Thursday, January 28, 2016

Review: Dengan CANVA semua boleh jadi designer

Salam..

Kina bukan designer, photoshop pun tak pernah guna..Banyak yang kina pakai untuk edit & design dengan Adobe Illustrator & Photoscape. AI tu best tapi takde portable punya, susah bila pakai mac die nak yang full version, nak subscribe mahal, beli pun mahal. Huhu. Photoscape best jugak & free.

Sebab nak buat flyers untuk theshopablog kina terjumpa website ni. Nak jimat RM40-RM80 bayar design. Kuikui. www.canva.com. Sumpah best gile. Mudah & banyak pilihan. Biasanya kalau yang free pastu online ni kan limited die punya design, pastu ada watermark la bagai. Yang ni design die up to date & banyak yang free. Cantik-cantik pun free. Tak perlu subscribe pun. Kalau nak resize kena subscribe tapi kina dah cuba yang free trial die takde beza mana kalau yang free je.

1 yang tak best, bila petang sllu la kena refresh sebab internet connection kot. Malam laju je.

Mula-mula tak impress pun. Hihi. Connect dgn facebook je. Tak perlu nak isi ape2.

Size & format yang ada. 

Marketing material tu sangat-sangat membantu untuk bisnes. Nak buat cover photo facebook pun boleh.

First design dengan CANVA. Gambar OPK tu kina buat guna photoscape.

Bentuk vector semua free je. Tulisan pun lawa-lawa. User friendly.
Tak pening dah pikir pasal AI. Canva berjaya memenangi hatiku. Cewah. Semalam tido kol 2stgh pagi dok siapkan mende ni. Lepas dah siap design-design boleh DOWNLOAD. Ada format JPEG, PNG, PDF (standard), PDF (for printing). Macam kina hantar dekat printer tu kina pilih PDF for printing. Ok la. Semoga bermanfaat. Boleh like facebook Theshopablog ye. Hihi. Sempat lagi promote dlm-dlm stock takde.





3 comments:

Ainul Mustafa on January 28, 2016 at 5:30 PM said...

selalu jgk guna canva tu. cuba tak pandai sgt nak buat poster cantik cantik

puteriraifana on January 29, 2016 at 8:52 AM said...

menarikk. nak try jugak

Raihanah Ahmad on February 1, 2016 at 2:10 PM said...

banyak apps sekarang, yang bukan designer pun boleh jadi designer

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork