Showing posts with label checklist baby. Show all posts
Showing posts with label checklist baby. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

Checklist baby : 1) Baby Feeding

Salam


{Entry ini panjang}

Post ini adalah sambungan dari [entry] ni. 3 bulan baru nak bersambung. hahaha. Penting sangat kena ada checklist supaya tak terikut sangat nafsu membeli barang baby yang pastinya untuk first time mommy ni beli barang baby rasa macam beli handbag Coach. Excited tu lain macam! Yang belum download atau belum ada cari la 1 checklist excel yang boleh tunjuk total harga sekali macam yang kina dapat dari  Nana . 

Bermula hari ni nak story pasal checklist ikut turutan untuk panduan diri sendiri & first time mom to be yang seangkatan yang blur-blur bila tengok checklist. Ni semua barang baby yang kina beli & kina rasa perlu ikut keadaan kina seorang housewife yang bekerja dari rumah (cewah). Nanti baby dah besar boleh tengok mama die prepare cmne. Hahaha. Sebelum beli kina banyak rujuk dekat blog2 mommy yang best2 macam Nana, Safiyyah, Aty, Elly & ramai lagi la sebab dorang story details dengan harga sekali so boleh la tahu harga semasa barang-barang baby.

Baby Feeding - Barang-barang berkaitan dengan pemakanan & penyusuan baby
Kalau ikut list ada barang yang kina tak beli sebab rasa tak perlu (buat masa ni), kita kan belajar dari pengalaman. Bila dah ada baby nanti, rasa perlu ada, beli la plak. Kuantiti pun kina beli tak terlalu banyak sebab nanti masa pantang, boring-boring boleh shopping online kalau tak cukup. Hahaha. Dah plan tu! Kiranya ni barang-barang basic yang pada kina penting. Pada orang lain tak penting pasti ada justification tersendiri kan.

1) Feeding bottle 
Macam-macam jenama botol susu sekarang. Avent, Tommee Tippee, Pureen, Nuk, Nuby & macam-macam lagi la. Mula-mula dulu ingat nak beli Avent Newborn Starter PES yang color honey tu, tapi tak puas hati tak jumpa harga yang paling murah pastu katanya akan discontinue. PES ni jenis plastik die lebih durable, tahan panas, kira paling bagus la berbanding PP sebab tu die lagi mahal tapi tak paham kenapa die nak discontinue dengan yang lain.  Akhirnya beli yang PP je.
Tommee Tippee 5oz & 9oz

Tapi kina suka bentuk Tommee Tippee, comel walaupun bapak besar. Macam la mamanye yang gunakan. Beli online di mybbstore harga discount RM35.00 dapat 2 botol 5oz & 9oz, harga biasa mau cecah RM59 utk 2 botol ni. 5oz tu sesuai untuk newborn sebab puting die slow flow, harap-harap baby sesuai dengan puting tu, sebab banyak kes baby memilih puting & botol susu. Kasi chance la baby pun ada hak untuk memilih. Hahaha. 9oz punya besar sikit & bila baby besar sikit pakai yang tu plak. Beli 2 je la, jimat 1 hal, pastu tak tahu lagi baby mau ke tak TT tu, pastu kalau banyak sangat botol mula la nanti malas rasa nak basuh. 

2) Breast pump
Malas nak cakap banyak pasal breast pump sebab dah pernah story dekat [entry] ni. Dapat 1 storage bottle & 1 feeding bottle. Jadi 3 la botol susu. Kina beli breast pump Medela Harmony dengan harga RM160. Keberkesanannya mesti la belum tahu selagi belum cuba. Nanti dah cuba baru boleh buat review. Kina beli ni pun ibu kina dah bising cakap mahalnya sebab manual je pun dah harga ratus-ratus katanya, belum beli Medela Freestyle lagi. Hahaha. Alasan : sekarang semua benda mahal ibu, lagipun ni banyak review orang cakap bagus. 

3) Storage bottle
Dulu kina confuse ape la banyaknya bottle dalam checklist baby ni. Rupanya ni botol untuk simpan susu ibu buat stok untuk baby. Since kina housewife dan akan selalu direct breastfeed kot jadi kina tak beli banyak. Tak beli pun sebenarnya sebab dapat free 4 bottle Bumble Bee yang comel masa beli Cooler Bag & Medela Harmony. Total ada 6 storage bottle, muat la nak letak dalam cooler bag atau freezer atas. Orang cakap storage bottle ni tak boleh lama-lama sangat pakai, pas 6 bulan kena tukar. Bagi yang bekerja mungkin perlukan lebih banyak & deep freezer pun diperlukan kot untuk simpan stok. 

4) Storage bag/plastic
Haa..perkataan storage lagi. Ni pun sama fungsi die macam storage bottle cuma die dalam bentuk plastik. Lebih murah & menjimatkan ruang. Kina beli jugak 25pcs yang Autumnz yang ada lock tu dengan harga RM11.60 (kalau expo lagi murah tapi sebab nak jimat shipping Enjoybreastfeed jadi beli je), walaupun nanti selalu direct breastfeed, masa baby taknak menyusu tapi susu perlu dipam keluar so that tak bengkak & sakit, kena simpan gak. Nanti kalau rasa tak cukup, beli lagi. Harap-harap susu untuk baby banyak. Amin. Ada storage bag yang lagi murah tapi kena ikat sendiri, memikirkan diriku ni pemalas jugak jadi beli la yang Autumnz tu.

5) Bottle & Teat Brush
Ada banyak berus boleh je beli kat mana-mana. Tapi time ni alang-alang tengah shopping dekat mybbstore tu beli la terus berus jenama First Year ni RM13.41. Ada discount pastu jimat sikit shipping. 

6) Cooler bag
Perlu ke tak perlu ke benda alah ni. Tu ayat yang selalu terfikir-fikir. Akhirnya beli juga sebab nanti kot-kot selalu nak ikut pudin outstation, balik kampung, travel mana-mana rasanya perlu jugak ada. Beli yang murah je jenama Amazing Mom dekat Enjoybreastfeed RM54.90 dapat free ice pack 3pcs, 4 storage bottle Bumble bee & apa yang paling penting warna die Blue Mint. Haha. Kalau beli cooler bag sahaja RM29, RM24 tak silap untuk harga member. Ala, sign up je dengan Enjoybreastfeed tu dapat la harga member. Cooler bag ni muat letak 6 storage bottle tapi kalau dah letak ice pack rasa macam muat 4 bottle je. Ada 2 zip & penutup die boleh bukak 180 darjah sesuai untuk jenis tak penyabar macam kina, bukak terus habis. Hahaha. Plus die ade adjustable sling up to 30inch long. Berapa lama tahan simpan dalam cooler bag ni, tak dapat dipastikan selagi belum guna. Orang cakap 8 jam - 12 jam bergantung kepada jenis cooler bag gak. 
Ini la package cooler bag yang dibeli. Warna biruuu..

7) Reusable Ice Pack
Dapat free 3 pcs masa beli cooler bag. Nama die Advance Korea Durable Super Ice Pack. Ala-ala K-Pop gitu. Hahaha. Normal price RM8/pc utk member Enjoybreastfeed. Cara nak guna inject air max 750ml, ikut size yang kita nak. Nak ice pack tu kurus sikit letak sikit air tapi better letak banyak untuk tahan cool lebih lama. Pastu masukkan dalam freezer 8-12 jam sebelum nak digunakan. Nanti akan review lepas dah guna.

8) Sterilizer & Warmer
Ini barang baik macam dah jadi keperluan. Dulu-dulu orang pakai air panas je utk sterile & panaskan, skg pun ada orang pakai air panas lagi. Kina rasa perlu 2 2 untuk pastikan betul-betul sterile & jaga nutrien susu sebab tak pandai nak budget 40 darjah suhu air, kalau warmer memang die dah set jadi beli la jugak. Gunakan teknologi yang ada. Haha. Kalau ibu tahu ni mesti kena bising jugak. Hahaha. Kalau orang bekerja benda alah ni lagi penting utk bagi dekat nursery @ babysitter kan. Kina beli jenama Autumnz Steam Sterilizer, Home & Car Warmer Combo dekat expo baby PWTC RM165, normal price RM175. Yang ni boleh muat botol tommee tippee & yang paling penting warna Biru! Ada lagi yang lagi murah jenama macam little bean tapi bukan warna biru. Avent pun smart tapi mahal sikit.  Kina tak beli sterilizer yang masuk microwave sebab rumah ni takde microwave, oven ada. haha. Ni pun akan review nanti berguna ke tak. 

9) Nipple Cream
I choose you Medela Purelan! (Buat suara Ash Pokemon). Harga paling murah kina pernah jumpa RM26.00 untuk tube paling kecik. Tapi kina beli RM29.00 which is harga standard dekat mybbstore kalau tak silap sebab alang-alang dah beli feeding bottle seme tu sekalikan shipping cost. Takkan semata-mata nak beli 1 nipple cream murah RM3 kat kedai lain, tak pasal2 topup shipping cost RM8 ke Sarawak ni. Pernah baca review untuk Medela Purelan, katanya bagus sangat lagi-lagi masa awal-awal breastfeed nipple melecet & luka, sapu ni nipple cepat baik & tak payah cuci boleh breastfeed baby terus. 

10) Nursing Bra
Baru ada 2 nursing bra beli dekat Enjoybreastfeed & Manjaku kat Kuantan. 1 nursing bra Ambre yang ada hook kat depan & 1 lagi sleeping bra. Suka sangat sleeping bra tu sebab selesa sangat pakai, kalau baby nangis tengah malam just tarik belah mana yang korang suka. Jenama Autumnz.  Nursing bra kena beli tambah 1 size lebih besar untuk cup, ukur lilit tak banyak beza. Contohnya kalau biasa beli size 34C, sekarang time untuk beli 34D atau 36D. Any mommy ada info yang lebih tepat tentang ni harap boleh kongsi. Sekarang pun dah rasa sakit pakai yang wired bra, jadi nak kena cari yang well support tapi selesa. Nak kena tambah lagi sebab penting untuk mudahkan breastfeed. So ini masih belum setel lagi. 

11) Nursing Pad
Nursing pad ni plak macam pampers untuk breast. Hahaha. Ada 2 jenis iaitu washable yang boleh ulang pakai & disposable pakai buang. Kina beli jenama Pureen masa kirim dengan my bestfriend yang pergi Pureen Warehouse Sale tu boleh tengok [entry] ni. Tak tahu sesuai ke tak untuk diri sendiri, beli as preparation. Beli 2 pasang je yang washable sebab malas nak basuh. Disposable plak beli 2 kotak 24pcs punya = 48pcs, orang kata (semua orang kata kan) kena beli banyak lagi-lagi kalau susu mencurah-curah ke ladang gandum. Nanti kalau tak cukup beli lagi.

12) Nursing pillow
Baru beli minggu lepas nursing pillow Bumble Bee dari mybbstore sebab ada sale RM53.90 kalau tak harga die RM89. Ingat nak kirim dengan Put dekat MyDear Warehouse hari tu tapi harga dah naik so better beli kat mybbstore je.  Pos ke ibu, bila ibu call dah tau dah mesti nak kena bebel sebab barang dah sampai ke opis die. Alasan : Zaman moden sekarang, tak larat la nak pegang baby lama-lama. Hahaha. Dapat la ayat 'ntah apa-apa belinya'. Kina rasa sangat berguna la nursing pillow ni nanti sebab tulangku ini cepat lenguh. Hahaha. Gelak je aku bila kena bebel.
Kina beli yang ni. 
Bila dah beli semua, kina masukkan dalam checklist excel tu, baru nampak berapa dibelanja, apa yang takde lagi, berapa kuantiti. Sebab kite manusia, bukannya robot nak ingat semua benda. Lagipun senang nak tunjuk dekat suami ke mana hilangnya duit kite & berapa penjimatan. Hahaha. Kina pernah saja2 cakap kat pudin, abg la beli barang baby. Terus die ckp ala, susah la, nanti abg pakai beli je, xtau nak beli ape, syg beli ape yang syg rse perlu ok. Yeay, dapat green light! hahaha.
Total perbelanjaan untuk Baby Feeding setakat ini. 
Ok la..itu saja la barang yang dibeli untuk bahagian baby feeding.Total expenses boleh dikira medium kot, tak mahal sangat & tak murah sangat..antara barang yang tak dibeli lagi yang jatuh dalam kategori feeding baby: drying rack untuk bottle, pacifier, nursing cover..mungkin akan beli nanti atau mungkin takkan beli langsung di masa hadapan tak tahu lagi sebab tengok keperluan nanti..Harap-harap Allah memberi peluang utk menyusukan baby secara exclusive..Amin..

~To be continued esok dengan Checklist baby : 2) Baby Gear
p/s: utk download checklist mcm atas ni klik sini

Monday, July 9, 2012

Antenatal class & Balik kampung

Salam


Sebelum ni selalu baca dekat blog mommy to be yang lain tentang antenatal class akhirnya dapat gak join walaupun kejap je. Tak terfikir nak join sehingga la masa first time check up dekat Columbia Asia bulan 4 dulu pudin tunjuk 1 pamplet. 
Aturcara & pendaftaran. Kejap je, i like. haha.

Pudin: Jom kite pegi nak?
Kina: Haa..ni la kelas yang orang dok cakap tu..ok2..

Die memang suke pegi mana-mana baca segala bagai pamplet..Yang pastinya dia cepat je ajak sebab benda tu FREE siap ada makan & cabutan bertuah (tapi di hari kejadian cabutan bertuah takde pun)..hahaha..

Disebabkan kelas antenatal tu start pukul 12.30 - 4.30 petang, kejap je kan tapi takde waktu rehat utk solat. Maklum la kat sini dorang xkisah sangat sebab Islam bukan majoriti. Kitorang semayang Zuhur dulu kat rumah sebab masuk waktu dalam 12.40. Boleh plak tak terfikir nak semayang kat sana, jadinya kitorang sampai pukul 1.20petang gitu. Kelas dah start, lebih kurang ada 8 couple & ramai perempuan yang datang dengan adik ke mak ke tak pasti tapi ramai gak la perempuan. Total peserta dalam 30+ orang memang rasa macam kelas tutor.

Pengalaman masuk kelas ni rasa macam masuk kelas Biologi masa kat U dulu-dulu. Sebabnya semua dalam English, pakai slideshow pastu time ada mood amik la nota dengan tulisan cakar ayam. Hahaha. Ada banyak jugak yang dah tau sebab baca kat blog mommy2 lain, kira macam kelas pengukuhan la senang ket nak faham. Pudin la banyak blur-blur sampai doktor buat lawak pun dia tak faham. Hihi. Kesian.

Lepas dah habis kelas, dorang buat hospital tour. Walaupun tak plan nak beranak kat sini tapi mana lah tau kan tiba-tiba Allah nak baby ni jadi orang Sarawak, kena gak bersalin sini ke. Redha je. At least dapat tengok macam mana keadaannya Labour Room & wad die. First time tengok, fuh..dah terasa makin hampir nak bersalin plak. Dekat situ cuma ada 2 labour room, 1 wad single & 1 wad double. Kecik je hospital ni. Wad die smart la ada personal toilet, TV lcd tapi xd astro, katil boleh naik2, air cond. Hahaha. Price untuk wad single RM140 untuk 1 malam, wad double RM115 untuk 1 malam (macam hotel eyh). Ada gambar tapi malas nak amik dari kamera. -_-

Habis je tour terus solat Asar & memecut ke Airport nak balik semenanjung.
Ibu kina call :"Kat mana? Dah gerak ke?"
Kina: "Dah otw, baru habis kelas ibu2 mengandung..hahaha"
Ibu kina: "Kelas? Haha..Macam2 la aok ni..Ibu dulu takde pegi kelas pun"
Kina: "Ibu pegi hospital pun taknak apetah lagi kelas.hahaha. bla3 cerita apa ada kat kelas"

Ibu kina cakap murah gak rate bilik wad die tu tapi tu belum tanya plak kos untuk deliver kan. Tak pasti deliver kat situ berapa. Minggu ni last check up maybe bleh la tanya, lepas ni sambung check up dekat KPJ kuantan tanpa kehadiran pudin. Huhu. Ibu & adik kina la mangsa peneman. Tak hingin pergi sorang-sorang. Seriously lepas kawen rasa lagi kurang independent. Padahal sebelum kawen senang je nak drive sorang-sorang pegi KFC, pegi Mid Valley. Hahaha. Salahkan pudin yang selalu manjakan bini die. hahaha.

Balik semenanjung kali ni kina gain 1.2kg dalam masa 4 hari sebab check up hari yang sama dengan balik semenanjung, sampai dekat Kuching dalam hotel ada penimbang plak terus la kira. Dari 58.5kg jadi 59.7kg. Harap minggu ni  cecah berat 60kg. Yeay. Nampak sangat melahap habis-habisan kan kat semenanjung. Balik kali ni memang penat gila (walaupun bukan diri sendiri drive apetah lagi mengemas @ memasak.ahahah).

Sabtu- Tido Selayang rumah BIL (pinjam kereta SIL pudin)
Ahad- Tido Kuantan (hantar adik-adik pudin balik sekolah & maahad, singgah umah ibu, makan steambot!)
Isnin- Tido Tembangau (MIL masak macam2, tiap masa makan, petai padi best!)
Selasa- Tido Kuching (sebab pudin ada meeting plak, dpt makan Kenny Rogers!)
Jumaat- Baru balik Bintulu.

1 hari 1 tempat tu. Nak pegi warehouse mydear pun tak sempat. Tapi orang cakap warehouse kali ni lagi mahal dari sebelumnya kan. (Ahh, sekarang semua nak naik harga). Nak pegi kedai jahit pun tak sempat (Online la gamaknya). Tak jumpa kedai jahit kat Bintulu ni. Memang berkejar-kejar la tiap kali balik semenanjung tapi memang berbaloi-baloi balik penat pun. 

Tak boleh lupa kali ni mandi kolah bertiga berkain batik bagai dengan SIL 7 tahun (shafiqah)  & pudin. Biasa kalau balik Tembangau kina akan mandi dengan shafiqah tapi kali ni pudin pun join gak. Kacau ladies night betul. Hahaha. Memang rapat dengan shafiqah, kalau kina balik semua die akan report. Comel je, dah la nak jadi ustazah. Harap-harap baby dalam perut terkenan dengan maksu die si shafiqah comel & bijak. 
Candid: Adik bongsu kesayangan abang-abangnya.
31 weeks- time to finalize barang-barang baby & mamanya. Ada 13 barang lagi belum ada, separuh nak beli lepas berpantang, macam stroller & baby carrier (tapi dok belek-belek macam la nak beli). Next week plak nak start mendobi baju baby. hihi. Geram betul tengok baju baby.  

Ada 1 kejadian masa kat LCCT, pudin la yang menyaksikannya. Orang depan kitorang tengah nak check in Air-Asia. Lama kitorang tunggu rupanya pasal pregnancy orang tu 32 minggu tapi orang tu ada surat doktor tau. Siap bawak buku pink lagi. Pudin dengar orang Air Asia tu cakap dekat kawan die camni ''Dah 32minggu weh, takut aku nak bagi masuk''. Sebab malas nak banyak-banyak hal & lama-lama kat situ, kitorang pun tak tunjuk la surat doktor 30minggu kitorang. Kalau depa mintak je baru nak bagi lepas ni. Sekali lagi terlepas dari Air Asia & MASwing. Pudin cakap ''Dorang ingat sayang gemuk kot, bukan mengandung.hahaha''..Errrk..apa-apa jela..Last sekali naik flight sebelum bersalin 27 Julai ni. Sorry ye baby, mama kena selalu naik flight sebab papa kerja kat sini. Harap-harap baby suka la terbang tinggi-tinggi.. :p

Tuesday, June 19, 2012

Portable baby cot/ Co-infant sleeper

Salam,

Kalau minggu lepas cakap pasal baby cot yang kayu putih tu. Hari ni nak cakap pasal baby cot yang portable. Yang ni kina beli online dengan orang dapat la harga murah dari pasaran. Kina memang cari yang pre-loved sebab portable baby cot ni kecik je boleh pakai dari infant sampai 6 months je kalau tak silap. Baby pakai kejap je kot. Harga pasaran antara RM120-RM200. Kina beli yang pre-loved je dengan harga RM85 including postage. Walaupun pre-loved tapi condition masih ok & size die besar sikit sebab deluxe kununnye. Ni terpengaruh lepas baca post intan la ni, tapi memang berguna.

The First Years Deluxe Safe and Secure Infant Sleeper..Biru lagi!
Sebab orang tu lambat pos, 3 kali dia tunda nak post sampai dia tanya kina nak refund ke? Kina cakap la agak kecewa sebab banyak kali tunda tapi takpe la, kina sanggup tunggu. Last-last, dia bagi extra changing mat, bantal & toy rama-rama..Maybe sebagai tanda minta maaf dia. Hehe. Hikmah menunggu. Alhamdulillah.
Dapat free bantal, toy & changing mat
Lepas Nona share pasal portable baby cot deal dekat MilkAdeal, why not share kat sini plak. Rasanya harga sangat berbaloi untuk beli deal ni. Dah la dapat first hand, harga pun half price. Comel pun comel. 

Klik sini untuk ke link Milkadeal

Kegunaan portable baby cot ni sangat sesuai untuk yang banyak travel lagi-lagi baby masih kecik. Takkan nak angkut baby cot kayu tu kan. Portable baby cot ni boleh lipat-lipat jadi beg senang nak masuk flight @ kereta. Boleh jadi storage box juga. A must grab item utk mommies yang banyak travelling. :)

Wednesday, June 13, 2012

Baby cot kenapa kau comel!

Salam

Baby cot atau katil baby sangat lah comel kan?Zaman kecik-kecik dulu mana ada baby cot ni kan. 
(Ke ada tapi mak kina dah jual sebab anak 3 org semua dah besar gajah?)

Memang hajat nak beli baby cot lagi-lagi lepas heboh cerita baby meninggal sebab kena hempap dengan ayahnya. Kina pun cerita la dekat pudin, muka dia memang semangat terkejut ''Haa..Yeke?Mesti trauma kan ayah dia.Kena beli baby cot ni..Sayang tu dah la tido ganas..nanti kesian baby kena hempap''..Hampeh, dia kenakan kite plak kan. Hahaha. Orang cakap naluri ibu kalau tido sebelah anak dia otometik tak jadi ganas tau. Hee. : P

Bila dah dapat green light, harus la survey-survey kan. Range harga untuk 1 baby cot sahaja RM200 hingga la RM1000++ bergantung kepada jenis, kedai & sewaktu dengannya. Kina tengok ada jugak yang jual macam pre-loved memang laku jugak. Kiranya memang ada nilai la baby cot ni kalau beli, lets say kalau nak jual tu ramai gak yang nak.Tapi kalau boleh baby cot kina xnak yang pre-loved sebab nak pakai lama. 7 orang anak weh nak pakai. Gagaga. Kalau diizinkan Allah. :)

Kriteria harus lah:-
1) Warna putih - rasa macam princess sangat kan, pastu sama dengan set bilik tido.
2) Kukuh - Solid wood yang tak mudah patah sebab nak pakai 7 kali tu. hahaha.
3) Design cun - nak yang ada ukir la sikit bukan macam kotak penjara mini. hehehe. banyak songeh.
4) Harga affordable - harga mampu milik. 
5) Ada roda - senang nak menolak ke sana ke mari. 
6) Boleh adjust ketinggian - kalau baby dah besar sikit boleh adjust bawahkan sikit.
7) Tiang leper - kalau bulat orang cakap bahaya utk baby. Hrm. Tak pasti about this.

Masa ikut pudin kursus dekat Melaka tempoh hari singgah kedai Yong Fong. Bila ingat Yong Fong ingat dekat etty. Sebab mula tahu pasal kedai Yong Fong ni dari blog etty. Tahniah etty sebab selamat melahirkan baby boy yang sangat comel. Kedai Yong Fong ni ada part yang murah, ada part yang mahal. Bila nampak baby cot kat situ terus tanya harga. Apek tu cakap harga biasa RM400, dia bagi RM270. Kalau harga biasa kina rasa RM3++.00 utk design yang ni. 

Tengok kriteria-kriteria baby cot tu semua memenuhi citarasa & kriteria kina. Terus la grab sebab bila lagi nak beli, alang-alang masa tu tumpang postage opis pudin ke Bintulu. Free postage. Kalau tak postage ke Bintulu saja mau mahal gila sebab baby cot tu berat kot. Jenama Angelcot SDB8 berapa ntah. Sebab tu beli terus.

Lepas tu amoi (amoi plak) jet kitorang da ada ke mosquito net, besi dia, bedding set. Confirm la nan ado. Dia cakap dia nak buat clearance untuk bedding set ada discount 70%,50%,25% bergantung kepada jenis. Kina cakap ok, nak tengok yang mana. Yang 70% tu nampak sangat macam berdebu lama punya,pastu ada kotor-kotor patut la sampai 70% kan. 

Last-last amik bedding set 7 in 1 yang doremon, harga RM159 jadi RM127 lengkap ada semua untuk baby cot. Harus la bedding color biru. Suka bedding set doremon tu sebab dia reversible, kira macam ada 2 corak untuk 1 set. 1 corak doremon besar, 1 corak doremon kecik. Hihi. Kina kan suka banyak2 function ni. hee. Tilam latex RM160 tapi kina amik yang biasa je half price, sebab nampak tebal je tilam biasa.

7 in 1 maksudnya ada:
1 pc pillow (bantal tido)
1 fitted bed sheet (cadar)
1 comforter (selimut )
2 pcs bolster (bantal golek)
2 pcs bumper (untuk letak tepi baby cot macam alas)

Macam ni rupa bedding set dalam beg die.

So total untuk baby cot-
Baby cot : RM270
Mosquito net + besi kaki dia : RM80
Tilam : RM80
Bedding set 7 in 1: RM127
= RM557.00#

So RM557.00 bahagi 7 orang anak = approx RM80.00 untuk seorang anak. HAHAHA. Tipuuu..takkan pakai bedding set yang sama. (Maybe tukar bedding set je nanti.)

Actually korang boleh dapat lagi murah kalau pegi Warehouse MyDear sebab mimi beli baby cot dia RM200 je. Tak lama lagi ada Warehouse MyDear, grab la baby cot kat sana ye. Kina mungkin takde rezeki nak pegi warehouse-warehouse ni so grab masa kat Melaka dulu. Mom-2-be yang kat Melaka boleh la grab dekat Yong Fong. Kalau dari KL nak turun Melaka semata-mata baby cot ni baik tunggu warehouse je kan.

Sape ntah hari tu mintak review pasal baby cot ni. Detail tak? Hihi. Boleh la tengok gambar kat bawah ni, kina test je untuk amik gambar. 

Sebelum dipasang bersama papanya.

Boleh adjust 3 ketinggian, tepi tu macam plastik untuk keselamatan baby kot

Bila dipasangkan mosquito net & kaki dia. Princess sangat kan.

Rupa doremon kalau reverse side.

Macam ni rupanya kalau pasang semua. Ni versi doremon kecik.
Comel sangat rasa macam nak tido dalam tu je. Nasib baik tak muat untuk mamanya ye. Tilam tu sebenarnya berplastik lagi, bedding set tu letak je macam tu & now kembali dalam beg die. Semata-mata nak memenuhi permintaan review. Hee. Sekarang ni baby cot ni dah macam wardrobe baby, semua barang baby yang dah dibeli kuletakkan dalam tu. Bedding set ni nanti papanya akan basuh sebab baby akan start tido lepas pantang nanti. Hee. 

Update: Baby cot ni sangat berguna sebab lepas pantang je shahadah tido situ, dekatkan dengan katil untuk mudahkan breastfeeding..bila dah siap bf letak balik situ..Worth it kalau memang ajar dari kecik..InsyaAllah lepas ni adik shahadah pula pakai lepas shahadah 2 years Ogos nanti..

Thursday, June 7, 2012

Expo baby PWTC yang mengecewakan

Salam


As mentioned in previous post, nak story sikit pasal expo baby & mom di PWTC yang berlangsung 1-3 Jun 2012 lepas. Nasib baik kebetulan turun KL sebab 3hb subuh tu nak terbang ke Bintulu semula dah jadi 2hb sempat la singgah ke PWTC lepas pergi kenduri kawan sekolah di Temerloh. Memang pack gila aktiviti bila turun semenanjung. Seronok dapat jumpa kawan-kawan sekolah. 
Wedding kawan sekolah. Ada 2 pasang suami isteri 1 sekolah, 2 2 pasang pakai merah. haha.

First time ni pegi expo baby kununnya besar-besaran la kan. Hmmm..
Indah khabar dari rupa. Sangat kecewa. Kina dah buat list barang yang nak dibeli kat expo lebih kurang 12 barang nak digrab. Dengan harapan dapat harga paling murah la kan untuk penjimatan berganda. Hampa seribu kali hampa. Tapi takde la balik tangan kosong, kina grab 5 barang jugak la kat sana.

Apa yang tak best di Expo baby & mom PWTC tempoh hari.
1) Lokasi yang sangat tak strategik untuk ibu mengandung. Bapak jauh nun hujung dunia dalam PWTC tu. Kalau dulu pernah la pergi sana masa PC Fair tapi masa tu tak berbadan 2 jadi tak kisah la kan jauh mana pun. Lepas tu kena merentasi Expo Renovation, memang best cuci mata tengok perabot mahal-mahal yang cun yang tak mungkin dapat dimiliki. Heh. Pastu memang obvious yang ibu2 mengandung dok cari hall 1 untuk expo baby yang terceruk sikit. 
2) Booth tak sebanyak yang dihebahkan. Hall besar & selesa tapi tak banyak pilihan booth. Yang paling kina tak boleh blah, tengok dekat pamplet untuk booth Autumnz, 1 hall pusing tak nampak pun rupa-rupanya Autumnz tu under One Baby World which is booth pertama yang kitorang mula-mula singgah. Pudin gelak je. haha. Ingatkan ada la booth Autumnz sendiri. 
3) Harga yang tak berapa nak murah. Harga tak banyak sangat beza dengan online bahkan ada online yang lagi murah. Ada la yang murah sikit tapi kena betul-betul pandai cari. Ikutkan hati macam taknak je grab tapi bila fikir nanti beli online postage ke Bintulu sama je harganya. 

Rasanya bulan 12 nanti akan ada expo baby ni dekat PWTC by the same organizer. Please belajar dari kesilapan. Kalau tak, takde orang nak datang expo. 

Antara barang yang kina grab dekat expo yang memang dah ditarget. Beli pun bukan sebab harga termurah tapi dah alang-alang datang jauh dari Bintulu kununnya. Kalau tak memang datang buat penat je.

Gambar dari hasil Google.

1) Autumnz Electric Steam Sterilizer + Home & Car Combo - RM165 
Normal price online RM175. Memang target nak yang Autumnz sebab warna biru & boleh muat botol Tommie Tippee. Ada lagi harga yang murah kalau pandai survey online tapi takpela, save cost postage.
Jimat RM10 + postage. Beli dekat booth One Baby World.

2) Barut baby jenis cotton flannel berwarna warni - 4pcs RM25
Normal price dekat booth tu tulis RM8 sehelai. Mahal ok.
Yang ni ada 2 jenis, kina amik yang tali die lebih kukuh katanya tu mahal sikit. Harga so-so je tapi puas hati boleh pegang & pilih warna yang disukai. Beli 4 helai je sebab dah ada 6 helai barut putih. Cukup la 10 barut. 
pudin tak puas hati ada i love mommy je. : p

3) Romper 5 in 1 carters - RM35
Kina beli dekat booth One Baby World & 1 lagi booth tak ingat nama apa. Lebih kurang je harga online kan? Tapi takpela, amik untuk jimatkan postage & sedapkan hati sebab tak pernah beli romper lagi. 2 romper lagi yang beli asing-asing sehelai, ada tulisan cute-cute macam 'You think I'm cute? You should see my Mom' & Angry bird RM15 sehelai. Cukup la romper 7 helai tu. 

4) Legging.Tak silap sehelai RM15.
Beli 2 helai satu warna hitam satu warna pink. 
bib untuk elakkan baju baby kotor masa breastfeed @ makan nanti

5) Bib. Sehelai RM5, beli 3 helai RM15. 
Normal price RM7-RM10 sehelai. Cukup la bib banyak tu. 

Kebiasaan kina kalau bershopping tak kisah la expo ke pasar malam ke, kina akan pusing 1 round dulu tengok harga pastu 2nd round baru start beli. Hahaha. Sanggup tu sebab taknak gigit jari tengok ada harga lagi murah. Hahaha. Tapi hari tu kina nak cepat sebab lepas tu nak terus ke Tune Hotel dekat LCCT, kesian dekat adik pempuan kina nak hantar lewat malam plak. Memang tak syok la shopping tergesa-gesa. 

Paling syok bila terserempak dengan kawan 1 universiti Basyirah. Dapat jugak jumpa baby basyi! Basyi cakap tak naik sangat badan kina. Bukan basyi je dekat expo tu cakap. 
Jumpa basyi & iman zulfa dekat booth yang tak ingat nama tu

Ada booth mana ntah cakap 'Bape bulan ni? Tak nampak perut pun'. Nasib baik kina nak cepat, tak sempat nak cakap 6 setengah 6 setengah macam iklan. haha. Satu lagi masa pegi rumah makcik biras kina, biras kina pun pregnant lebih seminggu je dari kina. Makcik tu tanya 'Kina dah ber'isi'?'. Tersengih-sengih je. Kina pun jawab la 'Dah, kurang seminggu je dari kak namie'. Makcik tu pun 'Wah, tak nampak macam pregnant pun eh'. Kina memang tak ambil hati, bila orang cakap perut kecik i take that as compliment. hehe. Bukan senang pregnant tak nampak pregnant. : p. Kalau orang cakap dah nampak perut pun kina suka jugak. Tak kisah la, janji baby sihat.




Wednesday, May 9, 2012

Simple Dimple Shield 2 in 1 Diaper Bag Untuk Papa

Salam

Akhirnya ada barang untuk papa. haha. Sebenarnya barang baby jugak tapi papa yang akan bawak & guna,  so kira barang papa la. Actually, dah beli sebulan yang lepas masa dekat Melaka jugak. Tak plan pun nak beli terus Simple Dimple Shield Diaper Bag ni tapi memang dah target sejak baca post blog aty fared ni. 

Simple Dimple Shield Diaper Bag ni ada cengkerang yang keras kat depan. (Memandai je panggil cengkerang kan). Ada banyak jenis Simple Dimple Shield Diaper Bag ni, yang comel lote ada, yang stylo milo ada. Range harga plak RM39.00-RM89.00 ikut jenis & size based on survey sikit-sikit dekat online, rasanya kalau rajin survey lagi ada yang lagi murah.


Ini yang versi comel-comel. Yang panda tu RM39.00 jumpa kat online.
Ini yang versi stylo. Ada 6 warna tak silap. + Putih, grey & hitam.
Bag ni namanya siap ada 'Papa'. Yang petak tu changing mat mmg included dalam bag.
Sekali tengok memang tak budget macam diaper bag kan. Masa tengok-tengok dekat Jusco Melaka tu sebab nak habiskan voucher Jusco RM40 yang papanya menang main futsal. Ada mini baby fair plak time tu dalam Jusco tu. Apa lagi, rembat la 1 bag Simple Dimple Shield Diaper Bag sebab ada sales. Dekat Bintulu mana ada Jusco ma. Sing Kwong ada la. Haha. Kitorang punya macam bawah ni sebijik.
Simple Dimple Shield 2 in 1 Diaper Bag with Motives. (Large)
Normal price RM89.00 dekat Jusco tu, tapi sebab ada sales RM69.90 (tolak dengan voucher RM40 dapat la RM29.90). Rasanya online aritu nampak paling murah yang ni RM68.00. Kitorang beli yang color grey, sebab biru dia kina tak berkenan sangat. hihi. 


Kegunaan/ kelebihan bag simple dimple shield 2 in 1 diaper bag ni:

  • Bahagian compartment dalam dia extra luas.
  • Dalam dia juga fully padded & insulated.
  • Ada divider & organizer dalam tu yang boleh ditarik ke atas.
  • Ada tempat khas untuk letak botol susu/botol air supaya kekal sejuk/panas.
  • Bag ni boleh bukak sehingga 45 darjah untuk senang nak selongkar.
  • Special stroller strap untuk gantung pada stroller baby.
  • Boleh jadi back pack atau sling bag. Sebab tu kot panggil 2 in 1.
  • Multipurpose changing mat ada terlipat elok kat dalam bag.
  • Water resistance.
  • Moden, tahan lasak & ringan.
  • Boleh jadi bag laptop, bag untuk trekking,biking,travelling & suka hati nak jadi bag apa.
  • Size: 35L x 16.5W x 37.5H cm
  • --semua ni dari website simple-dimple.com. cuma translate sikit2 ja. hee..
Contoh kalau dah letak macam-macam dalam tu.
Model pun seorang ayah kot. hee. Yang ni smart jugak . Medium size.
Jadi untuk bakal ibu-ibu, jom la kita bagi bag ni untuk bakal ayah-ayah eyh. Beg ni sangat sesuai untuk travelling ke nak gi shopping ke. No doubt. hehe. Pudin semangat nak guna beg ni sebab nak letak laptop die. Guna la sebelum letak barang baby dalam tu ye. Papa stylo, mama pun happy. : p


Friday, April 27, 2012

Checklist baby & bajet kasar

Salam

This post was requested by hana @ miss sunshine yang bukan miss lagi dah. . hehehe.

Once masuk je second trimester, kina request checklist baby dengan nana si comel. Checklist sangat penting as guideline untuk mom-to-be yang first time ni. Boleh je nak tanya dengan ibu kita tapi tiap benda nak tanya mau kena side kick lagi2 bila ibu kita pun dah lupa. hehe. Masa 4 bulan start buat survey based on checklist. First time dapat checklist masih blur nak start dekat mana. 

Dalam checklist ada beberapa sub topik, mudah sikit nak survey ikut topik kan. Sebab sekarang pun kalau kita google banyak checklist in english, barang baby pun banyak dari oversea jadi kat sini kina tolong jelaskan dalam pemahaman kina la. Tak semua barang dalam checklist wajib ada, ikut keperluan masing-masing. Mana yang tak perlu boleh tolak, mana yang takde boleh topup.


Hospital Baby Checklist – Barang-barang baby yang penting untuk dibawa ke hospital sebelum bersalin
Hospital Mama Checklist- Barang-barang ibu yang penting untuk dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Mama Checklist – Barang-barang semasa pregnant & berpantang

Baby Checklist- Persediaan barang-barang untuk baby sejak lahir
Dalam setiap sub topik di bawah ni ada banyak lagi anak-anak dia tau.
  1. Baby Feeding – Barang-barang berkaitan dengan pemakanan & penyusuan baby
  2. Baby Clothing- Barang-barang berkaitan baju & pakaian baby
  3. Baby Bathing- Barang-barang berkaitan perihal memandikan & menggroomingkan baby
  4. Baby Diapering- Barang-barang berkaitan dengan baby membuang yak2 & cing2
  5. Baby Laundry- Barang-barang berkaitan mencuci barang-barang serta baju baby
  6. Baby Nursery- Barang-barang berkaitan dengan tempat tido, bermain & penyimpanan barang-barang baby
  7. Baby Travelling- Barang-barang berkaitan dengan melancong & berjalan-jalan dengan baby
Untuk download/save checklist dalam excel boleh klik bawah ni:

DOWNLOAD CHECKLIST & BUDGET FOR BABY

Atau download/save checklist dalam pdf boleh klik bawah ni:

DOWNLOAD CHECKLIST FOR BABY

Checklist dalam excel tu kina dapat dari nana. Best sebab bila kita isi-isi harga semua dia boleh totalkan terus. At least bila kita isi harga nampak budget untuk baby tu berapa. Macam kina lepas beli akan terus isi dalam excel ni, nampak perbelanjaan takde la shopping semata-mata. Kalau tak dapat download dekat megafire tu boleh email kina at shakina.farhan@yahoo.com tapi lambat la sikit dapatnye. hehe. Checklist dalam pdf tu dari online website. Simple & clear untuk ditick2. Lebih kepada to-do-list kan.

Macam kina, kina start survey untuk topik baby feeding tapi kadang-kadang termelencong jugak ke topik lain.hahaha. InsyaAllah, niat nak menyusukan baby sehingga 2 tahun, lebih-lebih lagi kina fulltime housewife. Semoga Allah permudahkan segalanya, sebab bukan semua orang dapat nikmat menyusukan anaknya sepenuhnya, banyak cabarannya.! 

Suka baca kisah breastfeeding mommy-mommy yang dapat exclusively breasfeeding. Namun begitu, walaupun kina pro-breastfeeding tidaklah menjadi alasan untuk tidak menghormati ibu yang menggunakan formula milk sebab kina sendiri masa kecik minum formula milk sejak 1 bulan lebih, begitu juga suami kina. Bab kata mak mertua kina 'Udin tu lasak,ligat & aktif sangat, jarang sakit sebab Dumex merah'..hahaha. 

Janganlah kita terlalu obsess dalam sesuatu perkara hingga 'ter'menghina orang lain. 
I'm totally agree dengan post mommy ni : Pro-breastfeeding, boob-nazi or just obsessed?
Harap-harap dalam kategori Pro-breastfeeding la. 

Last but not least, betul orang kata nak dapat baby umpama nak kawen lagi sekali sebab budgetnya boleh tahan banyaknya. Dekat bawah ni kina print screen budget untuk checklist barang-barang baby. Juga dapat dari nana. hehehe. Kina tolong share je. Ni merupakan rough budget dari segi paling murah, sedang-sedang & termahal ikut kemampuan.

Banyak tak banyak? belum detail lagi. tapi boleh nampak bajet kasarnya.

Bagus kan ada orang tolong buatkan rough budget macam ni, baru la kita terprepare sikit-sikit. hehe. Rough budget ni tak semestinya tepat harganya. Tapi boleh membantu kita survey. Itu sahaja. Nanti sambung lagi. Kalau nak cerita pasal baby checklist memang tak cukup 1 hari. Semoga dapat manfaat.Nanti kina share apa yang kina survey & beli ikut kategori topik plak ye. See ya! :)


 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork