Sunday, February 14, 2016

Gaya pakaian office wanita muslimah

Salam.. 

Entry ni memang sesuai untuk mak adik yang baru start masuk keje di office kat penang ni. Hihi. Bagi sesetengah wanita, pejabat merupakan tempat dimana mereka harus sentiasa tampil bergaya dan kelihatan menarik. Lebih-lebih lagi mereka yang sering berjumpa dengan ramai orang ketika waktu bekerja. Smart & sopan menunjukkan muslimah yang berkualiti.

Walaupun kina work at home mother tapi bila keluar memang agak menitikberatkan soal pemakaian wanita muslimah. Selalulah kalau jumpa orang, orang akan ingat kina ni cikgu, pensyarah dan juga student (eh! student pon boleh lah).  

Oleh kerana kini semakin ramai wanita yang tampil bertudung (lebih cantik labuhkan tudung sehingga menutup dada, jom pelan-pelan kayuh) dan lebih selesa menggayakan koleksi pakaian yang bersesuaian dengan imej Muslimah mereka ke pejabat, maka untuk entri kali ini kina akan berkongsi sedikit informasi mengenai gaya-gaya pakaian office wanita Muslimah yang boleh dijadikan inspirasi untuk semua. 

Jika anda mempunyai keyakinan yang tinggi dan mempunyai tubuh badan yang langsing dan ketinggian yang ideal, tampil ‘smart’ dengan menggayakan koleksi seluar slacks anda bersama padanan kemeja pejabat seperti berikut. Atau untuk keselesaan yang lebih ideal sepanjang hari, anda boleh tampil bergaya dengan koleksi palazzo pants atau harem pants yang loose dan trendy ini dengan padanan kemeja atau blouse Muslimah yang bersesuaian.

Bagi anda yang ingin kelihatan lebih feminine di pejabat pula, gayakan koleksi maxi skirts atau skirt labuh anda dengan pemakaian kemeja pejabat atau blouse yang ringkas seperti berikut. Terdapat beberapa rekaan skirts labuh yang boleh anda pertimbangkan seperti flared maxi skirts, pleated maxi skirts dan mermaid maxi skirts. 
Love the skirt!
Dan untuk gaya yang paling elegan, anda boleh tampil ke pejabat dengan koleksi dress Muslimah dan gayakan blazer atau cardigan sebagai outerwear anda untuk kelihatan lebih sempurna.
Dress muslimah dengan line melintang menampakkan effect kurus!
Smart sangat coat macam ni.

0 comments:

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork