Salam
Dah lama tak review pasal makanan. Sebagai anak jati pahang, mestilah pernah makan sambal hitam. Selama ni makan jenis yang kering lepas tu rasa belimbing buluh tu kuat sangat. Selalu sangat nampak rakan-rakan blogger review sambal ciknaa ni. Ciknaa punya blog kat sini. Tapi tak order-order. Sehinggalah....
Mula-mula order 1 aje. Staff pudin received dari pos laju mesti pikir amboi sambal pun beli online ye. Hihi..mestilah.. |
Minggu lepas akhirnya order jugak tapi order 1 je, nak try dulu kan. Sedap! Pedas jugak, kurang sket je dari samyung ramen. Bareable lah. Yang ramen tu kebas mulut weh tapi syok gak kan sekali sekala . hihi.
Ciknaa amek order dan pos seminggu sekali je, closed order hari Sabtu, hari Ahad dia masak, Isnin dia pos. Selasa dah dapat. Gitu timeline dia. Sebab makanan kan, fresh dan taknak pos laju simpan lama sangat.
Sumpah sedap la, kena sangat dengan tekak kina ni. Basah-basah dan pedas. Macam-macam boleh makan dengan sambal hitam ni. Nak makan dgn roti? dgn roti canai? dgn telur? dgn oat?dgn nasi? dgn ulam? Semua boleh lah. Tak pernah lagi makan dengan nasi sebab tengah jaga kalori ni, ada bertambah-tambah makan kalau dengan nasi.
First time buat salad telur. Sedap jugak makanan sihat ni, lagi sedap sebab ada sambal hitam ciknaa tu. |
Dah la sambal ni lulus atkin tau. Kina tak pernah buat atkin, kalau breastfeeding boleh start fasa 4 tapi malas la nak beratkin. Sekarang tengah eat clean, jaga kalori je sebab berat badan macam naik, pastu workout setiap hari minimum 5 minit. Jadi sambal hitam ni memang membantu sangat dalam ber'eat clean'. Nak buat sahur pun best.
Kina ni kalau timun nasi lemak orang jual memang bagi dekat pudin je, tapi ni boleh buat kudap-kudap. Tapi mesti timun jepun yang kecik tu. Makan sesaja je. Ajaib sungguh. Krup krap krup krap siap tak cukup timun weh.
Kina ni kalau timun nasi lemak orang jual memang bagi dekat pudin je, tapi ni boleh buat kudap-kudap. Tapi mesti timun jepun yang kecik tu. Makan sesaja je. Ajaib sungguh. Krup krap krup krap siap tak cukup timun weh.
Pudin tengok macam tak percaya. Huahua. 1 packet tu transfer dalam bekas kecik, nak makan boleh cedok. |
Rahsia resepi sambal hitam ciknaa sedap yang amat ni salah satunya dia kopek sendiri ikan bilisnya. Tak ke gigih tu. Ni pun kina tau sebab ciknaa post dekat instagram dia. Baru ku tahu. Kina selalu shopping beli ikan bilis siap kopek je, malas!. Ni dah la banyak order, ciknaa kopek manually je. Fuhh. Patut la terlajak sedap.
Screenshot IG ciknaa..Baru ku tahuuu.. |
140 gram sambal hitam ciknaa = RM10 sahaja. Kalau korang nak order baik lah order sekarang, satgi ciknaa tutup order hari Sabtu ni kena tunggu minggu2 depan pulak. Nak order whatsapp ciknaa : +60179521525. Ciknaa bukan kinaa tau.. Kang ingat kina punya pulak. :p
Berbaloi la dengan kesedapan dan process nak masak yang lama. Ni kina order lagi 10 bungkus, layak jadi agent terus. Sebab pikir kang dok repeat order bazir bayar postage kan. Kina tak jadi agent tak cukup tangan dah nak reply whatsapp, tapi pudin jadi agent untuk area penang. Boleh whatsapp 0134096952 kalau nak COD area seberang perai dekat politeknik perai. Kalau takde orang nak beli pun makan je nanti. Memang puas hati lah. 5 stars kina bagi untuk sambal hitam ciknaa.