Friday, December 26, 2014

Derma untuk banjir pantai timur

Salam.. 
Hebat dugaan yang dihadapi orang-orang pantai timur khususnya Kelantan..Sampai tenggelam semuanya..Ya Allah.. Kite yang tak terima ujian ni rasa macam helpless sangat..Sebenarnya kita boleh bantu dalam banyak perkara ok.. 


 1) Derma - tak kisah dalam bentuk wang ringgit atau barang..cari dan cari dekat mana nak derma barang dekat mana tempat pengumpulan barang..untuk orang area shah alam boleh pegi ke telekung project 27 & 28 Dec dorang buat pengumpulan..klik link ni untuk lebih details. tak jumpa dan tak boleh pegi boleh derma online pada NGO yang terlibat dan boleh dipercayai. 

Contohnya MAPIM : Ni no account untuk mudah korang copy paste dan transfer..
No account DANA MAPIM : 558220605312


2) Doa - doa itu senjata orang mukmim. fullstop.

3) Solat hajat - Join solat hajat. Kalau tak dapat pegi masjid dan surau buat dekat rumah sendiri je. 2 rakaat sahaja, tapi insyaAllah banyak membantu.

4) Media sosial - Time ni nak collect saham akhirat dengan media sosial. Share, share & share. Bila kita share walaupun kita pun tak dapat buat, kalau orang lain nampak dan die mampu buat kita juga dapat bahagian kita. Wallahualam.

Hari tu ibu wassap cakap nek (sg lembing) takde makanan sebab banjir tak boleh nak hantar makanan..Sedih rasa..Alhamdulillah hari ni ok dah sket..Macam mana lah yang banjir teruk tu sampai 3 hari tak makan. Budak-budak lapar. Ya Allah, bantulah mereka. 





Monday, December 8, 2014

Nak planner sendiri

Salam

Bukan pasal planning ok. Kahkah.

Sejak anak 2 ni memang serabut sangat rasa. Terkejar-kejar. Tak sempat. Tak terurus. Semua sebab time management la tak betul. So, sebab nak masuk tahun baru 2015 ni, negeri baru, rumah sewa baru, bisnes baru jadi nak ada planner baru. Biasa dapat planner free ke beli dekat kedai ke ada je yang kosong tak tahu nak tulis apa. 

So, ni kira challenge diri sendiri nak diy planner sendiri yang ikut suka hati sendiri nak tulis apa. Lepas tu print. Nampaknya kena berjaga malam la. Siang confirm tak dapat nak buat.

Dalam-dalam masa tak cukup tu ngengade gak tu nak buat sendiri. Ada yang free printable planner tapi ada jugak yang tak berkenan. Wish me luck! Kalau takde update pasal planner tu maknanya tak siap la tu. Hahahaha. Kalau siap, kalau la..nanti kina share maybe yang printable ke..will see..will see..


Wednesday, December 3, 2014

Shafiyah 5 bulan

Salam..

Hari ni genap shafiyah 5 bulan.

Masa dalam pantang die jarang ajak main tgh2 malam. Bangun untuk susu je. Tido pn awal.

Jarang dengar suara. Baik bebenor org cakap. Sampai jiran sebelah rumah cakap

"Tau ada baby, tapi senyap je tak dengar suara pn"

Rasanya baby ni xboleh puji. Sebab sekarang die dah semakin ikut kakak die. Rasanya shafiyah jadikan shahadah sebagai idola. Hahahaha. Tapi kadang2 sebab kakak buat bising jadi die pun terbangun. Grrrrr. Memang geram je kn.

Dari tido 7 setengah
Jadi 8 setengah
Jadi 9 setengah
Jadi 10 setengah
Jadi 11 setengah
Dan paling lambat 12 setengah

Alhamdulillah tak sampai 1 setengah. Pitam mama masa dekat kuantan. Sekarang ni sebab dah balik bintulu dapat lah mentidokan die lebih awal. Tapi rasa macam best plak die tido lewat so die bangun lambat. Kalau malam papa ade. :p Jahat mama.

Sekarang shafiyah tido pukul 9 lebih. Tapi kalau nak tido tu bukan main nangis. Kadang2 nangis tak tau sebab apa. Da buat macam2 last2 tido sendiri.

Petang ke mlm nak orang pegang je. Pagi2 je yang ok kite biarkan. Time tu la mama buat keje. Petang2 memang tak le mama nak baking.

Dah kenal orang. Tapi die pn macam kakak shahadah boleh dengan sape2. Beso sket nanti tak tau la. Friendly.

Dah berguling, angkat bontot, dah jatuh katil (tapi tak nangis sebab tersangkut antara almari dgn katil. Hahaha. Mama masa tu tengah bawak kakak shahadah dlm toilet. Igtkn wan mi tunggu , wan mi semayang, sampai rakaat ketiga berhenti sebab eksiden tu. Tapi rilek je shafiyah). Wan mi cakap jatuh xnangis kena tinggal nangis. Huahua.

Berat terkini 6.2kg. Alhamdulillah masih fully bf. Nak kejar record kakak. InsyaAllah.

Rambut tumbuh sket2 lg..hahaha. jd semua cakap nampak mcm baby boy. Xpe, nanti rambut da panjang, pastu nanti mama pakaikan subang macam kakak shahadah mesti tak nampak macam boboi dah.

Sebulan lagi shafiyah kita makan ye.

#5monthsbaby



Kakak akan jaga adik ye.


Yela kakak tu.



Sebelum check up 5 bulan.


posted from Bloggeroid
 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork