Showing posts with label macam mana nak tahu peniaga tipu. Show all posts
Showing posts with label macam mana nak tahu peniaga tipu. Show all posts

Monday, May 5, 2014

Tips elakkan ditipu peniaga online

Salam 

Tips ini dibawa oleh pembeli tegar online juga merangkap peniaga online..kihkih..kalau kina la, nak beli online apa-apa barang pun..wajib buat SOP ni..hahaha..gitu..SOP..yela, online ni benda yang kita tak nampak depan mata, nampak depan laptop je..

1) Survey review : Kina baca review sebab yela tamau la beli benda yang boleh merugikan kita sendiri..Ramai blogger atau forumer yang buat review tentang sesuatu product. Kadang-kadang dorang akan suggestkan beli dari mana. Jadi, kalau nak beli dari yang dorang suggest, silakan. InsyaAllah tak kena tipu la..tapi belum boleh 100% percaya lagi..ikut step2 berikut pulak..

2) Pastikan ada SSM registration : Online business yang macam dah bertapak lama sket biasa dorang akan daftar SSM ni. Kalau nak report tribunal ke apa senang ada no pendaftaran ni. Polis pun boleh la layan, kalau tak polis pun malas nak layan. 

Kalau dorang takde SSM camne? Bukanlah dorang ni terus boleh dicop kategori penipu tau sebab yela, kalau bisnes kecil-kecilan, baru je nak bertapak tentunya takde nak daftar SSM lagi. So, boleh ke step seterusnya. (Peniaga online jom daftar dgn SSM, pembeli yakin insyaAllah business makin ok.) Macam kina dulu daftar RM60 untuk 5 tahun terus sebab ada promo masa tu. Hemohemohemo..

3) Google no account bank/nama/email : Kalau online mesti la bagi no account bila dah confirm nak beli kan? Dekat no account tu die akan provide nama sekalikan. Contohnya 7000000123 Nor Shahadah Chinta.
Korang google la nama Nor Shahadah Chinta tu (confirm keluar blog ni..hahaha)..Kalau die pakai no account business contohnya macam THESHOPABLOG..korang google la pasal theshopablog..Kalau macam takde keluar facebook orang tu ke blog ke ape2 ke..Something fishy la tu..Kalau kina memang akan google setiap menda sebelum transfer. Once dah transfer nak google pun dah tak guna..Dah transfer google nampak plak orang lain pernah kena tipu. Haa..Nangis tak berlagu dah..

4) Check previous customers : Kalau dekat instagram ke facebook page ke kan, korang boleh check apa yang customers ni tulis. Macam 'tq, saya da received barang', tengok testimoni2. InsyaAllah, peniaga online ni tak tipu. Tapi kena tengok jugak testimoni tu die edit beriya ke tak. Kang buat-buat testimoni sendiri. Kalau korang jenis terlebih berani contact la customer tu untuk puaskan kesuspiciousan korang. Hihi.

5) Tanya kawan-kawan : Apa gunanya media sosial kan? Boleh tanya dekat group ke dekat facebook sendiri orang lain pernah beli tak dekat sini sini sini. Kalau ada yang pernah beli insyaAllah penipuan dapat dielakkan.

6) Tanya boleh COD tak? : Ini step yang crucial lah kalau step-step di atas tu semua takde. Kiranya memang tak tahu sangat2 dah wujud ke tak kedai ni / peniaga ni..Khususnya peniaga online yang tepek iklan dekat merata-rata. Korang tanya elok-elok boleh tak COD? kalau COD dekat mana ye? Korang maybe susah nak COD tapi boleh buat2 macam nak COD la macam kawan nak datang amek ke..Sebab nak tengok jawapan die je sebenarnya.. 

Ada juga certain peniaga yang tak nak COD sebabnya pembeli request tempat atau masa kadang-kadang tak kena dengan dorang, lepas tu macam tak berbaloi dengan harga barang tersebut. Barang harga untung RM5 tapi duit minyak dah berapa kan.. Tapi kalau die asyik mengelak pasal COD mungkin ada udang di sebalik batu..ada pulak tu boleh COD tapi kena bayar deposit dulu. Haa..Nampak tak permainan die..Hati-hati ok..kalau COD buat apa lagi nak bayar wang pendahuluan kan? 

Ok, itu saja tips-tips yang kina sendiri amalkan kalau nak membeli..Kalau korang ada tips-tips lagi sila share kat comment na..sharing is sexy. Online shopping pun sexy menghabis duit dalam account hanya beberapa click. Hahaha.



 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork