Showing posts with label [resepi]. Show all posts
Showing posts with label [resepi]. Show all posts

Monday, July 14, 2014

The Great Scott® Calorie Light Challenge : Ayam popcorn dengan sos telur masin

Salam
Mengidam nak makan ayam popcorn? 
Mengidam telur masin?

Wah2. 
Mengidam makanan berkalori tinggi je kan. Bahaya makanan berkalori tinggi semua orang pun tau kan.


Wait!

Jangan biarkan diri meleleh air liur. Sekarang ni kita boleh mencuba makanan berkalori tinggi macam ayam popcorn dgn telur masin ni sekali sekala tanpa rasa bersalah dengan kehadiran tisu Scott® Calorie Light. Haa..mesti ramai yang tak tahu lagi tentang tisu ni kan. Dengan penggunaan tisu Scott® Calorie Light ni, kalori dapat dikurangkan sehingga 25% tau. Macam mana tisu boleh membantu kurangkan kalori? Pelik kan? Pelik tapi benar ok. Dah terbukti pun tau..

Scott telah menghasilkan tisu julung-julung kalinya dengan extrak teh hijau. Seperti yang kita tau teh hijau kan memang digunakan zaman berzaman untuk mengurangkan kalori, membuang lemak dan menguruskan badan. Nah, sekarang ia hadir dalam tisu. Unbeliaveable kan? Canggih gitu. Tisu dapur yang pertama dengan fungsi begini. Penyerapan minyak yang super power. Tiada lagi ayam goreng berminyak berlengaih orang pahang panggil. Atau pun ayam goreng yang kita boleh perah minyak sebelum makan. Eeeeuuuw..

Ok la. Jom kita layan resepi ayam popcorn dengan sos telur masin.

Ayam popcorn dengan sos telur masin.

Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan A (Ayam popcorn)
3 keping dada ayam tanpa tulang
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kari
1 ulas bawang putih dicincang
1 sudu kecil stok ayam pekat
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil lada sulah
1 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Bahan B (sos telur masin)
2 biji telur masin rebus diambil kuning sahaja
1/2 cawan susu cair
1 tangkai daun kari
4 biji cili padi
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan

1) Bersihkan dan potong dada ayam kecil-kecil. 
2) Gaulkan dengan serbuk kunyit, serbuk kari, stok ayam, bawang putih, lada hitam dan telur. Perapkan selama 1 jam supaya sebati. Nak tambah garam pun boleh tapi sebab sosnya dah masin jadi kina tak bubuh garam ye.
3) Sediakan tepung dengan memasukkan lada hitam dan lada sulah.
4) Panaskan minyak tetapi menggunakan api yang kecil sahaja supaya ayam popcorn masak ranggup.
5) Celup dan gaulkan ayam tadi ke dalam campuran tepung dan gorengkan deep fry.
6) Sediakan 3 helai tisu Scott® Calorie Light di samping kuali.
7) Toskan ayam popcorn di atas tisu Scott® Calorie Light dan saksikan penyerapan minyak yang superb!.
8) Dah siap ayam popcorn, kita sediakan sosnya pula. Panaskan sedikit minyak.
9) Tumis sekejap cilli padi dan daun kari.
10) Masukkan susu dan telur kuning sambil melenyek dan masak sehingga pekat. Siap!

Cara-cara menyediakan ayam popcorn dengan gambar.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk perapkan ayam
Gaulkan semua bahan-bahan dan biarkan sejam
Sediakan tepung gandum + lada hitam + lada sulah

Panaskan minyak. Sementara itu gaulkan ayam yang sudah diperap tadi dengan campuran tepung

Gorengkan ayam sehingga keemasan
Sediakan 3 helai Scott Calorie Light tisu di atas pinggan

Angkat ayam popcorn dan toskan minyak dengan tisu Scott Calorie Light. Lihat berapa banyak minyak diserap!
Memang best pakai tisu scott ni. Tisu tak mudah koyak rabak bila ditarik. Cepat je menyerap minyak. Tak rasa langsung ada minyak dekat ayam popcorn tu. Tak perlu banyak2 tisu, 3 helai pun da cukup. Jadi sangat economical. Of course yang paling penting, less calories! Best kan? Untuk lap-lap pinggan atau dapur pun menjadikan kerja menyental dan mengelap mudah.
Gajah tu comel kan?? hihi

Dapatkan Scott® Calorie Light ni dengan harga RM6.20 untuk 2 rolls dan RM14.90 untuk 6 rolls di semenanjung Malaysia dan RM6.80 untuk 2 rolls dan RM16.40 untuk 6 rolls di Sabah Sarawak di kedai-kedai berdekatan rumah korang. Chef Selebriti Florence Tan pun pakai tisu ni tau!

Ok, ini pula secara ringkasnya penyediaan sos telur masin. Mudah je kan?
Tumis cili dan daun kari, masukkan susu dan telur masin. Masak hingga pekat.

Inilah hasilnya lepas dibuat sosnya.! Ayam popcorn dengan sos telur masin. Sedappppp. Cubalah!



P/S: Saya tengah berpantang, takleh makan ni. Tunggu la bulan depan ye. :p



Wednesday, March 26, 2014

Tips pancake nampak cantik molek

Salam

Breakfast omputeh style fav kina ni. Tiap bulan wajib makan at least sekali. Sbb selalu makan jadi da byk kali buat hasilnya menggerutu tak kisah la tepung pancake segera atau yang buat sendiri. Nanti kina share resepi pancake gebu dan sedap nanti. Mesti tak macam pancake mcd tu kan. ( ofcos depa pakai pan khas ). Akhirnya kina dah discover rahsia pancake nmpk cantik elok selain dari pan yang tak lekat tu.
Ini masa dulu, yang atas sekali je yang comel sket..hehe..bawah2 tu menggerutu semua..

Rahsianyaaaaa.......2A
1) Api! Ye..api dapur tu memainkan peranan yang penting utk hasilkan the good looking pancake. Kenapa mesti kalau masak pancake yang first je cantik, yang lain mcm ape je kan. Sebab pan dah jadi terlalu panas.

2) Adunan! Samada terlalu pekat atau terlalu cair. Nak bentuk bulat kan, die punya kepekatan mesti bila kita tuang dengan senduk die akan sendiri membentuk bulat. Tak perlu pakai senduk untuk tenyeh2 ke tepi. Boleh faham? Hehe.

Jom masak sambil tengok gambar..
Mula-mula kita mesti pakai pan yang tak lekat dan bersih sebersih-bersihnya. Panaskan api kecil. Renjiskan dengan air akan keluar bunyi hiiiissss. Maksudnya dah ready nak masakkan.
\
Tuang adunan di tengah2 dan biar die membentuk bulat sendiri.

Jangan dok kalih2 sket kat tepi sbb nak tengok da masak ke belum. Nanti separuh warna lain. Bila nampak bulat2 di tengah dan bulat2 kecik kat tepi dan warna tepi tu berubah sikit boleh pusingkan. Pastikan lepas pusing jangan goyangkan atau kacau pancake untuk elakkan pan ada lekat2 dengan pancake.


Biasa kalau yang 1st amek masa sket nak masak. Jadi yang ni teralih awal tu warna pucat sket. So pandai2 agak bila nak alih ye. Masa nak angkat pancake yang da siap tu, korang angkat sekali dengan pan tu. So that pan tu akan sejuk sekejap baru letak balik. 

Kalau korang angkat pancake dan biar pan atas api hasilnya macam ni. Menggerutu kan. Maksudnya pan terover panas. Walaupun kita tinggal sekejap je. 


Kalau macam malas nak angkat pan tu. Korang boleh renjis sket dengan air. Key die supaya pan tu tak terlebih panas ye puan2.

InsyaAllah, pancake korang akan cantik macam ni. (Kalau dulu yang atas je cun..hahaha)..



Cantik la sket kan..walaupun tak seflawless mcd punya..hehehe..
Letak butter & madu dekat tepi sebab si kecik tu taknak kalau campur sekali..


Bila cantik lagi la syok makan kan. Selamat mencuba!
#next baru sambung part 6 umrah..hihi..

Friday, December 20, 2013

Nestle Natural Set Yogurt - Blogger Recipe Challenge (PPP)

Salam

Tahukah anda yogurt telah mula dinikmati sejak zaman Mesopotamia lagi? Lama tuuu! Macam-macam resepi kita boleh buat dengan yogurt. Yogurt adalah alternatif yang lebih bijak untuk menggantikan bahan yang bertingkek-tingkek lemak tu contohnya mayonis, santan & krim masam. Kina memang da start gantikan santan dengan yogurt sejak ada baby ni sebab die nak makan pun boleh kan.


Nestle Natural Set Yogurt menjadi pilihan sebab rendah lemak, tanpa gula (ni penting untuk mommy yang ada baby ye), kaya dengan kalsium & juga tanpa pewarna. Paling penting ia Halal ye. Hari ni kina nak kongsikan 3 resepi yang best dengan menggunakan Nestle Natural Set Yogurt. Korang carilah packaging yang macam ini ye. Murah je, dengan size yang besar ni tak sampai sepuluh ringgit pon. Boleh guna banyak kali pulak tu. Lepas buat 3 resepi bawah ni kina masih ada separuh lagi. Thinking on to make curry using yogurt after this. Cicai dengan roti canai. Perrghhhh.
Cari yang ini macam ye
Ok, jom kita mulakan kelas memasak kita. :P

RESEPI 1: KEK KETAM BERYOGURT
.
Nama saja kek tapi tak manis ye puan-puan. Hihi. Resepi pertama ni tercipta bila nampak ketam, kentang, yogurt. Ting ! Terfikir nak rekacipta crab cake menggunakan Nestle Natural Set Yogurt  ni. Tak pernah  lagi buat crab cake seumur hidupku tapi ku bayangkan macam nak buat begedil. Hihi. Boleh dimakan dengan nasi atau begitu saja. Ala-ala appetizer pun boleh.



2 ekor ketam yang menanti untuk di'kek'kan..hahaha..
Bahan-bahan untuk kek ketam
( untuk 2 orang makan )
2 ekor ketam direbus dan diambil isinya 
1 biji kentang direbus
1 ulas bawang merah dicincang
1 ulas bawang putih dicincang
1 biji telur
1 sudu makan tomato dicincang/ tomato puree
1 sudu makan Nestle Natural Set Yogurt 
1 sudu makan serbuk roti
1 sudu kecil lada sulah
Sedikit garam
Sedikit mentega

*nak lagi sedap tambah daun sup ke cendawan ke lobak merah ke..

*masa penyediaan = 20 min


Cara penyediaan
1. Panaskan oven 250 darjah Celsius.
2. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
3. Griskan ramekin dengan mentega supaya tak melekat bila nak dikeluarkan.
4. Masukkan ke dalam ramekin dan bakar sehingga keemasan.
5. Hidangkan bersama sos dan perahkan lemon atau limau kasturi.


RESEPI 2: SOS YOGURT LADA HITAM

Resepi ni pula terhasil lepas buat kek ketam tu. Yela, makan dengan sos baru sedap. Jom kita tengok macam mana nak buat. Senang je. Juga menggunakan Nestle Natural Set Yogurt ye.

Bahan-bahan untuk sos yogurt lada hitam
5g mentega 
1 ulas bawang merah dicincang
1 ulas bawng putih dicincang
2 sudu makan susu segar
2 sudu makan Nestle Natural Set Yogurt 
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh sos tiram
1 biji limau kasturi / lemon
Sedikit rosemary

Cara penyediaan
1. Panaskan mentega.
2. Tumis bawang merah & bawang putih yang telah dicincang. 
3. Perlahankan api.
4. Masukkan susu segar & Nestle Natural Set Yogurt .
5. Masukkan serbuk lada hitam , rosemary & sos tiram.

*Masa penyediaan = 5 minit

Hasil daripada 2 resepi di atas jadilah begini!

Walaupun rupa tak seberapa sebab kamera handphone je tapi rasa boleh tahan..hahaha..
Macam mana kina boleh terpikirkan gabungan  resepi ni? Satu, kalau makan seafood biasanya kita akan  makan dengan sos yang masam contohnya macam yogurt, mayonis dan lemon/limau kasturi, tapi sebab dalam  kek ketam ni kina masukkan kentang yang sesuai dimakan dengan sos lada hitam jadi tu yang gabungkan terus. Hasilnya, sedap & serasi gituuu.. hehe.. 
Ok la. Next please, chef!




RESEPI 3: HONEY YOGURT BANANA PUDDING


Resepi yang ni paling simple dalam dunia. Budak umur 3 tahun pun boleh buat. Hee. 
Sangat senang tapi khasiatnya sangatlah banyak. Bukan orang tua je boleh makan, baby pun boleh! Serius!

Resepi ni kina reka sendiri dengan menggunakan hanya 4 bahan. 


Bahan-bahan (untuk seorang makan)
1 biji pisang montel. 
2 sudu makan Nestle Natural Set Yogurt 
1 sudu madu asli
1 batang kayu manis

Cara-cara penyediaan
1. Potong pisang dan susun di dalam ramekin atau mangkuk 
2. Campurkan Nestle Natural Set Yogurt dengan madu asli di dalam mangkuk lain. Kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan campuran tersebut ke atas pisang tadi.
4. Kikis sedikit kayu manis di atas dan jadikan sebagai hiasan. (Kalau ada strawberry lagi sedap, tapi dekat supermarket sini takde pulak)
5. Hidangkan semasa sejuk. 
  
*masa penyediaan = 3 min sahaja!



Senang kan? Tak perlu buka api dapur pun. Hehe. 
Ok, sekarang kita tengok cara pembikinan dengan gambar pula.
Menggunakan 4 bahan sahaja. Natural Set Yogurt semestinya dari Nestle. 

Susun pisang yang telah dipotong.
Campur dan kacau sebati madu & Nestle Natural Set Yogurt 

Tuang campuran tadi dan tabur hirisan kayu manis. Siap sudah!
Nyum, nyum. sedap la mama..

Sedap sangat! Si cilik pun suka sangat. Makan  masa sejuk, nyaman sekali. Masa penyediaan hanya 3 minit sahaja! Buat sebagai breakfast boleh, buat sebagai dessert pun boleh. Kalau blend tambah ais boleh jadi smoothies pula. Tapi yang paling syoknya kan, kalau kita blend hidangan ni boleh jadi MASK MUKA tau! Berkhasiat, sihat, mudah & multipurpose betul. Hihihi. 

Selamat mencuba!

Untuk mengetahui lebih banyak resepi menggunakan Nestle Natural Set Yogurt dan info tentang produk Nestle boleh la ke http://ww2.nestle.com.my/dearnestle/product/pages/landing.aspx#naturalset

*Ini merupakan sponsored post untuk Nestle Natural Set Yogurt.

Sunday, November 17, 2013

Resepi : Kek ketam dengan sos yogurt lada hitam

Salam

Hari ni teringin nak makan ketam. Terbeli la 2 ekor ketam dekat Farley. Ok la kot kan harga RM6.80. Yogurt Asli Nestle pun banyak lagi. Kentang pun ada seketul. Jadi....ting! Terfikir nak rekacipta crab cake dengan sos lada hitam menggunakan Yogurt Asli Nestle ni. Tak pernah lagi buat crab cake tapi ku bayangkan macam nak buat begedil. Hihi.

2 ekor ketam yang menanti untuk di'kek'kan..hahaha..
Bahan-bahan untuk kek ketam
( untuk 2 orang makan )
2 ekor ketam direbus dan diambil isinya 
1 biji kentang direbus
1 ulas bawang merah dicincang
1 ulas bawang putih dicincang
1 biji telur
1 sudu makan tomato dicincang/ tomato puree
1 sudu makan Yogurt Asli Nestle
1 sudu makan serbuk roti
1 sudu kecil lada sulah
Sedikit garam
Sedikit mentega
*nak lagi sedap tambah daun sup ke cendawan ke lobak merah ke..



Cara penyediaan
1. Panaskan oven 250 darjah Celsius.
2. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
3. Griskan bekas dengan mentega.
4. Masukkan ke dalam bekas dan bakar sehingga keemasan.
5. Hidangkan bersama sos dan perahkan lemon atau limau kasturi.



Bahan-bahan untuk sos yogurt lada hitam
5g mentega 
1 ulas bawang merah dicincang
1 ulas bawng putih dicincang
2 sudu makan susu segar
2 sudu makan Yogurt Asli Nestle 
1 sudu makan serbuk lada hitam


1 sudu teh sos tiram
Sedikit rosemary
1 biji limau kasturi / lemon

Cara penyediaan
1. Panaskan mentega.
2. Tumis bawang merah & bawang putih yang telah dicincang. 
3. Perlahankan api.
4. Masukkan susu segar & Yogurt Asli Nestle.
5. Masukkan serbuk lada hitam , rosemary & sos tiram.


Walaupun rupa tak seberapa tapi rasa boleh tahan..hahaha..
Macam mana kina boleh terpikirkan gabungan resepi ni? Satu, kalau makan seafood biasanya kita akan makan dengan sos yang masam contohnya macam yogurt, mayonis dan lemon/limau kasturi, tapi sebab dalam kek ketam ni kina masukkan kentang yang sesuai dimakan dengan sos lada hitam jadi tu yang gabungkan terus. Hasilnya, sedap & serasi gituuu.. hehe.. 
Ok la. 


Selamat mencuba!

Untuk mengetahui lebih banyak resepi menggunakan Yogurt Asli Nestle dan info tentang produk Nestle boleh la ke http://ww2.nestle.com.my/dearnestle/product/pages/landing.aspx#naturalset
 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork