Salam..
Lama gila nak dapat ke tulis itinerary ke Sabah bulan Feb ritu. Tapi dah janji so kugagahkan update itinerary utk mudahkan parent yang nak bawak anak kecik ke Kundasang & Kota Kinabalu Sabah. Sila la pegi Kundasang lama sket. Kina suka sangat kundasang sebab sejuuuuk. Katanya bulan Feb & Mac memang sejuk. Start pukul 5 petang ke 8 pagi sejuk. Lepas dari tu dah ala2 cameron je. Cameron tak sejuk dah sebab dah banyak pembangunan kan.
Utk gambar korang boleh cari hashtag #sabahfamilysha dekat instagram. hihi. punya malas nak masukkan gambar. (gambar dalam pendrive dah)
Hari pertama
Flight sampai dalam pukul 2-3 petang (tak ingat dah..kakaka). Tunggu kereta sewa. Mula nak terus ke Kundasang dan jamak ta'khir dekat sana, tapi kitorang berhenti dekat Petronas lepas airport, sembahyang dekat situ. Patutnya masa tu kitorang tak patut gilir2 sembahyang atau terus sembahyang dekat Petronas yang jauh sket (banyak je station minyak nak ke Kundasang tu dan lepas tu pun kitorang banyak berhenti2 sebab ada orang nak kencing la nak berak la..hahaha). Sebab kitorang lambat, stuck pulak dalam jem jadi makinlah lambat. Tak sangka jem jugak area sana. Hihi. Akhirnya sampai dekat Kiram Village masa Maghrib. Bahaya laluan ke Kundasang tu kalau gelap. Ada 1 masa tu berkabus gila tak nampak langsung. So, korang kena cepat2 gerak ke Kundasang kalau flight tu sampai lewat.
Hari first ni banyak dalam kereta sewa je. Sampai check in, makan, beku dan berehat.
Hari kedua
- Pukul 8 setengah pagi breakfast dekat Kiram Village je. Roti canai RM2. Makan cepat2 kalau tak nanti sejuk. Hahaha. Amek-amek gambar la, layan budak2 ni.
- Gerak ke Desa Dairy Farm. Bestttt. Feeling-feeling New Zealand sangat. Dok sini dalam sejam setengah. Makan askrim & yogurt, beli fresh milk, feed lembu & kambing. Tak tengok pun sesi perah-perah susu.
- Pukul 10 setengah pagi camtu dah panas sket, budak2 pun da tanggalkan sweater. Baju biasa da ok. Gerak ke Poring Hot Spring. 38km dari Desa Dairy Farm tapi sebab bukan highway lambat la nak sampai. Sejam jugak baru sampai. Mulanya nak ke Sabah Tea tapi syukur pegi sana dulu sebab sana jauh lagi.
- Dekat pukul 12 sampai Poring tu memang terik. Budak2 pun tertido dalam kete sebab penat dekat desa dairy farm tadi. Kina suruh pudin tido kejap sebab nanti letih nak drive semula. Lepas tu kitorang explore Poring hot spring. Situ besar sebenarnya, ada banyak taman2. Tapi pegi dekat kolam air panas je cuci2 kaki rasa air panas. Dalam tu ada surau kecik utk solat.
- Lepas tu kitorang lunch dekat Restoran dalam tu. Depan restoran tu ada kolam dengan slide panjang (kena bayar asing) , tapi budak2 yang kecik mcm umur Shahadah x boleh main. Restoran dlm tu (tak igt nama) cantik & ada halal, lepas tu toilet dia pun cun, hanya customer restoran je boleh guna.
- Pukul 2 setengah petang kitorang gerak nak ke Sabah tea pulak, Sabah tea dekat je dengan tagal fish massage. So lepas pegi Sabah tea, turun pulak pegi jumpa ikan2 tu. Sampai Sabah tea dalam pukul 3 suku, rilek2, pegi toilet, amek gambar, turun ke fish spa. Jalan nak ke Sabah tea tu takde la curam sangat tapi bumpy2 la.
- Turun dari Sabah tea tu belok kiri jalan sket sampai la dekat fish spa. Dalam2 tu boleh parking lagi, tak jalan jauh pun tapi ada banyak anjing sket. Situ da tetapkan no giliran, masuk, 15 minit nanti dia bunyi la sekian2 dah habis, boleh keluar.
- Lepas berfish massage gerak balik, singgah sat dekat Pekan Kundasang, macam pasar malam meriah. Weols cari sweater & stokin sebab sejuk malam-malam. Tapau siap-siap makan malam. Malas nak keluar malam2. Lagipun pukul 9 semua dah zzzzzz.
Hari ketiga
- Lepas breakfast check out dari Kiram Village.
- Pukul 9 pagi terus ke Gunung Kinabalu. Tak hiking pun. Tengok2 dan bergambar aje. Round dari dalam kereta. Hihi. Suka sebab tak perlu jalan jauh. Hahaha.
- Boleh singgah Pekan Nabalu kalau mahu, kitorang tak singgah pun sebab nak kejar ke tempat lain pulak. (tapi geram tengok pokok2 bunga, kaktus..rasa nak berhenti jugak)
- Otw nak ke Kota Kinabalu akan lalu Jambatan Tamparuli, ni pun kitorang tak berhenti. Just amek gambar dari dalam kereta.
- Sampai dekat Rumah Terbalik, tour dalam tu xle amek gambar tapi dekat luar tu ada galeri boleh amek gambar..Ada kedai makan tapi tak gi..gi toilet.. Tak masuk muzium 3D sebab anak2ku takut. Masa gi muzium 3D dekat penang pun nangis2 shahadah & shafiyah tu. Hahaha.
- Oh ye, lepas ke Rumah Terbalik, korang masukkan lah itinerary pegi makan lokan bakar & puding kelapa dekat tuaran tu. Kitorang tak pegi sebab lepas dah sampai KK baru tau. Malas nak ke Tuaran balik. Orang cakap sedap. Tengok review pun mcm best.
- Next boleh check in hotel & berehat
- Lewat petang boleh ke Pasar Pilipina & makan seafood dekat KK. Seafood fresh tapi kina rasa biasa2 je masakannya. Hihi. (Ada orang komen dekat gayang seafood sedap)
Hari keempat
- Breakfast di hotel dan ready nak gi Island Hopping
- Nak banyak pulau korang pegi lah awal sket. Harga boleh tahan telan anak tekak. Hahaha.
- Boleh pilih nak pegi Island mana. Ada pakej2 dekat situ. Kitorang pegi 1 Island je. Tu pun rasa kepuasan tunggu nak balik. Hahaha. Sejak pegi Sabah ni weols sedar, weols bukan jenis orang pantai. (patut la dulu bali rasa biasa je, rupanya ajet2 nak tempat sejuk2 je. hahaha..kalau ada rezeki ke bali nanti nak pegi Ubud lah).
-Petang tu kitorang dah pulangkan kereta sewa dekat hotel sebab pikir tak pakai dah. Pakai grab/uber je nanti nak gi airport.
-Lewat petang gi ukur mall je sebab hotel bersambung dengan mall, shopping last minute kekdahnya dapat la seluar dan baju budak2 ni.
Hari kelima
- Breakfast dekat hotel.
- Mood relax2 sambil packing. Hihi. Dah tamat percutian di KK. Pendapat kina kalau korang jenis suka pantai2 lebihkan masa dekat KK. Kalau suka tempat sejuk2 nyaman dok lama sket dekat Kundasang.
ok..hopefully membantu. InsyaAllah ok da itinerary atas ni..friendly budak kecik..hahaha..cuma boleh tambah tempat makan ke kalau korang nak mencuba makanan sana..
How to Cook Delicious 🌿Yaourt végétal à boire🌿
3 years ago