Wednesday, March 8, 2017

Penginapan di Sabah : Kiram Village

Salam..

Akhirnyaaaa..Baru mood datang. Plus masa terluang sket. Lama delay nak cite pasal trip ke Sabah dengan anak-anak bulan lepas. Harap2 tak lupa lah. Hihi. 

Ok, flight takmau cite lah sebab semua orang boleh book dan cari dekat Air Asia kan. Kitorang pilih 8-12 Feb sebab masa tu thaipusam, penang cuti. Lepas tu Sabah Sarawak tak sambut thaipusam, bukan time cuti sekolah jadi maybe tak pack sangat kan. 

5 hari 4 malam di sana : 2 malam di Kundasang, 2 malam di Kota Kinabalu. Next time nak amek 3 malam dekat kundasang lah sebab Kundasang best! Lepas ke Sabah ni baru iols sedar Iols suka tempat yang sejuk compare dengan pantai & bandar.

Kiram Village
Di kundasang kami pilih Kiram village, mula-mula nak kinabalu pines resort tapi dah full. Kalau nak book Kiram village takde dekat Agoda dan sewaktu dengannya (setakat ni lah). Boleh whatsApp no kiram village. (sabar lah menunggu reply ye).
Rate untuk rujukan korang. Tapi ada yang review bilik yang besar tak ok sgt. Kitorang amek Pineapple. Baby tak kira la jadi boleh walaupun max 5 orang. hihi. Tu no tel whatsApp je.

Ada banyak jenis bilik. Semua nama-nama sayur dan buah-buahan. Kitorang amek bilik Pineapple.  Ada 1 katil queen lepas tu tambah extra mattress. Extra mattress tu charge per hari. RM25 tak silap. So jadinya kitorang sewa semalam RM100 + RM25. Towel korang bawak la sendiri ye. Kiram village ni guna kaedah macam Air Asia, nak add on semua kena bayo ye. Hahaha. Towel xigt berapa RM5 kot, extra mattress RM25, iron sewa RM5.
Dalam bilik Pineapple. Luar kayu, toilet je tile simen semua.

Toilet bersih, ada water heater tapi air slow (what to expect dekat tempat tinggi water pressure rendah). Pagi weols tak mandi pon sebab sejuk yang amat masa hari tu. Kaki kakak siap cramp, bukan cramp die kebas pastu sakit la bila pijak. Bilik tu kayu jadi bila pagi tu rasa taknak pijak lantai. Tido malam memang sejuk sangat. Rasa 10 darjah kot. Dekat rumah ktorang selalu acond sampai 24 je. Jenis tak tahan sejuk.

Malam tido seme pakai baju sejuk. Tengok bibir kakak biru. Hahaha.

Dorang cakap bulan feb & mac paling sejuk. Bawak lah stokin dan sweater utk tido. Kina bawak baju tido biasa je sebab orang cakap tak sejuk sangat. Rasa macam 10darjah celcius je malam ke subuh tu.

5700 ft above sea level
Ada gaya kampung hobbit tak? 

Brocolli ni pun comel sangat. beza RM20 dgn pineapple.

Dekat Kiram ni nak senang breakfast dan dinner korang boleh makan dekat cafe die je dan dijamin halal. Pemilik Kiram ni orang Islam. Ktorang merasa breakfast je. Biasa-biasa saja roti canai RM2 dan air nestum, milo..Malam kitorang tapau luar dan tido pun awal. Laki iols pulak dah start diet masa ni, ngengade kan cuti pon diet. Hihihi.
Turun tangga dari bilik nak pegi breakfast. Shahir wajib dalam carrier. 
Masa check in. Ktorang lambat sampai sebab banyak berhenti dan jem sebab time orang balik keje.

Kalau next year duduk penang lagi boleh la amek direct AA ke KK sebab penang direct je ke KK jadi tak lebih nak drive ke KLIA bagai. Ok tak bawak 3 budak2 ni jalan2? Ok je kalau ada kerjasama. Hihi. Shahir pun dok dalam carrier je tido..Kalau dia dah start jalan maybe susah la sket tapi di mana ada kemahuan di situ ada jalan utk berjalan2..hihi.. Ok, next pasal hotel grand borneo plak. 


 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork