Monday, October 26, 2015

#sayajual : Jubah printed Qinaraland

Salam.. 
Alhamdulillah..kina ada 1 lagi cabang bisnes baru. Sangat mencabar clothing line ni. Please support me. :p 

Sekarang ni ada 4 design tapi kina upload 1 design dulu which is my favourite. Ada 3 color. Tak suka model die tapi nak jimat punye pasal..hahaha..next time pakai model betul-betul lah. Color & corak pulak tak clear sangat dalam gambar ni. Tapi kalau tengok depan-depan memang sangat sweet. Kena amek gambar guna iphong mak adik nanti. Nanti upload semula.

Please follow IG: Qinaraland
Jubah printed ni sangat limited dan takkan direstock dah. Jadi possibility untuk jumpa orang pakai jubah yang sama adalah sangat rendah. Hahaha. Jubah ni size besar. Kalau mengandung dan menyusu pun sangat selesa nak pakai sebab die tak ketat. InsyaAllah gerenti puas hati.

Size boleh tengok dekat ig qinaraland. Tapi kalau korang selalu pakai XL, kena amek L. Kalau selalu pakai M amek S. Time ni lah nak feeling pakai size kecik kaaaan. Hahahaha.

Harga : RM149
Postage semenanjung : RM8
sabah sarawak : RM10
Setiap pembelian akan dapat freegift!

Whatsapp untuk order : +60132126952




Tuesday, October 20, 2015

Review : Nurraysa DD glowing moist cake & pearl magic lipstick

Salam

Pernah tak terbaca surirumah berusia 23 tahun dan dapat keuntungan 1 juta sebulan. Tu lah pemilik Nurraysa Beauty. Muda-muda dah jutawan. Kina dah try 2 product dari Nurraysa Beauty dari seller Liza Estrella_onlineshop. Ada 1 lagi dapat sample collagen soap tapi tak try pun sebab sabun cuci muka banyak lagi.
Nurraysa Glowing DD Moist Cake & Pearl Magic Lipstick
Sebelum ni BB cream, CC cream sekarang  DD plak hah. DD stands for dynamic defence. Die berfungsi sebagai concealer. foundation & powder. Bekas die color silver, bukak-bukak terus nampak moist cake nye. Ingatkan takde span, rupanya tersorok di bawah. Mengingatkan kina pada bb cushion beli dekat korea. Tapi kina dah let go sebab rasa tak sesuai dengan diri. Ibu kina pun tak berkenan bb cushion tu. Brand innersfree.
Bila dibuka. Kina punya color medium.
Span die ade dekat bawah

My verdict tentang DD glowing moist cake ni:
Pros:
1) Bila sapu rata je dekat muka sebab die pakai span. Jenis orang yang takde nak brush-brush. Selalu pakai foundation/bb cream pakai tangan je memang comot. Kina la tu. Hahaha
2) Full coverage. Dapat tutup jeragat & jerawat biji2 kecik.
3) Nampak glowing gitu
4) Mesra solat.
5) Ringan.
6) Menarik pada kina ingredient die ada air zam-zam.
7) Lagi suka dd glowing moist cake ni bila compare dengan bb cushion innersfree

Cons:
1) Ada 3 color, Light, Medium & Dark. Color medium agak gelap. Jadi kalau biasa pakai medium baik amek yang color light. Ibu kina pun nak sebab pos sampai ke office die aritu, die lah tukang rasmi. Hahaha. Die pun cakap best pakai tapi agak gelap color tu. Terus order pulak color light satu utk ibu kina.
2) Bekas mungkin boleh upgrade di masa hadapan.

Harga : RM39 sahaja!



Tentang pearl magic lipstick pula. Pearl magic lipstick ni color die ikut warna darah kite. Bestnya lipstick ni die takde plumbum dan tak menghitamkan bibir. Masa dekat U dulu bibir kina tak start menghitam lagi. Lama-lama mula lah. Dulu pakai lipstick maybeline gi kuliah..hahaha..feeling2 moist je. Hahaha. last-last hitam.
Pearl magic lipstick

My verdict tentang Pearl Magic Lipstick ni:
Pros
1) Rasa moist
2) Celek sket je dah naik color
3) Color natural
4) Mesra solat, senang nak travel

Cons
1) Not long lasting

Harga : RM24 sahaja!

Esok gaji kan kan kan? Sape nak try 2 produk ni jangan segan silu boleh la contact Liza. Die pos cepat tau.

Whatsapp: 0172666154
Instagram : Estrella_onlineshop
Facebook : Estrella Muslimah
Butik vendor: Popdonna Bangi Seksyen 9 (Sebelah manjaku atas zoukspa)
Kalau nak COD pun boleh tapi untuk pembelian lebih RM100 di Seremban, Senawang, Port Dickson & Putrajaya. Kina recommend beli lah sakura mask seqy beauty & dd glowing moisst cake tu boleh la mohon COD. Hihi.

Suri rumah yang nak buat dropship cari duit lebih pun boleh contact Liza ni tau.

Ni gambar tempoh hari. Kina pakai 2 menda alah ni je. Tak pakai bedak pun sebab bedak habis. Nampak glowing ke idok? Hahahaha. Baru beli bedak baru semalam. Masuk guardian nak beli pixy tapi terbeli bedak lain pulak.Hahaha. Nanti la review, tak pakai lagi.



Monday, October 12, 2015

3 perkataan pertama shafiyah

Salam

Semalam shafiyah 1st time melontarkan 3 patah perkataan yang boleh difahami. Hihi

"I lah U" = I Love You

How sweet is that! Tergelak-gelak ktorang dengar die dok ulang i lah u i lah u..

Akhirnya di usia 1 tahun 3 bulan baru boleh ikat rambut die. hihi.
Ye, rambut shafiyah ni kerinting. Kalau pegi mana-mana orang akan cakap oh kakak rambut lurus (terlalu lurus & tebal lebat), adiknya rambut kerinting (lembut, nipis dan nampak tak panjang). Nasib baik sorang 3 tahun sorang 1 tahun, kalau beza setahun sorang mesti ingat kembar tak seiras.



Tuesday, October 6, 2015

Review : Orlin Mix Botanical Drink

Salam..

Hari tu ada return customer theshopablog kina offer trial orlin ni. 
"Kina menyusu lagi tak? kite nak bagi free trial orlin bagus utk ibu menyusu"
"A,ah, still fully bf shafiyah.."
"Kite nak honest review dari kina, jujur kalau tak berkesan pun takpe"

Katanya bagus untuk ibu menyusu dan die pun nak tau honest review dari bf mom. Ok la, why not try lagipun shafiyah da la kuat menyusu. First time dengar orlin ni seriously. Orlin ni mix botanical supplement drink. Takyah bancuh. 
Trial orlin 60ml, smart gak botol die.

Bila dapat trial pack ingat macam pack kecik-kecik packet, rupanya dalam botol comel ini. Cara pengambilan 2 sudu besar semasa perut kosong, masa sebelum breakfast. Kina mula-mula takut2 jugak nak makan. Hahaha. Bila dah ngap rasa ok je, teringat minum prun maya karin tu. Ha..innershine. Kok lupa ya namanya. Lebih kurang rasa die, macam manis-manis-masam-pahit. Sedap je pada kina. Ada 1 hari tu shafiyah nampak, die mengamuk2 nak jugak. Bagi la sket je. Mengamuk pulak nak lagi. Sabo ye syg nanti mama beli supplement untuk awak yang ada habbatusauda,kurma & madu macam orlin ni. Kang tak pasal-pasal montok apa yang tak patut montok lagi di usia awak. Hahaha. Nak makan pun kena sorok-sorok.
Kina makan guna sudu plastic ikea. kuikui. air jangan lupa minum banyak2.

Kandungan orlin ni: Kurma, Madu, Serapat, Kolagen, Sirih, Habbatussauda, Mirifica, Garciania Cambogia. Kurma , madu, habbatussauda memang takle disangkalkan memang milk booster terulung di alam semesta. Kolagen, Serapat, Sirih & Mirifica pula memang sesuai untuk perempuan yang meningkat usia. Hahaha. Garcinia Cambogia pulak famous untuk kuruskan badan, ada doktor yang buat kajian tentang garcinia camborgia ni tu banyak product gunakan garcinia cambogia.

Ok, mari teruskan review selepas makan trial Orlin :
Hari pertama : Tak rasa apa-apa perubahan pon.

Hari kedua : Rasa susu cepat sket penuh lepas time bf. Shafiyah tu sekarang kalau bf taknak sebelah je. 2 2 belah. Mengamuk tu kalau tak bagi. Lepas tu cepat haus.

Hari ketiga :Bangun pagi tu rasa segar sket badan. Tak lembik. 

Hari keempat : Terlupa langsung nak makan. Hahaha. Jadi no progress this day. Macam biasa2 je.

Hari kelima : Hari ni ingat lagi pudin cakap "sayang tak penat ke?" Sebab tak tido pun dari lepas subuh sampai tengah malam. Padahal traveling day.

Hari keenam : Perasan selera nak melantak tu kurang sket. Walaupun makanan lauk faveret uols. 

Hari ketujuh : Penghadaman makanan lebih cepat. Tak cirit tak sembelit. Happy tummy. Kurus? Taklah. Cuma rasa metabolism ada naik sket. Timbang sama je takde perubahan.

Lepas dah habis 1 botol trial orlin tu kina pegi order plak 1 botol besar. Nasib dapat harga special. Thank you Alya! Kalau kina order maknanya kina suka la. Kina beli sebab suka susu rasa cepat penuh, bertenaga & metabolism tinggi sket. 
Ni botol besar kina beli dengan harga spesel itu. Compare dgn size trial yg da habis.

Yang takde effect pada kina selama trial tu adalah kuruskan badan, keputihan taktau sebab takde keputihan masa tu jadi tak boleh bagi pendapat & kulit bertambah cantik tarak (what to expect seminggu je try kan). Ibu-ibu mengandung tak boleh makan tau tapi boleh masuk dalam list to buy untuk dalam pantang nanti sebab elok untuk tengah dalam pantang kan yela tengah stress pasal susu, kena banyak tenaga jaga baby, takde hal sembelit.


Harga asal sebotol RM99.00, promotion sekarang ni RM85 tapiiii kalau 10 orang pembeli cakap tau dari blog kina dapat harga RM70 exclude postage. Banyak tu jimat. 
Ok, fine, taknak lah beli besar terus. Beli la trial je dulu. RM20 sahaja sekarang ni. Harga biasa RM25.90. Kalau takde effect takyah beli dah. Trial pun ada limited time offer beli 4 free 1 free postage!


Sape yang nak order jugak boleh order dengan 
ALYA : WHATSAPP +60129193839 {KALAU CAKAP TAU DARI BLOG KINA DAPAT HARGA SPECIAL TAU TAPI 10 ORANG TERAWAL JE LA} 

Sekian review seikhlas hati dariku.....


















 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork