.

Potong & basuh pumpkin. Kina tak buang kulit sebab susah weh nak kupas. Selepas dah masak lebih kurang 10 minit, kina buang kulit & masukkan dalam batchbowl. PENTING: biar seketika atau basuh dengan air sejuk selepas kita steam @ rebus. Sebabnya kalau kita terus blend, blend tu akan rosak sebab panas.

Campurkan sedikit air atau susu. Macam kina ni pakai separuh labu dekat gambar atas, gunakan lebih kurang 2 oz susu. Nanti bila baby makin besar boleh kurangkan air atau susu untuk bagi lebih tekstur dan pekat. Kina tak tapis pun lepas blend sebab rasa macam dah cukup smooth dah. Bimbang lepas tapis tinggal air je. Hihihi. Its depend pada individu.
Kina rebus pumpki dengan kulit2, lepas tu baru kina buang kulit..lebih senang..

Labu yang dah dibuang kulit & dialirkan dengan air sejuk supaya xpanas blender
Tekan & on plug..kina on off dalam 3-4x
Kina akan tuangkan ke 3 bekas. 
-1 bekas mangkuk shahadah chinta untuk dia makan yang fresh dari ladang.
-2 bekas date-dial storage cup.
-3 bekas silicone tray tu kalau ada lebih & boleh dicampur dengan puree yang lain di masa hadapan (kalau xd alergik). 
Shahadah chinta punya selera ok la, takde la makan banyak sangat xde la makan sikit sangat tapi demand untuk susu tetap banyak lagi. Kawan-kawan group cakap 8 bulan baru slowdown susu sebab dah makan banyak benda.

Bekas die comey sungguh kan..yang smiley tu boleh buat terus masuk warmer..
Kalau ada bajet lebih boleh la beli baby bullet ni..Kalau dekat groupon boleh dapat murah sikit kan?Walaupun maybe pakai utk 3-4bulan sahaja sebab baby tak selamanya makan puree kan tapi boleh simpan utk adik2 dia kan (of course dengan penjagaan yang betul, kalau lasak2 mahal pun rosak juga) Tak sabar nak tunggu boleh main masak2 atas dapur..Dah siap beli unsalted butter dah..Over kan..

Kina xd la cakap baby bullet ni adalah 1 kewajipan untuk dibeli tau tapi rasa excited bila nak sediakan solid food..Shahadah chinta punya rezeki pak saudara hadiahkan ni..Kalau tak maybe mama pakai shake n take je..Bagi yang nak bajet kina suggestkan beli & pakai shake n take je pun boleh, kalau untuk miling oat ke bijirin ke pakai mesin blender kering je..Blender hijau pensonic tu pun boleh bah..Tak digalakkan pakai blender biasa yang kita guna blend cili thai, bawang vietnam, halia filipina (haa..keluar semua negara) sebab baby ni kan sensitif..Overall kina rasa ok je pakai baby bullet ni..Paling suka buku die..

Oh ye..untuk yang baru nak bagi baby makan macam kina ni, kina syorkan application for android nama dia Baby Solid Food..Sangat sempoi & best..Download la..Freeeeee..






 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork