Salam
Mengidam nak makan ayam popcorn?
Mengidam telur masin?
Wah2.
Mengidam makanan berkalori tinggi je kan. Bahaya makanan berkalori tinggi semua orang pun tau kan.
Wait!
Jangan biarkan diri meleleh air liur. Sekarang ni kita boleh mencuba makanan berkalori tinggi macam ayam popcorn dgn telur masin ni sekali sekala tanpa rasa bersalah dengan kehadiran tisu Scott® Calorie Light. Haa..mesti ramai yang tak tahu lagi tentang tisu ni kan. Dengan penggunaan tisu Scott® Calorie Light ni, kalori dapat dikurangkan sehingga 25% tau. Macam mana tisu boleh membantu kurangkan kalori? Pelik kan? Pelik tapi benar ok. Dah terbukti pun tau..
Scott telah menghasilkan tisu julung-julung kalinya dengan extrak teh hijau. Seperti yang kita tau teh hijau kan memang digunakan zaman berzaman untuk mengurangkan kalori, membuang lemak dan menguruskan badan. Nah, sekarang ia hadir dalam tisu. Unbeliaveable kan? Canggih gitu. Tisu dapur yang pertama dengan fungsi begini. Penyerapan minyak yang super power. Tiada lagi ayam goreng berminyak berlengaih orang pahang panggil. Atau pun ayam goreng yang kita boleh perah minyak sebelum makan. Eeeeuuuw..
Ok la. Jom kita layan resepi ayam popcorn dengan sos telur masin.
Ayam popcorn dengan sos telur masin.
Bahan-bahan yang diperlukan
Bahan A (Ayam popcorn)
3 keping dada ayam tanpa tulang
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kari
1 ulas bawang putih dicincang
1 sudu kecil stok ayam pekat
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil lada sulah
1 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng
Bahan B (sos telur masin)
2 biji telur masin rebus diambil kuning sahaja
1/2 cawan susu cair
1 tangkai daun kari
4 biji cili padi
Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara penyediaan
1) Bersihkan dan potong dada ayam kecil-kecil.
2) Gaulkan dengan serbuk kunyit, serbuk kari, stok ayam, bawang putih, lada hitam dan telur. Perapkan selama 1 jam supaya sebati. Nak tambah garam pun boleh tapi sebab sosnya dah masin jadi kina tak bubuh garam ye.
3) Sediakan tepung dengan memasukkan lada hitam dan lada sulah.
4) Panaskan minyak tetapi menggunakan api yang kecil sahaja supaya ayam popcorn masak ranggup.
5) Celup dan gaulkan ayam tadi ke dalam campuran tepung dan gorengkan deep fry.
6) Sediakan 3 helai tisu Scott® Calorie Light di samping kuali.
7) Toskan ayam popcorn di atas tisu Scott® Calorie Light dan saksikan penyerapan minyak yang superb!.
8) Dah siap ayam popcorn, kita sediakan sosnya pula. Panaskan sedikit minyak.
9) Tumis sekejap cilli padi dan daun kari.
10) Masukkan susu dan telur kuning sambil melenyek dan masak sehingga pekat. Siap!
Cara-cara menyediakan ayam popcorn dengan gambar.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk perapkan ayam |
Gaulkan semua bahan-bahan dan biarkan sejam |
Sediakan tepung gandum + lada hitam + lada sulah |
Panaskan minyak. Sementara itu gaulkan ayam yang sudah diperap tadi dengan campuran tepung |
Gorengkan ayam sehingga keemasan |
Sediakan 3 helai Scott Calorie Light tisu di atas pinggan |
Angkat ayam popcorn dan toskan minyak dengan tisu Scott Calorie Light. Lihat berapa banyak minyak diserap! |
Dapatkan Scott® Calorie Light ni dengan harga RM6.20 untuk 2 rolls dan RM14.90 untuk 6 rolls di semenanjung Malaysia dan RM6.80 untuk 2 rolls dan RM16.40 untuk 6 rolls di Sabah Sarawak di kedai-kedai berdekatan rumah korang. Chef Selebriti Florence Tan pun pakai tisu ni tau!
Ok, ini pula secara ringkasnya penyediaan sos telur masin. Mudah je kan?
Ok, ini pula secara ringkasnya penyediaan sos telur masin. Mudah je kan?
Inilah hasilnya lepas dibuat sosnya.! Ayam popcorn dengan sos telur masin. Sedappppp. Cubalah!
P/S: Saya tengah berpantang, takleh makan ni. Tunggu la bulan depan ye. :p
3 comments:
Assalamualaikum kak kina.. ohh terliur sungguh sheila tengok. heee telur masin is my fav,ngeee wajib kena ada kalau beli nasi bungkus atau nasi kerabu. heeee hemak berpantang bulan depan baru boleh ngap ye? hihi sheila jalan dulu...
Basyi pulak xleh makan telur masin sbb alergik..Tak tahu la knp sejak dua menjak ni dh mula jd mcm ekzema plak..
sedap pulak tengok resepi ni kina. hehehe.. salam aidilfitri utk kina sekeluarga :)
http://blurplediary.blogspot.dk/2014/07/in-out-salam-perantauan-2014-drp-kami.html
Post a Comment