Tuesday, April 12, 2016

4 Tips penjagaan rambut anak berambut kerinting

Salam.. 

Ok, baru lagi dapat tips dari tukang gunting rambut 2-3 minggu lepas. Masa tu kina nak gunting rambut kina, pastu makcik odah tukang gunting rambut tu share tips macam mana nak jaga rambut shafiyah yang kerinting itu. Yela, takde pengalaman jaga rambut kerinting. Salah la cara sebenarnya. Hahaha.

Kalau pergi mana-mana orang akan tegur rambut shahadah & shafiyah sebab totally berbeza. Sorang lebat & lurus, sorang kerinting & nipis. Biasanya orang akan agak shafiyah ikut kina la kan sebab kina pakai tudung, rambut pudin bukan la lurus sangat pun sebenarnya. Hahaha. Kalau panjang tu curly jugak. Jawapan ikut sape tu actually shafiyah ikut nenek-nenek dia. Hee. Shahadah ikut kina lebat gila rambut. Nak tunggu kering memang jenuh.
Makcik odah potong rambut kakak. Dia cakap MasyaAllah, sama dgn maknye kaya betul dengan rambut. Hahaha. Tu bayar pun mahal sket dari rambut biasa. Kwang-kwang.

Ok, berbalik kepada tips macam mana nak jaga rambut kerinting ni. 

1) Kurangkan syampoo rambut
Kalau dulu setiap hari syampoo, sekarang ni buat 2-3 hari syampoo sekali je. Dah agak busuk tu syampoo la. Hahaha. Kurangkan syampoo supaya rambut dia tak kering. Macam shahadah sebab lebat cepat gile la busuk, shafiyah lambat sket nak bau busuk.

2) Selalu trim/potong hujung-hujung rambut
Kina mana pernah potong rambut shafiyah sebab sayang pastu tak sabar nak tengok macam mana kalau panjang. Comel kan rambut kerinting kalau panjang ke bawah tu. Kali ni tiap hari jumaat kina trim rambut hujung. So nanti rambut yang akan tumbuh cantik dan sihat. Memang nampak perubahan. Nampak elok je rambut dia. Sebab tu digalakkan potong rambut anak kerap kan masa kecik-kecik.
Masa makcik odah ajar camne nak trim rambut shafiyah


3) Jangan diikat
Serabutnya kalau tak ikat kan. Gerbang camtu tu kina selalu ikat. Tapi sebab rambut die jenis kerinting & nipis, akar dia tak cukup kuat. Jadi, bila diikat akan bertambah nipis tu. Bertabah jela tengok gerbang sementara. Hahaha. Pakai skarf pun kejap je dia nak. So sekarang ni dah sangat jarang ikat.

4) Letak minyak kelapa dara
Kina pakai minyak kelapa dara PADARA beli dekat mydin. Scary hah nama die. Hahaha. Murah je uols, RM9.90 je hari tu beli sebab nak sapu dekat perut untuk elakkan parut pregnant & buat urut. Alang-alang dah ada sapu juga dekat kepala shafiyah. Now dah nak habis dah minyak tu, cari semalam kat mydin dah out of stock pulak. Minyak zaitun pun boleh untuk sapu dekat rambut.

Tu jela tips dari makcik odah. So ni gambar latest rambut budak berdua ni. :) No.3 agak-agak rambut macam mana plak ye.






1 comments:

Dilla Delaila on April 13, 2016 at 10:51 AM said...

pasni kalau ada princess lagi rambut jenis atas lurus bawah kinting pulak...sume pun comel :)

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork