Monday, September 21, 2015

Rumah kami : Kipas living room bersiling tinggi

Salam

Rumah sekarang banyak design ceiling tinggi. Termasuklah rumah kami. Bila rumah tinggi, nak pasang kipas kena pakai downrod. Lampu pun ada jenis yang boleh pasang untuk ceiling tinggi camni. Nasib baik la pegi kedai lampu tu orang tu cerita camni boleh yang camtu tak boleh. Kipas macam ni tahan lasak & laju. 

Kipas kitorang beli color dark grey brand Panasonic, plan nak warna gelap lain sket dari dalam bilik. Google punye google jumpa dekat lelong.com. RM158 di kedai Ban Huat dan kebetulan pulak kedai tu dekat Butterworth, Penang. So pergi sana jela nak beli untuk jimat postage, tengok harga RM169. Jadi harga dekat online lagi murah. Kitorang pun nego nak harga online, mula-mula SA tu blur2 tak tau kot. Pastu cite la kat die. Hahaha. Dapat la harga RM158.

Ini kipas yang kitorang beli dari banhuat

Jadi, untuk orang yang rumah bersiling tinggi ni. Dekat sini ada guideline untuk tau berapa ketinggian/panjang downrod yang diperlukan. Discuss la dengan tukang pasang. Sebab kena match jugak dengan lampu nanti ada bayang.
Macam kina siling 15 kaki, jadi downrod perlu 60inch atau 5 kaki. Credit pic to : www.formplusfunction.com

Kalau siling korang 13 kaki, beli rod size 3 kaki. Kina memang cakap dekat die nak 4-5kaki. Mula-mula die nak buat 3 kaki pastu kina cakap takut tak rasa angin. Die pun ok je. Die yang setelkan semua. Beli rod seme. Nasib bukan rod color putih, kalau tak tak matching la kan. Kina tak tahu die beli dekat kedai mana. Tau-tau setel. Hihi.

Ye..gayat menengoknye..hahaha..tu shamsul, nasib die pun tinggi orangnye..skg asyik nak tutup buka lampu tu je..awal lagiii kan..
Rumah ni takleh pasang downlight utk ceiling ni sebab katanya wiring dekat beam la ape kina langsung xpaham. hahaha. Kalau nak pasang pun kena buat external. Takpe, so far biar camni je dulu. 10 tahun lagi baru pikir. Next catatan tentang lampu & langsuir langsir pulak..







Thursday, September 17, 2015

Rumah kami : Kipas murah-murah untuk bilik

Salam.. 


Ok, untuk kipas memang target panasonic & KDK tapi bukanlah yang mahal-mahal fancy-fancy pon asalkan ade angin dan ada kualiti. Beli yang paling basic dan semua brand Panasonic, KDK mahal sket tapi orang cakap motor KDK tu pakai panasonic so ok la panasonic semua kecuali kipas dinding. 


Rumah perlukan 4 kipas ceiling & 1 kipas dinding sebab tinggi ceilingnya. Kipas living hall special sket proses die sebab ceiling tinggi, next cite pasal kipas living room. 


So 3 kipas ceiling + 1 kipas dinding ni kina beli dekat mana? Dekat LAZADA. Hahaha. Kipas pon beli online jah sekarang ni. Bukan apa, harga murah, warranty pun ada, terus hantar ke rumah/office. Senang untuk yang dok jauh dari rumah ni. Asal balik kuantan macam-macam nak setel. Memang tak sempat, dah la kina ni jenis suke survey seme kedai. (mana nak sempat!hahaha) Yang penting beli kalau nak beli online harus yang ada 5 stars review. Macam theshopablog. Eh eh..:p

Kina beli 1 twin, 1 single sebab nak pakai 3.
Kipas ceiling amek yang panasonic F-M15A0 3 bilah 60inch (standard size) untuk semua bilik. Sekarang ni dah siap pasang dah pun dekat rumah, upah kawan wan mi untuk pasang. Nanti kina share upah wiring shamsul kawan wan mi tu. 

Kipas dinding pulak kina beli kipas MIDEA yang ni je sebab tengok banyak review 5 stars dalam belas2 review cakap bagus. Lagipun nanti nak buh kipas diri je dekat bilik tengah tu. Kipas berdiri banyak sebab dekat bintulu dulu ada menang cabutan bertuah la, beli pun ade sebab rumah sana takde kipas ceiling.

size die 16inch, besar.

Kipas midea yang da selamat bersemayam di bilik no 2.

Total harga untuk kipas beli dekat LAZADA
Panasonic F-M15AO - Twin pack - RM298
Panasonic F-M15AO - Single - RM149
Midea wall fan - RM105 (Minggu lepas da no info, da habis stock, semalam check da ade semula!)
Delivery charge - RM30 
Tapi sebab beli masa discount, alhamdulillah. 
Dari RM582 jadi RM505. Jimattt banyakkk..

Dalam bilik 3 & 4

Dalam bilik master
My verdict : Ketiga-tiga kipas panasonic tu laju & senyap. Recommended! Kipas MIDEA tu pulak tak sangka besar. Sangat berbaloi dapat grab harga RM105. Berbunyi la sket tapi kipas dinding biasa la kot macam kipas stand. Alhamdulillah kipas dah setel.

Wednesday, September 9, 2015

Sponsored video : Ramuan Enak Utk Dapur

Salam {sticky post}

Kitchen cabinet yang menawan adalah impian semua isteri-isteri/mak-mak..Sejak belum ada rumah sendiri dah mula berangan-berangan kan? Fall in love sangat dengan kitchen cabinet ikea. Dah pernah tengok tak video die? Kagum sangat. Sangat-sangat super duper creative lah IKEA ni. I hope IKEA nanti bina 1 dekat belakang rumah. Hahaha. Jom download katalog 2016 IKEA sekarang! Meleleh air liur tengok kitchen cabinet..huahua..

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork