Thursday, February 21, 2013

Hadiah terbaik

Salam

Alhamdulillah..dah genap 26 tahun semalam..
So kalau pakai Safi Rania Gold kira ok la tu kan seiring dengan usia..hahaha..
Yup..sekarang pakai Safi Rania Gold..sejaaaaak lepas bersalin 6 bulan yang lepas..
Nak cun macam chek ta gak..hahaha..

Mama dah 21 26 tahun, Shahadah Chinta dah 6 bulan..6 months & 6.6 kg..Ok la tu..
Slim macam mama..(nampak sangat tipu)..Kalau dulu selalu countdown birthday sendiri..
Tahun ni dok countdown umur budak kecik ni lebih dari birthday sendiri..

Kali pertama menyambut birthday sebagai seorang ibu..tiada candle light dinner..cukup dengan kek secret recipe black forest yang dibeli bersama2..hahaha..tak surprise pun kan? Pudin tulis wishes atas kek tu kina ada kat sebelah dan kina sendiri yang masukkan kek dalam peti..hahaha..Tak kisah la no surprise, yang penting ingatan & ada di sisi..Pudin sanggup cuti ok masa birthday..his boss cakap kenapa nak cuti hari rabu? Birthday wife dengan penuh confident..Boss terus owh..ok2..approve terus..Good boss..(Time gini puji good..time boss buat meeting sampai malam, outstation, watsapp masa cuti?..Boss niiii, time cuti pon nak contact laki aku..: P)

Pukul 12.00 pudin nyanyi lagu happy birthday dengan volume paling slow..Bukan nak romantik tapi sebab si kenit tu tidur berhampiran..Tak lama tu die pun bangun dengan muka sememeh macam mama die..Nak sambut birthday mama agaknya..hehehe..mama anggap awak bangun ni pun sebagai hadiah..
Cake tu takde besar sgt..tapi shahadah chinta yang kecik kot..hehe..
Tahun ni dapat hadiah yang best dari pudin. Yela. Gabungan hadiah birthday tahun lepas + hadiah anniversary + hadiah bersalin + hadiah birthday tahun ni. 4 in 1 tu. Hehe. Akan digunakan dengan penuh kasih sayang. Wan mi a.k.a ibu kina bagi hadiah luggage bag. Nice juga tengok dari gambar. Terima kasih ibu (dah lama ibu tak bagi akak hadiah bday kan2..hahaha). Tahun ni paling best setakat ini. ^____^

Namun, hadiah yang terbaik datangnya dari Allah S.W.T adalah rezeki yang tak ternilai untuk shahadah chinta. Tiada setitik susu lain selain dari susu ibu untuk si kecil ini. Setakat 6 bulan ni la kan. Kina tak pernah condemn susu formula. Sebab dulu masa kecik pun minum susu formula. Dah besar pun minum susu kotak jugak. Susu kotak tu dari ibu lembu juga lor..So please breastfeeding mom ''jangan guna ayat anak jadi lembu bila minum susu lembu'' nanti kang Allah tarik bila2 masa je susu takde makan la segala supplement nangis la keluar susu pun dari mata masa tu susu yang diperkatakan itu juga nak kena bagi kan. So..To encourage sangat dialu2kan but to condemn others jauhkan la..

Rasa nak nangis bila dah sampai 17hb hari tu. Sebak sangat. Banyak dugaan tapi Allah permudahkan jua. Suku perjalanan dah berjaya menyusukan dia. Alhamdulillah. Thank you Ya Allah. Semua ibu pun niat nak menyusukan anak 2 tahun kan. Berjaya atau tidak kina mencapai 2 tahun tolak ke tepi. Sekarang kina aim 1 tahun dulu instead of 2 tahun sebab tahu bukan senang. 6 bulan ni pun dah syukur sangat dah. Hopefully dapat bagi yang terbaik utk Shahadah Chinta.

Rewardkan diri sendiri dengan sijil buatan sendiri. Hee.
Ingat nak buat matric tapi sijil matric macam tak laku je. Hahaha.
Ok, dah publish baru nampak ada ayat tercicir sebelum diploma. Biaq pi la..hahaha..

Antara wishes yang kelakar & menarik perhatian kina dapat tahun ni. 
"Selamat membesar", "Semoga Chinta cepat dapat adik", "26 muda lagi", 

Sekian..Thank you in advance..and wish me luck in bf ya!


Wednesday, February 6, 2013

Takde mood nak berblog

Mood dah ke laut china selatan..huhu..
Byk nak tulis tapi tu la...

Rajin berinstagram je skg ni..
Dah lama ada acc masa awal2 dok bintulu..tp xfollow sape2 & xdifollow sape2..dah buat private..(actually xtau cmne die berfungsi..haha)
Kejap je masa berlalu..nak dekat setahun dah dok bintulu..

Baru la ni publish..
Kalau korang nak tau perkembangan si kecik shahadah chinta tu bleh la follow shakina87..sebab gmbr die bersepah dlm tu..

Tepek 1 gambar die yg terbaru..manja kededek tau x budak ni..

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork